Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Tuesday, 24 February 2015

CHEESEKUT OREO...YUMMYYYYYYY...

Assalamualaikum...

Projek mamayu minggu lepas bersama abam....
Cheesekut Oreo yang superb sedap...

Bahan-bahannya

1 peket biskut cracker cheese  (nk tkr biskut lain pun x per)  
250 gm cream cheese jenama Tantura 
1/2 cwn susu pekat manis 
1/2 cwn susu full cream dutchlady 


Caranya
  • mix cream cheese hingga lembut..kemudian, campurkan susu pekat manis dan mix sehingga sebati.
  • sapu pada loyang pada lapisan yang nipis kemudian celup biskut cracker cheese dengan susu full cream sekejap dan susun sehingga menutupi loyang
  • kemudian lapiskan dengan creamcheese dengan lapisan yang nipis lapis dengan biskut yang dicelup dahulu dengan susu full cream, ulangi sehingga habis.
  • susun biskut oreo dilapisan atas atau boleh juga blend hingga hancur biskut oreo tersebut dan taburkan di atas cheesekut
  • sejukkan 3-4 jam di dalam peti ais 
  • sangat sedap dinikmati sejuk sejuk.




KEGIGIHAN SEORANG ANAK KECIL

Kita sering mengeluh di dalam kehidupan kita sekarang...mengeluh dengan pelbagai masalah-masalah yang kita hadapi seolah-olah tiada jalan keluar...tapi...

KITA LUPA semasa bayi dulu kita tidak pernah mengeluh untuk mendapatkan sesuatu benda...kita tetap akan berusaha dan berusaha sehingga kita berjaya...dari mula hendak berjalan...kita akan merangkak..kita akan berusaha merangkak..jatuh bangun jatuh bangun dan akhirnya sampailah kita boleh berjalan...

Fahami maksud tersirat dan tersurat didalam kartun ini...
P/S : Mulai hari ini buangkan sikap negatif yang ada dan sentiasalah berusaha untuk kehidupan yang lebih baik lagi...



Ni 1st time mirza belajar berjalan.. memang gigih betol dak sorang nie... bila dia mula melangkah...mcm ketagih sangat nak jalan... daddy dukung pon takmo...suruh lepas kan dia...sebab dia nak jalan sendiri..



Waktu ni mummy ngan daddy bawak awak pegi Dataran Merdeka... suka betol dapat jalan... mula-mula pegang tangan daddy... lepas tu dah tak nak dah... nak jalan sendiri kononnya... hehe



Dapat jalan sendiri..seronok bukan main... 


Bila terduduk camni...memang tak bangun laa..selagi daddy tak angkat... sebab dia tak pandai lagi nak bangun sendiri...


ok, jalan lagi... tangan tu untuk imbangkan badan jer...

Jom tengok video dia jalan... yang mummy sempat rakam... 





Kesudahannya... balik dari jalan-jalan.. abam terus demam... penat sangat kot...cian anak mummy..
punyer la suka dapat berjalan... demam sampai seminggu..
orang-orang tua kata demam nak ringankan badan lagi...
supaya dapat cepat jalan..

Monday, 16 February 2015

LASAGNA ROTI

"Bread Lasagna / Lasagna Roti
Yum yum! 

Bahan2:


•1/2 bawang besar
•1/2 Tube daging cincang 
• 1 genggam mixed vegie
• sos cili n tomato
• salt n pepper
• roti
• telur
• susu ( tak pakai pun )
• mozarella cheese (guna chedale keju)


Cara2:

