Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Monday, 4 August 2014

PANDUAN BER- DIET DI BULAN SYAWAL



TAHNIAH PADA ANDA YANG CONCERN TENTANG BENTUK BADAN DIRI SENDIRI..

arini baru seminggu keta sambut syawal.. Ada tak yang dah timbang berat badan..ker takut nak pi timbang..hahahaha..

oklah..oklah.. mamayu tak mau ckp panjang... ni nak share sikit tips pada uoll semua mcm mana cara nak menangani masalah di bulan syawal yg penuh dengan menu makanan yg sedap sedap malahan super sedapppp..

Ok, tips nya:

1. Mkn kuantiti yg sikit ... kunyah lama sket.  Setengah orang 2x kunyah dh telan. Eh tak elok tu. Sian perut tu.. nk kerja keras tolong hancurkan makanan.

2. Kurang2 kan minum nescafe. .. jangan tanya kenapa? Sbb ia ada kafein.. that's y org ngandung tak digalakkan minum. klu stop kafein lg bagus.  Senang kan?

3. Selalu buat detox. 2x seminggu dah ok dh. Minum la apa2 teh dtox yang ada kat pasaran.  Kalau tanya mamayu.. shaklee ada produk berasaskan teh hijau.. nama dia teh chinch shaklee... lepas minum rasa segar..

4. Mesti minum air banyak.  Takyah byk sangat sampai ber liter2.  Kembung air je ko nnt. 8 gelas pun dh memadai.  Tapi nak lagi bagus 3 liter mcm biasa.

5. Selalu minum susu... minum yg low fat punye. Klu nk susu yg sedap, beli yg brand marigold low fat milk. Kalau nak best lagi minum Chinch Milk Shake.. Ada 3 perisa.. coklat, vanila dan latte..

6. Paling penting, amalkan makan kurma dan susu kambing.  Ini untuk tenaga,  badan sentiasa fresh dan senang nk uk. .uk. ..uk nanti. Tak la sembelit nanti.  Kalau sembelit.. boleh telan ostermatrik... kompem esok laju jer dia kuar..hahaha

7. Satu jam lepas makan tu, boleh amalkan minum green tea jugak.  Make it as a habit ok. Anda akan rasa kesannya..

8. Kurangkan minum air berwarna. Minum sikit takpe. .. karbonat?? no..no..no..

P/s:So,  takyah nak stress sgt pasal diet ni. ramai jer yang dh cuba... stress tetap stress yer tak...Makan la apa saja cuma berpada2.  Ini klu dah mkn pil kurus... supplement shaklee bergantang2 pun tapi makan nasi satu hari lebih 5 pinggan baik tak payah diet. Lagi satu, senam2 la sket.. klu malas, joging la 10 round keliling rumah or keliling taman.. kasi peluh keluar... jangan dah berat mcm tempayan baru nak berjoging... memang nangis la jawabnyer..hehehe

TANDA-TANDA KELAHIRAN SEMAKIN HAMPIR

 

Assalamualaikum,

apa kabar momie2 to be semua... arini dah berapa weeks da tu??? ada yang dah masuk 37week ker? hihihi..Mesti masa ni mommie2 semua tengah nebes kan... risau campur dengan takut... lebih2 lagi kalau melibatkan pengalaman pertama...
 
Macam mana ibu-ibu tau yang ibu dah sampai masa untuk bersalin? Apakah tanda-tanda yang ibu akan bersalin dalam masa terdekat? Bagi ibu yang ada pengalaman melahirkan, mungkin boleh agak WAKTUNYA! Tapi bagi first time momies.. mungkin keliru dan tak pasti kan... Kadangkala rasa seakan perut mengeras ... adakah ia contraction atau brixton hicks sahaja? 

Pengalaman mamayu sendiri,masa melahirkan muhammad mirza ukhail... malam tu perut asik mengeras jer... memang tak dapat nak tidur lah jawabnya...tp, buat tak tahu jer...  bila tgok jam pukul 7 pagi.. mamayu pun masuk toilet... masuk jer dalam toilet..terus mamayu rasa air yg banyak mengalir keluar dari celah2 peha... panik kot... tp, cepat2 tarik nafas hembuss..tarik nafas lagi & hembus... mamayu panggil encik suami... mamayu bg tau apa yg jadi... kebetulan mak mertua ada lak masa tu... agak kelam kabut la jugak mak bonda ku itu..hihi..maklumlah cucu sulung.... nasib barang2 dah packing awal2... kami pon perlahan2 pegi hospital Serdang bahagian emergency... Alhamdulillah.. pkul 4.45 petang mamayu selamat melahirkan baby boy yg diberi nama Muhammad Mirza Ukhail seberat 4.2kg... and its normal okay... hehehehe..

Okaylah.. jom baca apa lagi tanda-tanda yang anda bakal bersalin tak lama lagi...




  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika tinggal jauh) Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
  • keluar air ketuban : Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
  • keluar darah dari vagina. : Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj, ini kerana pintu rahim mula membuka (Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10). Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.



  • Sakit Belakang : Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Seakan ada 'ruang' di bawah rusuk.
  • Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
  • Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.

Sumber: saripetua, babycenter.

Bagi mommie2 yang masih tak tahu keperluan apa yg perlu dibeli bagi menyambut cahaya mata anda.. boleh rujuk disini.. Hope dapat membantu mommie semua yer...

