Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Tuesday, 19 April 2016

Mamayu Craft di Tv Al-Hijrah

Assalamualaikum, alhamdulillah... berkesempatan share satu lagi memori indah dalam hidup mamayu.. Tak pernah menyangka akan diberi pengalaman ini.. Tak pernah termimpi pun perkara ini berlaku dalam hidup mamayu. Atas rezeki yang Allah berikan.. mamayu bersiaran di tv.. org kata masuk tv...kecik2 dulu selalu terpikir..mcm mana masuk tv ni ek.... mcm mana leh masuk tv...hihihi..

Tawaran yang diberi mamayu tak tolak... kini merasalah mcm mana mamayu boleh masuk tv... rasa mcm tak percaya pon ada... berdebor2..takot tersilap cakap...nervous jangan cakap la...dup dap..dup dap..jantung tu... dipanggil untuk touch up sikit...supaya penampilan nampak segar dan ceria...

segmen berlangsung selama 30 minit...10  minit on air..5minit rehat utk iklan..sambung lagi 10minit on air... sebut 30 minit mcm lamakan...bila kat stage tu...cepat jer masa berlalu... semua kena cepat..penerangan kena jelas...Adudududu...terasa kalut kelaut... tapi alhamdulillah..semuanya berjalan seperti yang dirancang...

masa ni baru sampai...kawasan parking tv alhijrah
ditemani suami dan anak-anak kesayangan

sebelum bersiaran..mamayu berada di ruang menunggu bersama suami dan anak2

masa ni break bagi laluan iklan komersial..
cepat2 mamayu susun barang atas meja craft yang disediakan

bersama crew2 al-hijrah

mamayu bersiarannnn..
hihihi...muka serius jer..keh3x
amy pengacara tv-alhijrah yang banyak membantu mamayu agar x gugup..pheww..pheww

masa ni tengah tunjuk jenis2 applique yg mamayu buat kot...udah lupa..haha

bantal DIY khas buat tv alhijrah.. comel tak budak pompuan ngan lelaki tu...hihi
selepas selesai semuanya..
bergambar kenangan bersama Amy pengacara Tv_alhijrah
Bantal tu mamayu beri pada tv-Alhijrah sebagai kenang-kenangan

selepas bersiaran..amik gambar kenangan di lobi Tv Al-Hijrah bersama insan2 tersayang yang banyak memberi sokongan pada mamayu..

Alhamdulillah..selesai sudah slot mamayu bersama DIY tv Alhijrah.. kita bergambar dengan Amie Sofia Ahmad pengacara tv Alhijrah, Assalamualaikum..

Terima kasih Tv alhijrah jemput mamayu share ilmu yg tak seberapa tu.. hihi..

Terima kasih kepada suami, anak2 , adik beradik dan kawan2 yg menyokong mamayu selama ini..

okay..korang jangan lupa like page mamayu tau

folo instagram mamayu jugak

be friend wit mamayu di FB

okay...tq korang..sebab sudi luangkan masa bersama mamayu petang ni..


Friday, 18 March 2016

Cara Membuat Aduan Kepada Shaklee

Assalamualaikum, Pernah tak korang terima aduan daripada anak shaklee atau customer shaklee berkaitan dengan isi kandungan supplement rosak, berbau, berkulat, pecah atau sebagainya.

So, bila korang terima aduan nie. Korang mesti mati punca kan.. tergamam jap sebab tak sangka akan terima aduan seperti ini. Sebelum ni mamayu hanya dengar dan tengok aduan yang dibangkitkan oleh SID lain.

Kali nie, terkena plak atas batang idung mamayu sendiri. So, tak der la mengelabah sangat. Sebab dah ada pengalaman dari sid-sid lain.

Bila korang terima aduan seperti ini, " Omega berbau " " lecithin berkulat " "vitamin E pecah" "B compleks bertukar warna dan berbau" "Vitalea Chew Lembab" atau berkaitan dengan sewaktu dengannya.

Pertama sekali jangan Panik. Terima jer aduan dari customer tersebut.

Apa yang perlu korang lakukan?