1. Masak inti dulu. Tumis bawang, masukkan daging berger biar smpai empuk.
2. Masukkan sos cili n tomato,salt n pepper and mixed vegie. masak smpai kering sikit. Rasa masin manis inti tu.
3. Siapkan bahan roti. Pukul telur n susu. 
4. celupkan roti dlm telur n susu tu. Then letak inti yg dh masak then tabur mozarella cheese buat 2 layer.
5. Bakar suhu 180c sampai garing sket.
Siap!
cara-cara di atas mengikut apa yang mamayu dapat kat fb..
tapi, cara-cara mamayu ada tukar sikit...
Bahan-bahan: (2 orang makan)
8 keping Roti 
1/2 bawang besar (potong dadu)
sos Prego
2 biji telor
2 keping daging burger (potong dadu)
tomato (potong dadu)
cili benggala (potong dadu)
4 keping Keju Chedale
Cara-cara:
Tumis bawang besar hingga layu..
Masukkan daging burger yang dicincang tadi..
Bila daging hampir masak... tuang sos prego..anggaran dalam sesenduk..
kemudian, masukkan rosemarry sedikit.. garam dan tomato serta cili benggala.. Masak sampai kering sedikit.
Sementara tu, masak roti yang disalut telor..Prosesnya sama mcm kita buat roti telor..
Then letak inti yang dah siap dimasak di atas roti telor tadi.. lapiskan dengan sekeping cheese..
mamayu buat satu layer jer... mummy boleh buat 2 layer..
Dah siap, boleh bakar dengan suhu 180c.. Tak perlu lama..hanya untuk cairkan cheese tu jer..
Siap!!! dan boleh hidangkan..
Bahan-bahannya


dalam proses pembakaran.

Lasagna yang dah siap dibakar..potong siap2..

menu breakfast mamayu pagi sabtu lepas

sebelah malam lak....dinner kami dengan burger...
Burger special..hihi
Selamat Mencubaa!!!!

CARA-CARA HILANGKAN KESAN MILO PADA BAJU ANAK-ANAK

Syukur Alhamdulillah... Arini mamayu diberi kesempatan untuk share pengalaman mamayu sebagai ibu dan sebagai surirumah yang prihatin terhadap keluarganya...


Untuk sharing kali ni... mamayu nak share pengalaman mamayu dalam mengendalikan baju anak yang terkena kesan milo atau sos atau apa sajer penyebab yang menyebabkan baju anak-anak kita kotor dan tak sedap mata memandang...


Korang mak-mak mesti pernah ada pengalaman bila anak balik dari school.. baju dorang comot dengan bekas air milo laa.. bekas makan aiskrim laaa (dah tentu coklatkan).. bekas sos yang tumpah kat baju laaa...

Selalu kalau tengok jer baju diorang.. seribu satu perasaan timbul.. Stress pon ada... tol tak??? hahaha...

Dah la baju sekolah dorang tak banyak... Baju sekolah putih pulak tu.... Ada ibu-ibu yang baru mengalami perkara ni dengan rasa sebal dalam diri, mula la buka radio buruk... walaupun radio buruk berbunyikk...tetap menggugel cara-cara nak hilangkan kesan-kesan yang paling ibu-ibu tak suka... Nak pulak kesan milo... kesan milo ni kalau dah melekat kat baju... nampak gayernyer... memang akan sakit mata la sampai bila-bila...sebab kesan ni memang susah nak hilang... 

Kalau ibu Gugel-gugel... ada yang bagi tau guna coke laa.. pastu guna pencuci pinggan pon ada...  cara-cara orang dulu lak...guna sabun cap kapak... mana pulak nak cari kan.... then yang terkini sikit...guna vanish... atau kao attack... Kalau nak cepat dapat kesan... CLOROX la jawapnyer... tp, nak guna clorox ni kena hati-hati gak.. wat terpecik kat baju yang berkaler... memang hangin satu badan la jawapnyer... Kalau pakai selalu.. material kain akan rosak..lama-lama boleh koyak...

Ok, sekarang ni dah tak payah ibu2 atau mommie2 nak pening... mamayu nak share produk mesra alam..mesra baju dan mesra pengguna...

Pernah baca tak sharing mamayu sebelum-sebelum ni berkaitan satu cecair pencuci serbaguna Basic H Shaklee..

Untuk kali ni, mamayu lepas menggunakan Basic H Shaklee ni..mamayu dapat satu lagi result yang mengkagumkan... 

sejak umur mirza dh setahun nie..mamayu memang perkenalkan dia dengan susu coklat kotak kat dia.. Yang bestnya seronok tengok dia pandai isap straw tu... tp, yang lagi best.. bila dia sendiri nak pegang kotak tu... pastu, main-main...pastu, abis laa baju kotor penuh dengan bekas air coklat tadi.. huhuhu..

susu coklat yang sentiasa ada stock kat rumah
Tapi alhamdulillah..mamayu tak la stress sangat... sebab ada penyelesaian terbaik untuk tanggalkan kesan air milo ni...

