Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Friday, 20 November 2015

BAHAYA TIDUR DENGAN BAYI



Assalamualaikum...Petang ni mamayu nak share satu info yang sangat menarik.. Mungkin bagi sesetengah orang tak ada masalah jika tidur dengan bayi... Tetapi, ia bukan satu kesalahan jika kita lihat dari sudut yang positif.. Anggap ia satu ilmu baru.. lebih-lebih lagi bab ibu bapa merokok tak digalakkan tidur dengan bayi.. 
Apa kata pakar berkaitan dengan masalah ini..

Amalan tidur bersama bayi (terutama berumur enam bulan ke bawah) harus dilakukan dengan kaedah yang betul, jika tidak ia berbahaya kepada bayi.

Kematian bayi yang mengejut (Sudden Infant Death Syndrome, SIDS) berlaku dalam kalangan bayi berusia kurang setahun dan kematian bayi ini biasanya berlaku semasa tidur. Ia juga dikenali sebagai maut di tempat tidur (crib death).

Kombinasi masalah fizikal dan faktor persekitaran di tempat tidur boleh menyebabkan bayi mudah menjadi mangsa SIDS.

Antara faktor fizikal yang dikaitkan dengan SIDS ialah masalah dalam otak (akibat belum matang) yang mengawal pernafasan dan bangun tidur bayi tersebut, atau dilahirkan secara tidak cukup bulan, atau dilahirkan tidak cukup berat dan otak bayi yang tidak matang sepenuhnya menyebabkan tidak dapat mengawal proses bernafas yang betul dan degup jantung tidak menentu. Jangkitan kuman pada saluran pernafasan dan paru-paru juga penyebab SIDS.

Antara faktor tempat tidur yang dikaitkan dengan SIDS ialah bantal, selimut dan anak patung yang diletakkan di tempat tidur, yang menyebabkan bayi 'ditimbus' dan tidak bernafas, dan posisi bayi tidur (tidur tertiarap).

Bayi yang tidur bersama ibu bapa atau adik-beradik juga mengalami SIDS kerana tertindih secara tidak sengaja.

Amalan di barat, tidak menggalakkan ibu tidur sekatil dengan bayi yang dilahirkan secara pramatang, dan mengalami kurang berat badan dan bayi berusia kurang enam bulan.

Mereka lebih selamat ditidurkan berhampiran ibu tetapi katil yang berlainan.

Bayi boleh mati lemas tidak bernafas kerana berkongsi selimut de­ngan ibu. Ibu bapa yang terlalu letih juga tidak digalakkan tidur bersama bayi kerana mungkin akan menghempap bayi dan tidak sedar apabila bayi terjaga dan menangis.

Ibu atau bapa yang merokok juga tidak digalakkan tidur bersama bayi kerana ia mendedahkan bayi kepada bahan toksik asap rokok yang dikeluarkan dari paru-paru semasa tidur.

Ibu yang menyusukan bayi dan tidur bersama, harus berwaspada kerana ibu mungkin kepenatan dan wajah bayi mungkin tertangkup pada payudara ibu yang tidur kepenatan.

Sumber: Dr.Zubaidi Hj.Ahmad

Mamayu sendiri pun tidur dengan bayi.. bukan apa..senang nak menyusukan baby mamayu.. dan insyaallah.. selalunya lepas menyusu si adik akan terus memalingkan mukanya bila dah kenyang... kadang-kadang terasa maknya tau...dah kenyang terus palingkan muka...kalau lapar tu..mulut jer tercari2 walaupun mata tgh pejam...huh!

8th Anniversary GiveAway

klik banner if nak join

Assalamualaikum, dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim... mamayu join 8th Anniversary GiveAway.

Giveaway ini akan berlangsung daripada 20.11.2015 hingga 25.11.2015 11:59 malam.
Syarat2nya mudah jer..jom kita luaskan lagi ukhwah kita sesama blogger..

Tuesday, 17 November 2015

1ST GIVEAWAY MagicBaked

 1st GIVEAWAY MagicBaked
Klik banner if nak join

Assalamualaikum... mamayu teruja nak join give away Magicbaked.blogspot.com.

