Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Wednesday, 30 December 2015

Formula menjemput Rezeki


1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.
2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.
3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.
4. ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari..
5. SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.
6. SILATURRAHIM. Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.
7. BERSEDEKAH. Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.
8. SOLAT AWAL WAKTUSolatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.
9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.
10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.
4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur
Lain-lain:
1. Minumlah air masak 3 liter sehari.
2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.
BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH.
Wallaahua'lam.

Tuesday, 29 December 2015

MISTERI SURAH ALFATIHAH


Janji Allah Itu Pasti.
1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman
3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental
4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan
5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu.

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA ...

Sile share..

Wednesday, 23 December 2015

2 Langkah Mudah Semak Nama Peminjam PTPTN yang Disenarai Hitamkan

Assalamualaikum, entry petang ni sangat sesuai buat kawan-kawan blogger mamayu yang risau nama korang kot la di senarai hitamkan sebab tak bayar PTPTN.

So, cara nak periksa nama korang dlm senarai black list klik banner atau  link dibawah.










Korang kalau check kat website ni tiba2 dia appeared "tiada halangan" means tak kena "blacklist"

Kalau apeared " Sila rujuk dengan  Imigresen" hok tu kena "blacklist"

Gud Luck Tau!!!.

Harap2 tak tersenarai la yer..mamayu dah check untuk encik somi..nama beliau masih belum tersenarai lagi...hihihi.. boleh la ajak dia melencong...kihkihkih..

Amy Hilmirda Giveaway 2015.

Assalamualaikum..

1st Giveaway bulan Disember yg mamayu sempat  join.. 

Happy Birthday to amy hilmirda untuk blognya yang ke-4 tahun.. hihihi

klik banner untuk join GA

Syarat-syarat Penyertaan :-


1. Follow blog Amy .
2. Blogger yang menetap dan beralamat di Malaysia.
3. Buat Entry bertajuk " Amy Hilmirda Giveaway 2015"
4. Letak banner "Amy Hilmirda Giveaway 2015" dalam entry.
5. Tinggalkan URL entry kat ruangan komen.
6. Nak lagi senang copy aje entry ni... hehehe.

TARIKH TUTUP : 31 DICEMBER, 2015.


Pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah oleh anak-anak Amy Irfan, Faris dan Nasiim.

10 Manfaat Lecithin Shaklee yang Boleh Bantu Anda

Assalamualaikum, antara 10 manfaat yang diberikan oleh Lecithin yang boleh membantu anda..
Poster-poster ni hasil kreativiti Master Ani.. Tq Master Ani ^_^












Kebas Kaki ke? WAJIB telan...

Assalamualaikum...

Kebas kakilah kite!
------------------

Sedap2x duk bersila
Kalau duk lama sikit mesti kt rasa kebas kaki ye dak

Kadang2x time tido pun, klu sejuk ke atau salah position; boleh jadi kejang juga area betis tu

Alhamdulillah, sejak saya consume Osteomatrix; masalah kejang dan kebas2x kaki sy dapat dikurangkan..

Rasa sgt selesa kaki sejak konsisten Osteomatrix ni..

Makan 4bj Oste setiap malam sebelum tido..

Pasti rasai perbezaannya..


😊

Motivasi Pagi

Assalamualaikum..

Rezeki susah nak masuk?
-------------

Sama2x kt
muhasabah diri dgn semak checklist ini sebagai panduan bersama

Kenapa Rezeki susah nak masuk?

1. Berkira untuk membantu memudahkan perkara yang baik
2. Berkira untuk sedekah
3. Asyik mencanang duit xckup
4. Riak semasa bersedekah
5. Mengungkit pemberian
6. Kurang beristighfar
7. Banyak buat maksiat
8. Tidak bersyukur

Sentiasa reset niat dan tindakan ya

Semoga kt sama2x sihat dan berjaya 😊


Tuesday, 22 December 2015

Tragedi Kepala Air di Air Terjun Belukar, Terengganu

Assalamualaikum, sekali lagi kita dikejutkan dengan Tragedi Kepala Air di Air Terjun Belukar, Terengganu pada 20 Disember 2015 yang lalu. yang menyebabkan 5 sekeluarga terkorban dalam tragedi itu. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Muhd Halim. Alfatihah...

Air Terjun sememangnya salah satu tempat beristirehat dan riadah yang paling mendapat tempat di hati pengunjung dalam dan luar kota. Apabila tiba waktu cuti sekolah. disinilah tempat kita menghabiskan waktu bersama2 keluarga tercinta. Dengan air sungainya yang sejuk ditambah dengan kehijauan alam, bunyi air terjun yang mendamaikan. Buat pulak barbeque di titian sungai. Menambah lagi keseronokan sewaktu beriadah.

Tapi, haruslah beringat. dalam keseronokan pasti ada bahayanya. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.. air yang tenang jangan disangka tiada bahayanya. 