Sebenarnya sebelum ni tak tahu pun pencuci yang selalu mamayu campur dengan Basic H shaklee dapat hilangkan kesan air milo tu... 

Sampai la sorang kawan bagi tau basic H boleh hilangkan kesan-kesan kotor di baju..lebih-lebih lagi air milo.. Masa tu baru la perasan...

"eh, patotlah baju abam tak pernah ada kesan-kesan kotor...mungkin sebab setiap kali basuh baju..memang mamayu akan masukkan sikit cecair Basic H....






Antara tiga kesan-kesan kotor pada baju abam... sebelum dicuci




Selepas cucian... kesan kotoran pada baju mirza..totally hilang sepenuhnya...  Alhamdulillah..
seronok betol.... 

Basic H shaklee memang handal...dan banyak sangat kegunaannya...

Kalau nak cuci kesan milo atau kesan dakwat pen, campur Basic H  dengan Sabun Basuh Fresh Laundry tu semalaman, esoknya kompem HILANG..best kan?

Tapi boleh jer guna serbuk cucian jenama kat luar tu pon tak per... cuma, tambah basic H dalam cucian anda... Insyaallah..result tetap sama.. 


Basic H Shaklee 



Antara Pengalaman mamayu menggunakan Basic H Shaklee
Cuci Peti Ais dengan Basic H
Cuci Buah Import dengan Basic H
Cuci Stokin Anak dengan Basic H

Pencuci Basic H Shaklee yang telah pon menjadi milik orang.. Harga mampu milik... sebotol cuma RM46... Jika ibu-ibu berminat... boleh hubungi mamayu terus yer... 

Your trusted SID
MAMAYU
012-7925153

HERBLAX SHAKLEE YANG OWSEM UNTUK DETOKS

Assalamualaikum... segar badan pagi nie... banyak yang nak cerita minggu lepas... 
mamayu nak tanya?? Sapa hari minggu aritu detoks mendetoks??? sapa yang tengah cuba mendetoks badan dengan Herblax Shaklee..kompem arini rasa segar..rasa perut kempis jerr... rasa kurus plak kan...hihihi...

Sepanjang hayat kita dah makan macam-macam.. sampai usus pon pening banyak sangat tuan aku ni makan.. Maklumlah..hari cuti.. masing-masing JJCM dengan family atau kawan-kawan..

Apa kata start malam nie kita detoks mendetoks.. cuci balik usus & perut kita tu.. start malam nie makan 4 biji.. buat 3 hari berturut-turut.. kompem hari isnin rasa kurus jer badan.. rasa kempis jer perut.. jangan marah mamayu kalau seluar dah tak muat..hihi..


HERBLAX SHAKLEE YANG OWSEM UNTUK DETOKS...
Terdapat beberapa manfaat yang dapat diperolehi jika anda mengunakan herb lax Shaklee. Antaranya adalah:
♡ Membantu proses membersihkan najis yang tersekat
♡ Membantu mengempiskan bahagian perut
♡ Membantu memejalkan bahagian perut (bina otot)
♡ Mengembalikan semula proses pergerakan semulajadi usus (bowel movement) kerana tindakan detoksifikasinya yang lembut
♡ Membantu masalah sembelit
♡ Meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan najis dan toksik didalam tubuh badan kita terutamanya yang telah tersimpan lama.

Antara mereka yang disyorkan mengambil Herb Lax Shaklee adalah:
♡ Mereka yang mempunyai masalah sembelit
♡ Mereka yang ingin mendetoksifikasikan badan
♡ Mereka yang ingin menurunkan berat badan
♡ Mereka yang mempunyai masalah jerawat yang teruk
♡ Mereka yang mengalami masalah buasir
♡ Mereka yang mempunyai masalah berat badan
♡ Mereka yang banyak bergantung kepada ubat-ubatan terutamanya pil tahan sakit

Sebarang komen atau soalan dibuka jika berminat...
Your trusted SID
MAMAYU
012-7925153

ESP SOY HOT PRODUCT SHAKLEE

BERDUA LEBIH BAIKKK... MAKANAN SUNNAH TETAP MENJADI PILIHAN..
Malam nie ESP mamayu ada geng.. susu kambing asli... kedua-duanya sangat bagus untuk ibu hamil...



