Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Monday, 4 August 2014

TANDA-TANDA KELAHIRAN SEMAKIN HAMPIR

 

Assalamualaikum,

apa kabar momie2 to be semua... arini dah berapa weeks da tu??? ada yang dah masuk 37week ker? hihihi..Mesti masa ni mommie2 semua tengah nebes kan... risau campur dengan takut... lebih2 lagi kalau melibatkan pengalaman pertama...
 
Macam mana ibu-ibu tau yang ibu dah sampai masa untuk bersalin? Apakah tanda-tanda yang ibu akan bersalin dalam masa terdekat? Bagi ibu yang ada pengalaman melahirkan, mungkin boleh agak WAKTUNYA! Tapi bagi first time momies.. mungkin keliru dan tak pasti kan... Kadangkala rasa seakan perut mengeras ... adakah ia contraction atau brixton hicks sahaja? 

Pengalaman mamayu sendiri,masa melahirkan muhammad mirza ukhail... malam tu perut asik mengeras jer... memang tak dapat nak tidur lah jawabnya...tp, buat tak tahu jer...  bila tgok jam pukul 7 pagi.. mamayu pun masuk toilet... masuk jer dalam toilet..terus mamayu rasa air yg banyak mengalir keluar dari celah2 peha... panik kot... tp, cepat2 tarik nafas hembuss..tarik nafas lagi & hembus... mamayu panggil encik suami... mamayu bg tau apa yg jadi... kebetulan mak mertua ada lak masa tu... agak kelam kabut la jugak mak bonda ku itu..hihi..maklumlah cucu sulung.... nasib barang2 dah packing awal2... kami pon perlahan2 pegi hospital Serdang bahagian emergency... Alhamdulillah.. pkul 4.45 petang mamayu selamat melahirkan baby boy yg diberi nama Muhammad Mirza Ukhail seberat 4.2kg... and its normal okay... hehehehe..

Okaylah.. jom baca apa lagi tanda-tanda yang anda bakal bersalin tak lama lagi...




  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika tinggal jauh) Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
  • keluar air ketuban : Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
  • keluar darah dari vagina. : Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj, ini kerana pintu rahim mula membuka (Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10). Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.



  • Sakit Belakang : Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Seakan ada 'ruang' di bawah rusuk.
  • Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
  • Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.

Sumber: saripetua, babycenter.

Bagi mommie2 yang masih tak tahu keperluan apa yg perlu dibeli bagi menyambut cahaya mata anda.. boleh rujuk disini.. Hope dapat membantu mommie semua yer...

Kalau nak beli set berpantang pula... nanti mamayu share lagi.. tunggu next posting dari mamayu :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...