Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Monday, 21 September 2015

GIGI PERTAMA SI KECIL


[ Gigi Pertama Si Kecil ]
Melihat gigi pertama bayi merupakan saat yang menggembirakan. Namun untuk menjaga giginya itu perlu dilakukan sejak kecil lagi. Percaya atau tidak, itulah hakikat yang mesti anda akui bahawa gigi mula terbentuk sejak bayi berusia beberapa bulan.

Kebanyakan bayi mulai tumbuh gigi sekitar usia enam bulan. Malah ada juga sesetengah bayi mulai tumbuh gigi pada usia 4 bulan dan ada juga yang tumbuh gigi pertama selepas berumur 1 tahun. 

Manakala dalam sesetengah kes, ada bayi yang dilahirkan sudah mempunyai gigi. Ia dikenali sebagai gigi neonatal. Gigi ini telah tumbuh dan hadir dalam mulut bayi semasa bayi dilahirkan. Ia amat jarang berlaku.

{{Reaksi}}
Apabila gigi susu tumbuh, jangan hairan jika anak anda menunjukkan perubahan sikap. Antara perubahan sikap atau reaksi yang biasa ialah :

{{Kegatalan Gusi}}
Ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.

{{Gusi Sakit}}
Ini boleh dilihat dengan gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas. Bayi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa.

{{Demam}}
Ada juga bayi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.

{{Kurang Makan}}
Selera makan bayi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan dia mendapat cukup cecair. Berikan lebih susu dan air.

==================================
Atasi Masalah Ketika Tumbuh Gigi
==================================


1.Cuba memberinya sesuatu yang keras untuk di kunyah, seperti kepingan keju atau lobak merah atau gegelang gigi pertama yang sejuk. Jangan tinggalkan anak anda seorang diri ketika dia sedang mengunyah bedan keras, dikhuatiri jika ia tercekik.


2.Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.

3.Jika si manja kelihatan sakit ketika tumbuh gigi, cecair paracetamol boleh membantu. Berikan mengikut nasihat doktor. Jangan berikan aspirin untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

4.Dakap dan tenangkannya. Dukung dan bawanya berjalan-jalan atau bersiar-siar dengan kereta.

5. Sekali sekala bawa dia mengunjungi doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan nasihat yang betul bagaimana untuk menjaga gigi pertama.

{{Penjagaan Gigi Dengan Berus Gigi Yang Lembut}}
Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi tidak perlu untuk bayi pada umur begini.

{{Masalah Gigi}}
Menyentuh masalah pergigian yang serius boleh dialami oleh kanak-kanak ialah karies rampan (rampant caries). Keadaan ini adalah di mana gigi kanak-kanak menjadi reput dan hancur dan akhirnya tinggal tunggul-tunggul sahaja. 

Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa sakit gigi akibat infeksi dari gigi dan gusi. Ia diakibatkan oleh kehadiran gula dari susu, susu formula dan jus yang sentiasa bertakung dalam mulut bayi untuk masa yang lama.

Juga berlaku apabila bayi tidur dengan botol susu dalam mulut semalaman atau penggunaan botol susu untuk jangka masa yang lama sepanjang hari. Tindak balas bakteria dalam mulut terhadap gula ini akan menyebabkan kerosakan gigi berlaku

Jika merujuk kepada masalah nursing bottle caries ini lebih ketara selepas bayi berusia tahun. Jadi langkah-langkah pencegahan mesti diambil awal iaitu sejurus selepas gigi tumbuh.

Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang. Lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini. 

Jangan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak gemar meniru gelagat ibu bapa. Jadikan proses pembersihan gigi satu aktiviti yang dibuat bersama.

Seterusnya..Mari Share Artikel ini.. agar dapat berkongsi dengan ibu di luar sana tentang info ini.

Sumber : PaMa

Makanan Yang Perlu Dielakkan Bayi 6 Hingga 12 Bulan




Makanan Yang Perlu Dielakkan Bayi 6 Hingga 12 bulan

Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.