KEBAIKAN HOT PRODUCT ESP SHAKLEE KEPADA IBU HAMIL
>>> Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi! Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN! Maka adalah penting untuk ibu mendapatkan protein berkualti tinggi dari saat ibu tahu telah berbadan dua, bagi memastikan perkembangan otak bayi berlaku dgn baik sekali.

>>> Protein sangat penting untuk pembentukan otot. Selain membantu dalam proses kelahiran, protein juga diperlukan untuk membina otot bayi. Tanpa disedari, ibu hamil biasanya kehilangan otot akibat kurang senaman dan pergerakan. Dengan pengambilan protein yang mencukupi, ibu dapat mengurangkan kehilangan otot ini.

>>> Protein membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah dicerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.

Kenapa mamayu memilih susu kambing wildan??
• Memberikan tenaga dan menyegarkan badan
• Sumber kalsium & mineral untuk tubuh dan kandungan
• Mencegah bayi daripada terkena kuning
• Membantu memudahkan proses bersalin
• Membantu membersihkan anggota dalaman & peranakan semasa bersalin..

Tapi, memang sedap bila shake 2 item nie.. kedua-duanya dari sumber yang asli... apa yang penting.. kedua-duanya bagus untuk mummy n baby... 

Semoga kesihatan mummy & baby akan bertambah-tambah baik... counting day... 😅😅😅
Your trusted SID
MAMAYU
012-7925153

SIAPA YANG MEMERLUKAN VITALEA SHAKLEE






Alhamdulillah.. pagi nie dah ambil 2 biji vitalea... selain memberi tenaga tambahan pada mamayu.. ia turut membantu menambah kandungan hb mamayu juga.. tanpanya kadang-kadang buat diri mummy ni pening.. mungkin kerana kandungan hb yang rendah... ia sangat bahaya buat ibu hamil macam mamayu juga.. 


Sejak amalkan multivitamin shaklee sepanjang kehamilan ini.. syukur.. statistic hb mamayu maintain berbanding hamilkan mirza dulu... sebab dulu lambat kenal shaklee.. hehe

Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak, sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si bu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.

Siapakah lagi yang Memerlukan Multivitamin; 

♡ Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
♡ Individu yang tidak lengkap diet hariannya
♡ Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
♡ Remaja yang sedang membesar
♡ Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
♡ Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
♡ Individu yang menopous

Vitalea juga banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea. selain itu juga, ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.

Alhamdulillah.. bulan ni bulan PROMOSI VITALEA SHAKLEE.. 

Pada yang ingin mendapatkannya.. jangan segan silu tanya mamayu yer..

Your trusted SID
012-7925153
Mamayu

Friday, 13 February 2015

KUIH BAKAR OR KUIH KEMBOJA

Ada tak kat sini "hantu" makan KUIH BAKAR.. hahaha.. yg pasti aku antara org yg sangat2 suka makan kuih bakar ni.. atau sesetengah orang kata kuih kemboja... 

Sedap giler .. tapi nak buat tak pandai... selalu kalau beli kat kedai..mesti ada yang terlebih tepung... 
tak sedap... memang tak pernah puas hati beli kat kedai makan kat luar sana tu...

Tapiiiii.. kalau korang teringinnnn sgt nak makan kuih bakar ni  jangan risau.. 

Meh aku rekemen dgn kawan aku yg memang buat kuih bakar je kejenye.. 

Tapi, ni khusus utk org sekitar Seri Kembangan jer, kira berita baik utk orang puncak jalil la yg teringin nak makan kuih bakar... kadang-kadang dia buat jugak penghantaran ditempat-tempat tertentu..

Kalau luar dari area seri kembangan... tak tahu lahh...Yang tu kena tanya dia sendiri ye nanti..


cer tengok kuih bakar dia... perghhh..meleleh kan...hihiihi... kalau tanya mak yung nie..memang jawapan dia sedap jer memanjang...

tapi memang sedap sangat... mak pun suka...makcik-makcik pon suka.. dorang kata rasa pandannya cukup terasa.. tak macam kuih bakar lain... aritu beli 10 biji bawak pi picnic.. abih licin... hehe

kalau korang nak oder..atau teringin.. atau yang mengidam sangat-sangat tu... 

boleh terus contact beliau di no 016-269 5729 ( mummy ekin) 

selain tu mummy ekin ni ada buat pelbagai tempahan kuih-kuih traditional dan moden jugak...
nanti korang tanya la dia ekk... hihi 


durian creep..


kuih talam 


kuih bakar..

selamat menjamu mata la yer... 