Boleh dikatakan semua sungai berpotensi untuk berlaku perkara-perkara yang kita tidak sangka. contohnya fenomena Kepala Air. 

Kepala air atau sumber sungai bermaksud gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.

BAHAYA KEPALA AIR:
Aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.

LANGKAH KESELAMATAN:
Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:
  • Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
  • Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
  • Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
  • Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu).

Sign Board "FENOMENA "KEPALA AIR" akan dipasang dikawasan air terjun yang berpotensi mengalami Kepala Air

Amaran dari Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan kepada pengunjung 

Antara fenomena "Kepala Air" yang sempat dirakam


Oleh itu, jika anda ingin membawa anak-anak dan keluarga beriadah di kawasan air terjun atau sungai. Pastikan faktor cuaca dipertimbangkan. Selalunya hujung tahun mcm ni negara kita mengalami hujan yang berpanjangan. Bahaya jika tiba-tiba berlaku kepala air ini. Kadang ia datang tak sampai 10 hingga 15 minit pon. Segala batu, kayu akan dibawa bersama dan merempuh apa sahaja halangan yang berada di hadapannya.

Kita mampu mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku. Oleh itu, pengetahuan sedikit sebanyak berkaitan fenomena ini sangat penting supaya dapat mengurangkan kemalangan jiwa akibat daripada kepala air ini. 

Wajib Makan Ikan Nie, Jika Nak Luka Lepas Bersalin Cepat Sembuh!

Assalamualaikum, hai korang... kali ni saje nak borak2 berkaitan dengan luka lepas bersalin, selalunya korang makan apa?

Ibu lepas bersalin tak kira sama ada bersalin normal mahu pun pembedahan caesarean akan mengalami luka dijahit. ngilu rasa bila citer luka2 lepas bersalin nie...huhu

Badan kita yang lemah dan lesu ditambah lagi dengan luka di bahagian 'Miss V' atau perut (yg ni kalau yg kena bedah) pasti membuatkan ibu rasa tak selesa dan 'nak menangis.' betul tak?

Petua tradisional, orang dulu-dulu  banyak menyarankan ibu selepas bersalin mengamalkan makan ikan haruan. Kalau hendak cepat luka itu sembuh amalkan makan ikan haruan. Ikan haruan sememangnya sinonim dengan penyebuh berkesan luka pembedahan.

"Ewww...hanyirnya  bau ikan haruan!" Mungkin itu kata-kata orang yang tidak suka makan ikan haruan. Nanti dulu! Jangan cepat menolak kerana bila anda tahu khasiatnya tentu anda hendak makan ikan haruan.

Tahukah anda kenapa ikan haruan terkenal sebagai sebagai agen penyembuh luka paling mujarab? 
Sememangnya, untuk menyembuhkan luka lepas bersalin dan luka pembedahan. Kita diWAJIBkan makan ikan haruan. 

Sebenarnya antara sebab ikan haruan terkenal adalah kerana ia mempunyai kandungan zinc yang sangattttt tinggi. sebab itulah, lepas jer ibu bersalin. menu wajib 20 hari terawal tu.. WAJIB makan ikan haruan..

Dan ia telah dibuktikan dengan kajian yang telah dijalankan oleh Prof. Sarigat Baei dari USM dan Prof. Abdul Manan Mat Jais dari UPM tentang Khasiat dan kebaikan ikan haruan.

Berdasarkan kajian tersebut, ikan haruan mengandungi:
  1. sumber protein yang baik iaitu sebanyak 60 - 70%
  2. Lemak yang rendah iaitu 20% daripada beratnya.
  3. Sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit, dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan. 
  4. Asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru.
  5. Asid amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik.
  6. Glisin ( merangkumi asid aspartik dan glutamik) yang merupakan satu daripada komponen penting kolegen dalam kulit manusia akan membentuk molekul protien yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan
Antara sebab ikan haruan cepat sembuhkan luka dalaman adalah seperti berikut:

1. Ikan haruan adalah sumber semula jadi untuk proses penyembuhan luka.

2. Mengikut kajian, ikan haruan mengandungi albumin iaitu sejenis protein yang mempercepatkan penyembuhan luka. Terdapat kira-kira 60 - 70 peratus protein di dalam ikan ini.

3. Kandungan protein ikan haruan lebih tinggi daripada sumber protein lain seperti telur, ayam mahupun daging.

4. Ikan haruan mengandungi lemak yang rendah, iaitu kira-kira 20 peratus daripada berat badannya.

5. Ikan haruan memiliki sifat anti-radang, penahan sakit, anti-bakteria dan penyembuhan luka.

6. Ekstrak ikan haruan dapat menyembuh, memulih, menahan sakit dan memperbaiki sel untuk pulih semula.

7. Menerusi penyelidikan yang dilakukan di Hospital Royal Perth, Australia, ekstrak haruan dapat membantu mempercepat pembekuan darah.

