Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Monday, 24 August 2015

MOTIVATION & RECOGNITION RALLY SHAKLEE- MY MINI CONVENTION

Alhamdulillah... hujung minggu yang penuh diisi dengan motivasi-motivasi dari orang2 yang berjaya dalam bisnes MLM shaklee..

Actually semalam mamayu datang dengan keluarga tercinta...Suami dan anak-anak yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan pada mamayu...

Hadirnya kami, tak ditemani sesapa..Upline takde..downline pon takder...Tapi, Master saya ada.. Master Amir hadir bersama Zahin (anak sulung beliau).. pegi atas sebab semangat yang tinggi untuk melihat dari dekat apa sebenarnya Motivation Rally nie...

Lagi satu bersemangat sebab shaklee anta surat invitation..hehehe.. kalau korang perasan kat fb, selalu tgok dorang update MR.. apa benda MR tu..rupanya MR adalah singkatan kepada Motivation Rally.. itu pon kalau korang perasan laa..dan kalau korang skodeng aktiviti2 kami di fb..hahaha...

Alhamdulillah, sampai disini, mamayu tak keseorangan pon.. Ramai leader2 pelbagai bangsa hadir semalam... Jauh dan dekat..



Kami tak ada beza.. kalau beza pon dari segi pangkat.. kalau dari segi tujuan, semangat, misi dan visi semuanya sama...

Kami hadir dengan satu tujuan, Meraikan kejayaan masing2 dengan bangganya.. Kami disini ingin mendengar kata-kata hikmat dari Leader-leader yang telah berjaya menggapai awan.. yang telah berjaya membuktikan "inilah hasil apabila kami setia dan konsisten dengan hala tuju kami".. 

Rata-rata yang berkongsi cerita, kebanyakannya dah consume 10 tahun, 16 tahun dengan shaklee... Dan tak ada ruginya jika anda setia pada yang satu.. Kerana, usia Shaklee sendiri di Malaysia sudah pun lebih dari 25tahun...

Manfaat yang diberi oleh shaklee sangat banyak yang bukan sahaja tertumpu pada kesihatan yang berpanjangan..tetapi, manfaat dari segi bebas kewangan yang hanya bermodalkan RM79 sepanjang hayat.

Apa ada pada Motivation Recognition Rally?

Motivation Recognition Rally ibarat mini convention pada kami... Mini convention bagi para sid shaklee yang telah berjaya menaiki rank..

Terdapat 6 rank yang perlu sid capai dimulai dengan supervisor, senior supervisor, coodinator, senior coodinator, key coodinator dan last sekali master coodinator..

Setiap rank punyer banyak keistimewaan.. Contohlah... gaji bagi supervisor boleh mencecah RM20,000.00 setahun... haaa...sapa nak bagi tu...klau tak buat shaklee memang tak dapat laa... dan gaji kami dibayar setiap 15hb bagi setiap bulan.. best tak?? seronokkan.. mendengarnya jer pon dah seronok.. ini kan plak kami yang dapat nie.. Alhamdulillah..

Macam biasa seperti biasa dan keadaan biasa anak syurga berlari sana sini.. itu lah istimewanya shaklee.. tidak menidakkan kehadiran anak2 syurga walau apa jua event..pasti ank2 syurga ini di alu-alukan bersama-sama... dlm majlis MR mereka telah diberi paper colour dan pencil colour bagi memenuhi aktiviti anak-anak ini...

Selain itu, terdapat cabutan nombor bertuah bagi bagi setiap penyertaan..Grand Prize semalam adalah sekotak Collagen Powder Shaklee... Wow!!! kalau la dapat... hihihi....kecoh la kejap dewan....hahaha... bak kata Kelmen Oii.. Pada hadirin yang tak bertuah tu..mungkin tahun depan anda bertuah...cuba lagi di tahun depan yer...hahahaha...

Suasana sedikit gamat bila ada pertandingan Best Dress dan pertandingan Ubah Penampilanku... dia mcm makeover laa...tp, ni lain sikit... yang perempuan disuruh pakai sampin...dan peserta lelaki disuruh pakai tudung...kecoh lagi dewan Holiday Villa Hotel ni... Bayangkan telatah mereka...hehehe.. macam2 aksi.. yang penting kita hepi.....lalalala....

Majlis di akhiri dengan minum petang...alhamdulillah... insyaallah, dilain entry mamayu kongsi sharing dari 2 orang master hebat kita.. master Dr. Hj Lah dan Master Lyna Noh.. kang taip panjang2 korang boring... entry lain hari yer... ;)

mamayu nak share suasana Motivation Recognition Rally yang diadakan di Holiday Villa Hotel, Subang Jaya....


Majlis dimulakan dengan perarakan Master-Master Shaklee
Yang tengah tu Master Freddi..
Gambar sebelah kanan Master Amir..
mamayu ngan dikbam naik ke pentas bagi penerimaan sijil Supervisor..
masa ni jantung mamayu laju... 1st time datang dalam majlis mcm ni..
Dah biasa datang convention Shaklee.. Tapi  ( ni 1st time naik pentas)
Lepas ni kena biasa2kan naik pentas lagi.. hihi

Tak ingat apa yang suknit cakap.. yang dengar hanya "Tahniah" yang lain-lain bak angin yang lalu jer mamayu dengar.. hehehe...

sesi bergambar beramai-ramai leader yang berpangkat Supervisor

Yes..yes..yes..shaklee...thumb up..

Sesi sharing dari Pn. Rohana berumur 61 tahun berpangkat Senior Coordinator
Consume shaklee 2 tahun.. kemudian baru decide nak join shaklee..
Alhamdulillah, dalam masa 7 bulan dapat senior coodinator..
consume shaklee sebab her husband ada cancer hati.. dan kini telah bebas dari cancer itu..Syukran..

sharing dari master Lyna Noh..
Salah sorang master yang telah melahirkan 9 orang master dibawahnyer..
Baru berumur 29 tahun dah jadi jutawan..

Adegan terharu..
surprise wishes master lyna noh buat suami tersayang sempena anniversary mereka yg ke-9 tahun.

Kenangan-kenangan kami yang pertama kali hadir di Majlis Motivation Recognition Rally Ogos 2015

keluarga kecil mamayu..
hope satu hari nanti boleh bawak keluarga besar kami pula..

kita selpie dulu..
melayan karenah abam sementara majlis belom mula lagi..

pendorong kedua mamayu..
Muhammad Danish Ukhail.
Baby shaklee sepenuhnya...

Pendorong pertama kami..

Supervisor sebenar..
Muhammad Mirza Ukhail..
Dari umo 6 bulan setia menemani mummy dalam apa jua kelas dan event anjuran shaklee..
If korang tak pernah join MR better join...tak rugi... rasa mood down tentang bisnes, masa ni la nak betulkan balik mood..nak betulkan balik niat...dan yang penting serap segala semangat dari leader2 yang hadir... amik aura mereka.. insyaallah, masa tu korang mesti teringat balik janji korang masa mula2 join bisnes nie..
dan yang belom sampai wahyu lagi tu.. jangan fikir lama2 sangat..
nanti rugi.. jadi mcm makcik rohana.. amik masa yg lama untuk fikir buat bisnes shaklee..
tapi, tak per lah.. at least dia dah mula.. dan skrg tinggal lagi 2 rank untuk dia Master..
Fuhhh...fuhhh... mudah mudahan mamayu pon antara orang-orang yang berjaya meraih impian seperti master-master shaklee.. aminn

Sekian
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...