MENU SEDAP DARI KACA MATA MAK YUNG

Alhamdulillah... dalam pada tak larat..dalam pada dah sarat sangat-sangat.. tetap jugak masak untuk en.suami...
memang dari dulu suka masak... duk sorang pon masak.. inikan plak duk berdua dan dah ada si kecik tu...

yang bestnya abam pon dah pandai makan nasi dengan lauk-lauk orang-orang tua nie... tomyam pon dia belasah... haha..

meh tengok resepi sedap dari sudut kaca mata mamayu..

TOMYAM SOTONG



AYAM MASAK MERAH



 CENDAWAN TUMIS IKAN BILIS



yang ni tak masuk dalam menu yang mamayu masak... errr..telor ngan nasi tu mamayu masak lah..
rendang tu tak..rendang tu mak sedaraku kirim..rendang campur...perghhh... sodapppp..menjilat tupperware.. hihihi
ni bekalan yang ku bawak pegi opis... sebab akhir-akhir nie selera makan dah kurang.. huhu


MEE GORENG MAMAK...THORBAIKKKK!!!!!



NASI DAGANG LAUK GULAI AYAM...

Beli kat cafe opis..rege RM5... alhamdulillah..kenyang... nasik dagang nie sangat sedap...



























hujung minggu ni dah listing dah nak masak apa... sebab aritu beli lauk kat pasar tani...

ikan pari + ikan kembung + ikan selar kuning.. pastu beli sayur-sayur kampung sikit... insyaallah... nanti kita share-share gambar yer...  ^__^


Thursday, 12 February 2015

EKZEMA ? GENETIK ATAU GAYA HIDUP

Assalamualaikum... aritu cuti thaipusam... tak tahu nak wat apa.. nak pegi mana..so, lepak-lepak jer kat rumah dengan muhammad mirza ukhail... mummy ada beli majalah RAPI keluaran Januari 2015. Apa yang menarik didalam keluaran terbabit ada info berkaitan EKZEMA.. yang mana Dr.Mazlin pakar Dermatologis, KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital menerangkan apakah sebenarnya penyakit ekzema ini...

Kerap kali kita mendengar masalah ekzema berlaku di kalangan kanak-kanak dengan kulit menjadi ruam merah, bengkak dan gatal yang berpanjangan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.... kebetulan, anak buah mamayu kini dah pun 5 tahun dan juga anak sepupu mamayu baru berumur 6 bulan turut mengalami perkara yang sama...

Namun begitu, jangan fikir masalah ini hanya berlaku di kalangan kanak-kanak sahaja kerana orang dewasa juga boleh mengalami masalah yang sama...

Untuk pengetahuan ibu-ibu... Ekzema merangkumi satu kumpulan penyakit kulit yang bercirikan kegatalan dan kemerahan pada kulit. Ia bukanlah penyakit yang berjangkit kepada orang lain dan tiada ubat penyembuh, tetapi ia boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubat dan rawatan khusus (jika menjadi teruk)

>>> JENIS-JENIS EKZEMA
Terdapat beberapa jenis ekzema seperti atopic eczema, seborrheic eczema, statis eczema, allergic contact dermatitis dan juvenile plantar dermatosis. Setiap jenisnya mempunyai ciri-ciri yang berlainan. Dianggarkan 1/20 orang dewasa menghidap atopic eczema.

>>> TANDA-TANDA EKZEMA

  • kulit yang kering
  • Rasa kegatalan dan kemerahan di bahagian yang terlibat.
  • Kulit menjadi luka dan berair apabila digaru.
  • Kadang-kadang menimbulkan gelembung kecil berisi cecair dibawah permukaan kulit.
  • Kulit menjadi tebal (lichenified), bersisik dan warnanya menjadi gelap apabila kerap digaru.