Pertama, Mintak dorang postkan gambar kerosakan supplement tersebut di wassap.
- Gambar botol supplement berkenaan (bahagian exp. date)
- gambar supplement yang mengalami kerosakan. (mamayu prefer letak di pinggan putih. sebab senang nak tengok.

Setelah mengenal pasti kerosakan yang diadukan. Bincang perkara ini dengan upline anda.. dan boleh jer direct to Master korang.. Sebab, mudah sikit bila shaklee tak amik port.. Master yang akan mainkan peranan utk remindkan Shaklee... Bila Master buka mulut, selalunya cepat jer dorang take action.. So, kena duduk rapat2 dengan master yer...hihihi..

Then apa perlu korang buat?

Emailkan pada shaklee segala aduan korang bersama-sama lampiran gambar suppliment yang mengalami kerosakan itu.

Macam mana nak buat aduan?
Apa yang perlu korang perlu laporkan?
Pada siapa aduan ini patut ditujukan?

Kesemua pertanyaan diatas, korang perlu tahu. Ada yang tahu..tapi tak tahu mcm mana nak buat.. macam mana nak karang ayat yang betul sebetulnya. Ayat yang proper. Bukan ayat tunggang langgang yang akhirnya korang jugak stress..hihi

STEP PERTAMA

korang emailkan aduan pada customer service dan customer inquiry.

cth email mamayu..ni mamayu buat tahun lepas nie..segala kejadian yang berlaku pada tahun 2015
__________________________________________________________________________
(email aduan kepada shaklee)

1 Disember 2015

Siti Rahayu Ali,
No SID: 1078965
Alamat rumah

Kepada sesiapa yang berkenaan,

PERKARA: ADUAN KEROSAKAN ISI KANDUNGAN OMEGA GUARD SHAKLEE

Merujuk kenyataan diatas dan setelah membuat rujukan kepada upline saya iaitu Master Nadiah Suhaidi. Saya ingin mengemukakan satu aduan berkaitan kerosakan isi kandungan supplement Omega Guard Shaklee.

2.      Untuk makluman pihak tuan, supplement ini dibeli oleh downline saya pada hujung bulan Oktober 2015. Tarikh sebenar tidak dapat di pastikan. Setelah beberapa hari kemudian, apabila botol tersebut dibuka didapati isi kandungannya telah mengeluarkan bau yang busuk. Curiga dengan keadaan itu, pengguna tersebut telah mengeluarkan kesemua kapsul tersebut dan didapati terdapat kapsul yang telah pecah dan beberapa kapsul lagi mengalami kerosakan. Beliau telah mengemukakan aduan kepada saya berkaitan masalah ini.

3.      Maklumat berkaitan omega guard adalah seperti berikut:

          MAL #12015103NC
            NU4C02
            MFG 23 JAN 14
            EXP 23 JAN 14

4.        Bersama-sama ini dilampirkan bersama bukti-bukti bergambar omega guard yang baru beli tetapi telah mengalami kerosakan. Sebarang pertanyaan lanjut. pihak shaklee boleh menghubungi saya di (no tel yang senang dihubungi). 

5.        Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Siti Rahayu Ali
Supervisor Shaklee,
1078965
________________________________________________________________________

selepas dah emailkan pada shaklee.. shaklee akan reply email anda memaklumkan bahawa aduan kita tu dalam perhatian dorang. dan akan ambil tindakan segera..

contoh seperti dibawah ni...

________________________________________________________________________
(email maklumbalas dari shaklee)


Salam Sejahtera,

Terima kasih untuk emel yang dihantarkan.

Bagi tujuan semakan lanjut, sila berikan nombor pesanan bagi pembelian Omega Guard tersebut. Sila berikan alamat serta nombor telefon untuk kami mengaturkan mengambil semula Omega Guard 1 botol tersebut bagi tujuan semakan terlebih dahulu.

Segala kesulitan kami dahulukan dengan permohonan maaf.

__________________________________________________________________________

oleh sebab email yang dulu tak detail sangat...seperti yang shaklee minta.. mamayu emailkan kembali maklumat yang shaklee nak tu..