Anda juga boleh buat sendiri ekstrak ikan haruan kerana ia lebih selamat dan terjamin kebersihan dan ketulenannya.

Cara membuat:

1. Rebus ikan haruan sehingga seluruh patinya keluar.

2. Tos untuk mengasingkan pati dan minum seperti air.

3. Bagi mengelakkan bau hanyir, tambahkan sedikit limau nipis atau halia di dalam rebusan.

Selain direbus, ikan haruan juga boleh dimasak sup dan dikukus. Elakkan daripada menggoreng atau membakar ikan haruan bagi mengelakkan khasiatnya hilang. Penggunaan minyak ketika menggoreng juga boleh meningkatkan kadar lemak pada ikan. Padahal ikan ini kadar lemak dan kolesterolnya sangat rendah.

contoh la kalau anda tak mampu nak ambil, makan ektrak ikan haruan tersebut. ada alternatif lain bagi mempercepatkan penyembuhan luka.

ALTERNATIF LAIN SELAIN IKAN HARUAN!

Jika anda dah cuba tapi masih tak dapat nak mengamalkan makan ikan haruan. Ada cara lain yang boleh membantu ibu-ibu sembuhkan luka dengan segera.

Apa kelebihan Zinc Complex Shaklee:

- Meningkatkan sistem imun dan daya tahan melawan penyakit.
- Memainkan peranan dalam mempercepatkan penyembuhan luka. samada luka pembedahan, luka akibat kemalangan.
- Membantu memelihara kalenjar prostat bagi lelaki.
- Memulihkan kelesuan yang kronik.
- Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif.
- Mengurangkan keguguran rambut.
- Membantu memelihara kesihatan kulit yang sihat.
- Membantu daya ingatan.
- Menyumbang kepada pembentukan kolagen dan kulit anjal.




Nak tahu 17 kebaikan yang terdapat dalam zinc complex??

ikuti entry berikut : 17 KEBAIKAN ZINC COMPLEX SHAKLEE

17 Kebaikan vitamin Zink

Assalamualaikum, lamanya tak update blog...sori kengkawan..hujung2 tahun camnie..memang terlalu banyak kekangan masa.. so, uolss.. arini mamayu nak share satu info menarik berkaitan salah satu supplement shaklee... 

Sumber asal 17 kelebihan zinc di bwh ini mamayu amik dalam blog kak cery.. Thanks kak cery...masih lagi ada info berkaitan shaklee yang kak cery tak delete lagi.. actually, dalam blog kak cery, dia ada share berkaitan dengan sorang pengguna shaklee juga..antara yg dia cerita,adalah tentang masalah rambut gugur beliau.. Ramai antara kita ibu2 yang selalu mengalami masalah keguguran rambut selepas bersalin.. Ramai yang tak tahu, dalam banyak-banyak produk shaklee.. Zinc complex adalah salah satu supplement yang dapat membantu mengelakkan kita keguguran rambut.

Sebelum itu tahukah anda bahawa zinc merupakan vitamin yg diperlukan dlm aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim.Ia memainkan peranan penting dlm sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorangOkey sekarang jom baca 17 kelebihan zinc 

  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
  • Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  • Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
  • Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
  • Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  • Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  • Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  • Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  • Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
  • Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
  • Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
  • Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
  • Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut
  • Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
  • Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki
Antara khasiat yang terdapat dalam zinc complex
Harga sebotol zinc complex shaklee ni tak mahal. Hanya RM33.75 shj untuk 120 biji. mamayu selalu jadikannya sebagai 1st aid dalam rumah.. makan tika betul2 diperlukan.. tapi, jika korang nak merawat masalah keguguran rambut yang teruk. boleh ambil zinc complex setiap hari. Insyaallah, korang akan nampak hasilnya nanti.. 

Wednesday, 16 December 2015

FUNGSI TOMBOL PADA KEYBOARD

Ctrl + A : Select All
Ctrl + B : Bold
Ctrl + C : Copy
Ctrl + D : Font
Ctrl + E : Center Alignment
Ctrl + F : Find
Ctrl + G : Go To
Ctrl + H : Replace
Ctrl + I : Italic
Ctrl + J : Justify Alignment
Ctrl + K : Insert Hyperlink
Ctrl + L : Left Alignment
Ctrl + M : Incrase Indent
Ctrl + N : New
Ctrl + O : Open
Ctrl + P : Print
Ctrl + Q : Normal Style
Ctrl + R : Right Alignment
Ctrl + S : Save / Save As
Ctrl + T : Hanging Indent
Ctrl + U : Underline
Ctrl + V : Paste
Ctrl + W : Close
Ctrl + X : Cut
Ctrl + Y : Redo
Ctrl + Z : Undo
Ctrl + 1 : Single Spacing
Ctrl + 2 : Double Spacing
Ctrl + 5 : 1,5 lines
Ctrl + Esc : Start Menu