Kalau nak beli set berpantang pula... nanti mamayu share lagi.. tunggu next posting dari mamayu :)

Friday, 1 August 2014

PERSIAPAN MENYAMBUT BAYI ANDA

ANTARA BARANG PERSIAPAN UNTUK MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI


Persiapan Menyambut Bayi Baru
Menyediakan barangan kelengkapan bayi adalah pengalaman yang sangat mengujakan bagi ramai ibu bapa baru. Namun, tanpa perancangan rapi, mereka mungkin terbeli barangan yang tidak sepatutnya dan tertinggal yang mesti dibeli. Inilah pentingnya senarai semak barangan kelengkapan bayi.


Pakaian Bayi
Sebagai permulaan, mamayu menasihatkan anda agar membeli pakaian asas bayi sahaja.  Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, ibu digalakkan agar membeli pakaian bersaiz besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas.Ini kerana  bayi cepat membesar. Jika pakaian yang dibeli kecil, tempoh pemakaiannya hanya sekejap sahaja. Antara Pakaian asas ialah:
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi
 Lampin
Untuk lampin pula, tidak kira sama ada lampin kain moden atau lampin pakai buang, berikut adalah kelengkapan yang perlu disediakan.
  • Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  • Pelapik lampin (jika ibu ingin menggunakan lampin kain moden)
  • Tisu basah
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin
  • Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)

Set mandian
Bagi set mandian bayi pula, mamayu menyarankan agar mommie hanya membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit si kecil. Sekiranya sesuai, barulah membeli pek yang lebih besar.
Untuk tujuan mandian bayi , antara barangan yang perlu dibeli adalah seperti di bawah ini:
  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu
Set penjagaan bayi
Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya perlu disediakan. Barangan tersebut ialah:
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital
Tidur
Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:
  • Tilam
  • Bantal kepala
  • Bantal peluk
  • Cadar
  • Selimut
Tetapi pastikan si kecil tidur dengan selesa dan elakkan meletakkan bantal yang banyak.. memadai dengan dua biji bantal peluk kiri dan kanan. 
Penyusuan
Bagi kelengkapan penyusuan ibu pula. Jika mommie berhasrat ingin menyusukan bayi anda secara ekslusif dengan susu ibu dan bukannya susu formula.. Mamayu sarankan anda membuat persiapan ini.

Penyusuan susu ibu:
  • Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
  • Bekas penyimpanan susu ibu bebas BPA
  • Beg pendingin
  • Nursing cover
Persiapan bagi  penyusuan susu formula adalah:
  • Botol susu bebas BPA
  • Puting botol susu
  • Berus botol
  • Bekas untuk menyimpan susu formula
  • Bekas menyimpan air panas
  • Bekas menyimpan air kosong
  • Alat steril botol susu
Berikut adalah antara keperluan-keperluan yang perlu mommie titik beratkan bagi menyambut kelahiran cahaya mata anda. Pastikan ibu tidak melakukan pembaziran yer. Ibu-ibu juga  perlu membuat survey harga bagi setiap barangan bayi anda terutama bagi pembelian pam payu dara..

Semoga dengan sedikit sebanyak sharing dari mamayu..mommie2 to be akan lebih bersedia dan lebih peka apa keperluan yang perlu didahulukan.

senarai checklist barangan bayi yang perlu mommie beli boleh rujuk di sini

SUPLEMEN PERLU UNTUK WANITA YANG INGIN MENGANDUNG

 Bukan semua wanita dikurniakan rezeki boleh terus mengandung selepas mendirikan rumah tangga. Ada yang perlu menunggu berbulan bahkan bertahun sebelum dikurniakan cahaya mata. Memang kita sedia maklum, ia adalah rezeki kurniaan dari Allah Yang Maha Kuasa.

Namun sebagai bakal ibu atau ayah, anda perlu berusaha mempersiapkan diri untuk mencapai cita-cita bergelar ibu dan bapa.  Bagaimanapun sekiranya anda termasuk dalam kategori pasangan yang perlu menunggu lama sebelum dikurniakan peluang mendapat anak sendiri, jangan pernah berputus asa.

Usaha berterusan perlu dilakukan tanpa henti selain berdoa meminta kepada Yang Maha Esa. Salah satu usaha yang perlu dipraktiskan oleh pasangan yang ingin hamil adalah mengamalkan pengambilan suplemen tambahan.

Oleh itu bakal ibu dan ayah perlu mencari ilmu mengenai keperluan suplemen yang diperlukan oleh pasangan wanita yang merancang untuk mengandung. Tubuh badan manusia terutama wanita yang hendak memiliki anak memerlukan zat tertentu yang kadang kala tanpa disedari kita tidak cukup mengambilnya.

Antara khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan adalah yang ada terkandung dalam vitamin E, zink, asid pantotenik, kalium, vitamin A, vitamin C, vitamin D, thiamin B6, riboflavin dan niacin. Vitamin tersebut dikatakan dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita seterusnya berpeluang untuk mengandung.

Namun demikian, sekiranya anda sudah berjaya hamil bukan bermakna anda boleh melupakan suplemen itu. Sebaliknya pengambilan itu mesti diteruskan sepanjang kehamilan dengan tujuan untuk memenuhi keperluan badan yang makin meningkat serta menjaga keadaan tubuh badan  sendiri dan bayi dalam kandungan.

SUMBER: PAMA
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...