Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Friday, 31 October 2014

RUAM LAMPIN!!!! BAHAYA TAK????

Assalamualaikum, 
arini mamayu nak share tentang ruam lampin yang selalu menyerang bayi kita andai kita sebagai ibu bapa cuai dalam menjaga kebersihan mereka.... Secara dasarnya ruam lampin adalah perkara biasa kepada bayi yang berumur antara 3 hingga 12 bulan.. Tetapi, andai anda seorang ibu yang sangat prihatin..Insyaallah..ruang lampin pasti dapat dielakkan. 

Jom kita baca info selanjutnya berkaitan ruam lampin ini....


Apa yang menyebabkan bayi mengalami ruam lampin?

Ruam lampin terjadi akibat daripada pemakaian lampin yang mengandungi air kencing yang terlalu lama atau membiarkan najis bayi anda dibiar lama tanpa dicuci.

Gejala yang boleh dilihat...Terdapat tanda-tanda kemerah-merahan dan timbul bintik-bintik merah yang kecil. Antara tempat berisiko terjadi ruam kebiasaannya berlaku di bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan paha. Bayi anda akan menangis kerana tidak selesa, rasa sakit dan pedih.

Bagaimana rupa Ruam Lampin???

contoh ruam lampin

contoh ruam lampin
Ibu-ibu, jika ruam lampin yang biasa tidak dirawat..berkemungkinan ia akan menjadi bertambah serius. Sanggup ker kita melihat anak kesayangan menangis dan merintih kepedihan akibat dari ruam lampin ini.. tidakkan??? Jom kita baca info selanjutnya...

Apa itu jangkitan kulat?

Bila kita sebut perkataan 'kulat'... ia seolah2 sesuai yang sangat teruk...lebih-lebih lagi jika ia menyerang kulit bayi anda... Kulat  seperti Organisma Candida Albicans akan menyebabkan ruam lampin menjadi teruk...Ini kerana kulat ini hidup dikawasan  panas dan basah.

Jika ruam  anak anda didapati menjadi lebih merah dan tidak hilang lebih dari 3 hari segera dapatkan rawatan doktor.

Kita sebagai ibu perlu alert tentang perubahan yang berlaku di bahagian ruang lampin bayi anda... tetapi jika terjadi ruam lampin apa yang perlu anda lakukan?? Jom baca info selanjutnya dibawah...

Apa yang dapat dilakukan  untuk mencegah bayi terkena ruam lampin?

Melihat anak kesayangan merengek-rengek kerana menahan rasa pedih dan tidak selesa akibat dari ruam lampin... Sebagai ibu, pencegahan boleh dilakukan sebelum anak kesayangan anda terkena ruam lampin...

Antaranya adalah:

Sentiasa tukar lampin bayi anda secepat yang mungkin selepas dia membuang air kecil dan air besar. Ini dapat mengelakkan kuman menyerang kulit bayi anda.

Pastikan kulit bayi anda sentiasa kering sepenuhnya dengan membiarkan anak kesayangan anda tanpa lampinnya...

Elakkan juga menggunakan tisu basah yang mempunyai kandungan alkohol. Sebaik-baiknya gunakan air biasa atau air suam bagi membersihkan kulit bayi anda.

Elakkan juga menggunakan tepung jagung atau bedak talkum kerana ia akan menggalakkan pertumbuhan bakteria dan kulat.Selain itu ia juga menyebabkan berlaku iritasi pada kulit bayi anda... Penggunaan talkum ini juga tidak sesuai bagi bayi yang mengalami ruam panas.. Hati-hati tau...

Sebelum lampin dipakai, sapu sedikit losyen sebagai krim perlindung pada punggung bayi anda.

Pakaikan lampin secara longgar agar terdapat ruang udara yang boleh beredar di sekeliling 

Bahaya ruam lampin!!!!

Ruam lampin boleh jadi sangat bahaya jika tidak dicegah.. Ia boleh beransur menjadi luka merah dan boleh mengakibatkan jangkitan..

Keadaan akan bertambah buruk kerana ia sangatlah gatal dan bayi anda akan menggaru dan menyebabkan mereka merengek kesakitan.

Andai ibu tidak mendapatkan rawatan dengan segera ruam lampin boleh boleh beransur menjadi luka merah dan mendapat jangkitan kulat atau kandida...

