Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Wednesday, 17 December 2014

PELAJARI BAHASA ALLAH MENARIK REZEKI

Dalam pada menunggu no giliran dipanggil.. buku nie memang dibawa bersama untuk jadi bahan bacaan agar tak kebosanan...agar dapat mengisi waktu terluang...

Tertarik dengan satu perenggan berkaitan perniagaan di kota mekah dan madinah.. yang mana rata2 peniaga arab disana memanggil2 jemaah malaysia dengan menggunakan bahasa malaysia... mereka sanggup belajar bahasa ibunda kita semata2 untuk menarik perhatian jemaah malaysia... hasil pemerhatian penulis.. sikap mereka yang cuba untuk pelajari ilmu berbahasa..lebih2 lagi bahasa kita... kerana mereka mengatakan bahawa jemaah malaysia sangat jujur, amanah dan rakyat kita memang suka berbelanja...

Dari bahasa Arab..belajar bertutur bahasa melayu hanya semata2 untuk menarik minat @ menarik perhatian jemaah malaysia perlu dipuji...

Kesimpulannya disitu..kenapa mereka sanggup belajar bahasa malaysia jika tiada kepentingan...betul tak??? Mereka mempelajari bahasa melayu kerana pentingnya bagi mereka mengambil hati jemaah2 malaysia dlm perniagaan mereka... dan kenapa pula kita tak mahu belajar bahasa mereka...sedangkan bahasa Arab adalah bahasa Allah... di akhirat kelak.. soalan2 yg ditanya juga dlm bahasa Allah...

Mungkin kita tak mampu untuk mempelajarinya...atau kita x rasa ianya tak perlu pun untuk mempelajari bahasa Arab...kerana mungkin tiada kepentingan.. tetapi ada cara untuk kita selalu berkomunikasi dengan Allah dengan menggunakan bahasa arab... cara2nya sangat mudah..dan ianya adalah dengan membaca al-qurannn..

Disini barulah kita akan nampak kepentingannya mempelajari bahasa Allah... mereka yang sentiasa meluangkan masa membaca quran akan mendapat rezeki yang tidak disangka2... bayangkan..kita tak mampu pun utk bercakap dlm bahasa Allah..tetapi kita sering berkomunikasi dengan Allah... dan sikap kita yang sanggup meluangkan masa membaca ayat2 quran telah menyebabkan kita dilimpahi berbagai rezeki... kerana salah satu cara mengambil hati Allah adalah dengan berbicara dengannya melalui al quran... dan rezeki kita bertambah murah bilamana kita berusaha untuk memahami ayat2 quran melalui tafsiran..

Nampak tak betapa Allah itu maha pengasih lagi maha pemurah...

Luangkan lah masa dengan membaca Al-quran.. membaca Al-quran juga merupakan salah satu cara menarik rezeki...subhanallah...allahuakbar... indahnya islam....

Sharing from me..
mamayu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...