Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Monday, 13 July 2015

TART NENAS GULUNG (versi junior)

Kredit untuk Dari Dapur seorang Amatur.. Terliur tgok tart yang dibuat oleh admin.. mamayu terus amik kopi pes kat sini,..mudah bebila nak buat.. jom kita tgok cara2 dan gayer mcm mana nak buat tart nenas nie..
Add caption
JEM NENAS
°°°°°°°°°°°°°°°


Thursday, 9 July 2015

BEEF STEW

Dah lama tak berblog..muncul2 dengan resepi stew... dah lama nak rasa stew daging nie... asik tgok food network.com terliur lak... yang ni resepi halal non alkohol..

Bahan-bahan:
1/4 cawan + 1 sudu besar tepung serbaguna
Garam
Lada hitam yang ditumbuk kasar
1.5 kg daging lembu
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar- di cincang kasar
2 sudu besar pes tomato
4 cawan air
2 kiub stok daging
2 helai daun bay
4 tangkai daun thyme (jika tiada boleh guna yang kering)
3 batang carrot- dipotong
3 batang daun celery medium- dipotong
4 biji kentang- dipotong empat atau dua
1 cawan kacang pis dalam tin


Cara membuatnya:
- Campurkan tepung bersama 2 sudu kecil garam serta lada hitam, gaul sebati. Potong daging seperti kiub sebesar 1 atau 1 1/2 inci. Kemudian gaulkan daging bersama tepung tadi.
- Panaskan minyak. Toskan daging daripada tepung tadi dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga keperangan, angkat dan ketepikan.
- Menggunakan periuk yang sama, masukkan pula bawang besar, sedikit garam dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga layu. Kemudian masukkan pes tomato, dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan 1 sudu besar tepung dan kacau sebati. Masak selama 2-3 minit supaya tepung itu betul-betul masak.
- Kemudian masukkan daging, air, kiub stok lembu, daun bay dan daun thyme. Tutup periuk dengan penutup dan masak dengan api yang sederhana. Biarkan ianya mereneh selama 1 jam atau sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu
- Setelah daging empuk, masukkan sayur- sayuran dan ubi kentang. Masak sehingga empuk. Setelah itu masukkan kacang pis dan perasakan secukupnya dengan garam dan lada hitam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...