Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Thursday, 12 February 2015

EKZEMA ? GENETIK ATAU GAYA HIDUP

Assalamualaikum... aritu cuti thaipusam... tak tahu nak wat apa.. nak pegi mana..so, lepak-lepak jer kat rumah dengan muhammad mirza ukhail... mummy ada beli majalah RAPI keluaran Januari 2015. Apa yang menarik didalam keluaran terbabit ada info berkaitan EKZEMA.. yang mana Dr.Mazlin pakar Dermatologis, KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital menerangkan apakah sebenarnya penyakit ekzema ini...

Kerap kali kita mendengar masalah ekzema berlaku di kalangan kanak-kanak dengan kulit menjadi ruam merah, bengkak dan gatal yang berpanjangan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.... kebetulan, anak buah mamayu kini dah pun 5 tahun dan juga anak sepupu mamayu baru berumur 6 bulan turut mengalami perkara yang sama...

Namun begitu, jangan fikir masalah ini hanya berlaku di kalangan kanak-kanak sahaja kerana orang dewasa juga boleh mengalami masalah yang sama...

Untuk pengetahuan ibu-ibu... Ekzema merangkumi satu kumpulan penyakit kulit yang bercirikan kegatalan dan kemerahan pada kulit. Ia bukanlah penyakit yang berjangkit kepada orang lain dan tiada ubat penyembuh, tetapi ia boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubat dan rawatan khusus (jika menjadi teruk)

>>> JENIS-JENIS EKZEMA
Terdapat beberapa jenis ekzema seperti atopic eczema, seborrheic eczema, statis eczema, allergic contact dermatitis dan juvenile plantar dermatosis. Setiap jenisnya mempunyai ciri-ciri yang berlainan. Dianggarkan 1/20 orang dewasa menghidap atopic eczema.

>>> TANDA-TANDA EKZEMA

  • kulit yang kering
  • Rasa kegatalan dan kemerahan di bahagian yang terlibat.
  • Kulit menjadi luka dan berair apabila digaru.
  • Kadang-kadang menimbulkan gelembung kecil berisi cecair dibawah permukaan kulit.
  • Kulit menjadi tebal (lichenified), bersisik dan warnanya menjadi gelap apabila kerap digaru.

>>> BAHAGIAN BADAN YANG DIALAMI



Atopic Eczema
Bahagian lipatan badan seperti dilipatan lengan, belakang lutut dan tengkuk


Seboorheic Eczema
Kulit kepala yang berkelemumur dan tompokan merah dan / atau berair di muka terutamanya di kalangan bayi


Allergic Contact Dermatitis
Terjadi di bahagian yang bersentuhan dengan bahan penyebab alahan. Contohnya: dipergelangan tangan sekiranya seseorang alah kepada jam tangan (alahan kepada nikel), ketiak (alahan kepada pewangi dan deodoran) dan sebagainya.



Dyshidrotic Eczema
Bercirikan gelembung-gelembung gatal berisi cecair dibawah permukaan kulit yang timbul ditangan dan kaki pesakit.


Discoid Eczema
Bahagian lengan dan kaki, bercirikan plak berbentuk bulat yang gatal, tebal,merah,berair dan bersisik.


Stasis Eczema
Dibahagian kaki individu yang mengalami 'varicose veins', iaitu mempunyai salur darah vena yang timbul di kaki.


Juvenile Plantar Dermatoses
Pesakit mengalami kulit kering, bersisik dan merekah ditapak kaki sejak kanak-kanak atau remaja dan ia boleh berterusan hingga ke peringkat dewasa


>>> SIAPA YANG BERISIKO?

Untuk pengetahuan mommie, ekzema kerap berlaku di kalangan ahli keluarga penghidap eczema, asthma dan allergic rhinitis (resdung)

>>> PUNCA YANG MENYEBABKAN EKZEMA?

Sebenarnya, ia masih belum dikenal pasti tetapi dipercayai melibatkan reaksi sistem imun yang 'overactive' terhadap sesuatu penyebab iritasi kulit (irritant) di persekitaran.
Ekzema lebih kerap berlaku dikalangan ahli keluarga  penghidap asthma, ekzema, resdung dan alahan yang lain. Ini menunjukkan pengaruh faktor genetik sebagai penyebab ekzema. Ada juga sesetengah individu mendapat ekzema apabila terdedah kepada elemen persekitaran tertentu seperti bahan pencuci, bahan kimia, tumbuhan, binatang dan sebagainya. Malah ia boleh menjadi teruk apabila sesetengah individu mengalami stress fizikal atau psikologi yang keterlaluan.

ALLERGY
KESAN & RISIKO PENGHIDAP EKZEMA


  • Kegatalan adalah masalah utama penghidap ekzema sehingga pesakit menggaru kulit sampai luka. Ini boleh menyebabkan jangkitan kuman sekaligus menjadikan ekzema sukar dikawal walaupun pesakit meneruskan rawatan ubat sapuan seperti biasa. 
  • Rasa gatal yang berterusan juga menjadikan seseorang tidak selesa, menganggu tidur diwaktu malam dan merasa tertekan kerana tidak dapat menumpukan perhatian dan menjalankan aktiviti/pekerjaan harian. sekiranya pesakit atau ibubapa pesakit tidak faham tentang penyakit atopic eczema, mereka sering merasa kecewa kerana penyakit ini masih berulang-ulang walaupun selepas mendapatkan rawatan.