Kenapa Teruja?

meh tengok hadiah yang mama cake sediakan untuk peserta Giveaway Magicbaked

5 hadiah istimewa untuk 5 yang bertuah

Hadiah MAGICBAKED Bernilai RM30
# Hadiah MAGICBAKED Bernilai RM25
# Hadiah MAGICBAKED Bernilai RM20
# Hadiah MAGICBAKED Bernilai RM15
# Hadiah MAGICBAKED Bernilai RM10

Pemilihan adalah secara RANDOM!! 

Simple Contest For Great Gift =)

GiveAway tamat pada 29 November 2015.
Syarat terakhir mamayu kena tag 2 orang kawan..
mamayu pilih;
Korang jom join! mana tau ada rezeki ena ngan eina ^_^


AWAS! TIADA SUNTIKAN VITAMIN C BERDAFTAR DI MALAYSIA



Assalamualaikum... terkejut mamayu bila baca artikel di atas... JAGA-JAGA yer kengkawan... Jangan kerana nak cepat cantik.. sanggup pertaruhkan masa depan..

Jangan terjebak.. Kalau nak cantik, menawan dengan cara paling selamat, mudah dan mesra alam..

Ambil Vitamin C Tablet.. tetapi biarlah yang berdaftar dengan KKM.

Mamayu rekemen vitamin C terbaik adalah keluaran Shaklee..

KELEBIHAN Vitamin C SR Shaklee ❤️


- baik untuk imunisasi badan
-mengurangkan simptom demam Dan selesema
-mencerahkan kulit secara semulajadi -membantu kelihatan lebih muda
-perlindungan daripada sinar UV yang boleh merosakkan kulit
-mengurangkan kesan 'SUNBURN' atau KULIT BERBELANG
-menjadikan kulit lebih gebu
- melembapkan kulit -mengurangkan kedutan Dan tanda penuaan
-tona kulit menjadi sekata
-bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan
-menggantikan tisu yang rosak
-merendahkan tekanan darah
-mengawal kelemumur
-mengawal pembentukan uban
-mengurangkan Keguguran rambut
-mengawal komplikasi diabetes
-membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan


Boleh wassap mamayu 012-7925153 segera.
Bulan November 2015 adalah bulan promosi Shaklee.. 

“Birthday Giveaway by Eina ~ Cerita Cantik Sihat”

Assalamualaikum...mamayu berkesempatan utk join 1st Giveaway By Eina..

Klik Banner untuk Join

Korang kalau nak join..klik jer banner tu untuk tengok syarat2nya..
mudah jer..klik..klik..klik..siap..hihih

3D PUZZLE GIVEAWAY BY IY&SYARIZWAN

3D PUZZLE GIVEAWAY BY IY&SYARIZWAN
klik banner untuk join

Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim.... mamayu dengan ini confirm join 3D Puzzle Giveaway By IY & Syarizwan..

sesapa yang belom join..sila join.. sebab tarikh tutup lambat lagi.. 29 November 2015 tarikh tutup GA 3D.


Breakfast 2 Beradik

Assalamualaikum, alkisah bila cuti minggu..


Lepas makan, mandikan dorang...main kejap.. tgok masing2 dah lena...siann


Resepi Bubur Nasi Ikan Bilis + Carrot + Cauliflower

Assalamualaikum, resepi paling mudah.

Masak bubur nasik.. bila nasi dah kembang..masukkan ikan bilis..

Carrot ngan cauliflower mamayu stim jer..sebab nakkan vitamin dan khasiat2nya tak keluar..

dah masak semua ni..sejukkan..baru kita blend..

Mamayu buat untuk stock 3 hari..sehari dikbam makan 2x..

Resepi Bubur Seafood

Assalamualaikum, kali ni share menu abam.. 1st time intro seafood kat abam..masa ni umo dia 11 bulan..

Sementara tunggu bubur nasik masak...

Mamayu siapkan bahan2 untuk dimasukkan dlm bubur nasik mmu nnti..