__________________________________________________________________________
(maklumbalas dari mamayu)


Salam sejahtera, 

Terima kasih di atas perhatian pihak tuan.

Bagi memudahkan urusan shaklee. Disertakan bersama maklumat-maklumat yang di minta. 

Distributor ID No : 1125574
Oder No: 20151107000512 (no pesanan pembelian omega boleh didapati di sejarah pembelian..korang boleh tgok website shaklee2u jer)
Oder Date : 7.11.2015 ( oder date juga ada di sejarah pembelian)
Distributor Name: Norehan  ( nama sid under korang yang membuat aduan)
HP No: (no tel yang senang dihubungi (no telefon sid pengadu)

Customer Name: Norizan Binti Laili (nama customer yg membeli supplement rosak)
Address: Puchong, selangor ( beri alamat customer tersebut dengan lengkap kepada shaklee)
HP No:no tel yang senang dihubungi ( no telefon customer)

Segala perhatian dan maklumbalas dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian

______________________________________________________________________

Okay, dah emailkan segala maklumat yang shaklee minta tu.. shaklee akan reply kembali email korang.

______________________________________________________________________
(contoh reply email dari shaklee)

Salam Sejahtera,

Terima kasih untuk emel yang dihantarkan.

Berkenaan aduan yang diberikan, kami telah lanjutkan aduan cik/puan ke pihak berkenaan untuk semakan lanjut.
Sebarang maklum balas akan diberikan kepada pihak cik/puan dalam masa 4-5 hari masa bekerja. Sila maklumkan juga kepada pelanggan Cik/Puan bahawa kami juga akan mengambil semula 1 botol Omega Gurad tersebut dahulu untuk semakan lanjut.

Segala kesulitan kami dahulukan dengan permohonan maaf.

Kami sentiasa bersedia untuk tuan/puan. Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan kepada talian khidmat pelanggan kami di;

1.        Dail 03-5622 3188
2.        Pilih Bahasa
3.        Pilih No.9 untuk servis direktori
4.        Pilih No.1 untuk Customer Service
5.        Pilih No.1 untuk membuat order atau No.2 untuk pertanyaan.

Terima kasih untuk sokongan berterusan dari pihak tuan/puan.

__________________________________________________________________________

so, dah selesai part korangkan... simpan semua aduan-aduan ni.. mudah korang nak refer dikemudian hari... kot la shaklee terlupa ker.. tiba2 tersenyapkan... makanya, maklumat2 aduan tu sangat penting untuk korang refer nanti... no aduan tu sila simpan dan forwardkan juga pada si pengadu. Ini juga nak menunjukkan yang korang sangat2 prihatin dan ambil berat masalah si pengadu..

dalam kes mamayu ni..shaklee memang lambat sikit...kata kat situ 4 atau 5 ari bekerjakan.. maknanya seminggu laa..x kesahlahkan..sebab baru seminggu... masuk minggu kedua pon mcm senyap jer... tunggu la lagi... pastu masuk minggu ke-3...haaa..masa tu la dah nak menyinga kejap... tp, disebabkan semua data base berkaitan aduan tersebut ada dlm simpanan.. so, kita emailkan jer no aduan tersebut pada shaklee customer service dan shaklee inquiry.. alhamdulillah... selepas berbalas email dengan shaklee... akhirnya customer dapat kembali penggantian omega yang rosak tu...

acamner...korang dah paham dah cmner nak buat aduan pada shaklee... walau apa pun aduan yang nak dibuat.. nasihat mamayu..refer pada upline dulu or master korang... insyaallah..selalunya dorang ada jalan penyelesaian yang terbaik... apa2 pun..gud luck pada korang yang ada masalah yg sama mcm mamayu.. mamayu just share if korang tak tau nak reka ayat mcm mana... mudah-mudahan dapat membantu semua sid diluar sana tak kira korang dari group mana pun.. ^_^


Wednesday, 16 March 2016

Hobi Baru Mamayu

Assalamualaikum... rindunya nak berblog...lama giler wei tak melepaskan perasaan dalam nie.. dah bersawang..dah bersarang... arini terasa nak bersihkan sawang2 yang ada..

korang apa kabar? sori tau lama tak tanya kabo...mamayu sempat jer usha2 apa yang korang sharing..cuma tak sempat nak tinggalkan jejak... hope ukhwah antara kita still terjalin..