Oleh itu, ibu-ibu prihatin... Jangan ambil mudah terhadap perkara ini yer... lebih-lebih lagi jika ia melibatkan anak kesayangan anda...cegah sebelum parah... Andai pencegahan telah dibuat.. Tetapi masih juga berlaku.. Ibu-ibu boleh merawat anak kesayangan anda mengikut info-info yang mamayu share di atas... Semoga sedikit perkongsian arini dapat memberi banyak manfaat kepada ibu-ibu yang berada diluar sana..


Thursday, 30 October 2014

VITAMIN APA YANG SESUAI BUAT DIRI ANDA...

Assalamualaikum...kadang-kadang kita nak consume vitamin... Tapi, tak tahu mana yang sesuai dan terbaik buat diri kita...

Ok, mamayu nak share set apa yang sesuai buat diri anda...

tapi, kalau tak pasti lagi....boleh wassap mamayu di 012-7925153.. Jangan malu2 tau... takde kena bayaran pon kalau tanya..wassap pon free jer kan...hihihi

Antara set2 vitamin shaklee yang dah mamayu sort kan mengikut keperluan harian anda..

Berikan yang terbaik buat tubuh badan kita....

ini set yang mamayu ambil ketika pregnancy..
tu pon dah trimester ke-3..
sangat berbaloi... nanti mamayu share kelebihan amik set pregnancy ni..


(Set Kesihatan Optimum)                                           
 Vita-Lea (multivitamin)
B-Complex
Vitamin C

(Set Breastfeeding )
Vita-Lea (multivitamin)
B-Complex
Vitamin C
Alfalfa 

(Set Breastfeeding-1 )
Vita-Lea (multivitamin)
B-Complex
Vitamin C
Alfalfa 
ESP

(Set Confinement / ibu berpantang)
Vita Lea (multivitamin)
B-Complex
Vitamin C
Zinc
Alfalfa (milk booster) jika mahu

(Set Penjagaan Kesihatan Kulit wajah)
B-Complex
Vitamin C
Vitamin E

(Set Breastfeeding + Ostematrix)
Vita-Lea (multivitamin)
B-Complex
Vitamin C
Alfalfa 
OsteMatrix @ Calcium 
  
(Set Penjagaan Dalaman Wanita)
Vitamin E
Alfalfa
GLA

(Set Asthma, Resdung,Alergi,Gegata,Eczema)
B-complex
Vitamin C
Alfalfa

(Set Immune Booster)
Nutriferon

(Set Pregnancy Trimester 1)
Vitalea
B-Complex 
Vitamin C
Ostematrix
add on Peppermint ginger Plus (jika mahu)

(Set Pregnancy Trimester 2&3)
Vitalea
B-Complex 
Vitamin C
Ostematrix
Omega Guard

(Set Pengurusan Badan Basic)
ESP Soy Isolated
Alfafa
Lecithin

(Set Pengurusan Badan Advance)
Chinch Shake
Herb-Lax
Omega Guard

Setiap supplement di atas ada kelebihan masing-masing... Kalau nak tahu kebaikan dan kelebihan setiap supplement... boleh klik kat sini 

Thursday, 23 October 2014

MIRZA MENGALAMI MASALAH SALURAN AIR MATA TERSUMBAT

Ada tak di kalangan dari anda semua mengalami perkara sama seperti mamayu. Selepas kelahiran permata hati mamayu, Muhammad Mirza Ukhail. Itu pun selepas 2 minggu kelahirannya.. mamayu selalu perasan mata mirza kerap berair dan mengalir kepipi... kalau orang datang menziarah dia..pasti ingat mirza baru lepas menangis... ini kerana air matanya sering berlinangan... Tapi, bukan kedua-dua belah mata.. hanya melibatkan mata kirinya sahaja..

Keadaan bertambah tak best bila setiap pagi, mata mirza akan bertahi..dan kadang kala susah untuk dia mencelikkan mata.. mamayu tengok dah mcm anak kucing yang terbiar plak gamaknyer...hihihi... jahat tul mamayu.. ada ker ckp anakanda macam anak kucing terbiar... yer laa... pagi2 mata takleh bukak sebab tahi mata banyak sangat kat mata tu..sampai tak leh nak celik....

