Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Monday, 7 December 2015

CARA BUAT SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR BERTUGAS

Assalamualaikum... arini mamyu nak share dengan korang semua.. Cara-cara menjawab surat tunjuk sebab jika korang dikenakan tindakan oleh majikan atau ketua di jabatan atau tempat kerja korang..

Seriously, mamayu tak jangka mamayu dikenakan tindakan sehingga diberikan surat tunjuk sebab. Tapi, diatas perkara yang tak dapat dielakkan.. dan perkara ini berlaku diluar kawalan mamayu. dan memandangkan cuti tahunan mamayu pun dah habis. Maka terpaksa la mamayu mengambil cuti kecemasan tapi atas makluman pihak atasan.

Walaupun pegawai atasan mamayu telah dimaklumkan alasan sebab dan musababnya. Tindakan tetap akan diberikan selaras dengan Pekeliling dan perintah-perintah Am JPA. dan mamayu telah bersetuju dan bertanggungjawab diatas semua perkara yang berlaku..

Sebaik surat tunjuk sebab telah dikeluarkan. mamayu telah pun memberi respond dengan menjawab kembali tindakan yang telah dikenakan kepada mamayu.

Ni contoh yang mamayu boleh share dengan korang. If korang juga menerima nasib yang sama mcm mamayu..

Just relaks okay..jangan kalut-kalut.. majikan tak kejam sangat.. cuma dorang terpaksa ikot prosedur jer...


Nama
Alamat                                                                                               Tarikh :   3 Disember   2015




(Jawatan Majikan)
Alamat Majikan


Tuan,

SEBAB TIDAK HADIR BERTUGAS PADA BULAN SEPTEMBER 2015

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Saya terlebih dahulu ingin memohon maaf diatas kelakuan saya yang melanggar tatatertib sebagai penjawat awam di bahagian ini. Perkara ini berlaku diluar kawalan saya terutama apabila saya dapati cuti tahunan saya telah habis digunakan, saya juga terdesak untuk tidak hadir bertugas diatas sebab masalah keluarga yang tidak dapat saya elakkan yang menyebabkan saya terpaksa mengambil cuti kecemasan. Walaupun begitu, pada tarikh berkenaan saya telah pun memaklumkan perkara ini kepada pegawai atasan saya terlebih dahulu dan setelah diberi penerangan akibat dari perbuatan saya ini. Saya dengan rela hati dan sepenuhnya bertanggungjawab di atas perlakuan saya ini.

4.         Oleh yang demikian, dengan rasa rendah hati besarlah harapan saya agar tuan dapat memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap saya. Kerjasama dan perhatian awal tuan dalam perkara ini amat saya hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,


(NAMA)
JAWATAN
NO. KP

s.k       : Setiausaha Bahagian Sumber Manusia


So, setelah menjawab surat berkaitan.. tindakan seterusnya nanti kita tunggu jer lah yer...hihihi
nampak mcm tak menyesal plak yer..huhuhu..


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...