Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Friday, 20 November 2015

BAHAYA TIDUR DENGAN BAYI



Assalamualaikum...Petang ni mamayu nak share satu info yang sangat menarik.. Mungkin bagi sesetengah orang tak ada masalah jika tidur dengan bayi... Tetapi, ia bukan satu kesalahan jika kita lihat dari sudut yang positif.. Anggap ia satu ilmu baru.. lebih-lebih lagi bab ibu bapa merokok tak digalakkan tidur dengan bayi.. 
Apa kata pakar berkaitan dengan masalah ini..

Amalan tidur bersama bayi (terutama berumur enam bulan ke bawah) harus dilakukan dengan kaedah yang betul, jika tidak ia berbahaya kepada bayi.

Kematian bayi yang mengejut (Sudden Infant Death Syndrome, SIDS) berlaku dalam kalangan bayi berusia kurang setahun dan kematian bayi ini biasanya berlaku semasa tidur. Ia juga dikenali sebagai maut di tempat tidur (crib death).

Kombinasi masalah fizikal dan faktor persekitaran di tempat tidur boleh menyebabkan bayi mudah menjadi mangsa SIDS.

Antara faktor fizikal yang dikaitkan dengan SIDS ialah masalah dalam otak (akibat belum matang) yang mengawal pernafasan dan bangun tidur bayi tersebut, atau dilahirkan secara tidak cukup bulan, atau dilahirkan tidak cukup berat dan otak bayi yang tidak matang sepenuhnya menyebabkan tidak dapat mengawal proses bernafas yang betul dan degup jantung tidak menentu. Jangkitan kuman pada saluran pernafasan dan paru-paru juga penyebab SIDS.

Antara faktor tempat tidur yang dikaitkan dengan SIDS ialah bantal, selimut dan anak patung yang diletakkan di tempat tidur, yang menyebabkan bayi 'ditimbus' dan tidak bernafas, dan posisi bayi tidur (tidur tertiarap).

Bayi yang tidur bersama ibu bapa atau adik-beradik juga mengalami SIDS kerana tertindih secara tidak sengaja.

Amalan di barat, tidak menggalakkan ibu tidur sekatil dengan bayi yang dilahirkan secara pramatang, dan mengalami kurang berat badan dan bayi berusia kurang enam bulan.

Mereka lebih selamat ditidurkan berhampiran ibu tetapi katil yang berlainan.

Bayi boleh mati lemas tidak bernafas kerana berkongsi selimut de­ngan ibu. Ibu bapa yang terlalu letih juga tidak digalakkan tidur bersama bayi kerana mungkin akan menghempap bayi dan tidak sedar apabila bayi terjaga dan menangis.

Ibu atau bapa yang merokok juga tidak digalakkan tidur bersama bayi kerana ia mendedahkan bayi kepada bahan toksik asap rokok yang dikeluarkan dari paru-paru semasa tidur.

Ibu yang menyusukan bayi dan tidur bersama, harus berwaspada kerana ibu mungkin kepenatan dan wajah bayi mungkin tertangkup pada payudara ibu yang tidur kepenatan.

Sumber: Dr.Zubaidi Hj.Ahmad

Mamayu sendiri pun tidur dengan bayi.. bukan apa..senang nak menyusukan baby mamayu.. dan insyaallah.. selalunya lepas menyusu si adik akan terus memalingkan mukanya bila dah kenyang... kadang-kadang terasa maknya tau...dah kenyang terus palingkan muka...kalau lapar tu..mulut jer tercari2 walaupun mata tgh pejam...huh!
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...