Selepas sebulan mata mirza masih juga mcm tu... mamayu pergi ke klinik dan merujuk kepada doc. Pada mulanya doc bagi ubat titis.. tapi, ubat titis tu tak membantu langsung... bukan shj air mata mirza mengalir.. ni air hidung pun turut mengalir sama... mirza terus kena selesema... kemudian mamayu pergi lagi ke klinik utk tukar ubat.. mamayu request pd doc ubat sapu berbentuk gel... seminggu guna ubat gel tu... mata mirza tetap tak nampak perubahan...

Kali ni mamayu rujuk sekali lagi ker klinik kesihatan ibu dan anak... selepas doktor membuat pemeriksaan dan rujuk kepada sejarah perubatannya yang lepas2... doktor suspect mirza mengalami masalah saluran air mata tersumbat..

SALURAN AIR MATA TERSUMBAT!!!! 

Apa maksud doktor dengan saluran air mata tersumbat???

Jom selongkar masalah ini disini..

sewaktu mirza warded di Hospital Serdang

MASALAH SALURAN AIR MATA TERSUMBAT @ BLOCKED TEAR DUCTS

Secara normalnya, air mata akan mengalir dari mata melalui tiub kecil yang dinamakan saluran air mata yang merintang dari mata hingga ke hidung. Masalah saluran air mata terjadi apabila pembukaan saluran itu tidak terbuka dengan sempurna. 

Masalah air mata tersumbat ini kebanyakannya berlaku kepada bayi yang baru lahir... hanya 30% sahaja masalah yang dihadapi baby dapat dikesan setelah seminggu kelahiran hingga 3 bulan umur mereka... 

terdapat kesan tahi mata di mata kiri mirza

Bila mata mirza terkena infection...kesian sangat..


Punca berlakunya saluran air mata tersumbat?

Masalah saluran air mata tersumbat atau Blocked Tear Ducts adalah dimana saluran-saluran halus dibahagian tepi mata yang menyalurkan air mata  ke dalam rongga hidung tidak terbuka sepenuhnya, atau tersumbat dan ia selalunya berlaku dikalangan bayi yang baru lahir.

Ini menyebabkan air mata berkumpul didalam mata dan mata kelihatan berair. Apabila air mata tidak mengalir seperti biasa. Air yang bertadah ini boleh dijangkiti kuman dan boleh berlaku infeksi terhadap mata bayi anda.



Tetapi, bagi sesetengah kes, masalah mata berair juga boleh disebabkan oleh bulu mata menggosok kornea mata yang mana lipatan kulit dikelopak  mata menolak bulu mata ke arah kornea.

Bagaimana cara menangani masalah saluran air mata tersumbat?

Mengikut pakar... masalah ini bukanlah serius dan ia akan hilang sebaik sahaja bayi berusia 6 bulan ke atas hingga setahun... 

Tetapi ada juga beberapa cara yang di sarankan oleh pakar Oftamologi bagi menangani masalah saluran air mata tersumbat ini dengan segera.

1. Bersihkan mata - Bersihkan mata bayi sekerap yang mungkin dengan menggunakan kapas basah atau tuala basah jika sekiranya terdapat kumpulan tahi mata di mata anak anda.  Bersihkan dengan kerap jika perlu.

2.Urut Salur Air Mata - Urut salur-salur air mata yang terdapat dibawah kulit di tepi mata, sebelah hidung. Pastikan jari anda bersih dan urut dengan lembut. Bermula dari hujung mata menuju ke arah dalam iaitu ditepi hidung.

Cara urut mata

Urutan ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya 6 kali sehari dan ia dikatakan dapat membuka saluran yang tersumbat itu secara perlahan-perlahan.

3. Jumpa Doktor - Jika terdapat tanda-tanda mata bayi anda merah dan membengkak serta demam.. segera berjumpa dengan doktor, ini dikuatiri bayi anda mugkin mendapat jangkitan kuman pada selaput matanya.

 4. Susu Ibu - Ada juga doktor mengesyorkan menggunakan susu ibu sebagai rawatan kepada masalah mata berair ini.  Ini adalah rawatan yang mudah dan tidak merbahaya. Ini kerana susu ibu mengandungi bahan protein yang membunuh kuman (lysozemy) , antibodi dan sel darah putih yang mampu melawan jangkitan kuman. Beberapa titis susu ibu boleh diletakkan pada jari yang bersih sebelum dititiskan ke sudut mata berhamipran hidung bayi anda dibahagian mata yang berair itu.

