Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Thursday, 27 August 2015

TUTORIAL MUDAH MENGEDIT FOTO BAGAIKAN SEORANG PROFESIONAL

Pernah tak korang blogwalking-blogwalking blog orang..korang tengok gambar2 dalam blog org tu cantik jer..

Pernah tak korang tgok instagram2 orang.. korang tengok gambar instag org tu sweet jer...dalam hati mesti korang cakap, " pandainya dia amik gambar" " cantiknya dia edit gambar" "hebatnya gambar dia"... mestikan?? hahaha...sebab, mamayu pon mcm korang gak... jeles tgok gambar yg diorg upload tu cantik2..

Gambar2 yang cantik ni memang sangat-sangat penting untuk attrack orang datang blog kita... di tambah dengan susunan cerita yang menarik.. orang akan lebih teruja untuk tahu perkembangan kita yang seterusnya... atau pun orang akan tertarik nak membeli dengan kita if kita adalah penjual online... Tak kisah la kita jual apa pun... gambar mesti memainkan peranan penting dalam menarik minat si pembeli...

Untuk pengetahuan korang, untuk dapatkan gambar yg cantik tak perlu pon camera yang mahal atau telefon yg mahal... cukup ada laptop dan internet... kalau kat rumah takde laptop...boleh pegi CC sekejap untuk online...

Hanya bermodalkan pc @ laptop..korang boleh belajar cara2 mendapatkan gambar atau mengedit gambar sehebat  orang2 profesional.. 

ok, kali ni mamayu share rahsia mamayu pada korang bagaimana mengedit gambar2 yg biasa2 menjadi super luar biasa dengan penggunaan pencahayaan bagaikan pakar-pakar..

Mamayu pon bukan selalu dapat peluang mengedit gambar tru pc... cuma, jika ada masa terluang..Jika ada ruang.... Jika ada internet juga... mamayu akan mengedit gambar-gambar tak kiralah yg personal atau bisnes produk atau apa ajer...

ok, kita teruskan tutorial kita arini...

Mula-mula apa yang perlu korang buat...

Wednesday, 26 August 2015

PETUA MENYIMPAN MAKANAN

PETUA MENYIMPAN MAKANAN.
pakat2 sharing ..
Apabila membeli belah barang dapur, ada ketikanya bahan basah dan sayuran sukar kekal segar. Kali ini mamayu nak share beberapa petua orang lama untuk menyimpan makanan.

Menyimpan udang
Cuci udang hingga bersih dan sejatkan airnya sehingga kering. Gaulkan sedikit gula dan simpankan di dalam bekas yang tertutup rapat.
Mengekalkan rasa manis ikan
Buangkan isi perut ikan tetapi jangan dibasuh. Bungkus dengan surat khabar kemudian simpan dalam peti sejuk. Basuh ikan hingga bersih hanya apabila akan dimasak. Cara ini dapat juga mengekalkan kesegaran ikan.
Mengekalkan kesegaran ikan
Cara lain menyimpan ikan, susunkan ikan dalam bekas dan isikan air dalam bekas sama hingga menutupi ikan. Simpan bekas dalam peti sejuk, bukan di peti beku. Ikan akan kekal segar walaupun selepas beberapa hari.
Boleh juga jika di simpan dalam peti beku, tetapi pastikan ikan disusun setiap seekor berasingan atau beberapa ekor ikan untuk sekali masak dalam satu plastik yang sama. Isi plastik dengan air hinga menutupi ikan.

Kelapa parut tidak masam
Gaulkan kelapa parut bersama sedikit garam. Kemudian kukus kelapa tersebut. Ini dapat mengelakkan kelapa parut daripada masam.


Santan tahan lama
Masukkan garam kasar dalam santan dan kacau rata. Kemudian simpan dalam peti sejuk seperti biasa. Boleh juga simpan santan dalam plastik bersih dan berikat dalam peti beku tanpa garam.