>>> BAHAGIAN BADAN YANG DIALAMI



Atopic Eczema
Bahagian lipatan badan seperti dilipatan lengan, belakang lutut dan tengkuk


Seboorheic Eczema
Kulit kepala yang berkelemumur dan tompokan merah dan / atau berair di muka terutamanya di kalangan bayi


Allergic Contact Dermatitis
Terjadi di bahagian yang bersentuhan dengan bahan penyebab alahan. Contohnya: dipergelangan tangan sekiranya seseorang alah kepada jam tangan (alahan kepada nikel), ketiak (alahan kepada pewangi dan deodoran) dan sebagainya.



Dyshidrotic Eczema
Bercirikan gelembung-gelembung gatal berisi cecair dibawah permukaan kulit yang timbul ditangan dan kaki pesakit.


Discoid Eczema
Bahagian lengan dan kaki, bercirikan plak berbentuk bulat yang gatal, tebal,merah,berair dan bersisik.


Stasis Eczema
Dibahagian kaki individu yang mengalami 'varicose veins', iaitu mempunyai salur darah vena yang timbul di kaki.


Juvenile Plantar Dermatoses
Pesakit mengalami kulit kering, bersisik dan merekah ditapak kaki sejak kanak-kanak atau remaja dan ia boleh berterusan hingga ke peringkat dewasa


>>> SIAPA YANG BERISIKO?

Untuk pengetahuan mommie, ekzema kerap berlaku di kalangan ahli keluarga penghidap eczema, asthma dan allergic rhinitis (resdung)

>>> PUNCA YANG MENYEBABKAN EKZEMA?

Sebenarnya, ia masih belum dikenal pasti tetapi dipercayai melibatkan reaksi sistem imun yang 'overactive' terhadap sesuatu penyebab iritasi kulit (irritant) di persekitaran.
Ekzema lebih kerap berlaku dikalangan ahli keluarga  penghidap asthma, ekzema, resdung dan alahan yang lain. Ini menunjukkan pengaruh faktor genetik sebagai penyebab ekzema. Ada juga sesetengah individu mendapat ekzema apabila terdedah kepada elemen persekitaran tertentu seperti bahan pencuci, bahan kimia, tumbuhan, binatang dan sebagainya. Malah ia boleh menjadi teruk apabila sesetengah individu mengalami stress fizikal atau psikologi yang keterlaluan.

ALLERGY
KESAN & RISIKO PENGHIDAP EKZEMA


  • Kegatalan adalah masalah utama penghidap ekzema sehingga pesakit menggaru kulit sampai luka. Ini boleh menyebabkan jangkitan kuman sekaligus menjadikan ekzema sukar dikawal walaupun pesakit meneruskan rawatan ubat sapuan seperti biasa. 
  • Rasa gatal yang berterusan juga menjadikan seseorang tidak selesa, menganggu tidur diwaktu malam dan merasa tertekan kerana tidak dapat menumpukan perhatian dan menjalankan aktiviti/pekerjaan harian. sekiranya pesakit atau ibubapa pesakit tidak faham tentang penyakit atopic eczema, mereka sering merasa kecewa kerana penyakit ini masih berulang-ulang walaupun selepas mendapatkan rawatan.


Alhamdulillah...rasanya mommie2 semua pon dah tahu jenis-jenis ekzema ini dan juga tanda-tandanya..Kini kita ketahui langkah-langkah pencegahannya pula...


>>>> LANGKAH PENCEGAHAN

* Pastikan anda mandi sejurus selepas berenang dikolam renang atau laut untuk membilas klorin atau garam dikulit yang boleh menyebabkan kekeringan dan kegatalan kulit.

* Gunakan pelembap sejurus selepas mandi.

* Elakkan daripada situasi yang panas atau peluh yang berlebihan. Jika keadaan ini berlaku, terus mandi terutamanya selepas menjalani aktiviti sukan, bersenam dan sebagainya.

* Elakkan daripada mengambil makanan yang diketahui boleh memburukkan lagi penyakit ekzema (berdasarkan pengalaman lepas atau ujian alergi darah atau kulit)

* Elakkan penggunaan bahan yang kuat diatas kulit anda termasuk sabun, pencuci pinggan, pakaian dan sebagainya.

>>> PANTANG LARANG @ ALAHAN?


Amalan pantang dari makanan-makanan tertentu sering dipraktikkan oleh sesetengah individu tetapi amalan ini tiada faedah sekiranya ekzema itu tidak berpunca dari alahan kepada makanan tersebut.