Udang fresh 2 ekor
Sayur sawi diricik halus2
Cendawan butang dicincang halus
Telur sebiji


Sori semua...bubur yg dah siap masak takder plak..puas dah cari dalam hp..

sowi ekk..


Resepi Puri Pisang


Assalamualaikum, menu dikbam masa umo 6 bulan..

lepas makan, lawas jer dia popo..hihi

Monday, 16 November 2015

Pengakuan Rita Rudaini

Assalamualaikum, mamayu nak share satu gosip panasss dari Rita Rudaini... Rita selalu jer update status panas-panas tau kat IG... Bikin hati jadi panas, geram pon ada..

                                            

Boleh pulak dia cakap (kembang pungkoq tang tu rasa mcm nak patah dah kerusi).. haishhhh.. "awat lagu tuuu...pasai paa jd lagu tuuuu...."

Dok cari-cari..dok baca2.. ingat apa la tadi...rupanya rita dok share kat ig...budak2 kaunter sk11..alaaa..produk yg mahai sangat tuuuu....yg dok juai-juai kat shopping2 complex tuuu... dok pujuk dia buat analisis skin... konon malu2, segan2..tp, pi buat la jugak..sebab tak pernah buatkan...

Depa dok kata, klau skin cantik elok molek score dalam 77%..

Rita pon cubalah kat skin dia..."tup..tup..kuar result 72%.. apa lagi, budak2 tu dok puji dia laaaa... bakpa tak kembang pungkoq tu nak habak maiii.... memang cantik la kannn...

"hebat betui naaa.. berkat kesabaran dan kerajinan dia dok guna product dia yg tengah meletops tu.. makan plak supplement shaklee kan... makin muda remaja la kakak abang oiiiii....

Awat mamayu pon dah tukaq lorat utara nieeeee... haishhh...

"Hangpa jangan cakap mamayu tipu naa...ni mamayu dapat screenshot apa yg dia dok habaq kat ig depa... puaih mamayu dok cari... apa dok ingatkan gosip apa la tadi... "pong pang! pong pang! duk dengaq result kulit dia yg orang dok citer abih duniaa"... haaa..dapat juga mamayu print... bukan apaa..nak jadi org nombor satu dok sebar cerita dia.... hihii"


puaih hati dapat citer kat blog...hahaha

Sejarah Terciptanya Multivitamin Shaklee Yang Anda Tak Tahu

Assalamualaikum, arini nak share lagi.. sejarah terciptanya multivitamin Shaklee yang pertama.

Yang dulu ia berbentuk cecair.. tetapi telah di paternkan baru dalam bentuk tablet. Asalnya dikenali sebagai "Vitalized Minerals" tetapi di singkatkan namanya kepada "Vita-Min".

Ikuti selanjutnya sejarah Vita-Lea yang ramai yang tidak tahu.


Korang Tau Tak?
.
Multivitamin aka Vitalea yang korang suka makan tu, dihasilkan oleh Dr Forrest C. Shaklee semasa umur beliau 21 tahun.
.
Konsep yang cuba beliau terapkan seperti kita memberi baja, air dan cahaya secukupnya kepada tumbuhan kerana beliau juga adalah seorang petani sebelum menceburi dalam bidang kesihatan.
.
Cuba bayangkan apa yang kita tengah buat masa umur 21 tahun ni? Masih belajar lagi kan?





Korang Tau Tak?
.

Selepas 9 tahun kejayaan Dr Shaklee mencipta Vitalised Minerals (Vitalea), beliau telah berhijrah ke Iowa untuk berkhidmat sebagai ketua kakitangan di sebuah klinik bagi membantu pesakit-pesakit disitu sehingga klinik itu mendapat gelaran "Largest Drugless in the World" kerana mereka menggunakan bahan makanan tambahan sebagai "ubat".




Korang Tau Tak?

Tahun ni genap supplement Pertama Vita_Lea 100 Tahun.

Dan, Tahun ni Shaklee Malaysia telah memberikannya secara PERCUMA jika anda mendaftarkan diri sebagai ahli Shaklee dengan 1 belian.

