Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Saturday, 12 July 2014

TIPS SUSU MERUDUM!!! APA MOMMIE PERLU BUAT???

Bulan puasa adalah bulan paling mencabar bagi ibu yang menyusukan bayi mereka secara sepenuhnya tanpa ada campuran susu formula... Bayangkan seawal 2 bulan mommie2  perlu membuat stock ebm sebanyak yang boleh.. Ini semua adalah bekalan untuk si manja sepanjang bulan ramadhan

Bayangkan tanpa stock yang mencukupi buat simanja pada bulan puasa.. Pasti si ibu akan merasa tertekan.. tertekan akibat tak dapat membekalkan susu yang cukup buat anakanda tersayang...

Dan paling tak dapat ibu-ibu terima apabila pengasuh sudah mula memberi pandangan kepada si ibu untuk membekalkan fm kepada si manja gara2 si manja sudah mula menunjukkan peningkatan dalam penyusuan..

Sebagai ibu yang komited menjayakan penyusuan ibu secara sepenuhnya... Mamayu sarankan agar kita sentiasa bersikap positif terhadap diri sendiri... tanpa sikap yang positif.. pasti ibu akan tertewas dalam membuat stock ebm buat simanja...

Hasil daripada pemantauan mamayu sendiri.. ibu yang mengalami kekurangan ebm perlu bangkit... Cari segala ilmu berkaitan bagaimana membuat ebm.... cari seseorang yang boleh kita share perasaan kita tu... cari penyelesaian... Jika anda rasa dengan BERPUASA mengakibatkan anda tak dapat supply ebm seperti selalu... Anda dibenarkan untuk tidak berpuasa... Jika dengan berpuasa anak kita mengalami kekurangan penyusuan dan menyebabkan dia sentiasa menangis kerana tak ckup susu... Si ibu perlu lakukan sesuatu.... Janganlah kerana cabaran yang kecik ini.. ibu2 semua mengalah... bayangkan betapa bagusnya bila anak membesar dengan susu kita sendiri tanpa dibantu oleh susu formula... dalam islam juga menggalakkan kita menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun..

Arini mamayu nak share, selain dari petua-petua tradisional bagaimana membanyakkan susu ibu... mamayu turut mengambil supplement dari shaklee.. kenapa shaklee.. sebab ianya SENTIASA BERKESAN, SENTIASA SELAMAT DAN SENTIASA MESRA ALAM....

KENAPA IBU PERLUKAN VITAMIN-VITAMIN INI?

1. Mengandungi vitamin-vitamin lengkap yang akan membantu meningkatkan lagi pengeluaran susu badan dengan lebih cepat. Apa ada dalam set ini?

B Complex: Dikenali sebagai vitamin antistress yang boleh membantu mengatasi rasa stress ibu-ibu. Tiada stress atau tekanan maka pengeluaran susu menjadi lebih lancar. Kita pun sedia maklum bahwa stress adalah yang perlu dielakkan untuk memastikan bekalan susu berjalan dengan baik.

Vitalea: Mengandungi 28 nutrien lengkap yang akan memberi tenaga dan kecergasan kepada ibu-ibu terutamanya sepanjang berpuasa. Keletihan dan kelesuan akan menyumbang kepada pengeluaran susu yang tidak memberangsangkan.

Vitamin C: Mencantikkan kulit ibu kerana vitamin c kaya dengan kolagen yang membuatkan kulit ibu tampak lebih sihat dan segar semulajadi. Tidaklah pucat semacam, suami tengok pun tak sampai hati kan. Satu biji vitamin C ini bersamaan 7 1/2 biji oren. Bayangkan betapa terserlahnya kesegaran dan kejelitaan anda nanti.

Alfalfa: seringkali dikenali dengan 1001 khasiat yang tak ternilai. Apa yang penting ianya adalah berfungsi sebagai galagtague iaitu penggalak susu. Khasiatnya berperanan sebagai penggalak susu diakui ramai bagi yang telah mencuba. Selain itu ia membantu pelawasan yang sempurna kerana ianya juga kaya dengan fiber.
Tidak syak lagi alfalfa adalah galagtague yang terbaik!

Osteomatrix: Ini adalah pil kalsium yang luarbiasa! Ianya lebih dari hanya KALSIUM. Kenapa? Kerana ianya juga mengandungi vitamin D dan magnesium yang bila digabungkan bersama akan menghasilkan penyerapan kalsium yang lebih baik. Ianya didatangkan dalam bentuk mudah ditelan. Juga boleh membantu masalah sembelit ibu-ibu.

Energizing Soy Protein: Protein soya yang tidak perlu disangkal lagi. Ianya menepati 7 kriteria soya yang selamat diambil dan sudah semestinya organik. Ditanam dengan kawalan ketat tanpa pencemaran yang boleh merosakkan kualitinya. Tiada yang terbaik dan halal melainkan ESP ini. Ianya sangat membantu menghasilkan susu yang lebih banyak!

Dan sebab kelebihan-kelebihan yang mamayu dapat daripada semua supplement yang mamayu ambil itu lah membuatkan mamayu bertambah sayangkan Shaklee... Paling tidak pun selain ianya memberi banyak manfaat pada mamayu.. ia turut memberi seribu manfaat buat si manja... Walaupun kita sentiasa diberi tahu bahawa susu ibu sudah terlalu banyak khasiatnya.. Tak salahkan kalau kita tambahkan lagi khasiat-khasiat pada susu ibu buat si manja pula...

Lihat lah si manja mamayu.. sentiasa ceria.. sentiasa gembira dan setiasa memberi kegembiraan buat mommie & daddy tercinta.. 


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...