Alhamdulillah...rasanya mommie2 semua pon dah tahu jenis-jenis ekzema ini dan juga tanda-tandanya..Kini kita ketahui langkah-langkah pencegahannya pula...


>>>> LANGKAH PENCEGAHAN

* Pastikan anda mandi sejurus selepas berenang dikolam renang atau laut untuk membilas klorin atau garam dikulit yang boleh menyebabkan kekeringan dan kegatalan kulit.

* Gunakan pelembap sejurus selepas mandi.

* Elakkan daripada situasi yang panas atau peluh yang berlebihan. Jika keadaan ini berlaku, terus mandi terutamanya selepas menjalani aktiviti sukan, bersenam dan sebagainya.

* Elakkan daripada mengambil makanan yang diketahui boleh memburukkan lagi penyakit ekzema (berdasarkan pengalaman lepas atau ujian alergi darah atau kulit)

* Elakkan penggunaan bahan yang kuat diatas kulit anda termasuk sabun, pencuci pinggan, pakaian dan sebagainya.

>>> PANTANG LARANG @ ALAHAN?


Amalan pantang dari makanan-makanan tertentu sering dipraktikkan oleh sesetengah individu tetapi amalan ini tiada faedah sekiranya ekzema itu tidak berpunca dari alahan kepada makanan tersebut.

Bukan semua penghidap ekzema mempunyai lahan kepada makanan. Setiap individu adalah berbeza dan bukan semua pesakit ekzema perlu berpantang.

>>> KAEDAH RAWATAN UNTUK MASALAH INI

Ia bergantung kepada keterukan penyakit tersebut. Sekiranya penyakit itu hanya melibatkan kawasan yang sedikit, ia hanya dikawal dengan ubat sapuan sahaja. Rawatan fototerapi dengan menggunakan 'narrow band UVB' juga berkesan bagi sesetengah penyakit.

Rawatan secara 'narrow band UVB'

Jika Ekzema terlalu teruk yang mana melibatkan permukaan kulit yang banyak atau keseluruhan tubuh badan, rawatan perlu diberi dalam bentuk ubat suntikan atau pil. Antibiotik juga kerap diberi untuk mengawal jangkitan kuman akibat luka dikulit.

Merawat Kekeringan Kulit -
Mengamalkan penggunaan sabun yang yang lembut dan tidak mengeringkan kulit.
Penggunaan pelembap amat penting terutamanya sejurus selepas mandi kerana pelembap perlu disapu ke atas kulit yang masih lembap.

Rawatan Inflamasi -
Ubat sapuan boleh digunakan untuk merawat inflamasi akibat kemerahan dan kegatalan. Ubat sapuan mengandungi steroid biasa digunakan untuk merawat ekzema. Penggunaan krim steroid dengan betul boleh mengelakkan sebarang komplikasi yang tidak diingini seperti kulit menjadi nipis, cerah dan sebagainya.

Rawatan Alternatif  -
Contohnya ubat herba. Tetapi, anda perlu berhati-hati kerana ubat begini tidak telus dalam menyenaraikan bahan aktif rawatan dan mungkin juga mengandungi steroid berlebihan.


Setelah mengetahui serba sedikit info berkaitan ekzema ini..InsyaAllah..shaklee juga ada penyelesaiannya... Penyelesaian yang lebih kepada mesra alam dan tidak melibatkan kandungan bahan kimia..


Oleh kerana penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Setelah membaca info diatas, Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).


Jom kita baca cara merawat ekzema dan sakit kulit dengan Shaklee mengikut peringkat umur. 


Bayi berumur kurang 1 tahun 
  • Ibu yang menyusukan anak yg mengalami masalah eczema boleh ambil ESP & Omega guard. Selain bagus utk Ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.
  • Jika bayi mengalami ekzema kering, boleh sapukan Herbal Blend  Cream untuk mengurangkan rasa gatal dan pedih.
  • Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yg luka.

Remaja dan dewasa
  • Amalkan ESP dan fungsinya adalah membantu menghasilkan sel kulit yang sihat. Bila ekzema melanda, sel kulit akan rosak. Jadi ESP membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang cantik.
  • Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat eczema. Ia juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Yang bagusnya Vitamin E Shaklee ini, ia mengandungi ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur ini lah yang membuatkan kesan pemulihan kulit-kulit yang rosak itu berlaku lebih cepat. Vitamin E ini juga mengelakkan luka dari terkena jangkitan bakteria. Jadi tak perlu risau apa-apa, dia ala-ala ubat sapu kat luka. Dia memang formulated untuk memperbaiki sel kulit supaya luka sembuh, dan juga meningkatkan immune sistem yang bertindak melawan ekzema
  • Omega Guard ini adalah untuk memastikan kulit kekal lembap. Sepertimana yang kita tau, pengidap ekzema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Kulit tak boleh kering, kerana ia akan menyebabkan rasa gatal dan pengidap akan mula menggaru. Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan.
  • ESP dan Omega Guard ini diperlukan bagi mengelakkan ekzema itu terus merebak dan mengjangkiti tempat-tempat lain yg belum dijangkiti. Kedua- dua produk ini merawat kulit dari dalam.
  • Herbal Blend ini fungsinya adalah untuk melegakan gatal dan pedih-pedih akibat luka ekzema. Bila pakai disapu dengan Herbal Blend, kulit akan rasa sejuk, jadi gatal dan pedih akan beransur hilang.
  • Boleh juga ambil Meal Shakes yang kaya dengan multivitamin untuk merawat kulit yang rosak
  • Pengambilan Alfalfa boleh diamalkan. Ia bertindak menguatkan sistem dalaman badan dengan menyahkan toksin.

