Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Wednesday, 7 January 2015

SURAT CUTI JAGA ANAK MENGIKUT PEKELILING BARU 2014

Assalamualaikum...

Bagi memudahkan kawan-kawan semua untuk  memohon cuti menjaga anak selaras dengan Pekeliling baru dari JPA iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 2014 Berkaitan Kemudahan Cuti Menjaga Anak. Arini mamayu nak share cara-cara memohon CMA ini bagi kemudahan kawan-kawan semua... 

Rasanya kawan-kawan seangkatan mamayu pon dah tahu mengenai pekeliling terbaru nie kan.... andai ada yang tak clear..

boleh rujuk pekeliling tu disini ...

Untuk makluman kawan-kawan semua,rupanya mudah jer untuk memohon CMA nie... 

Cara-cara memohon Cuti Menjaga Anak (CMA) bagi penjawat awam wanita yang ingin sambung cuti bersalin:
  1. Isi Permohonan CMA - Lampiran A (boleh didapati dari Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 2014)
  2. Perakuan Bersalin dari Pegawai Kesihatan
  3. Sijil Kelahiran Anak
  4. Surat Rasmi Peribadi



Contoh buat surat rasmi peribadi seperti dibawah:




NAMA
ALAMAT

TARIKH
______________________________________________________________________________ 

Kepada :

Ketua Pengarah
- alamat -

Melalui :

Pengarah/Ketua Bahagian/Ketua Jabatan
- alamat -

Tuan,

PERMOHONAN MENGGUNAKAN CUTI MENJAGA ANAK MENGIKUT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 5 TAHUN 2014.

2.  Dimaklumkan saya NAMA______________ , No K/P : __________ yang berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir/Perkeranian Operasi N17 di Jabatan/Kementerian ____________ ingin membuat permohonan cuti menjaga anak. Untuk makluman Puan, saya telah mengambil cuti bersalin bergaji penuh semasa melahirkan anak saya bagi kali kedua. Cuti bersalin tersebut adalah daripada ________ 2014 sehingga ________ 2014 (90 hari) yang mana saya telah memohon untuk mengambil cuti bersalin awal 2 minggu sepertimana yang diperuntukan oleh pekeliling  Bil. 5.Tahun 2009

3.         Lanjutan daripada perkara tersebut, saya ingin memohon kelulusan Puan untuk mengambil cuti menjaga anak selama 150 hari iaitu dari _________ 2014 sehingga _______ 2014 mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2014. 

3.            Bersama-sama ini disertakan Borang Lampiran A, Salinan Perakuan Tarikh Bersalin dan Sijil Kelahiran Anak yang telah lengkap diisi untuk tindakan pihak Tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih

               
Yang Benar,



NAMA :
JAWATAN :


Mamayu harap dengan penjelasan di atas dapat memudahkan semua untuk memohon CMA ini...
Jika ada apa2 penambahbaikan...Jangan segan silu untuk share komen anda yer... 

Klik untuk UNDI BLOG SharingIsCaring bagi memenangi RM4000 dan sertai Contest
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...