Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Friday, 13 November 2015

15 Golongan Yang Berisiko Jika Kekurangan Vitamin C

Assalamualaikum...hari ni mamayu nak share dengan korang satu info yang sangat menarik. Ianya berkaitan dengan kesan jika kita kekurangan vitamin C dalam badan.

Pernah tak korang dengar penyakit skurvi?

Penyakit skurvi ini boleh menyebabkan badan kita berasa lemah, mudah mengalami kerosakan gigi, tulang menjadi rapuh, penghasilan kolagen menjadi lemah, boleh menyebabkan kekurangan darah.. gusi berdarah dan bulu roma menjadi kerinting selain boleh menyebabkan liang roma juga berdarah. (ada tak ciri-ciri penyakit tu kat korang...kalau ada itu tanda korang kurang vitamin c dalam badan )

Sebenarnya kita manusia nie tak mampu hendak menghasilkan sendiri vitamin c dalam badan. Cara yang terbaik bagi menampung keperluan vitamin dalam badan manusia adalah dengan mengamalkan diet yang betul. 

Vitamin C memang sangat penting dalam diet seharian kita. ini kerana 90% jumlah vitamin C ada terdapat didalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Tetapi, ia boleh berkurang sehingga 40% setelah dimasak.

Mengetahui kandungan vitamin C dalam makanan juga amat penting kerana vitamin c membantu kita meningkatkan antibodi didalam badan.

Jika korang bukan lah seorang penggemar buah-buahan atau sayur sayuran. Masalah besar yang akan  berlaku pada korang dimana korang boleh terdedah kepada penyakit skurvi ini jika tidak mengamalkan pengambilan vitamin tambahan.

Hanya dengan pengambilan buah-buahan atau sayur-sayuran atau vitamin tambahan, barulah korang dapat mengelakkan daripada penyakit skurvi ini.

Untuk pengetahuan korang juga, kandungan vitamin C di dalam tubuh boleh tergugat disebabkan faktor gaya hidup yang suka merokok serta keadaan biologikal seperti keradangan atau pengambilan zat besi yang berlebihan. Sebab itu, perokok-perokok tegar amat disarankan mengambil lebih vitamin c bagi menampung keperluan vitamin didalam badan mereka.

Faktor lain yang membawa kepada kekurangan vitamin c adalah memasak sayur-sayuran secara berlebih-lebihan. manakala bagi yang jahil tentang pemakanan mereka mendidihkan jus buah yang diambil, menyekat sesetengah makanan dalam diet, malahan ada juga diantara kita yang mengalami masalah mengambilnya secara oral.

Selain masalah pemakanan yang tidak seimbang, penyakit skurvi ini turut berlaku kepada pesakit anoreksia, mental, masalah buah pinggang, barah dan juga mereka yang mengelak makanan berasid.

Kematian mengejut boleh berlaku tau dalam kalangan pesakit skurvi, oleh itu pastikan vitamin c cukup dalam badan korang.

Tetapi, sebenarnya penyakit skurvi ini adalah penyakit yang mudah sembuh jika dirawat dengan betul. Semua masalah yang berkaitan dengan skurvi akan sembuh dalam beberapa minggu sekiranya mendapat dos yang tepat jika  keperluan vitamin c dalam badan kita dapat ditampung.

Perlu untuk korang tahu, andai terdapat saudara mara korang atau korang sendiri ada tanda-tanda penyakit skurvi. Ambil dos vitamin C yang mencukupi, pendarahan dan kesakitan gusi akan terhenti dalam 2 ke 3 hari , sengal otot dan tulang akan hilang dengan cepat, perubahan warna kulit akibat pendarahan akan pulih secara perlahan-lahan dalam jangka masa 12 hari. dan masalah-masalah lain dapat diatasi.


Antara makanan yang kaya dengan vitamin C adalah buah-buah sitrus terutamanya Limau gedang dan lemon, tembikai susu dan sayur-sayuran termasuk brokoli, bayam, lada hijau, tomato, ketang dan kubis.


Dibawah ini adalah antara 15 golongan mereka yang berisiko jika kekurangan Vitamin C:

1. Bayi yang hanya diberikan susu lembu dalam tempoh satu tahun usianya.
2. Individu yang gemar mengambil alkohol.
3. Mereka yang suka mengamalkan diet ikutan.
4. Golongan yang berusia yang gemar makan roti dan teh saja.
5. Pesara yang tinggal sendirian.
6. Mereka yang gemarkan makanan ringan.
7. Golongan susah dari segi kewangan dan mengelak membeli buah atau sayuran.
8. Pelarian yg hanya mendapat bekalan makanan terhad.
9. Perokok.
10. Wanita mengandung atau sedang menyusukan bayi. Mereka memerlukan lebih banyak vitamin C.
11. Pesakit aneroksia.
12. Pesakit diabetes jenis satu.
13. Pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis.
14. Mereka yang pernah menjalankan pembedahan pintasan gastrik untuk mengurangkan berat badan.
15. Mereka yang memiliki kandungan zat besi terlalu tinggi dalam badan.

TANDA-TANDA PENYAKIT SKURVI
Mata pesakit skurvi kemerahan


TANDA-TANDA LAIN AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN C


mamayu harap dengan sharing hari ini, sikit sebanyak akan memberi sedikit ilmu pada kita semua..
Ini kerana gaya hidup zaman teknologi canggih ni ramai yang tidak mengambil perhatian berkaitan dengan kesihatan diri.

Sekiranya, korang ada tanda-tanda kekurangan vitamin c dalam badan.
Saranan mamayu adalah Vitamin C SR keluaran Shaklee..
Kelebihan vitamin C SR Shaklee, klik >>>  sini
Faktor Kenapa Vitamin Tidak Berkesan, Klik >>>sini

-Sumber: Harian Metro (sihat), Wikipedia, 
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...