F1 : Menjalankan fungsi pertolongan yang disediakan pada Word
F2 : Megubah nama suatu file/folder
F3 : Menjalankan perintah AutoText
F4 : Mengulangi perintah sebelumnya
F5 : Menjalankan perintah Find and Replace atau Goto
F6 : Menjalankan Perintah Other Pane
F7 : Memeriksaan kesalahan ketik dan ejaan teks (spelling)
F8 : Awal perintah penyorotan/pemilihan teks atau objek
F9 : Mengupdate Field (Mail Merge)
F10 : Mengaktifkan Menu
F11 : Memasukkan field berikutnya (Mail Merge)
F12 : Mengaktifkan dialog Save As



Esc : Membatalkan dialog / perintah
Enter : Melaksanakan pilihan atau mengakhiri suatu paragraf
Tab : Memindahkan teks sesuai dengan tanda tab yang ada pada ruler horizontal
Windows : Mengktifkan Menu Start
Shortcut : Mengaktifkan shortcut pada posisi kursor
Delete : Menghapus 1 karakter di sebelah kanan kursor
Backspace : Menghapus 1 karakter di sebelah kiri kursor
Insert : Menyisip karakter di posisi kursor
Home : Memindahkan posisi kursor ke awal baris
End : Memindahkan posisi kursor ke akhir baris
Page Up : Menggulung layar ke atas
Page Down : Menggulung layar ke bawah
Up : Memindahkan kursor 1 baris ke atas
Down : Memindahkan kursor 1 baris ke bawah
Left : Memindahkan kursor 1 karakter ke kiri
Right : Memindahkan kursor 1 karakter ke kanan
Num Lock On : Fungsi pengetikan angka-angka dan operator matematik aktif
Num Lock Off : Fungsi tombol navigasi aktif


Shift + F10 : Membuka menu pintas, sama seperti mengklik kanan
Alt : Penekanan tombol yang tidak dikombinasikan dengan tombol lain hanya
berfungsi untuk mengaktifkan atau memulai penggunaan menu bar
Shift + Delete : Menghapus item yang dipilih secara permanen tanpa menempatkan item
dalam Recycle Bin
Ctrl + Right Arrow : Memindahkan titik penyisipan ke awal kata berikutnya
Ctrl + Left Arrow : Memindahkan titik penyisipan ke awal kata sebelumnya
Ctrl + Down Arrow : Memindahkan titik penyisipan ke awal paragraf berikutnya
Ctrl + Up Arrow : Memindahkan titik penyisipan ke awal paragraf sebelumnya
Alt + F4 : Menutup item aktif, atau keluar dari program aktif
Alt + Enter : Menampilkan properti dari objek yang dipilih
Alt + Spacebar : Buka menu shortcut untuk jendela aktif
Ctrl + F4 : Close dokumen aktif dalam program-program yang memungkinkan Anda
untuk memiliki beberapa dokumen yang terbuka secara bersamaan
Alt + Tab : Switch antara item yang terbuka
Alt + Esc : Cycle melalui item dalam urutan yang telah dibuka
Ctrl + Shift + Tab : Bergerak mundur melalui tab
Shift + Tab : Bergerak mundur melalui pilihan
Versi 2 :
CTRL + C (Copy)
• CTRL+X (Cut) CTRL + X (Cut)
• CTRL+V (Paste) CTRL + V (Paste)
• CTRL+Z (Undo) CTRL + Z (Undo)
• DELETE (Hapus)

SHIFT+DELETE (Menghapus item yang dipilih secara permanen tanpa menempatkan item dalam Recycle Bin)
CTRL sambil menyeret (men-drag) sebuah item (Menyalin item yang dipilih)
CTRL + SHIFT sambil menyeret item (Buat cara pintas ke item yang dipilih)
Tombol F2 (Ubah nama item yang dipilih)
CTRL + RIGHT ARROW (Memindahkan titik penyisipan (kursor) ke awal kata berikutnya)
CTRL + LEFT ARROW (Memindahkan titik penyisipan (kursor) ke awal kata sebelumnya)
CTRL + DOWN ARROW (Memindahkan titik penyisipan (kursor) ke awal paragraf berikutnya)
CTRL + UP ARROW (Memindahkan titik penyisipan (kursor) ke awal paragraf sebelumnya)
CTRL + SHIFT dengan salah satu ARROW KEY (Sorot blok teks)
• SHIFT dengan salah satu ARROW KEY (Pilih lebih dari satu item dalam sebuah jendela atau pada desktop, atau pilih teks dalam dokumen)
CTRL + A (Pilih semua)
Tombol F3 (Mencari sebuah file atau folder)
ALT + ENTER (Melihat properti untuk item yang dipilih)
ALT + F4 (Menutup item aktif, atau keluar dari program aktif)
ALT + ENTER (Menampilkan properti dari objek yang dipilih)
ALT + SPACEBAR (Buka menu shortcut untuk jendela aktif)


