Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Friday, 18 March 2016

Cara Membuat Aduan Kepada Shaklee

Assalamualaikum, Pernah tak korang terima aduan daripada anak shaklee atau customer shaklee berkaitan dengan isi kandungan supplement rosak, berbau, berkulat, pecah atau sebagainya.

So, bila korang terima aduan nie. Korang mesti mati punca kan.. tergamam jap sebab tak sangka akan terima aduan seperti ini. Sebelum ni mamayu hanya dengar dan tengok aduan yang dibangkitkan oleh SID lain.

Kali nie, terkena plak atas batang idung mamayu sendiri. So, tak der la mengelabah sangat. Sebab dah ada pengalaman dari sid-sid lain.

Bila korang terima aduan seperti ini, " Omega berbau " " lecithin berkulat " "vitamin E pecah" "B compleks bertukar warna dan berbau" "Vitalea Chew Lembab" atau berkaitan dengan sewaktu dengannya.

Pertama sekali jangan Panik. Terima jer aduan dari customer tersebut.

Apa yang perlu korang lakukan?

Pertama, Mintak dorang postkan gambar kerosakan supplement tersebut di wassap.
- Gambar botol supplement berkenaan (bahagian exp. date)
- gambar supplement yang mengalami kerosakan. (mamayu prefer letak di pinggan putih. sebab senang nak tengok.

Setelah mengenal pasti kerosakan yang diadukan. Bincang perkara ini dengan upline anda.. dan boleh jer direct to Master korang.. Sebab, mudah sikit bila shaklee tak amik port.. Master yang akan mainkan peranan utk remindkan Shaklee... Bila Master buka mulut, selalunya cepat jer dorang take action.. So, kena duduk rapat2 dengan master yer...hihihi..

Then apa perlu korang buat?

Emailkan pada shaklee segala aduan korang bersama-sama lampiran gambar suppliment yang mengalami kerosakan itu.

Macam mana nak buat aduan?
Apa yang perlu korang perlu laporkan?
Pada siapa aduan ini patut ditujukan?

Kesemua pertanyaan diatas, korang perlu tahu. Ada yang tahu..tapi tak tahu mcm mana nak buat.. macam mana nak karang ayat yang betul sebetulnya. Ayat yang proper. Bukan ayat tunggang langgang yang akhirnya korang jugak stress..hihi

STEP PERTAMA

korang emailkan aduan pada customer service dan customer inquiry.

cth email mamayu..ni mamayu buat tahun lepas nie..segala kejadian yang berlaku pada tahun 2015
__________________________________________________________________________
(email aduan kepada shaklee)

1 Disember 2015

Siti Rahayu Ali,
No SID: 1078965
Alamat rumah

Kepada sesiapa yang berkenaan,

PERKARA: ADUAN KEROSAKAN ISI KANDUNGAN OMEGA GUARD SHAKLEE

Merujuk kenyataan diatas dan setelah membuat rujukan kepada upline saya iaitu Master Nadiah Suhaidi. Saya ingin mengemukakan satu aduan berkaitan kerosakan isi kandungan supplement Omega Guard Shaklee.

2.      Untuk makluman pihak tuan, supplement ini dibeli oleh downline saya pada hujung bulan Oktober 2015. Tarikh sebenar tidak dapat di pastikan. Setelah beberapa hari kemudian, apabila botol tersebut dibuka didapati isi kandungannya telah mengeluarkan bau yang busuk. Curiga dengan keadaan itu, pengguna tersebut telah mengeluarkan kesemua kapsul tersebut dan didapati terdapat kapsul yang telah pecah dan beberapa kapsul lagi mengalami kerosakan. Beliau telah mengemukakan aduan kepada saya berkaitan masalah ini.

3.      Maklumat berkaitan omega guard adalah seperti berikut:

          MAL #12015103NC
            NU4C02
            MFG 23 JAN 14
            EXP 23 JAN 14

4.        Bersama-sama ini dilampirkan bersama bukti-bukti bergambar omega guard yang baru beli tetapi telah mengalami kerosakan. Sebarang pertanyaan lanjut. pihak shaklee boleh menghubungi saya di (no tel yang senang dihubungi). 

5.        Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Siti Rahayu Ali
Supervisor Shaklee,
1078965
________________________________________________________________________

selepas dah emailkan pada shaklee.. shaklee akan reply email anda memaklumkan bahawa aduan kita tu dalam perhatian dorang. dan akan ambil tindakan segera..

contoh seperti dibawah ni...

________________________________________________________________________
(email maklumbalas dari shaklee)


Salam Sejahtera,

Terima kasih untuk emel yang dihantarkan.

Bagi tujuan semakan lanjut, sila berikan nombor pesanan bagi pembelian Omega Guard tersebut. Sila berikan alamat serta nombor telefon untuk kami mengaturkan mengambil semula Omega Guard 1 botol tersebut bagi tujuan semakan terlebih dahulu.

Segala kesulitan kami dahulukan dengan permohonan maaf.

__________________________________________________________________________

oleh sebab email yang dulu tak detail sangat...seperti yang shaklee minta.. mamayu emailkan kembali maklumat yang shaklee nak tu..

__________________________________________________________________________
(maklumbalas dari mamayu)


Salam sejahtera, 

Terima kasih di atas perhatian pihak tuan.

