Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Wednesday, 14 January 2015

KEHEBATAN MADU

 Assalamualaikum... arini mamayu nak share antara makanan sunnah nabi iaitu madu... masa mamayu buat program Dari Hati ke Hati di Kedah 2 tahun sudah.. antara cenderamata yang mamyu dapat dari orang kampung adalah madu kelulut... Alhamdulillah..dapat 2 botol sebab husband mamayu pon ikot juga... itu yang untung kalau berdua.... pegi memana kalau orang bagi hadiah atau cenderamata atau buah tangan mesti dapat 2.. hihi

so, arini kebetulan mamayu ada terbaca tentang kebaikan dan kehebatan madu ni dalam majalah anis slot Sihat Anggun.. mamayu nak share dengan korang... manalah tahu ada di antara kalian yang sedang cari info berkaitan madu...





.......DARIPADA PERUT LEBAH ITU KELUAR MINUMAN (MADU) YANG BERLAINAN WARNANYA YANG MENGANDUNGI PENAWAR BAGI MANUSIA....

Dan tuhanmu juga memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau  membuat sarangmu di gunung-ganang, pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada jenis buah-buahan (dan bunga-bungaan), serta turutlah peraturan Tuhanmu yang diilhamkannya kepadamu." Daripada perut lebah itu keluar minuman (madu) yang berlainan warnanya yang mengandungi penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (rahmat Allah) bagi orang yang mahu berfikir. (An-Nahl 16: 68-69)

Kandungan Nutrisi Madu

Oh ya..mesti ada anda yang ingin tahu berkaitan nutrisi madu... sebenarnya kalau korang nak tahu terdapat banyak nutrisi madu yang terdiri daripada gula ringkas seperti glukosa dan fruktosa serta galian seperti magnesium, potasium, kalsium, sodium klorin, sulfur, zat besi dan fosfat.

Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3 yang kesemuanya berubah mengikut kualiti nektar dan polen.

Mengapa Perlu Ambil Madu??

Secara ringkasnya kenapa kita perlu ambil madu adalah kerana:

Madu sangat mudah dihadam - ini kerana molekul madu boleh bertukar kepada gula lain seperti glukosa dan fruktosa yang mudah diserap walaupun oleh perut yang paling sensitif sungguhpun kandungan asidnya tinggi. Malah madu boleh membantu meningkatkan fungsi ginjal dan usus.

Membantu pembentukan darah - madu membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk pembentukan darah. Ia juga membantu membersihkan dan melancarkan pengedaran darah. Madu turut berfungsi sebagai pelindung kepada masalah kapilari dan arteriosklerosis (keadaan dinding arteri yang menjadi keras, tebal, dan hilang kekenyalan)

Pantas tersebar melalui darah - apabila diambil bersama air, dalam tempoh hanya 7 minit madu cepat tersebar dan berbaur di dalam aliran darah. Molekulnya yang bebas gula menjadikan otak kita dapat berfungsi dengan baik.

Berkalori rendah - jika dibandingkan dengan gula dalam jumlah yang sama, madu memberikan kurang 40 peratus kalori kepada tubuh. Walaupun ia memberi tenaga, kita tak perlu kuatir akan penambahan berat badan.

Bebas bakteria - sesuatu yang istimewa tentang madu adalah, bakteria tak mampu hidup didalam madu. Ini kerana madu bersifat boleh membunuh bakteria. Oleh itu, madu adalah suci daripada bakteria berbahaya.

Dalam banyak-banyak jenis madu yang di hasilkan. Royal Jelly adalah sejenis bahan yang dihasilkan oleh lebah pekerja didalam sarang lebah. Bahan ini bernutrisi tinggi. Antaranya gula, protein, lemak dan pelbagai vitamin. "Royal Jelly" juga sering digunakan untuk mengatasi masalah yang disebabklan kekurangan tisu atau tubuh yang lemah.

Maha suci Allah yang menciptakan lebah. Lebah menghasilkan madu melebihi keperluan mereka sendiri (lebih dari cukup), seolah-olah lebah menghasilkan madu khusus untuk manfaat manusia.

Subhanallah, hebatnya ciptaan Allah...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...