Bagaimana pula jika selepas umur mereka menginjak setahun.. masalah saluran air mata tersumbat ini masih juga berlaku kepada mereka?

Jika umur selepas setahun, masalah ini tetap juga berlaku.. Pakar akan mencadangkan satu pembedahan kecil di lakukan terhadap bayi anda untuk membuka saluran yang tertutup. 

Di mana satu logam tumpul yang dinamakan lacrimal probe dengan teliti dimasukkan ke dalam kantung air mata melalui canacular dan memecahkan membran yang menyebabkan halangan tersebut. Cecair kemudiannya akan disalurkan ke saluran ke sistem pengairan ke dalam hidung untuk memastikan bahawa laluan itu terbuka.

Kaedah rawatan di lakukan dalam keadaan bayi tidur atau tidak sedar. Bius akan diberikan kepada bayi anda bagi memudahkan proses ini di lakukan. Bayi tidak akan mengalami kesakitan selepas rawatan ini.tetapi pakar ada menyatakan akan terdapat kesan darah pada lelehan air mata atau rembesan hidung dan ianya adalah perkara biasa.

Selepas prosedur di atas dilakukan. Air mata tetap berlinangan selama seminggu dan pesakit akan dibekalkan dengan ubat titisan atau gel antibiotik.

kaedah rawatan pertama


Jika rawatan pertama tidak berjaya?

Jika rawatan pertama tidak menunjukkan apa-apa perubahan pada mata bayi anda... Kaedah kedua mungkin diperlukan dan perlu mendapat rujukan dari pakar.

Komplikasi semasa rawatan?

Jika rawatan dilakukan sebelum bayi berumur 13 bulan, kadar kejayaan adalah 97% berbanding 50% jika bayi anda telah pun berumur 2 tahun.

Sumber: KPJ Health Care(Eye Specialist Centre)
                Portal 1 Klik
               Dr. Zubaidi Hj. Ahmad

Diharap dengan serba sedikit penerangan dari mamayu.. ibu-ibu di luar sana telah bersedia menghadapi masalah ini.. Masalah air mata tersumbat bukan satu masalah yang serius jika ibu-ibu memahami kaedah rawatan yang perlu dilakukan dirumah. 

Andai rawatan yang dilakukan menunjukkan terdapat infeksi kepada mata bayi anda.. Segera berjumpa dengan doktor bagi mendapat khidmat nasihat dan rawatan susulan.. 


RESEPI DONUT GEBU MAMAYU

Mengandung kali teringin sangat2 nak buat donut sendiri... bukan nak makan jer..tp, nak belajar buat.. agak2 la kan..pandai tak mamayu ni buat... hihi..

google punyer google jumpa resepi mudah dari satu blog tu... Alamak, lupa lak nama blog dia apa...huhu.. Pakai amik jer resepi dia... adoii... harap2 dia halalkan la ilmu yg dia kongsi tu..

RESEPI DONUT GEBU.,, nama ni mamayu bagi sendiri... tak tau la gebu ke dok...kihkih...


bahan-bahan:
2 sudu besar mentega
 1 biji telur
 1 cawan air suam
6 sudu besar gula pasir
 3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (mauripan)
3 cawan tepung gandum

cara-caranya:
1. cairkan mentega & letak tepi dulu (saya cairkan sekejap dalam microwave)
2. larutkan gula dengan air suam dalam mangkuk besar
3. masukkan susu pekat & kacau sebati
4. masukkan yis, kacau sekali lagi & biarkan selama 10 minit 
5. pukul telur & campurkan dalam mentega cair tadi  
6.lepas 10 minit campuran yis tadi akan berbuih2..masukkan campuran telur ke dalam yis & kacau sebati 
7. masukkan semua campuran ke dalam tepung (masuk sedikit demi sedikit)
8. gaul adunan perlahan2 dengan senduk kayu 
9. biarkan selama 45 minit
10. lepas 45 minit doh akan kembang & gebu gitu..da boleh bentukkan donut...takda acuan pun takpa..ikut kita nak bulat2kan ke nak jadikan dia bentuk donut jugak ke...terpulang^^
 (guna tepung kat tangan if doh melekat2) 

