Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Friday, 1 August 2014

SUPLEMEN PERLU UNTUK WANITA YANG INGIN MENGANDUNG

 Bukan semua wanita dikurniakan rezeki boleh terus mengandung selepas mendirikan rumah tangga. Ada yang perlu menunggu berbulan bahkan bertahun sebelum dikurniakan cahaya mata. Memang kita sedia maklum, ia adalah rezeki kurniaan dari Allah Yang Maha Kuasa.

Namun sebagai bakal ibu atau ayah, anda perlu berusaha mempersiapkan diri untuk mencapai cita-cita bergelar ibu dan bapa.  Bagaimanapun sekiranya anda termasuk dalam kategori pasangan yang perlu menunggu lama sebelum dikurniakan peluang mendapat anak sendiri, jangan pernah berputus asa.

Usaha berterusan perlu dilakukan tanpa henti selain berdoa meminta kepada Yang Maha Esa. Salah satu usaha yang perlu dipraktiskan oleh pasangan yang ingin hamil adalah mengamalkan pengambilan suplemen tambahan.

Oleh itu bakal ibu dan ayah perlu mencari ilmu mengenai keperluan suplemen yang diperlukan oleh pasangan wanita yang merancang untuk mengandung. Tubuh badan manusia terutama wanita yang hendak memiliki anak memerlukan zat tertentu yang kadang kala tanpa disedari kita tidak cukup mengambilnya.

Antara khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan adalah yang ada terkandung dalam vitamin E, zink, asid pantotenik, kalium, vitamin A, vitamin C, vitamin D, thiamin B6, riboflavin dan niacin. Vitamin tersebut dikatakan dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita seterusnya berpeluang untuk mengandung.

Namun demikian, sekiranya anda sudah berjaya hamil bukan bermakna anda boleh melupakan suplemen itu. Sebaliknya pengambilan itu mesti diteruskan sepanjang kehamilan dengan tujuan untuk memenuhi keperluan badan yang makin meningkat serta menjaga keadaan tubuh badan  sendiri dan bayi dalam kandungan.

SUMBER: PAMA
 
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...