Makanan Yang Telah Diproses
Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.

Putih Telur
Bayi boleh makan kuning telur tetapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.

Madu
Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut!

Botulism ialah penyakit yang disebabkan oleh keracunan makanan yang berpunca dari toxin yang keluarkan oleh bacteria. Biasanya pada madu yang tidak dirawat ada bakteria ini. Serangan penyakit botulsm akan menyebabk system dalam badan menjadi lumpuh, hilang keupayaan untuk makan (menelan) dan bernafas di kalangan bayi. Orang dewasa jarang mendapat serangan ini kerana sistem pencernaan mereka biasanya sudah boleh mencernakan parasit tersebut.

Walaubagaimana pun penyakit ini amat serius di kalangan bayi tetapi biasanya mereka akan terselamat dari kejadian yang lebih buruk. Tanda tanda awal ialah sembelit yang melebihi 3 hari di kalangan bayi.

Serangan ini bukan hanya di sebabkan oleh polen dari madu tatapi juga dari debunga lain atau pun habuk yang teruk yang mengandungi bakteria itu. Satu cara bagi ikhtiar mengurangkan risiko ialah dgn memasak bahan makanan yang di syaki ada bakteria itu sehingg 121 darjah Celcius.

• Makanan Laut 
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.

Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.

Jus Buah Pekat 
Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.

Gandum dan Produk Gandum
Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.

Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.

Biar Anak Meneroka Makanannya


BIARKAN ANAK MENEROKA MAKANANNYA
Bersepah? Memang akan bersepah jika anak kita sedang meneroka perkara baru termasuk makanan. Biarkan mereka meneroka dan jangan menghalang kerana ini adalah salah satu pembangunan untuk motor-motor halus mereka.

Untuk mengurangkan sepah. Disarankan meletakkan bayi anda di atas baby chair jika bayi sudah boleh duduk. Alas baby chair dengan surat khabar supaya senang dibersihkan kemudian.

Ketika bayi, mereka mempunyai daya ingin tahu apa rasa makanan, keras atau lembik dan mereka akan memicit, menjatuhkan sebab nak tahu apa yang akan berlaku.

Kita sebagai ibu bapa haruslah bersabar. Jangan marah. Bila anak kita makan dengan gembira, barulah mereka rasa seronok dan berselera!

Sumber: Resepi Makanan Bayi

Jangan Ajar Anak Kita Berbohong!


Jangan Ajar Anak Kita Berbohong!
Dalam tak sedar, ibu bapalah yang mengajar anak kecil berbohong!

Thursday, 10 September 2015

HOMEMADE BUBUR AYAM DIMSUM UDANG





HOMEMADE ROTI CHEESE CRACKER

Assalamualaikum... alhamdulillah...dapat gak update entry ni... kesinambungan daripada entry lepas..
yang ni resepi roti cheese cracker yg mamayu janjikan..

Masa buat ni mirza baru 10 bulan...Hmmm..bedal jer laa...lagi pun mirza takder alahan dengan keju..


Tengah main sambil-sambil makan roti cheese cracker.. Abissss...lepas tu mintak lagi..sedap gamaknyer..



Yang ni time mamayu bawak dia jalan2.. nak bagi dia behave kena bagi makanan... so, takder la dia meragam sangat masa mamanyer drive kete...


mama-mama semua jangan tengok jer resepi tu..buat tau..mudah jer tu...


HOMEMADE BISKUT ROTI - 2 Years N Above

Assalamualaikum... arini mamayu berkesempatan untuk share resepi homemade biskut roti yang sedap...
Dalam resepi menyatakan ia sesuai buat anak berusia 2tahun keatas.. Actually mamayu dah start bagi bila baby umo 10 bulan.. maknanya dia dah pandai pegang makanan...