*rehatkan doh sekejap baru mula goreng 
*masa goreng pulak kena sentiasa balik2 kan donut untuk dapat colour yang cantik..makesure api kecik
*sejukkan donut dulu baru salut dengan gula (saya guna gula kastor) tapi kalo nak salut dengan coklat pun boleh..ikut selera masing2

Antara bahan-bahan dan cara-cara membuatnya.. nampak mcm senangkan... ok, minggu ni insyaallah akan jalankan misi membuat donut.. harap2 menjadilah harapnyer...

kalau tak jadi, nampaknyer kena la beli kat ujung simpang Petron area umah mamayu tu..huhuhu


GAMBAR SEKADAR HIASAN.. NI BUKAN BETUL2.. NI COBAANNN... 

Monday, 20 October 2014

Mmu warded

Arini anak soleh mamayu kena warded...

Dia sihat jer... tp, ada sedikit masalah berkaitan matanya.

Sejak dari lahir mata sebelah kiri mirza sentiasa berair.. mengalir jer air mata tu tak kira siang malam...
Mamayu risau klau mata dia kena infection.. yer laa.. bab mata2 ni x leh main2... ni lepas folo up dgn pakar mata..

Diorg decide utk tgok dgn lebih terperinci lg...
Ni kami tggu giliran masuk ward..
Harap2 x lama lah...

Lepas buat pendaftaran di bahagian hasil kami terus ker wad 5B untuk dapatkan katil mirza... sepanjang berada di wad, kesihatan mirza sentiasa di pantau oleh doc pakar. Beberapa soalan dr doc di ajukan pada mamayu bg memastikan mirza betul2 sihat dari sebarang demam, selesema dan batuk. 

Kebetulan sebelum mirza warded, mirza baru jer baik dari demam. Ada la sikit selesema ngan batuk tu even demam dah kebah. 

Oleh kerana, mirza masih selesema dan batuk walaupun x kuat.. dia di rujuk kepada pakar bius bagi memastikan doc oftalomogi  dapat meneruskan prosedur terhadap mirza.. selepas dirujuk kepada pakar bius.. Pakar membuat keputusan operation mata ditangguhkan ke tarikh yg akan ditetapkan oleh pihak oftal. Tarikh postpone jatuh pada 6.4.2015 masa tu mirza dah pun berumur 1 tahun 3 bulan... dan bulan tersebut plak merupakan bulan mirza bakal dapat adik baru...mamayunyer due date jatuh [ada 16.4.2015... adehh... mudah2an mirza sembuh cepat2... tak yah nak operate2...cian awak masa tu... 

dan disebabkan prosedur operation ditangguhkan... mirza dibenarkan pulang ke rumah.. tak sempat la dia nak merasa bermalam di ward... bak kata daddy, arini adik check in hospital... daddy ingat adik ni menginap kat hotel apa nak check in..check in..huhuhu

Sunday, 19 October 2014

CADAR TILAM BELI DI CHINA

Assalamualaikum..

Malam ni nak share tentang cadar... dah lama cari cadar-cadar yang sesuai dan senang nak diurus...

Last-last jumpa jugak yg berkenan di hati.. kali ni tak nak tunggu lama2... kebetulan lak bonus shaklee dah masuk... apa lagi? Mummy rembat lah 2 corak..

Cadar ni makcik yg jual tu beli kat guangzhou, china.. kualiti kain pon bagus..dengan jahitan yg teliti.. harga boleh runding kalau mummy amik lebih dr 1..

Wahh... memang pucuk dicita ulam mendatanglahkan...kawan pun duk cucuk2 suh beli..katanya, beli jer la kak..kalau beli kat online pon sama gak rege..tp, ni klau akk byar terus boleh bwk balik...lg satu klau beli kat cni..kita dpt tgok siap2 dah.. klau akk byar terus boleh bwk blik...entah2 siap pasang teruss...ecehh! Mcm tau2 jer niat ku itu...hihi.. lg satu klau anak lompat2 kat atas tilam pon.. cadar tu still maintain jer..x gerak2... terang opismate mamayu lg...owh..camtu ker???

Mamayu ni kalau bab2 kain cadar x brapa mahir sangat...tp, yang tengok depan mata ni mmg dah berkenan sangat2 dah...