Bukan semua penghidap ekzema mempunyai lahan kepada makanan. Setiap individu adalah berbeza dan bukan semua pesakit ekzema perlu berpantang.

>>> KAEDAH RAWATAN UNTUK MASALAH INI

Ia bergantung kepada keterukan penyakit tersebut. Sekiranya penyakit itu hanya melibatkan kawasan yang sedikit, ia hanya dikawal dengan ubat sapuan sahaja. Rawatan fototerapi dengan menggunakan 'narrow band UVB' juga berkesan bagi sesetengah penyakit.

Rawatan secara 'narrow band UVB'

Jika Ekzema terlalu teruk yang mana melibatkan permukaan kulit yang banyak atau keseluruhan tubuh badan, rawatan perlu diberi dalam bentuk ubat suntikan atau pil. Antibiotik juga kerap diberi untuk mengawal jangkitan kuman akibat luka dikulit.

Merawat Kekeringan Kulit -
Mengamalkan penggunaan sabun yang yang lembut dan tidak mengeringkan kulit.
Penggunaan pelembap amat penting terutamanya sejurus selepas mandi kerana pelembap perlu disapu ke atas kulit yang masih lembap.

Rawatan Inflamasi -
Ubat sapuan boleh digunakan untuk merawat inflamasi akibat kemerahan dan kegatalan. Ubat sapuan mengandungi steroid biasa digunakan untuk merawat ekzema. Penggunaan krim steroid dengan betul boleh mengelakkan sebarang komplikasi yang tidak diingini seperti kulit menjadi nipis, cerah dan sebagainya.

Rawatan Alternatif  -
Contohnya ubat herba. Tetapi, anda perlu berhati-hati kerana ubat begini tidak telus dalam menyenaraikan bahan aktif rawatan dan mungkin juga mengandungi steroid berlebihan.


Setelah mengetahui serba sedikit info berkaitan ekzema ini..InsyaAllah..shaklee juga ada penyelesaiannya... Penyelesaian yang lebih kepada mesra alam dan tidak melibatkan kandungan bahan kimia..


Oleh kerana penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Setelah membaca info diatas, Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).


Jom kita baca cara merawat ekzema dan sakit kulit dengan Shaklee mengikut peringkat umur. 


Bayi berumur kurang 1 tahun 
  • Ibu yang menyusukan anak yg mengalami masalah eczema boleh ambil ESP & Omega guard. Selain bagus utk Ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.
  • Jika bayi mengalami ekzema kering, boleh sapukan Herbal Blend  Cream untuk mengurangkan rasa gatal dan pedih.
  • Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yg luka.

Remaja dan dewasa
  • Amalkan ESP dan fungsinya adalah membantu menghasilkan sel kulit yang sihat. Bila ekzema melanda, sel kulit akan rosak. Jadi ESP membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang cantik.
  • Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat eczema. Ia juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Yang bagusnya Vitamin E Shaklee ini, ia mengandungi ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur ini lah yang membuatkan kesan pemulihan kulit-kulit yang rosak itu berlaku lebih cepat. Vitamin E ini juga mengelakkan luka dari terkena jangkitan bakteria. Jadi tak perlu risau apa-apa, dia ala-ala ubat sapu kat luka. Dia memang formulated untuk memperbaiki sel kulit supaya luka sembuh, dan juga meningkatkan immune sistem yang bertindak melawan ekzema
  • Omega Guard ini adalah untuk memastikan kulit kekal lembap. Sepertimana yang kita tau, pengidap ekzema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Kulit tak boleh kering, kerana ia akan menyebabkan rasa gatal dan pengidap akan mula menggaru. Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan.
  • ESP dan Omega Guard ini diperlukan bagi mengelakkan ekzema itu terus merebak dan mengjangkiti tempat-tempat lain yg belum dijangkiti. Kedua- dua produk ini merawat kulit dari dalam.
  • Herbal Blend ini fungsinya adalah untuk melegakan gatal dan pedih-pedih akibat luka ekzema. Bila pakai disapu dengan Herbal Blend, kulit akan rasa sejuk, jadi gatal dan pedih akan beransur hilang.
  • Boleh juga ambil Meal Shakes yang kaya dengan multivitamin untuk merawat kulit yang rosak
  • Pengambilan Alfalfa boleh diamalkan. Ia bertindak menguatkan sistem dalaman badan dengan menyahkan toksin.