Telur tahan lama
Bersihkan telur dengan air dan lap sehingga kering. Simpannya dalam bekas berisi beras pulut. Elakkan telur daripada terjemur.
Jika ingin simpan dalam peti sejuk, letakkan telur dalam bekas berisi air. Telur akan tahan lama dan tidak busuk.

Mengekalkan kerapuhan ulam-ulaman
Rendamkan ulam-ulaman dalam air bercampur dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biarkan seketika dan toskan. Ulam-ulaman akan kekal rangup dan segar walaupun selepas beberapa ketika.

Mengelakkan sayur layu
Bungkus sayur-sayuran dengan surat khabar yang telah dilembabkan. Hasilnya sayur tidak akan cepat layu. yang ni mamayu selalu buat...
Tapi, boleh juga buat camni...potong sayur ikot cara masing2...basuh sayur2 tersebut..dan masukkan kedalam bekas yang bertutup... insyaallah..akan bertahan lama... bila time nak masak.. boleh terus campak dalam kuali..sebab, kita dah basuh awal2 sebelum simpan aritukan... jadi, keje mummy semua sangat mudah dan cepat..

Elakkan beras daripada bubuk atau kutu beras
Lakukan antara pilihan berikut. Masukkan bawang putih yang tidak dikopek, daun limau, daun nangka atau 6 tangkai lada kering bersama beras dalam tempat simpanan.

Bawang kisar atau lada kisar tahan lama
Kisar lada atau bawang dengan minyak dan bukan dengan air. Bagi lada kering, pastikan bijinya dibuang terlebih dahulu. Simpan di peti sejuk dalam bekas kedap udara.
Sebenarnya, banyak lagi petua lain untuk menyimpan makanan agar tahan lama. Jika kawan-kawan juga punyai petua, kongsikannya di ruangan komen di bawah yer... sharing is caring.. ^_^

Monday, 24 August 2015

REVIEW BABY ONLINE SHOPPING - BABYLAND.MY

Mommie2 yang selalu dalam dilema nak belikan baju anak2...apa kata korang beli secara online... tak payah pegi kedai.. tak payah berperang dengan anak2.. tak payah nak bersesak cari parking... semuanya dihujung jari anda...

Kedai baby online yang paling mamayu suka.  sangat user-friend, kategori kan pakaian baby mengikut range umur dan jantina. Kedai online ni ada koleksi Angelute, Jumping Beans, Momscare dan lain-lain dengan harga yang berpatutan!! Boleh gila tengok baju comel kan website ni. Lagilah outfit baby gurl, masya-allah..super duper cute!! Nasib la anak mamayu boboi2 . Kalau tak , mahu sakan online shopping kat sini. Yang paling best , penghantaran percuma ke seluruh malaysia untuk order yang melebihi RM 100 . Best kan? untuk pertama kali register mommie2 akan dapat kupon berharga RM10.. boleh gunakannya untuk dapatkan diskaun...

MOTIVATION & RECOGNITION RALLY SHAKLEE- MY MINI CONVENTION

Alhamdulillah... hujung minggu yang penuh diisi dengan motivasi-motivasi dari orang2 yang berjaya dalam bisnes MLM shaklee..

Actually semalam mamayu datang dengan keluarga tercinta...Suami dan anak-anak yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan pada mamayu...

Hadirnya kami, tak ditemani sesapa..Upline takde..downline pon takder...Tapi, Master saya ada.. Master Amir hadir bersama Zahin (anak sulung beliau).. pegi atas sebab semangat yang tinggi untuk melihat dari dekat apa sebenarnya Motivation Rally nie...

Lagi satu bersemangat sebab shaklee anta surat invitation..hehehe.. kalau korang perasan kat fb, selalu tgok dorang update MR.. apa benda MR tu..rupanya MR adalah singkatan kepada Motivation Rally.. itu pon kalau korang perasan laa..dan kalau korang skodeng aktiviti2 kami di fb..hahaha...

