Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Thursday, 23 October 2014

RESEPI DONUT GEBU MAMAYU

Mengandung kali teringin sangat2 nak buat donut sendiri... bukan nak makan jer..tp, nak belajar buat.. agak2 la kan..pandai tak mamayu ni buat... hihi..

google punyer google jumpa resepi mudah dari satu blog tu... Alamak, lupa lak nama blog dia apa...huhu.. Pakai amik jer resepi dia... adoii... harap2 dia halalkan la ilmu yg dia kongsi tu..

RESEPI DONUT GEBU.,, nama ni mamayu bagi sendiri... tak tau la gebu ke dok...kihkih...


bahan-bahan:
2 sudu besar mentega
 1 biji telur
 1 cawan air suam
6 sudu besar gula pasir
 3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (mauripan)
3 cawan tepung gandum

cara-caranya:
1. cairkan mentega & letak tepi dulu (saya cairkan sekejap dalam microwave)
2. larutkan gula dengan air suam dalam mangkuk besar
3. masukkan susu pekat & kacau sebati
4. masukkan yis, kacau sekali lagi & biarkan selama 10 minit 
5. pukul telur & campurkan dalam mentega cair tadi  
6.lepas 10 minit campuran yis tadi akan berbuih2..masukkan campuran telur ke dalam yis & kacau sebati 
7. masukkan semua campuran ke dalam tepung (masuk sedikit demi sedikit)
8. gaul adunan perlahan2 dengan senduk kayu 
9. biarkan selama 45 minit
10. lepas 45 minit doh akan kembang & gebu gitu..da boleh bentukkan donut...takda acuan pun takpa..ikut kita nak bulat2kan ke nak jadikan dia bentuk donut jugak ke...terpulang^^
 (guna tepung kat tangan if doh melekat2) 

*rehatkan doh sekejap baru mula goreng 
*masa goreng pulak kena sentiasa balik2 kan donut untuk dapat colour yang cantik..makesure api kecik
*sejukkan donut dulu baru salut dengan gula (saya guna gula kastor) tapi kalo nak salut dengan coklat pun boleh..ikut selera masing2

Antara bahan-bahan dan cara-cara membuatnya.. nampak mcm senangkan... ok, minggu ni insyaallah akan jalankan misi membuat donut.. harap2 menjadilah harapnyer...

kalau tak jadi, nampaknyer kena la beli kat ujung simpang Petron area umah mamayu tu..huhuhu


GAMBAR SEKADAR HIASAN.. NI BUKAN BETUL2.. NI COBAANNN... 

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...