CTRL + F4 (Menutup dokumen aktif dalam program-program yang memungkinkan Anda untuk memiliki beberapa dokumen yang terbuka secara bersamaan)
ALT + TAB (Beralih antara item yang terbuka)
ALT + ESC (Cycle melalui item dalam urutan yang telah dibuka)
Tombol F6 (Siklus melalui elemen-elemen layar dalam jendela atau pada desktop)
Tombol F4 (Menampilkan Address bar list di My Computer atau Windows Explorer)
SHIFT + F10 (Menampilkan menu shortcut untuk item yang dipilih)
ALT + SPACEBAR (Tampilan menu Sistem untuk jendela aktif)
CTRL + ESC (Menampilkan menu Start)
ALT + huruf digarisbawahi dalam nama menu (Menampilkan menu yang sesuai)
• Surat digarisbawahi dalam nama perintah pada menu yang terbuka (Lakukan perintah yang sesuai)
• Tombol F10 (Aktifkan menu bar dalam program aktif)
• ARROW (Buka menu berikutnya ke kanan, atau membuka submenu)
• LEFT ARROW (Buka menu sebelah kiri, atau menutup submenu)
• Tombol F5 (Memperbarui jendela aktif atau merefresh)
• BACKSPACE (Melihat folder satu level ke atas di My Computer atau Windows Explorer)
• ESC (Membatalkan tugas sekarang)
• SHIFT ketika Anda memasukkan CD-ROM ke dalam CD-ROM (Mencegah CD-ROM secara otomatis bermain/autoplay)
Keyboard Shortcuts Dialog Box
• CTRL + TAB (Move forward melalui tab)
• CTRL + SHIFT + TAB (Bergerak mundur melalui tab)
• TAB (Move forward melalui pilihan)
• SHIFT + TAB (Bergerak mundur melalui pilihan)
• ALT + huruf yang digarisbawahi (Lakukan perintah yang sesuai atau pilih opsi yang sesuai)
• ENTER (Lakukan perintah untuk opsi atau tombol aktif)
• SPACEBAR (Pilih atau menghapus kotak centang jika pilihan yang aktif adalah check box)
• Arrow tombols Panah (Pilih sebuah tombol jika pilihan aktif adalah group tombol pilihan)
• Tombol F1 (Menampilkan Help)
• Tombol F4 (Menampilkan item dalam daftar aktif)
• BACKSPACE (Membuka folder satu tingkat ke atas jika folder dipilih dalam Simpan Sebagai atau Buka kotak dialog)
Microsoft Natural Tombolboard Shortcuts Microsoft Natural Tombolboard Shortcuts
• Windows Logo (Menampilkan atau menyembunyikan menu Start)
• Logo Windows + BREAK (Menampilkan System Properties dialog box)
• Logo Windows + D (Menampilkan the desktop)
• Logo Windows + M (Meminimalkan semua jendela)
• Logo Windows + SHIFT + M (Memulihkan jendela yang diminimalkan)
• Logo Windows + E (Membuka My Computer)
• Logo Windows + F (Mencari for a file atau folder)
• CTRL + Windows Logo + F (Mencari for komputer)
• Logo Windows + F1 (Menampilkan Windows Help)
• Logo Windows + L (Mengunci keyboard)
• Logo Windows + R (Membuka kotak dialog Run)
• Logo Windows + U (Membuka Utility Manager)
Accessibility Tombol board Shortcuts
• Right SHIFT selama delapan detik (Beralih FilterTombols on atau off)
• LEFT ALT + LEFT SHIFT + PRINT SCREEN (Beralih High Contrast on atau off)
• LEFT ALT + LEFT SHIFT + NUM LOCK (Mengaktifkan MouseTombols on atau off)
• SHIFT lima kali (Mengaktifkan StickyTombols on atau off)
• NUM LOCK selama lima detik (Mengaktifkan ToggleTombols on atau off)
• Logo Windows + U (Membuka Utility Manager)
Windows Explorer Tombolboard Shortcuts
• END (Menampilkan bagian bawah jendela aktif)
• HOME (Menampilkan bagian atas jendela aktif)
• NUM LOCK + Asterisk sign (*) (Tampilkan semua subfolder yang berada di bawah folder yang dipilih)
• NUM LOCK + Plus sign (+) (Menampilkan isi dari folder yang dipilih)
• NUM LOCK + Minus sign (-) (Collapse folder yang dipilih)
• LEFT ARROW (Collapse pilihan saat ini jika diperluas, atau pilih folder utama)
• RIGHT ARROW (Menampilkan pilihan saat ini, atau pilih subfolder pertama)
Shortcut Tombols for Character Map Tombol pintas untuk Peta Karakter
• Setelah Anda klik dua kali pada grid karakter karakter, Anda dapat bergerak melalui grid dengan menggunakan cara pintas tombolboard:
• RIGHT ARROW (Pindah ke kanan atau ke awal baris berikutnya)
• LEFT ARROW (Pindah ke kiri atau ke akhir baris sebelumnya)
• UP ARROW (Pindah ke atas satu baris)
• DOWN ARROW (Pindah ke bawah satu baris)
• PAGE UP (Pindah ke atas satu layar pada satu waktu)
• DOWN (Pindah ke bawah satu layar pada satu waktu)
• HOME (Pindah ke awal baris)
• END (Pindah ke akhir baris)
• CTRL + HOME (Pindah ke karakter pertama)
• CTRL + END (Pindah ke karakter terakhir)
• SPACEBAR (Beralih antara yang lebih besar dan Normal ketika seorang karakter yang dipilih)
Microsoft Management Console (MMC) Main Window Tombol board Shortcuts