Alhamdulillah, sampai disini, mamayu tak keseorangan pon.. Ramai leader2 pelbagai bangsa hadir semalam... Jauh dan dekat..

Sunday, 23 August 2015

BAKAR KALORI DENGAN BASIC H SHAKLEE

Ada cara terbaru nak bakar kalori... kawal diet dah... catu makan pon dah.. makan supplement (omega + lecithin) pon dah... apa kata kali ni kita guna cara berbeza sikit... guna Get Clean Basic H.. tak perlu risau... basic h shaklee kan TANPA BAHAN KIMIA.. Diperbuat dari ekstrak JAGUNG & KELAPA.. pasti, tak akan ada kesan sampingan.. mereka yang selalu menghadapi masalah alahan bahan kimia sangat2 dialu alukan memggunakan basic h ini...

Pendekatan kali ni sangat berbeza..sangat mudah dan sangat berkesan... kalau diamalkan selalu..pasti, ibu2, kakak2 dan adik2 teruja melihat hasilnya... Oh yer, bapak2, suami2 pon boleh guna kaedah ini untuk bakar kalori anda... jom, kita tengok bahan-bahannya dulu..

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN ADALAH

Saturday, 22 August 2015

Hari yang sibuk adalah hari sabtu

Arini macam biasa..macam selalu..setiap hari sabtu orang yang pertama bangun awal abam laa..lepas tu adik..lepas tu mummy...last sekali mcm biasa daddy...hehe.. celik2 golek2 dengan anak2 syurga ni banyak kerja yang perlu dilakukan...bangun2 jer dari tidur..to-do-list dah siap tersenarai dalam minda...wau!!!!! Banyaknyer tugas mummy... kalau tak buat arini...memang takkan dapat buat esok..sebab esok ada dating with shaklee kat holiday villa hotel...hehehe..

1st thing bangun jer dari katil... terus kedapur, tgok pinggan mangkuk malam tadi dah takde.. dalam hati terus cakap.."terima kasih ayg".. tengok mesin basuh.."alamak, baju semalam tak jemur lagi...takper, tak hapak pon..hehehe" sbb, awal2 lagi mummy bubuh 1 tutup penudung basic h dalam basuhan malam td...bijok...bijokkk...

Tgok dalam periuk nasi sejuk ada sikit lagi...mummy terus goreng...boleh buat sarapan pagi nie.. intai anak2, abam dah terpacak depan tv..adik masih golek2 atas katil ngan daddy... otak ligat, lepas ni apa pulak...

Ambil baju yg dah kering hasil basuhan 2 ari lepas..huhuhu... daddy dah bangun mandi2 siap nak pegi keje... sebelum pegi keje..rutin biasa.. daddy mandikan abam... dah settle semua..dah sarapan sesama... baru daddy keluar cari rezeki...

Mummy sambung kembali rutin..mandikan dikbam plak...dah selesaikan adik...mummy kemas rumah..kemas mainan abam.. abam pon sibuk nak kemas mainan dia walhal lagi sepahkan adalah... mummy buang mana yg patot... sapu sampah sampai 3x pagi nie... alihkan meja makan...adik dah bunyik2...mummy pegi kat adik jap...adik senyum..budget mummy nak angkat dia..hahaha... "sowilah sayang, awak main kejap ek, mummy mandi dulu".. bukan mummy pegi mandi pun..sambung balik kemas umah..rasanya mcm banyak sangat nak kemas ni.. apa2 barang yg tak elok dimata..terus buang...dah seguni sampah2 yg nak dibuang nie...

Pastu, barulah khidmat diri (mandi)...Mummy dah bersih dah wangi baru dpt golek2 ngan anak2... bila letak jer badan..baru rasa kepenatannya, tambah penat bila tgok baju yg bersih berlonggok lagi... takperlah..nanti budak2 ni tido..baru settlekan baju...

Tengok jam baru pukul 11.45pg... tgok bakul baju yg baru basuh tak sidai lg.. tgok abam tgh ralit main.. adik plak mcm biasa main sendiri.. terus angkat punggung jln senyap2...nak sidai baju..klau abam nampak..mmg tak senang la mummy nak sidai baju...