Selain itu mamayu juga suggest kepada anda menggunakan set kebersihan Rumah Shaklee yang menjadi kegemaran surirumah masakini dan ibu-ibu yang mementingkan kebersihan didalam rumah dalam masa yang sama ingin menjaga kesihatan seisi keluarga


Ciri-ciri yang terdapat pada set Get Clean Home Shaklee 
  • Selamat – Tiada toksin,tiada bahan kimia merbahaya, lembut pada tangan, pH seimbang, bukan klorin dan hipoalergenik 
  • Berkuasa – Menanggalkan minyak, ultra pekat, Buih yang lama, Sesuai dalam semua suhu. 
  • Mesra alam – Semulajadi, biodegradasi, tiada peluntuk klorin, tiada pembersihan sebatian organic mudah meruap, dan tiada ujian haiwan. 
  • Selain itu, set Get Clean Home Shaklee ini dapat menjimakan wang anda dengan formulanya yang pekat. 

Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate (Household) 


  • Kepekatan yang tinggi – 16 auns membuat sehingga 48 gelen pembersihan berkuasa apabila dicampur dengan air. 
  • Berkuasa menghilangkan kotoran, gris dan kotoran dari pelbagai permukaan. Tidak perlu dibilas, tiada sisa, tiada bahan toksik dan mudah terurai (biodegradasi). 
  • Ramuan semulajadi dari ekstrak jagung dan kelapa.

Soft fabric Concentrate (Laundry) 




  • Ia merupakan pelembut fabric yang berbau segar, mengurangkan kedut. 
  • Dapat melembutkan pakaian lebih banyak dengan kos yang rendah. 
  • Memudahkan kerja menggosok pakaian.
Fresh laundry Concentrate Powder (Laundry) 

  • Formula semulajadi enzim menjadikan pakaian lebih bersih. 
  • Kepekatan dalam sekotak mampu membasuh sehingga 88 kali basuhan. 
  • Mengekalkan warna pakaian. 
  • Selamat bagi semua jenis fabric. 
  • Mencegah dari masalah pakaian dari turun warna daripada berpindah warna kepada pakaian lain. 
  • Tidak mengandungi ramuan merbahaya yang menyebabkan keradangan kulit, kekeringan, kegatalan, kerengsaan kronik dan ruam. 

Dish Wash Concentrate (Kitchen) 

  • Handal menanggalkan minyak pada pinggan mangkuk dengan cucian tangan 
  • Lembut pada tangan Semulajadi dan berasaskan tumbuh-tumbuhan 
  • Tahan lama kerana berkepekatan tinggi dan mampu mencuci lebih banyak pinggan 
  • Buih sabun yang tahan lama. 

Bagi ahli keluarga yang mempunyai masalah alergi atau ekzema ini... Pencegahan atau pemulihan bukan hanya sekadar kepada corak pemakanan sahaja..malahan gaya hidup yang sihat juga perlu dititik beratkan... Bertukar kepada yang semulajadi agar penyakit ini terkawal dan dapat dikawal.. Oleh itu pentingnya ibu-ibu atau ayah mengetahui punca penyakit tersebut dan bagaimana mencegahnya dari semakin teruk...  

Kadang kala pantang larang dari segi makanan-makanan tertentu TIDAK DAPAT mencegah ekzema kerana setiap individu adalah berbeza dan bukan semua pesakit ekzema perlu berpantang.

Bagi bayi yang berumur 1 tahun kebawah..digalakkan menyusu secara ekslusif kerana satu kajian di Eropah menunjukkan probiotik tertentu diberi kepada ibu mengandung dan sedang menyusu yang mempunyai allergi boleh menurunkan kadar ekzema pada anak-anak.

Ibu-ibu yang menyusukan anaknya yang menghidapi ekzema perlu alert tentang perubahan yang berlaku pada anak-anaknya selepas si ibu mengambil beberapa makanan yang boleh menyebabkan keradangan kepada tubuh badan anak kesayangan mereka...

semoga dengan perkongsian info berkaitan ekzema ini dapat membantu ibu-ibu diluar sana memahami sedikit sebanyak penyakit ekzema ini...

Adakah ekzema anak-anak anda dalam kategori GENETIK atau ia hanya sekadar GAYA HIDUP?






Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...