Ianya telah pun berakhir pada 31 Oktober 2015 bulan lepas.

Melepaslah korang..hihi

Antara keratan risalah berkaitan Multivitamin Pertama Dunia







Sejarah Shaklee Yang Anda Tak Tahu

Assalamualaikum, mamayu nak tanya sikit..

Pernah tak korang google sejarah memula Syarikat Shaklee?

Ada yang pernah dan ada yang tak amik kisahkan.. takper..takper...

Mamayu pernah gak google sejarah shaklee kat Wikipedia website berkaitan dengan penubuhan Shaklee Corporation.

Shaklee Corporation adalah pengeluar Amerika dan pengedar makanan tambahan pemakanan semula jadi, produk pengurusan berat badan, produk kecantikan dan produk isi rumah. Syarikat ini berpangkalan di Pleasanton, California dengan operasi global di Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico, Taiwan, China dan Indonesia.

Dah 7 buah negara yang berjaya Shaklee tembusi..

Jom kita kenal seberapa ringkas sejarah-sejarah bagaimana Shaklee ditubuhkan dan perkembangannya dari mula-mula ditubuhkan. 


Korang Tau Tak?
.
Nama asal company Shaklee ialah Shaklee Products yang ditubuhkan pada tahun 1956. Dr Shaklee mengajak 2 anak beliau untuk turut serta dalam penubuhan company ini dengan modal USD 5 Ribu. Beliau memegang jawatan sebagai General Manager dan juga Product Development. Manakala, anak beliau Forrest Jr memegang jawatan sebagai Business Manager dan Lee sebagai Marketing & Promotion Manager.
.
Disebalik kejayaan mereka, isteri mereka juga banyak membantu hingga berjaya ke taraf dunia.


                               

Korang Tau Tak?

Semasa Dr Shaklee dilahirkan, beliau sudah disahkan oleh bidan dan juga doctor bahawa umur beliau tidak panjang kerana mengalami sakit Tuberculosis. Ini berlaku kepada ramai bayi yang masih kecil kerana keadaan persekitaran yang tidak sihat akibat aktiviti perlombongan di kawasan penginapan family beliau.
.

Martha Shaklee iaitu ibu Dr Forrest tidak berputus asa untuk merawat beliau yang masih kecil. Ibu bapa beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke Moorhead, Iowa dimana mereka memulakan kehidupan baru di ladang pertanian dan memberi makanan herba dan tumbuhan2 yang sihat kepada Dr Forrest.

.

Atas usaha ibu bapa yang tidak pernah putus asa, beliau akhirnya berjaya sembuh dari penyakit beliau sehingga berazam untuk membantu leboh ramai orang untuk menjadi sihat seperti beliau. Maka terhasil lah Vitalized Minerals pada tahun 1915 semasa beliau berumur 21 tahun.



Korang Tau Tak?
.
Dr Shaklee menjadi Dr pertama yang menerbangkan pesawat bagi merawat pesakit dengan jarak 100 batu radius di United State. Apa yang membuatkan beliau begitu tabah dan menghabiskan banyak duit untuk membantu lebih ramai orang?
.
Insyaallah, kita juga mampu mencontohi usaha beliau sebagai seorang umat Islam yang berjaya di dunia dan akhirat.



Korang Tau Tak?
.
(sharing dari master amir) Sudah hampir 20 buku yang Master Amir baca , semua orang yang berjaya pasti akan dihadapi masalah yang paling besar dalam hidup mereka. Tidak terlepas juga buat Dr Shaklee selepas klinik beliau sudah terbakar, beliau juga kehilangan hampir semua wang pelaburan akibat ekonomi dunia pada tahun 1929 dimana ramai orang muflis (sehingga ramai yang membunuh diri).



Korang Tau Tak?
.
Semasa sukan Olimpik (WInter) pada tahun 2014 di Sochi, Russia. 10% dari kumpulan atlet Amerika sudah mengambil supplement Shaklee sebagai makanan tambahan mereka bagi membantu training mereka.
.
Kiranya supplement Shaklee ini sudah level atlet yang ambil, dan kita juga memakannya untuk aktiviti harian kita. Insyaallah, kita pun boleh jadi atlet macam mereka.