Jangan risau kalau biskut roti ni agak kasar.. since baby dah isap2..roti tu akan lembut bila kena air luir anak kita... Abang Mirza suka sangat biskut roti ni... mamayu pon suka..hihihi..




sapa yang tak tau gula organik..
ni contoh rupa gula organik yang boleh dibeli dikedai makanan Organik
Selamat mencuba!!!!
Actually sangat sedap... kot la anak tak makan..mak yg belasah dulu..hehehe...

Next entry mamayu share cara2 buat roti cheese..sama kekdah yg kat atas..cuma guna cheese jer..



BAHAN-BAHAN ASAS PURI


Apabila anak anda sudah mula diberi makanan pejal, buah-buahan antara makanan yang mesti diperkenalkan. Ia mudah diberi, mudah hadam dan sedap dimakan.

Buah-buahan yang kaya dengan vitamin dan mineral paling sesuai sebagai makanan awal diperkenalkan. Berikut lima jenis buah yang baik diberikan kepada bayi.

PISANG

Untuk bayi enam bulan ke atas.

Kandungan nutrisi utama: kalium, fosfor, vitamin A, asid folat.

Cadangan sajian:
1. Kupas kulit pisang, lenyekkan sedikit dan boleh terus disuap kepada bayi.
2. Puri pisang

OREN

Untuk bayi enam bulan ke atas.

Kandungan nutrisi utama: kalium, kalsium, vitamin A, vitamin C, asid folat, serat.

Cadangan sajian:
1. Cuci bersih buah oren, kupas dan perahkan jusnya. Beri kepada bayi.
2. Dapat dijadikan pemanis yang menyegarkan dalam penyediaan puri buah.

EPAL

Untuk bayi enam bulan ke atas.

Kandungan nutrisi utama: kalium, magnesium, fosfor, kalsium, vitamin A, vitamin C.

Idea sajian:
1. Puri epal

PIR

Untuk bayi enam bulan ke atas.

Kandungan nutrisi kalium, fosfor, kalsium, vitamin C.

Idea sajian:
1. Puri pir:

*Bagi bayi berusia lapan bulan, boleh ditambahkan bijirin agar puri ini menjadi padat.

TOMATO

Untuk bayi lapan bulan ke atas.

Kandungan nutrisi: protein, serat, kalium, magnesium, fosfor, kalsium, vitamin A, asid folat.

Idea sajian:
1. Sos tomato:

Cuci bersih lalu rebus tomato sampai empuk, sehingga kulitnya mudah dikupas.
Setelah dikupas, potong menjadi empat bahagian. Kisar hingga halus, lalu tapis menjadi sos tomato.

Hidangkan bersama dengan puri kentang atau sayuran.

Sumber : Pa&Ma

BUKTI KASIH SEORANG SUAMI

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

hahaha...nyanyi pulokkk...hihi

Zaman2 sekarang, ramai suami yg dah ambil berat tentang kesihatan isteri...dibelikannya supplement bagi penjagaan kesihatan isteri tercinta..

Wahai isteri, kalau hadiah hari lahirmu suami belikan supplement murah macam ni..jangan la majok yer...bukan dia tak sudi belikan barang mahal2...ini kerana, kesihatan itu lebih mahal baginya..dan menghadiahkan supplement, bisa membuat kalian berdua sentiasa berada dalam berkasih sayang.. Jika kita sakit, sapakah orang yang paling susah sekali...bukankah suamimu...

mamayu cukup rasa bangga jika melihat ada suami2 yang sanggup membeli supplement sebagai ganti kepada material present... 

hadiah yang mahal boleh dibeli... tetapi badan yang sihat juga adalah hadiah paling mahal yang perlu kita hargai...

sweet..sweet jer bila suami malu2 pm sid shaklee untuk beli supplement untuk isteri..hihi



Wednesday, 9 September 2015

JADUAL SOLID FOOD BABY 7 BULAN


JADUAL SOLID FOOD BABY 6 BULAN

Alhamdulillah... danish dah nak masuk 6 bulan rupanya... Arini mamayu terus bukak buku solid food untuk revised balik menu-menu makanan untuk baby umur 6 bulan..

