Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Wednesday, 14 January 2015

DIY DENGAN MADU

Sapa kata madu tak boleh DIY... hehehe... tapi ni bukan diy yang deco-deco tu... diy ni lebih kurang macam petua laa... Petua yang boleh kita buat dengan madu...

Madu ni banyak sangat kelebihan dan kehebatannya.. kalau diamalkan selalu pasti anda teruja... 



DIY PERTAMA : KENCING SEMASA TIDUR
- Bagi anak-anak yang selalu kencing malam, berikan sesudu madu sebelum tidur. Ia membantu mengatasi pembendungan air dan menenangkan rasa bimbang anak.

DIY KE-DUA : MERAWAT LUKA, LECUR DAN CALAR
- Sapukan madu pada bahagian tubuh yang luka ataupun calar. Madu mempercepatkan proses penyembuhan.

DIY KE-TIGA : ATASI LESU
- Larutkan sesudu bersaiz sederhana madu didalam air suam dan minum. Kerana madu mengandungi fruktosa dan glukosa, ia cepat di serap oleh sistem penghadaman. Justeru, dapat memberi tenaga segera kepada tubuh.

DIY KEEMPAT : ANEMIA
- Madu amat baik untuk mengatasi masalah kurang darah. Semakin gelap warna madu, bererti semakin banyak kandungan mineralnya.

DIY KE-LIMA : OSTEOPOROSIS
- Sesudu teh madu sehari dikatakan dapt menambahkan kalsium dan menghalang osteoporosis. Ia penting apabila seseorang mencecah usia 50 tahun dan keatas.

DIY KE-ENAM : BATUK DAN SAKIT TEKAK
- Pada Disember 2006, kajian dilakukan oleh penyelidik dari Penn State College Of Medicine. Mereka mendapati untuk merawat batuk, madu lebih mujarab berbanding ubat batuk biasa dan lebih selamat untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 18 tahun. Madu membantu mengurangkan batuk pada sebelah malam.

Untuk mengurangkan batuk dan sakit tekak,  kemam sesudu madu dan biarkannya mencair dan mengalir perlahan-lahan menuruni tekak anda. Ia akan melegakan inflamasi tisu.



DIY KE-TUJUH : MIGRAIN
- Gunakan sudu bersaiz sederhana untuk mencedok madu. Untuk mengatasi migrain, larutkan sesudu madu didalam setengah gelas air suam. Ketika sakit menyerang, hirup bancuhan air ini. Jika perlu, ulang setiap 20 minit. InsyaAllah, migrain akan lega kerana migrain selalunya dikaitkan dengan stress! madu dapat mengendurkan emosi yang sedang stress.

DIY KE-LAPAN : JANTUNG
- Tonik daripada campuran madu dan halia didapati memberi kesan yang baik kepada kesihatan jantung. Ia melegakan ketegangan pembuluh darah jantung. Ini akan mengurangkan tekanan darah dan seterusnya mengurangkan risiko mengalami serangan jantung, atheroclosis dan strok.

Caranya, campurkan sesudu teh jus halia dengan sesudu teh madu, dan telan! Jadikannya diet harian.



DIY KE-SEMBILAN : HIPERAKTIF
- Gantikan gula dengan madu untuk anak-anak hiperaktif. Madu mengandungi sedatif lembut yang kaya dengan mineral, vitamin dan asid amino. Sebaliknya gula merangsang anak tanpa nilai makanan bernutrisi..



Semoga dengan sedikit sharing berkaitan kehebatan madu ini dapat memberi manfaat buat kawan-kawan diluar sana... Tak salah mencuba yang semulajadi... dan sekiranya ingin dapatkan suplement semulajadi dari Shaklee... Insyaallah...mamayu akan bantu juga.... yang moden tak semestinya tak elokkan... yang penting usaha untuk menyembuhkan tu ada... baik atau tak..kita serah pada Allah...
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...