Korang Tau Tak?
.
Supplement Shaklee telah diambil oleh pendaki Gunung Everest semasa kumpulan pertama dari Amerika ini cuba menaklukinya. Sir Edmund Hillary adalah orang yang pertama yang berjaya sampai di puncak Gunung Everest bersama dengan team beliau.


Korang Tau Tak?
.
Dr Shaklee juga pernah mengalami dugaan yang mencabar semasa beliau cuba membantu orang dengan product Shaklee apabila klinik beliau telah terbakar pada tahun 1929.
.

Dengan semangat yang tidak putus asa, beliau mendapat ilham dengan mencipta "First Mobile Home" supaya dapat memberi khidmat kepada orang yang memerlukan bersama keluarga tercinta.

.

Jika anda rasa down atau hadapi masalah besar dlm bisnes, cuba ingat kisah Dr Shaklee ni bahawa setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya. Insyaallah, kita semua mampu menghadapinya.




Korang Tau Tak?
.
Shaklee Malaysia ditubuhkan pada tahun 1988. Kira2 hampir 27 tahun bertapak di Malaysia. Dan juga selepas 2 tahun kematian pengasasnya iaitu Dr Forrest C. Shaklee.
.
Kematian beliau tidak sesia2 kerana beliau telah meninggalkan Legacy Business beliau supaya dapat memberi manfaat kepada jutaan manusia melalui product Shaklee.
.
Sudahkah anda bersedia untuk meninggalkan sesuatu untuk anak cucu anda?




Korang Tau Tak?
.
Multi-Billionaire Roger Barnett telah menghabiskan USD 20 Juta dan mengambil masa 5 tahun untuk mencari company yang sesuai untuk dilaburkan sehingga beliau berjumpa dengan Shaklee.
.
Beliau yakin dengan Shaklee, company ini boleh pergi lebih jauh dan membelinya pada tahun 2004 dan mengelarkan Shaklee ini sebagai "Crown Jewel of Network Marketing"
.
Jadi, kita tidak perlu pening2 nak cari company apa yang sesuai untuk dilaburkan kerana Roger Barnett sendiri dah buat kajian sendiri. Kita cuma perlu yakin dan berusaha untuk mencapai impian kita melalui bisnes Shaklee ni jer


Korang Tau Tak?
.
Company Shaklee telah berjaya membayar bonus kepada SID mereka sebanyak USD 7 Billion sehingga 2015 bagi mereka yang layak setiap bulan.
.
Oleh sebab itu, ramai yang yakin dengan Shaklee sehingga ahli Shaklee sudah mencecah 1.2 juta orang di seluruh dunia termasuk Malaysia.


Kagum mamayu bila baca sejarah perkembangan shaklee yang telah lahir pada tahun 1960 sehingga kini masih lagi  kukuh di pesada dunia supplement walau pelbagai ujian dan rintangan yang mereka hadapi sejak dulu hinggalah kini.

Kenapa Mesti Pilih Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum.. selamat malam semua.. mesti masa ni korang tgh bersantai-santai bersama keluarga, kawan atau orang tersayangkan.

Suasana malam ini sejuk2 jer... mungkin sebab petang tadi hujan.. On the way balik dr opis tadi.. ramai yang pulang didalam kebasahan... terdetik dihati ini mengucap syukur sebab masih diberi kemudahan dr Allah tanpa perlu berbasahan dek hujan.

Berapa ramai yang selesema agaknya malam ni.. dan berapa ramai yg sakit kepala akibat terkena hujan. Dan berapa ramai pula yang dah ada tanda2 demam.. bukan "nak demam" yer.. klau cakap 'nak', memang akan demam ler.. kata2 tu kan satu doa..

Alhamdulillah, hampir 2 tahun mamayu diberi rasa sihat dr Allah.. syukur sangat2.. adakah mungkin asbab dari mengamalkan vitamin C selama ini..