Hasil idea yg Allah beri..maka terciptalah jadual lengkap solid food buat danish.. 
lepas ni boleh print dan tampal kat fridge..

Insyaallah, nanti mamayu share cara-cara prepare solid food untuk baby yer...



Monday, 7 September 2015

TIPS KAYA & BERJAYA.

TIPS KAYA & BERJAYA.
.
Mamayu share sedikit tip untuk kaya dan berjaya yang dikongsi oleh seorang pelakon dan usahawan hebat Fizo Omar.
.
Amalkan tips ini inshaAllah istiqamah selama 40 hari anda akan rasa perubahan dalam hidup anda.
.
Jom sama2 kita share supaya lebih ramai lagi yang berjaya dan kaya dengan izin Allah. Teruskan beramal atas nama Allah yang Satu.

Sumber: www.pokli.com














Allah tidak pernah memungkiri janji.. Andai kita benar-benar ikhlas dan tawakkal kepada-Nya, Allah akan sampaikan bantuan dengan cara tak disangka.. (Talaq 2-3)
Mungkin, tak semua yang kita damba, Dia penuhi semua, tapi.. waktu kita rasa keseorangan, kita rasa macam dah tak ada jalan.. teruskan membina keyakinan, teruskan merayu dan mengharap kepada Tuhan.. tak ada yang mustahil bila Dia mengizinkan..
Bila permintaan kita dimakbulkan, itu bukan satu kejayaan yang perlu dibanggakan, tapi, ia sebenarnya satu permulaan, satu persediaan kepada sesuatu yang lebih besar yang perlu kita selesaikan. Mungkin, ia adalah persediaan kepada sebuah perjuangan, juga, jadikan ia laluan dan landasan untuk kita berusaha menyelesaikan tanggungjawab kita kepada orang.. antara kita denga Tuhan, ada hak-hak dan tanggungjawab yang wajib dan sunat ditunaikan. Tapi, sebelum kita menuntut hak kemanusiaan, kita dulu yang wajib penuhi hak orang lain ditanggung di bahu kita untuk menunai dan menjawapnya.. Kelebihan yang Allah beri kepada kita, ada tanggungjawab kita untuk penuhi hak orang lain pula..
Ya Allah, kami bersyukur atas setiap anugerah, bantu kami selesaikan setiap masalah.. permudahkan setiap langkah, iringi keberkatan dan hidayah, agar segalanya berakhir dengan falah, najah dan jannah... Amin...

Sabar And Solat, Semoga Allah Sayang.. jangan lupa... Smile And Shine

Friday, 4 September 2015

"Az Zahin Turns 5 Giveaway by sihatcomelceria.com"

Assalamualaikum, sesaja nak cuba sertai Az Zahin Turns 5 GiveAway by sihatcomelceria.com.. haha
Actually sihatcomelceria.com adalah blog master nadiah suhaidi ibu comel yg berasal dari ganu kiter...
ini adalah 1st Giveaway Sempena kelahiran anakanda beliau Az Zahin yang ke-5 tahun..

Syarat-syaratnyer penyertaan mudah jer..



Syarat-syaratnya adalah:

1. Buat entry yang bertajuk "Az Zahin Turns 5 Giveaway by sihatcomelceria.com". Dalam entry tersebut, letak banner giveaway di atas dan link ke entry ini. Tuliskan juga tempoh giveaway berlangsung.

2. Follow blog sihatcomelceria.com

3. Bila dah selesai 2 perkara di atas, tinggalkan URL entry anda di kotak komen entry di blog sihatcomelceria.com :)


3 pemenang akan dipilih secara random dari random.org


Tempohnya ialah dari 4 September hingga 26 September (Az Zahin's birthday)!

Pemenang akan diumumkan dalam masa seminggu selepas tarikh tamat.


Selamat Berjaya!!!