Masa bayar pejam mata gak la..hahaha

Balik umah terus pasang siap2... cantik tak???  Cantikkan...hihi.. betul la kaya kawanku itu... mesti mlm ni aku dah pasang siap2...

Kaler purple mamayu pasang kat bilik tetamu depan...

Kaler pink mamayu pasang siap2 kat bilik sendiri... mmu dah siap golek2 dah sambil terkuis2 bunga kat cadar tu... dia ingat bunga tu leh wat main kot..hihi

Pstttt...masa updet entri ni pon..mamayu ngah golek2 kat cadar baruku ini... mood ala2 org inggeris gitu...haha

Friday, 3 October 2014

BERMASKER GUNA BAHAN SEMULAJADI

Assalamualaikum...

Dah lama benau tak sharing dalam blog mamayu nie.. suka sangat bagi blogku ini bersarang dan bersawang lama2...

Malam ni sepatutnya banyak keje nak dibuat.. lusa nak raya haji.. baju kerja banyak yang tak basuh lagi... packing barang nak balik kampung pon tak buat lagi... ibu mengandung macam ni laa.. banyak kerja rumah yang dah tak lalu nak dibuat.. tapi, baju sempat gak la masuk mesin.. masuk jerrr... basuh belom lagi... punyer la malas..kihkihkih...

Tapi malam ni terajin pulak nak ber'masker'.. 😆 mungkin sebab lusa dah nak raya... muka pon tengok dah semacam jek.. penoh dengan white2 head..black head.. segala head lah yg ada kat kulit biawakku ini...huhu..

So, apalagi... tengok apa yang ada kat dapur.. kot2 ada bahan2 yang dapat mamayu gunakan utk bermasker malam nie..

Mata tersilau pada botol esp.. vahhh!! Tp, takkan nak tepek esp jek... hurmmmm..

Mamayu pikior mamayu... apa yang best yang boleh dicampur dengan susu esp nie... tiba2 teringat kat susu kambing... ehhh...susu kambing pon elok untuk kulitkan.. bukan semata2 untuk minum jer... susu kambing yang mamayu ada ni memang susu kambing asli takde campur apa2 bahan kimia pon... so, cantekkk lah....

1 sudu Susu soya esp + 1 sudu susu kambing wildan = masker susu sombing... ( singkatan soya dgn kambing.. kihkihkih )

Lepas siap bancuh.. terus ku oleskan diwajahku yang tak bermaya dan kusam dan penuh kepala putih dan hitam nie...

Hope, wajahku kembali lembut, gebu dan yang penting tak ada noda2 kotaraya yang memenuhi kulit wajahku lagi..hikhik..

Ok, mesti korang nak tau berapa lama mamayu pakaikan.. utk masker nie..mamayu pakai sehingga masker ni betul2 kering di wajah... lepas dah kering..lebih kurang setengah jam kot..sbb, mamayu pakai tebal sangat.. jadinya lambat sikit kering... bila dah kering..boleh terus bilas dengan air bersih... klau ada pembersih semulajadi nutriwhite lagi bagus... sbb kandungan pencuci dari nutriwhite ni mengikut ph kulit wajah kiter... x der kimia langsung..semua dari bahan semulajadi...

Lepas basuh, korang lap muka dengan kain bersih sebersih2nya... dan cuba rasa kulit muka tu.. lembut tak??? Gebu ker takkk??? Klau dpt rasa kedua2nya tu.. maknanya, anda bakal cantik menawan la nanti... hihi.. sapa yang tak nak cantik oiiiiii... kalau dah muka tu memang tak cantik takper.. yang penting cantik dimata kiter... nak jumpa orang pon dah tak segan2 dah dengan kawah2 kecik dgn white head black head bagai tu..

So, apa tunggu lagi... sekarang ni pon esp soy isolated memang tengah promosi... mamayu beli 6 tong dapat 1 tong percuma.. share dengan mak bonda... bukan share pon.. memang nak bagi mak 3 tong... mamayu 4 tong.. sebab 1 tong percumakan... 1 tong kegunaan selama 1 bulan setengah... jimat2...tunggu mak bondaku sayang balik dari mekah... mudah2an mak dpt haji yang mabrur... ameennnn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...