Selain itu mamayu juga suggest kepada anda menggunakan set kebersihan Rumah Shaklee yang menjadi kegemaran surirumah masakini dan ibu-ibu yang mementingkan kebersihan didalam rumah dalam masa yang sama ingin menjaga kesihatan seisi keluarga


Ciri-ciri yang terdapat pada set Get Clean Home Shaklee 
  • Selamat – Tiada toksin,tiada bahan kimia merbahaya, lembut pada tangan, pH seimbang, bukan klorin dan hipoalergenik 
  • Berkuasa – Menanggalkan minyak, ultra pekat, Buih yang lama, Sesuai dalam semua suhu. 
  • Mesra alam – Semulajadi, biodegradasi, tiada peluntuk klorin, tiada pembersihan sebatian organic mudah meruap, dan tiada ujian haiwan. 
  • Selain itu, set Get Clean Home Shaklee ini dapat menjimakan wang anda dengan formulanya yang pekat. 

Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate (Household) 


  • Kepekatan yang tinggi – 16 auns membuat sehingga 48 gelen pembersihan berkuasa apabila dicampur dengan air. 
  • Berkuasa menghilangkan kotoran, gris dan kotoran dari pelbagai permukaan. Tidak perlu dibilas, tiada sisa, tiada bahan toksik dan mudah terurai (biodegradasi). 
  • Ramuan semulajadi dari ekstrak jagung dan kelapa.

Soft fabric Concentrate (Laundry) 




  • Ia merupakan pelembut fabric yang berbau segar, mengurangkan kedut. 
  • Dapat melembutkan pakaian lebih banyak dengan kos yang rendah. 
  • Memudahkan kerja menggosok pakaian.
Fresh laundry Concentrate Powder (Laundry) 

  • Formula semulajadi enzim menjadikan pakaian lebih bersih. 
  • Kepekatan dalam sekotak mampu membasuh sehingga 88 kali basuhan. 
  • Mengekalkan warna pakaian. 
  • Selamat bagi semua jenis fabric. 
  • Mencegah dari masalah pakaian dari turun warna daripada berpindah warna kepada pakaian lain. 
  • Tidak mengandungi ramuan merbahaya yang menyebabkan keradangan kulit, kekeringan, kegatalan, kerengsaan kronik dan ruam. 

Dish Wash Concentrate (Kitchen) 

  • Handal menanggalkan minyak pada pinggan mangkuk dengan cucian tangan 
  • Lembut pada tangan Semulajadi dan berasaskan tumbuh-tumbuhan 
  • Tahan lama kerana berkepekatan tinggi dan mampu mencuci lebih banyak pinggan 
  • Buih sabun yang tahan lama. 

Bagi ahli keluarga yang mempunyai masalah alergi atau ekzema ini... Pencegahan atau pemulihan bukan hanya sekadar kepada corak pemakanan sahaja..malahan gaya hidup yang sihat juga perlu dititik beratkan... Bertukar kepada yang semulajadi agar penyakit ini terkawal dan dapat dikawal.. Oleh itu pentingnya ibu-ibu atau ayah mengetahui punca penyakit tersebut dan bagaimana mencegahnya dari semakin teruk...  

Kadang kala pantang larang dari segi makanan-makanan tertentu TIDAK DAPAT mencegah ekzema kerana setiap individu adalah berbeza dan bukan semua pesakit ekzema perlu berpantang.

Bagi bayi yang berumur 1 tahun kebawah..digalakkan menyusu secara ekslusif kerana satu kajian di Eropah menunjukkan probiotik tertentu diberi kepada ibu mengandung dan sedang menyusu yang mempunyai allergi boleh menurunkan kadar ekzema pada anak-anak.

Ibu-ibu yang menyusukan anaknya yang menghidapi ekzema perlu alert tentang perubahan yang berlaku pada anak-anaknya selepas si ibu mengambil beberapa makanan yang boleh menyebabkan keradangan kepada tubuh badan anak kesayangan mereka...

semoga dengan perkongsian info berkaitan ekzema ini dapat membantu ibu-ibu diluar sana memahami sedikit sebanyak penyakit ekzema ini...

Adakah ekzema anak-anak anda dalam kategori GENETIK atau ia hanya sekadar GAYA HIDUP?






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...