TINDAKAN SEMASA JEREBU

Mamayu nak share pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan dengan masalah Jerebu yang melanda negara hari ini.. 
Apakah jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-terapung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Punca-Punca
Punca utama jerebu adalah akibat daripada:
1. Pembakaran secara terbuka
2. Asap dari kilang
3. Asap dari kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperoleh daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut:-
Nilai IPU Status:
0-50 Baik
51-100 Sederhana
101-200 Tidak sihat
201-300 Sangat tidak sihat
301-500 Berbahaya

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
1. Kanak-Kanak
2. Orang tua
3. Mereka yang mengalami penyakit asma
4. Bronkitis
5. Radang paru-paru
6. Penyakit paru-paru yang kronik
7. Alahan
8. Jantung
9. Perokok
10. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-Kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah :

1. Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk
2. Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
3. Mata terasa pedih dan berair
4. Hidung berair dan kerap bersin
5. Kulit badan terasa gatal-gatal
6. Terasa sakit dada
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala berikut.
CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTLAH NASIHAT BERIKUT:-
1. Mereka yang mengalami penyakit –penyakit seperti berikut batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
2. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
3. Penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenal pasti sebagai kumpulan yang berisiko tinggi.
4. Sejauh yang boleh orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
5. Kurangkan aktiviti –aktiviti di luar rumah seperti sukan.
6. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
7. Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.
8. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
9. Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya, mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia



Wednesday, 2 September 2015

PROMOSI SET IBU HAMIL MURAH


"MENJADI IDAMAN SETIAP WANITA"
Bila sebut SET IBU HAMIL SHAKLEE, ia sinonim dengan WANITA ERA KINI kerana WANITA ZAMAN MILENIUM KINI sukakan perubahan yang mereka peroleh bila mengamalkan satu-satu set yang boleh memberi sejuta manfaat buat diri mereka dan juga bayi yang dikandungnya..
-------------------
1) Kulit gebu, mulus membuat mata suami tidak berkelip memandang walaupun sedang hamil.
2) Payudara yang lebih anjal, memberikan lebih keyakinan walaupun selepas bersalin..
3) Kawah-kawah gunung di permukaan kulit menjadi rata dan sekata walaupun sedang hamil.
4) Kulit semakin cerah, meninggalkan derita kulit kusam walaupun sedang hamil.
5) Tenaga luar biasa yang berpanjang, bagus untuk beraksi pada bila-bila masa walaupun sedang hamil.
-----------------------
Suami penyayang yang mengidamkan isteri jelita, bertenaga, menganjal, halus, mulus anda patut hadiahkan isteri tercinta dengan Set Ibu Hamil keluaran Shaklee..
Wahai isteri, jangan tunggu lagi...masa ni lah peluang untuk anda dapatkan rawatan dalaman yang sesuai buat diri anda agar sentiasa tampil bertenaga, berseri dan ceria dimata suami..
Kini, tiada lagi istilah isteri berwajah kusam, hilang keserian walau sedang sarat hamilkan cahaya mata tercinta.

Nak order Set Cadangan Ibu Hamil Shaklee!!
Boleh hubungi saya;:D
Siti Rahayu Ali (mamayu) | SMS/Whatsapp: 012 – 792 5153 | Shaklee ID: 1078965
Saya adalah wakil Sah Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di area Putrajaya, Puncak Jalil, Bukit Jalil, Seri Kembangan, Taman Equine Park, Taman Lestari Putra.

KENAPA KAMI PILIH SUSU SOYA ESP SHAKLEE



RAMAI YANG DAH MEMILIH ESP SHAKLEE..

INI KERANA MEREKA TAHU KESAN DAN AKIBAT KEKURANGAN PROTEIN..

NIKMAT ALLAH YANG MANA YANG KAMU DUSTAKAN..


Assalamualaikum duniaa!
Syukur diberi peluang bernafas dimuka bumi allah sehingga ke hari ini..
Syukur diberi peluang bersama yang tersayang sehingga ke hari ini..
Syukur diberi peluang berbagi rezeki sehingga ke hari ini..
Syukur diberi peluang merasai rezeki sehingga ke hari ini..
Syukur diberi peluang rasa sihat yang bepanjangan sehingga ke hari ini..
Syukur diberi peluang merasai ujian sehingga ke hari ini..
Syukur diberi peluang menyebarkan kebaikan sehingga ke hari ini..
Syukur diberi peluang menghargai peluang2 yang diberi Allah sehingga ke hari ini..