Dah settle semua keje.. tghari ni malas masak..daddy takde sampai malam.. katanya nak tgok bola kat stadium..JDT lawan sapa ntah.. hurmmm..malas nak layan..

Friday, 21 August 2015

SAKITNYA TUH DISINI....

Nak citer hal 2 hari lepas..

Mamayu dah jarang online..dah jarang update.. bukan tak teringin.. tapi kekangan masa, tanggungjawab kerja buatkan semuanya terhimpit.. bila update, rupanya ada yang tak suka.. oh, baru tau.. so sad.. (SAKITNYA TUH DISINI) terus mcm lagu ni tergiang2 kat kepala,,,huhuhu....lepaskn pada kawan2.. dorang bagi semangat.. abaikan pada seorang yang tak suka.. sbb, ada 10 orang lagi tgh tggu perkembangan kita.. ok, abaikan.. keep it up! Pujuk ati.. hihi

Balik rumah.. tgok dlm peti mail box.. ada surat dari shaklee...surat apa nie? tak pernah2 shaklee anto surat...sekali bukak..and baca...terus waaaaaaaaahhhh!





Invitation to Shaklee Motivation & Recognation Rally.. Terus telegram master nad.. tanya if mamayu boleh jawab tak surat nie... sebab, tarikh akhir mengesahkan kehadiran adalah pada 14hb ogos 2015... tapi, mamayu terima pada 19 ogos 2015.. Alhamdulillah, master amir tolong jwpkan pertanyaan mamayu dalam group MSE.. Beliau bg tau, boleh jer emailkan walau dah lambat...Itu yang bagusnya bila kita berada dibawah naungan Master yg kukuh dan berwibawa dan bertanggungjawab.. Apa2 masalah kami, master akan segera respon... takde la terkontang kanting... 

Keesokannya mamayu email...tapi, shaklee tak reply...huhuhu... ok, takper... so, kena jadi sid yg berwibawa gak... beranikan diri tepon hq shaklee... talian customer service sangat sibuk... pagi col tak dapat..tengahari col tak dapat...petang col pon tak dapat.. last2 telegram master nad lagi...kot2 master nad ada no tepon staff shaklee... Alhamdulillah...master nad reply and bagi no tepon staff shaklee.... tapi, mamayu tak col pon...huhu.. sowi master nad...

Tak col sebab en. asben pegi hq shaklee untuk restock barang...mintak tolong dia tanyakan..Alhamdulillah.. pada hari kejadian, diorg kata mamayu boleh terus ke sana.. So, bunga2 la hati nie.... terus la nampak baju bunga2 yang mamayu beli kat master nad tempohari... hihi

So, Holiday Villa Hotel, Subang Jaya mu tunggu mamayu datang yer.... hihihi




BUAT JADUAL, TERUS EBM MENINGKAT...TAK RUGI KONSISTEN...

Assalamualaikum... hai sahabat blogger sekalian... rindu sangat2 nak apdet entry...akhirnya berjaya apdet 1..
nampak tak jadual kat bawah. Sajer nak share jadual pump mamayu... syukur hadrat ilahi.. tiba2 Allah kurniakan idea supaya mamayu buat satu jadual tetap bagi setiap sesi mengepam susu... setelah google2... dapat la mamayu idea macam mana nak buat jadual tetap mengikut masa. 

Jadinya, mamayu start dengan pertengahan bulan ogos... seriously, masa breasfeed kan abam..mamayu tak perlu nak berjadual sangat... Tapi, untuk this time kena BUAT!!!!! 

Sebab Apa??

Sebab, kali ini mamayu menyusukan abam dan dikbam... so, production kena lebih... kerajinan pon kena triplekan.. tak boleh malas2... tak boleh buat2 tak nampak stock EBM mamayu dah makin menyusut dan menyusut...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...