Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Monday, 7 July 2014

MAMAYU MENGEJAR IMPIAN


Assalamualaikum, hari ni mamayu bersiaran dari rumah.. badan tak sihat.. ujian kecil dari Allah.. Alhamdulillah.. 

hari ni mamayu nak share berkaitan mengejar impian

Setiap orang pasti ada impian.. impian yang di tanam sejak kecil.. tp, tanpa kita sedari impian kita semakin mengecil apabila kita menginjak dewasa..

Dahulu bila kita memasang impian.. kita tak nampak cabaran yang akan kita tempuhi.. yang kita nampak..kita PASTI dapat mencapai impian itu.. Rupanya, usaha kita nak dapatkan impian itu rupanya bukan mudah... Segala macam bentuk pengorbanan termasuklah wang ringgit, masa, tenaga diperlukan bagi mencapai impian kita..

Tapi, jangan lah kita putus asa yer.. mamayu pon dalam proses mengejar impian mamayu yang dah terlalu lama mamayu lupakan.. sampaikan mamayu sendiri dah lupa..apa impian mamayu tu..

Alhamdulillah, selepas menghadiri PROGRAM INTENSIF MAGNET KEKAYAAN & KEJAYAAN  anjuran Richworks Sdn Bhd. Dr, Azizan telah membantu mamayu mencari kembali impian-impian mamayu.. Terima kasih DAO.. 

Dalam pada kita berusaha mencari dan mengejar impian.. semakin banyak pula cabaran dan ujian yang datang. Cabaran dan ujian ini datang adakalanya menyebabkan kita lemah, dan kadangkala lelah dan kadang kala terus hilang arah... Apabila kita sedar kita lemah..cepat2 bangkit yer kawan2.. Usah mengaku kalah dalam usaha mengejar impian kita.. Jangan sesekali berputus asa..

Dugaan dan cabaran itu adalah perkara biasa.. Bukan mudah untuk kita dapatkan kejayaan..untuk kita dapatkan keindahan..untuk kita dapatkan kebahagiaan.. Semuanya perlu melalui jalan yang berliku-liku.. jalan yang penuh onak dan duri.. jalan yang penuh gelombang ombak yang besar..

Kerana dengan semua cabaran itulah kita mengenal erti kepayahan.. Hadapi semua cabaran itu tanpa pernah kenal erti putus asa.. Kita sangat beruntung kerana berada dilandasan yang betul.. kita perlu bersyukur kerana kita berada di laluan yang betul.... 

Kita harus percaya, setiap kegelapan pasti akan ada cahaya dihadapannya.. setiap kali hujan yang lebat pasti ada pelangi yang akan muncul begitu jugalah dengan kehidupan kita.. 

Ada orang bernasib baik dalam mencapai impian mereka...nampak mudah jer mereka mendapat apa yang diorg mahukan.. nampak senang jer mereka mencapai impian... Tapi jangan sesekali kita membezakan jalan hidup kita dengan mereka...Kisah kita tak akan sama dengan kisah hidup orang lain.. Tapi, percayalah jika kita hidup tidak mengenal erti putus asa.. InsyaAllah, hidup kita pasti akan lebih baik daripada sebelum2 ini..

Kadangkala memang kita tak dapat apa yang kita nak, tapi sebenarnya apa yang kita dapat itu adalah yang terbaik buat diri kita.. Percayalah, pasti ada hikmah disebaliknya. Apa yang penting kita teruskan berusaha..teruskan berdoa..teruskan bersangka baik kepada percaturan yang Allah berikan pada diri kita..

Sekiranya ia bukan milik kita, pasti kita tidak akan memilikinya atau belum waktunya untuk kita milikinya lagi.. Pasti ada sesuatu yang lebih baik buat diri kita.. Sentiasa berfikiran positif serta syukur dengan segala nikmat yang kita perolehi setiap hari..

Pesanan buat kawan2 dan mamayu sendiri.. Impian itu nikmat bila kita berusaha keras untuk merialisasikannya dan niat yang baik dalam mengecapi impian pasti  akan dipermudahkan segalanya.. Insyaallah..



Note Book pemberian Master Nadiah Suhaidi yang penuh kata2 positif..
Terima kasih master nad.. insyaallah,saya isikannya dengan 101 impian mamayu
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...