CTRL + O (Open yang disimpan konsol)
CTRL + N (Buka konsol baru)
CTRL + S (Save the open console)
CTRL + M (Menambah atau menghapus item konsol)
CTRL + W (Buka jendela baru)
F5 tombol (Update konten dari semua jendela konsol)
ALT + SPACEBAR (Menampilkan menu jendela MMC)
ALT + F4 (Close the console)
ALT + A (Menampilkan the Action menu)
ALT + V (Menampilkan the View menu)
ALT + F (Menampilkan the File menu)
ALT + O (Menampilkan the Favorites menu)
Konsol MMC Window Tombolboard Shortcuts
CTRL + P (Mencetak halaman aktif atau aktif pane)
ALT + tanda Minus (-) (Menampilkan menu jendela jendela konsol yang aktif)
SHIFT + F10 (Menampilkan the Action menu shortcut untuk item yang dipilih)
Tombol F1 (Membuka topik Bantuan, jika ada, untuk item yang dipilih)
Tombol F5 (Update konten dari semua jendela konsol)
CTRL + F10 (Memaksimalkan jendela konsol yang aktif)
CTRL + F5 (Memulihkan jendela konsol yang aktif)
ALT + ENTER (Menampilkan kotak dialog Properties, jika ada, untuk item yang dipilih)
• Tombol F2 (Ubah nama item yang dipilih)
CTRL + F4 (Close jendela konsol yang aktif. Ketika sebuah konsol hanya memiliki satu jendela konsol, jalan pintas ini akan menutup konsol)
Remote Desktop Connection Navigation
CTRL+ALT+END (Open the m*cro$oft Windows NT Security dialog box
ALT + PAGE UP (Beralih antara program dari kiri ke kanan)
ALT + PAGE DOWN (Beralih antara program dari kanan ke kiri)
ALT + INSERT (Cycle melalui program-program yang terakhir digunakan)
ALT + HOME (Menampilkan menu Start)
CTRL + ALT + BREAK (Beralih komputer klien antara jendela dan layar penuh)
ALT+DELETE (Menampilkan the Windows menu) ALT + DELETE (Menampilkan the Windows menu)
CTRL + ALT + Minus sign (-) (Membuat snapshot dari jendela aktif klien pada clipboard server Terminal dan menyediakan fungsi yang sama dengan menekan PRINT SCREEN pada komputer lokal.)
CTRL + ALT + Plus sign (+) (Membuat snapshot dari seluruh area jendela klien pada clipboard server Terminal dan menyediakan fungsi yang sama dengan menekan ALT + PRINT SCREEN pada komputer lokal.)
Internet Explorer navigation Internet Explorer navigasi
CTRL + B (Membuka kotak dialog Atur Favorit)
CTRL + E (Open the select bar)
CTRL + F (Start the Find utility)
CTRL + H (Open the History bar)
CTRL + I (Open the Favorites bar)
CTRL + L (Buka kotak dialog Open)
CTRL + N (Start contoh lain dari browser dengan alamat Web yang sama)
CTRL + O (Membuka kotak dialog Buka, sama seperti CTRL + L)
CTRL + P (Membuka kotak dialog Print)
CTRL + R (Memperbarui halaman Web ini)
CTRL + W (Close jendela aktif)
PRIN SCRN + printer aktif (Mencetak snapshot/ jendela keseluruhan)
ALT + PRINT SCRN + PINTER AKTIF ( Mencetak Windows Aktif)
SHIFT + F3 (1x) (Huruf depan Kapital)
SHIFT + F3 (2x) (Semua Huruf kapital/besar)
SHIFT + F3 (3x) (Semua huruf kecil)

Thursday, 10 December 2015

PENGGUNA DRYPERS!!! Jom Daftar Drypers Baby Club Segera!

Benda ni dah viral... Tobat pon..2 tahun kot mamayu guna drypers untuk budak2 nie.. tak tau pulak kalau kita daftar keahlian dan masukkan unik kod yang ada kat plastik pampers anak kita tu..kita akan dapat point dan dapat tebus macam-macam hadiah yang super kiut...