Sebelum ni, mamayu consume vitamin c yang dibeli dari farmasi2.. ada pelbagai jenama dan pelbagai perisa.. tak kesah apa jua jenama yang penting manfaat yang diberikan itu yg lebih penting.

Kemudian, mamayu jumpa vitamin C SR Shaklee.. Masa tu sanggup pegi Shah Alam semata-mata nak beli Vitamin C dengan kakak ex mate opis.. Lagi satu, mamayu jenis tak sabar..kalau dah nak tu..memang nak aritu jugak... deal punya deal..dapat la pada ari kejadian... lepas dapat, consume dengan harapan dapat selesaikan masalah mamayu.. Masa tu muka banyak bekas jerawat.. hitam-hitam lak tu..dah la tak lawa...makin tak lawa sebab ada parut jerawat kat pipi...huhu

Sebelum-sebelum ni kan mamayu ada share dengan korang.. bahawa tubuh badan kita ni tak dapat memproses vitamin c sendiri untuk keperluan badan kita.. Ada 2 cara jika nak top up balik vitamin c dalam badan. PERTAMA, korang kena makan buah-buahan atau sayur-sayuran yang mempunyai banyak vitamin C ATAU, korang kena consume vitamin tambahan.

Semua orang tahu, bahawa vitamin c dapat merawat masalah mengembalikan kulit wajah cantik dan licin. 

Tetapi apa kelebihan yang ada pada Vitamin C SR Shaklee..

Antara kelebihannya:

  • Membantu pembentukan kolegen iaitu sejenis protien yang menyusun tubuh manusia. Kolegen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolegen berasala dari Yunani yang bermaksud Lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itulah, pengamal akan mendapati kulitnya licin , tegang dan cantik serta luka akan cepat sembuh kerana ia memulihkan dan membentuk kembali tisu yang telah rosak.
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah , mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolestrol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemechan lemak. Sebab itulah mereka yang mengidap barah sangat disarankan mengambil Vitamin C bagi mengelakkan STROK dan JANTUNG TERSUMBAT.
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik, dan lain-lain toksik menjadikannya tidak berbahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan mudah. Vitamin C sangat disarankan kepada perokok tegar dan menjadikan vitamin c sebagai teman baik mereka kerana ia membantu membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda mengalami kerosakan yang teruk.
  • Penyakit skurvi adalah berpunca dari kekurangan vitamin C dalam badan. Bagi mereka yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut, luka lambat sembuh, otot menjadi lemah,adalah disebabkan oleh kurangnya vitamin C dalam badan. Jelas sekali, vitamin C ini amat penting bagi pesakit skurvi. Mereka yang mengalami simptom-simptom skurvi dinasihatkan mengambil dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses pemulihan.
  • Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormon fungsi imun) Mengikut Dotor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Stress adalah punca kepada kemusnahan vitamin C didalam badan dan mengakibatkan sistem imun kita berkurangan dan menyebabkan kita mudah sakit.


Manfaat lain Vitamin C SR Shaklee:
  • Meningkatkan sistem imun - membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat  besi yang lebih baik, membantu sel darah putih memerangi bakteria dan kuman , mengukuhkan sistem imun, mempertingkan pemulihan alergi,
  • Memerangi kanser - ia satu-satunya antioksidan yang mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh.
  • Mencantikkan kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda mendapatkan kembali kulit yang cantik, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - ia memperbaiki insomnia dan stress.
  • Mengekalkan Kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
Kelebihan lain Vitamin C SR Shaklee:

✅ Meransang pembentukan kolagen
✅ Membantu mengekalkan kulit yang awet muda
✅ Mencerahkan kulit secara semulajadi
✅ Mengecilkan pori- pori muka
✅ Mencerahkan kulit secara sekata
✅ Merawat tona kulit tak sekata
✅ Mengurangkan pertumbuhan jerawat pasir
✅ Mengurangkan gejala kulit kusam
✅ Menjadikan kulit lebih anjal dan berseri- seri
✅ Kelihatan lebih muda dari usia sebenar
✅ Membantu mengecutkan jerawat
✅ Mengatasi masalah kulit berminyak
✅ Menjadikan kulit lebih lembut dan halus
✅ Menguatkan imunisasi badan
✅ Mengurangkan simptom demam
✅ Mengurangkan kesan sunburn
✅ Mengurangkan selesema
✅ Mengelak daripada uban
✅ Mengawal kompiklasi diabetes
✅ Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan
✅ Menggantikan tisu yang rosak dan menyembuhkan luka
✅ Membantu penghasilan kolagen dalam badan
✅ Menjadikan kulit lebih gebu
✅ Membantu kulit sensitif seperti resdung dan ekzema
✅ Merendahkan tekanan darah tinggi
✅ Menghalang dari terkena serangan jantung


Keistimewaan  & perbezaan Vitamin C SR Shaklee dengan vitamin C yang lain:

Vitamin C pertama yang bertindak secara "Sustained Released". dimana ia dilepaskan secara perlahan-lahan setiap jam bagi membolehkan vitamin c sentiasa berada didalam badan kita.Setiap jam, ia akan dilepaskan sebanyak 100mg bagi 1 tablet.

Vitamin C didatangkan bersama-sama dengan Bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin C dengan lebih baik.

Tiada pembaziran berlaku kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan kedalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.




Vitamin C SR antara vitamin POPULAR setakat ini. Terutama dalam LIST Vitamin Shaklee..
Kepopularannya hingga pernah OUT OF STOCK selama SETAHUN.

Korang wajib amik Vitamin C keluaran Shaklee..
Selain Jimat sangat-sangat.. Harganya pon sangat murah.. Berbaloi-baloi memilikinya..
dan yang penting, ianya vitamin Semulajadi.

Larangan Makan Makanan Darat dan Laut Dalam Masa Yang Sama

Assalamualaikum, selamat pagi isnin... arini ramai yang monday blues...samalah ngan mamayu... rasa tak puas rehat2 kat rumah selama 2 hari.. Tak puas pelok ciom anak syurga mamayu selama 2 hari... semalam dikbam tak berapa sihat..selesema dan badan pun dedor-dedor jer... Arini dah terpaksa tinggalkan dia...

Arinikan mamayu nak kongsi satu perkara dengan korang... pernahkan korang dengar atau ada yg menasihatkan korang..kalau nak makan tu lauk jgn campur makanan darat dan laut dalam satu hidangan.. Sebab aritu, mamayu ada masakkan makanan dikbam...mcm biasalah, sebelum masak tu, share bahan-bahannya kat fb...

Tiba-tiba, ada kawan mamayu komen...dia kata "tak elok campur makanan darat dengan laut". 

Mamayu bukanlah nak argue atau nak pertikai..cuma kadang-kadang terfikir..kenapa tak boleh ek... Jadinya, mamayu cuba cari segala info berkaitan permasalahan ini di internet... tak der pulak dalil yang mengesahkan perkara ni.. tp, mamayu reply la elok-elok.. iyerkan ajer kata-kata dia...






Cari dan cari info berkaitan perkara ni... mamayu terjumpa satu forum menarik di internet..
mungkin boleh dikongsikan dengan kawan-kawan semua.

mamayu screen shot sikit untuk dikongsikan dalam blog mamayu..

moga-moga ia dapat memberi sedikit pencerahan terhadap kita semua tanpa diedit sedikit pon artikel dibawah.











Kerana Allah Itu Baik




.. .. .. .. .. .. .. ..

Seorang raja mempunyai. seorang hamba lelaki. Pada semua keadaan, hamba tersebut selalu berkata:
"Rajaku jangan berkecil hati dan kecewa kerana Allah itu baik dan apa yang Allah lakukan adalah sempurna, tiada kesilapan".

.. .. .. ..

Pada suatu hari, mereka pergi memburu dan haiwan buas telah menyerang raja, hamba raja itu berjaya membunuh haiwan itu tetapi tidak dapat menyelamatkan satu jari baginda.

  .. .. ..