Untuk pengetahuan korang..sekarang ni mamayu bz benor.. bz dengan hobi baru.. bz dengan dunia craft sehingga terciptanya nama "mamayu Craft".

Semuanya bermula dengan suka-suka jer buat..lepas tu dilamar pulak Tv9 dalam rancangan "Assalamualaikum" untuk slot "DIY".

sejak dari tu..alhamdulillah..rezeki tak putus-putus.. sehingga mamayu tak boleh nak amik oder banyak-banyak.. so, berbagilah rezeki tu pada crafter2 yang lain..

Seronok buat craft nie..hilang segala stress..tp, bila dateline hampir2 sampai..stress gak..hahaha..

tak sempat lah nak borak banyak2.. kat sini mamayu share poject2 yang dah selesai mamayu buat... kalau korang nak tengok banyak lagi..boleh like page "mamayu Craft". 

1st bantal reward untuk diri sendiri..hihihi

logo mamayu craft

birthday pillow request seorang customer

i love u pillow..request dari customer sempena besday hubbynya

birthday pillow untuk papa..

yang ni paling susah..tp, alhamdulillah..siap jugak dengan jayanya..

Friday, 5 February 2016

Lamaran dari Tv AlHijrah...

Assalamualaikum... subhanallah...di petang jumaat yang indah ini..mamayu terasa mahu share berita baik kepada kawan2 blogger semua..

Pada Sabtu pagi yang damai...mamayu telah menerima satu wassap yg tidak dikenali.. Selesai membaca wassapnya... hati mamayu berdebar2 dan terus mengucapkan syukur yang tidak henti2 dan berkongsi perkabaran ini kepada suami tercinta..keluarga tersayang...mohon diberi pandangan sama ada perlu ker mamayu menerima tawaran ini atau tidak.



Rasa sangat berbelah bagi... Tapi hati kuat supaya terima tawaran ini... Suami, mak, mak mertua dan adik beradik semua memberi respon positif agar mamayu terima tawaran ini.

dengan lafaz Bismillah...dan setelah mohon petunjuk dr Allah swt..kebetulan waktu tu belum zohor lg..mamayu solat sunat dan mohon diberi jawapan. dan yakin ini adalah rezeki dari Allah.. rezeki yang dia hendak beri kepada hambanya. dan aku yakin ini bukanlah disengajakan... pasti ada hikmahnya yang aku sendiri tak tahu...

Ya Allah, semoga semuanya dipermudahkan.. dan sekarang, mamayu sedang prepare beberapa perkara sebelum tiba tarikh yang ditetapkan... mohon kawan2 doakan mamayu yer...agar percakapanku, peneranganku semasa slot tersebut selancar2nya..

Aku anggap ini bukan sahaja rezeki yang dia beri..tetapi peluang yang tidak sepatutnya aku lepaskan begitu sahaja.. dan ia juga aku anggap peluang paling istimewa yang tak akan dapat aku lupakan..
insyaallah..

Wednesday, 3 February 2016

Milestones baby felt applique by mamayu

Assalamualaikum, yang ni pula milestones baby felt applique... mamayu buat sesajer jer ni..mengisi masa terluang jika tempahan felt pillow takder... manalah tahu, kot ada next baby...kita kasi lekat kat baju baby jer...hihihi







Felt Pillow I Love U

Assalamualaikum... alhamdulillah.. tempahan felt pillow kali nie bertajuk " i Love U" khas untuk suami tercinta..

saiz pillow : 10" x 10"
material: felt polyester, felt arcylic
harga : RM50

Berminat?

Wassap mamayu disini yer 012-7925153



Happy Birthday Hubby Felt Pillow

Assalamualaikum, alhamdulillah... tempahan felt pillow minggu ni siap sudah..

saiz pillow : 14" x 7"
material: felt polyester, felt arcylic
harga : RM65

Berminat?