Perasaan tu tak tau nak cakap apa.. rasa mcm tertipu..kenapa drypers tak pernah war-warkan sebelum nie.. Jeles tengok mak-mak budak lain dapat tebuskan hadiah untuk anak mereka mcm2.. ada yang dapat beg baby. dapat hand puppet.. dapat selimut laa..tuala laa.. yg paling best dapat laptop baby...huh! mencik!!!

dan oleh kerana cukup-cukuplah diperbodohkan.. kali ni mamayu WAJIB DAFTAR KEAHLIAN DRYPERS BABY CLUB!!!

Ada ibu yang baik hati dah sebarkan berita ni pada semua mummy2 diMalaysia.
Berpuluh-puluh komen yang kata tak tau.. ada jugak yg tayang hadiah dah..
ada yang sedih..sebab selama ni buang jer plastik tu..tak tau plak boleh kumpul point..
Dah tak yah sedih lama-lama.. Jom DAFTAR!



Follow the instruction.. Kalau kuar merah-merah mcm kat atas ni.. maknanya korang kena tukar sampai jadi biru..
mamayu letak nama penuh terus dia biru.
nama kat screen tu korang rekalah apa2..
macam mamayu letak mamayu jer.. sebab dah tau, tak der sapa guna nama nie lagi.. kang letak ayu..dia jadi merah..sebab 1 malaysia ni brapa juta org nama ayu kannn..kann..


lepas dah isi semua-semua detail..dari nama,alamat,nama anak-anak kita.. bila kita submit jer pendaftaran tu..
drypers akan bagi mesej ni.
Maknanya, kita kena actived keahlian kita melalui email..
selagi tak buat.. keahlian korang tak akan dikira.
maka dengan itu, sila buka email korang. dan klik dekat link yg dorang bagi tu.

Contoh email yang korang terima nanti.

lepas dah klik kat link tersebut.. sekali lagi drypers akan hantar email "CONGRATULATION, You get a FREE Hand Puppet"
bila dah dapat ayat nie..maknanya kini mama2 semua, mummy2 semua dah sah menjadi ahli kelab Drypers Baby.
Dah boleh masukkan unik code yang ada dalam plastik..

ni antara point2 yang dorang share.. dah beribu.. jeles tol..

yg ni plak dah capai 3k points dia..
lagi mak jeles..

mcm mana nak trck kod dia terletak dimana..
kod tu bukan dibahagian luar tau.. bukan barcode..
dia suh kita masukkan unik code yg kat dalam..contoh kedudukan unik code yang terdapat didalam plastik.
Boleh rujuk gambar

tu diaaa...unik code duk tang situ.. plastik yg baru beli tu..tak yah la korang gigih keluarkan pampers2 anak tu..tunggu la dia habis..baru masukkan unik code tu.. tak kemananya.. takkan la ada org nak curik plakkan.. dah tentu2 dalam rumah kita jer...

ni la unik code tu..
kenapa unik?
sebab dia bercampur nombor dan huruf.
lagi satu, code ni dicetak kabur-kabur jer dengan menggunakan kaedah titik2 cmtu..
1st time cari memang takkan jumpa punya..

jangan jadi cmni udoh la yer...
memang takkan jumpa lah..hahaha

antara hadiah yang drypers bagi selepas pendaftaran
untuk tengok hadiah2 lain berdasarkan point yang terkumpul..korang boleh check dekat akaun masing-masing.
Amacam? jom la daftar keahlian.. bukan kena duit pon.. kita kumpul point.. nanti cukup masa, korang tebus hadiah.. anak2 jugak yg suka..
Benda free.. pampers tu memang la kena beli..nak taknak memang korang belikan.. takkan majok terus x nak pakaikan anak pampers..hahaha

1st time mamayu masukkan kod unik.. terus dapat 120 point tau.. itu guna pampers classic.. pampers paling murah untuk jenama drypers. kalau jenis wee wee..atau drypants tu tak tau la berapa point dia.. kaya..kaya.. kaya points..hahahaha

Kelas Menjahit FELT-on-TSHIRT


Assalamualaikum... Alhamdulillah, mamayu sempat daftar kelas menjahit Felt - on - TShirt anjuran Sekoci Craft House.. Peserta Kelas sudah ramai.. Syukur mamayu still ada rezeki untuk hadirinya lagi.

Mudah-mudahan mamayu punya kesihatan dan ruang untuk hadiri dengan jayanya.
 Doakan mamayu yer.. sebab lately ni rasa badan sangat berat..macam nak demam pun ada.. ni pon hari2 telan Vitamin C 2 biji.. 


Tak sabar nak belajar design baju guna felt..Yuran Hanya RM80 jer. Normal Price RM150.. Sapa yang taknak kan...