Bagi memudahkan urusan shaklee. Disertakan bersama maklumat-maklumat yang di minta. 

Distributor ID No : 1125574
Oder No: 20151107000512 (no pesanan pembelian omega boleh didapati di sejarah pembelian..korang boleh tgok website shaklee2u jer)
Oder Date : 7.11.2015 ( oder date juga ada di sejarah pembelian)
Distributor Name: Norehan  ( nama sid under korang yang membuat aduan)
HP No: (no tel yang senang dihubungi (no telefon sid pengadu)

Customer Name: Norizan Binti Laili (nama customer yg membeli supplement rosak)
Address: Puchong, selangor ( beri alamat customer tersebut dengan lengkap kepada shaklee)
HP No:no tel yang senang dihubungi ( no telefon customer)

Segala perhatian dan maklumbalas dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian

______________________________________________________________________

Okay, dah emailkan segala maklumat yang shaklee minta tu.. shaklee akan reply kembali email korang.

______________________________________________________________________
(contoh reply email dari shaklee)

Salam Sejahtera,

Terima kasih untuk emel yang dihantarkan.

Berkenaan aduan yang diberikan, kami telah lanjutkan aduan cik/puan ke pihak berkenaan untuk semakan lanjut.
Sebarang maklum balas akan diberikan kepada pihak cik/puan dalam masa 4-5 hari masa bekerja. Sila maklumkan juga kepada pelanggan Cik/Puan bahawa kami juga akan mengambil semula 1 botol Omega Gurad tersebut dahulu untuk semakan lanjut.

Segala kesulitan kami dahulukan dengan permohonan maaf.

Kami sentiasa bersedia untuk tuan/puan. Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan kepada talian khidmat pelanggan kami di;

1.        Dail 03-5622 3188
2.        Pilih Bahasa
3.        Pilih No.9 untuk servis direktori
4.        Pilih No.1 untuk Customer Service
5.        Pilih No.1 untuk membuat order atau No.2 untuk pertanyaan.

Terima kasih untuk sokongan berterusan dari pihak tuan/puan.

__________________________________________________________________________

so, dah selesai part korangkan... simpan semua aduan-aduan ni.. mudah korang nak refer dikemudian hari... kot la shaklee terlupa ker.. tiba2 tersenyapkan... makanya, maklumat2 aduan tu sangat penting untuk korang refer nanti... no aduan tu sila simpan dan forwardkan juga pada si pengadu. Ini juga nak menunjukkan yang korang sangat2 prihatin dan ambil berat masalah si pengadu..

dalam kes mamayu ni..shaklee memang lambat sikit...kata kat situ 4 atau 5 ari bekerjakan.. maknanya seminggu laa..x kesahlahkan..sebab baru seminggu... masuk minggu kedua pon mcm senyap jer... tunggu la lagi... pastu masuk minggu ke-3...haaa..masa tu la dah nak menyinga kejap... tp, disebabkan semua data base berkaitan aduan tersebut ada dlm simpanan.. so, kita emailkan jer no aduan tersebut pada shaklee customer service dan shaklee inquiry.. alhamdulillah... selepas berbalas email dengan shaklee... akhirnya customer dapat kembali penggantian omega yang rosak tu...

acamner...korang dah paham dah cmner nak buat aduan pada shaklee... walau apa pun aduan yang nak dibuat.. nasihat mamayu..refer pada upline dulu or master korang... insyaallah..selalunya dorang ada jalan penyelesaian yang terbaik... apa2 pun..gud luck pada korang yang ada masalah yg sama mcm mamayu.. mamayu just share if korang tak tau nak reka ayat mcm mana... mudah-mudahan dapat membantu semua sid diluar sana tak kira korang dari group mana pun.. ^_^


Wednesday, 16 March 2016

Hobi Baru Mamayu

Assalamualaikum... rindunya nak berblog...lama giler wei tak melepaskan perasaan dalam nie.. dah bersawang..dah bersarang... arini terasa nak bersihkan sawang2 yang ada..

korang apa kabar? sori tau lama tak tanya kabo...mamayu sempat jer usha2 apa yang korang sharing..cuma tak sempat nak tinggalkan jejak... hope ukhwah antara kita still terjalin..

Untuk pengetahuan korang..sekarang ni mamayu bz benor.. bz dengan hobi baru.. bz dengan dunia craft sehingga terciptanya nama "mamayu Craft".

Semuanya bermula dengan suka-suka jer buat..lepas tu dilamar pulak Tv9 dalam rancangan "Assalamualaikum" untuk slot "DIY".

sejak dari tu..alhamdulillah..rezeki tak putus-putus.. sehingga mamayu tak boleh nak amik oder banyak-banyak.. so, berbagilah rezeki tu pada crafter2 yang lain..

Seronok buat craft nie..hilang segala stress..tp, bila dateline hampir2 sampai..stress gak..hahaha..

tak sempat lah nak borak banyak2.. kat sini mamayu share poject2 yang dah selesai mamayu buat... kalau korang nak tengok banyak lagi..boleh like page "mamayu Craft". 

1st bantal reward untuk diri sendiri..hihihi

logo mamayu craft

birthday pillow request seorang customer

i love u pillow..request dari customer sempena besday hubbynya

birthday pillow untuk papa..

yang ni paling susah..tp, alhamdulillah..siap jugak dengan jayanya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...