Terlalu banyak perkara yang kita perlu syukuri... 

Jadi, Nikmat Allah yang mana yang kamu dustakan..

ENERGIZING SOY PROTIEN - ESP

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. 

Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. 

Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. 

Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Nak order Energy Soy Protein (ESP) Shaklee!

ENERGIZING SOY PROTIEN - ESP SHAKLEE

TAHUKAH ANDA???

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan.
Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Nak order Energy Soy Protein (ESP) Shaklee!

ESP - ENERGIZING SOY PROTIEN


Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

Nak order Energy Soy Protein (ESP) Shaklee!

PROMOSI SHAKLEE BULAN SEPTEMBER 2015




Tuesday, 1 September 2015

PROJEK AMAL PEMBINAAN - AKADEMI WAKAF KONTENA

Rebut peluang saham akhirat.. 

#PeKA adalah satu badan NGO yang berdaftar bertujuan mengumpul para sukarelawan bagi mengumpul dana untuk aktiviti amal, kemanusiaan dan dakwah.

untuk maklumat/ keterangan lanjut... klik PEKA Facebook Page

JOM BERANGAN!!

Kalau dulu masa sekolah menengah, bila citer ngan kawan2 "aku nak beli umah banglo belakang dia ada swimming pool"... "aku nak dalam rumah aku ada perpustaan sendiri.. ada opis peribadi.. ada bilik istirehat... ada ruang solat yg besar...bila nak buat solat hajat atau majlis tahlil...takder la sibuk kat ruang tamu... ada panggung wayang yg muat dlm 30 orang.. ada bilik tempat anak2 bermain...yg pasti selesa untuk dorang main... ada kebun belakang rumah...rasa nak released tension..pegi jer belakang rumah... duk kat wakaf kecil yg dibina tengah2 laman belakang... syokkk... Agak2 korang...mesti kena gelakkan bila kita citer kat kwn2 camtu... mula2 masing2 pon pasang angan2 gak... tp, bila dah melalut2..pakat gelak lah masing2... kalau la dapat apa yg kita impi tu...smbil jelir lidah masing2..hehehe

Kebanyakan kita tidak faham maksud angan-angan sebenarnya.  Berangan-angan dianggap negatif.  Sedangkan maksud ‘angan’ mengikut Kamus Dewan ialah fikiran, ingatan, menungan.  Perkataan imbuhan ‘berangan-angan’ bermaksud mempunyai angan-angan (cita-cita, ingatan, keinginan).

MAKAN SECARA SIHAT DEMI KESIHATAN

Pemakanan merupakan aspek yang sangat penting dalam penjagaan kesihatan seseorang individu. Amalan pemakanan yang tidak sihat dalam tempoh masa yang lama dikaitkan dengan masalah berlebihan berat badan dan obesiti. Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada masalah ini adalah pengambilan diet yang tinggi kalori, tinggi gula, tinggi lemak serta mengamalkan cara hidup yang kurang aktif. Obesiti turut menyumbang kepada masalah kesihatan yang kronik seperti penyakit diabetes, tekanan darah tinggi, kandungan kolesterol tinggi dalam darah, penyakit jantung kardiovaskular, batu karang, masalah pernafasan dan sesetengah jenis kanser.

Oleh itu, pentingnya makan secara sihat kerana ia boleh;

 i) mencegah masalah kekurangan dan berlebihan berat badan
ii) mengekalkan berat badan yang normal 
iii) mencegah masalah kekurangan nutrien 
iv) mengurangkan risiko penyakit berkaitan pemakanan

UBAT SEMULAJADI DARI RUMAH

Rawatan terbaik dari rumah yang hanya menggunakan modal yang kecil..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...