Marah dan tanpa menunjukkan rasa terima kasih, Raja berkata: "Jika Tuhan adalah baik, saya tidak akan diserang dan hilang satu jari."

.. ..

Hamba itu menjawab: "Walaupun semua ini terjadi, saya hanya boleh berkata kepadamu: "Allah adalah baik dan semua yang Dia lakukan adalah sempurna, Dia tidak pernah salah."

.. .. ..

Marah dengan jawapan itu, raja memerintahkan supaya hamba itu dimasukkan ke dalam penjara.

.. .. ..

Ketika dibawa ke penjara, katanya kepada raja lagi: "Allah itu baik & sempurna."

Beberapa hari kemudian, raja ditinggalkan sendirian untuk memburu dan telah ditangkap oleh orang asli yang menggunakan manusia untuk di korbankan.

  .. .. ..

Saat raja itu mahu dikorbankan, orang asli itu mendapati bahawa raja tidak mempunyai satu jari, dia dibebaskan kerana dia dianggap tidak "lengkap" untuk dipersembahkan kepada tuhan mereka.

.. ..

Sekembalinya ke istana, ia memerintahkan supaya hambanya dibebaskan dan berkata: "Kawan, Allah adalah benar-benar baik untuk saya. Saya hampir tewas tetapi kerana kekurangan satu jari. Saya dilepaskan."

.. ..

Tetapi saya mempunyai satu soalan; "Jika Tuhan begitu baik, mengapa Dia membenarkan saya untuk meletakkan anda di dalam penjara?"

.. .. ..

Hambanya menjawab; "Raja, jika saya belum dimasukkan ke dalam penjara, saya akan pergi dengan anda, dan akan dikorbankan, kerana saya tidak mempunyai jari yang hilang."

.. ..

Semua yang Allah izinkan terjadi adalah baik dan sempurna, Dia tidak pernah salah.

.. .. ..

Sering kali kita mengeluh tentang hidup, dan pemikiran negatif dalam diri kita membunuh positif dalam diri kita... Jadi berfikir positif dan percaya Allah pada setiap masa ....

.. .. ..

Allah mengetahui mengapa dia memilih anda untuk membaca mesej ini hari ini...Kerana Allah Itu Baik Dan Sempurna...

Allah itu baik dan sempurna...

.. .. ..

Bangun hari ini....

Anda bangun dari atas katil, walaupun tak berapa empuk. Tapi ada orang bangun dari kaki lima jalanan.

Anda menghidupkan enjin kereta tetapi tidak boleh. Bateri kong! Ada orang hilang kereta malam tadi kerana dicuri atau kemalangan.

Susah nak kejutkan anak bangun tidur. Hish budak ni, apa nak jadi. Tapi ada jiran saya beberapa bulan yang lalu, waktu nak kejut anak bangun tidur, anaknya telah kembali bertemu Pencipta.

Anda sudah bosan bekerja kerana 1001 macam perkara tak kena di tempat kerja. Pagi ini ada bapa yang menyara keluarga dibuang kerja.

Anda rasa bosan dengan pasangan anda. Pagi ini ada orang yang telah kehilangan suami atau isteri.

Anda rasa jemu dengan makanan pagi yang disediakan pasangan anda. Anda komplen. Hari ini ada orang yang hanya boleh makan pakai tiub aje kerana kanser mulut.

Anda rasa pakaian anda tak cukup? Ada orang hanya ada 3 helai baju aje. 

Anda rasa kecewa kerana kerja dah berpuluh tahun tapi masih tiada simpanan ataupun harta. Semalam ada orang meninggalkan dunia tanpa membawa apa-apa kecuali sehelai kain kapan.

Anda rasa tanggungjawab terlalu besar. Banyak sangat benda nak buat. Anda rasa rimas dengan expectation sekeliling terhadap anda. Malam tadi ada saudara kita yang dijemput Allah memohon untuk dihidupkan semula .

Syukurlah walau apa jua keadaan anda masih mampu untuk berbuat kebaikan & sentisa berusaha menjadi golongan orang yang beruntung...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...