Wassap mamayu disini yer 012-7925153









Thursday, 28 January 2016

Tempahan Felt Pillow

Bismillillahirahmanirrahim... Assalamualaikum... lama tak bersiaran disini...bersawang abes dibuatnya... So, sori...mamayu bz sikit lately nie... bz yang dicari2..yg dibuat2..hihi..

Sebenarnya bukan apa..dok bz bercrafting...seronok lak..ralit jer buat benda nie... kali nie mamayu buat bantal..daripada kain fanel atau Felt.. 

mula2 buat satu untuk anakanda tersayang...pastu, tiba2 semangat plak nak buat lagi... dan lagi..dan lagi... ni pon dok bz jahit felt applique untuk next bantal... tak dapat nak share banyak ngan korang lagi..

so, mamayu kongsikan pada korang hasilnya jer...

saiz pillow : 7" x 9"
material: felt polyester, felt arcylic
harga : RM35

Berminat?


Wassap mamayu disini yer 012-7925153







Tuesday, 12 January 2016

Menang Giveaway dari Vitamin Kesihatan Sejagat

Assalamualaikum, alhamdulillah..ini yg ke-2 kalinya mamayu menang segmen giveaway dari blogger... rezeki Allah bagi.. segmen GA anjuran Vitamin Kesihatan Sejagat by Eina tahun lepas...baru nak share kat sini yer..hihihi... nasib eina nie dari group biz kami.. kalau tak, tak tau pun mamayu menang.. bila eina telegram bg tau mamayu menang... terkejut campur syukur... Alhamdulillah..

Eina bagi 4 item sebagai hadiah giftaway..tak sangka..ingatkan satu jer...Tq eina..tq sesangat.. ^___^



Tuesday, 5 January 2016

Pembuka Tirai 2016 - menang segmen Amy Hilmirda Giveaway 2015

Assalamualaikum, alhamdulillah.. sudah 5 hari tahun 2015 melabuhkan tirainya.. Kini kita berada di tahun 2016.. dimana permulaan tahun semuanya berharap dan berazam agar tahun ini kehidupan kita bertambah baik dr tahun2 yg sebelumnya.

Bagaimana dengan azam baru?
Bagaimana pula dengan azam yang lama?

Walau apa jua azam yang pernah diazamkan dahulu..jika tercapai..tahniah buat diri sendiri..jika belum tercapai..buatlah penambah baikkan agar dapat menyelesaikan azam dan impian yg lama..
Tak bermakna, dengan masuknya tahun baru. azam yang lama dilupakan..

Alhamdulillah.. pembuka tirai 2016, mamayu menang segmen Amy Hilmirda Giveaway. Tak percaya rasanya. sebab jumlah peserta mmg sangat ramai.. mamayu join pon saat2 akhir..

Nasib tadi tergerak hati nak jenjalan di blog amy.. sajer nak usha..tak mengharap pun.. sebab dah rasa mcm tak dapat..

Bila tgok senarai yang panjang..tak rasa mcm nak dapat..dalam hati terdetik "oh, no.84 penyertaan aku"

Pastu, klik kat tajuk Pemenang Giveaway.

Baca mukadimah dari amy sikit..terus ker cabutan pertama hingga 5.. Terus terbeliak mata.. Tengok betol2..."eh, betol laaa.." Baca sampai abis..takot dah terlewat.. Nasib baik Amy bg masa utk para pemenang reply details.. Last update details ari Rabu.. lepas dari tarikh tu.. cabutan akan dibuat sekali lg..
Apa lagi, terus la email amy anta butiran yg amy perlukan..

sambil senyum..senyum... terus plan nak jdkan kotak nie tempat letak brg2 kraft mamayu.. kalau dapat kaler ijau lagi ngammm... entah sejak bila suka ijau ntah..hihihi...

Tq Amy sebagai penganjur
Tq Allah sebab pilih mamayu dapat rezeki ni
Alhamdulillah..Alhamdulillah..syukran..syukran...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...