Mamayu nak belajar RAHSIA dan TEKNIK macam mana nak jahit sekemas seperti gambar diatas.
Kot boleh design baju2 abam ngan danish yg banyak kosong tu kan..
Bila ada kartun2..baru meriah! ^_^

Tuesday, 8 December 2015

GUNAKAN HAK ANDA SEBAGAI PEMBELI DAN PENGGUNA



Ramai customer yang mengeluh bila produk yg mereka beli tidak diberi consultation yang betul oleh sid... 

Nasihat buat customer... setiap sen yang anda laburkan perlu dapatkan full consultation dari sid anda yer... anda ada hak utk bertanya dan mendapatkan khidmat consultation dr sid pilihan anda.. ianya percuma seumur hidup.. sekiranya anda tidak dilayan dengan sewajarnya... anda juga berhak TERMINATED sid anda bila2 masa kerana kecuaian mereka...

GUNAKAN HAK ANDA SEBAGAI PEMBELI DAN PENGGUNA DENGAN SEWAJARNYA...

Pesanan ikhlas dari mamayu
Sid pilihan ibu2..

Monday, 7 December 2015

CARA BUAT SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR BERTUGAS PADA TARIKH YANG DI NYATAKAN

Assalamualaikum, ni contoh kedua membuat surat tunjuk sebab kerana tidak hadir bertugas pada tarikh-tarikh yang telah dinyatakan.

Kadang-kadang mungkin korang ada tak datang bertugas pada tarikh-tarikh yang tak konsisten. maknanya, bukan berturutan. Ada hadir..ada yang tak.. Pun boleh dikenakan tindakan oleh majikan.. disebabkan cuti tahunan yang habis juga. 

Jika korang memang sedang menghadapi masalah. mungkin menjawab surat tunjuk sebab tu tak ada masalah sangat. cuma, yer lah. kekadang tu otak dah tepu benor.. nak tulis apa yer... maklumlah keje-keje buat surat rasmi untuk diri sendiri ni dah lama ditinggalkan. 

So, kat sini mamayu bagi sikit panduan bagaimana nak jawap surat tunjuk sebab tersebut. cuma, korang olah la ikut sebab korang sendiri.. jangan plak ikot bulat2 apa yang mamayu bagi nie.. 


Nama
Jawatan
Alamat                                                                                                Tarikh :   27 November 2015

 



( Jawatan Majikan)
Alamat Majikan

Tuan,

SEBAB TIDAK HADIR BERTUGAS TANPA KELULUSAN KETUA JABATAN BAGI TARIKH-TARIKH YANG DINYATAKAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Saya terlebih dahulu ingin memohon maaf diatas kelakuan saya yang melanggar tatatertib sebagai penjawat awam di bahagian ini. Perkara ini berlaku diluar kawalan saya terutama apabila saya dapati cuti tahunan saya telah habis digunakan, saya juga terdesak untuk tidak hadir bertugas diatas sebab – sebab berikut :-

            (i)         Masalah Kesihatan Ayah Saya <<< contoh sebab tidak hadir
           
                        Untuk makluman tuan, ayah saya mengalami masalah kesihatan. Saya kerap pulang ke kampung untuk memantau keadaan ayah saya. Disebabkan hal itu saya terpaksa pulang ke putrajaya lewat dan terpaksa bercuti.
           
            (ii)        Kediaman Yang Disewa Berlaku Kebakaran (Salinan Laporan Polis                             Disertakan) <<< contoh kedua sebab tidak hadir
           
                        Pada bulan (nyatakan tarikh) kediaman saya yang disewa berlaku kebakaran. Pihak tuan rumah kerap melakukan pertemuan dengan saya. Saya tidak dapat berjumpa pihak tuan rumah sewaktu hari cuti kerana saya perlu pulang ke kampung.

3.         Sehubungan dengan itu, saya telah menyelesaikan masalah saya dengan pihak tuan rumah dan kontraktor yang mengambil alih pembaikan rumah sewa yang berlaku kebakaran tempoh hari pada 13 November 2015. Sehingga tarikh ini saya akui tingkah laku saya telah melanggar tatatertib sebagai penjawat awam.

4.         Oleh yang demikian, dengan rasa rendah hati besarlah harapan saya agar tuan dapat memberikan pertimbangan kepada sebab musabab yang saya kemukakan ini. Saya berjanji mulai tarikh ini 27 November 2015 saya tidak akan ulangi perkara ini.  Kerjasama dan perhatian awal tuan dalam perkara ini amat saya hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,



(NAMA)
Jawatan
No. KP


s.k       : Setiausaha Bahagian Sumber Manusia

dah siap taip surat nie..korang print dan turunkan tandatangan.. dan sain tu.. terus hantar bersama-sama salinan yg lain.

Hope dapat meringankan beban korang sikit.. yer lah..masalah nak datang tu tak boleh nak elak.. kalau dikenakan tindakan tu. redho jer lah.. jangan lawan-lawan bos.. kita ni timun.. bos tu durian.. haaa..paham-paham jer la yer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...