Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Thursday, 3 July 2014

Diari Penyusuan Ibu : TIPS BANYAKKAN SUSU IBU CARA TRADISIONAL

  Assalamualaikumm....

Arini dah masuk ari ke-5 kita berpuasa... ada tak mommie2 yang breastfeed baby mengalami masalah pengurangan susu badan.. 

Alhamdulillah... production susu mamayu masih ditahap cemerlang dan terbilang...

So, apa yang mamayu nak share tengahari nie...berkaitan petua macam mana nak banyakkan susu ibu cara tradisional...

antara petua @ tips2nya adalah:

Kacang Tanah

Kacang tanah ini kaya dengan protein dan lebih lagi dari daging dan telur. Kebiasaannya dimakan bersama dengan susu kambing untuk menambahkan susu badan. Ada juga bayi yang alah pada kekacang, jadi ibu-ibu kena berhati-hati memilih ye.

menambah susu badan


Longan

Longan boleh dijadikan "Milkbooster"???? biar betul... Mamayu ingat sejukkan badan jer... Yer laa..bila cuaca panas... cuba makan longan nie...insyaallah..dpt menurunkan suhu badan kita...Tapi ada jugak yg kata longan ni panas...entah lahh..mamayu pon x pasti bab2 nie..

Bila mamayu google.. dapat tahu dari majalah pa&ma, Longan ni rupa2nya bagus untuk MilkBooster.

Biasanya longan ni boleh didapati dari kedai cina atau singseh kata orang.. Ianya dalam bentuk kering dan boleh direbus dengan gula batu sedikit untuk memberikan rasa manis..


penggalak susu


Halba\Fenugreek

Halba inikan kalau mommie2 perasan, dia selalu ada dalam nasi dagang tu. Nasi dagang makanan orang timur. Atau biasa boleh didapati dari kedai mamak atau pasaraya-pasaraya. Ia juga dikatakan boleh menambahkan susu badan

Caranya hanya cuci halba tersebut, rendamnya dalam segelas air panas dan airnya bolehlah diminum. Halba ini biasanya memberikan bau yang agak kuat, kemungkinan juga boleh berikan bau badan yang agak kuat pada pengamalnya.

penggalak susu badan


Lobak Putih

Lobak putih...menu biasa dikala berpantang bagi ibu2 bersalin... mamayu tak terkecuali... 

memang suruh en.asben belikan.. mak bonda akan buat sup lobak yang simple lagi berkhasiat... perghhh sedappp... walaupun pahit2 sikit... tp, memang sedap.. nak plak air tangan ibu yg masak..yer tak??? hehehe...

Resepi  dari orang tua yang katanya boleh menambahkan susu badan...

milk booster


Jantung Pisang

Satu lagi resepi tradisional. Jantung pisang...hmmm..memang sangat sedap... mamayu memang suka sangat2...Kalau makan kat luar...bila nampak ada jantung pisang celur kat bahagian ulam2 tu, memang kompom ambik..memang suka sangat2...

Jantung pisang ni, selain dicelur dijadikan ulam. Ia juga boleh dibuat kerabu atau dibuat masak lemak...  1st time tau ni yang jantung pisang boleh menambahkan susu badan ibu... 


Bila ia dikatakan memberikan kesan kepada pertambahan susu badan ibu. Sedap dimakan, susu juga bertambah....Pasti mamayu cari kat pasar segar area  rumah mamayu petang ni jugakkk!!!!...



milk booster


Pucuk Betik Muda

Yang ni mak memang pernah bagi tau.. Nak tambahkan susu badan ibu.... ambil pucuk daun betik muda....Rebuskan daun pucuk betik muda tu, dan airnya diminum. Ia dikatakan boleh melancarkan dan menambahkan susu badan ibu. Boleh diminum 2@3 kali sehari. Tapi mamayu tak pernah buat pon... mana nak cari pucuk betik muda nie... Kat kampung2 adalahkan... 

So, ibu2 yang  nak tambahkan susu badan tu..in case adalah pokok betik kat luar rumah... Boleh kot cuba petua nie... sesapa yang pernah try boleh komen entry mamayu... nak gak tau result amalkan petua pucuk betik nie... hihihi

meningkatkan susu badan


Kurma

Kurma memang dikenali juga sebagai salah satu "milk booster" yang hebat. Ini kerana ia mengandungi unsur kalsium dan zat besi yang tinggi. Macam-macam respi boleh dibuat, makan begitu sahaja paling mudah. Jika mahu buat jus pun boleh. Kebiasaannya mamayu buat resepi kurma bersama ESP SOY . Campurkan 5 bijik kurma yang dibuang bijinya, blend bersama-sama dengan susu segar + ESP Soy dalam 1-2 sudu... Sangat bestttt!

meningkatkan penghasilan susu badan


Habbatussauda/Jintan Hitam

Dikatakan juga sebagai penggalak susu. Ianya boleh direbus dan diminum airnya. Amalan ini boleh dilakukan seminggu 2,3 kali untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan.

tambah susu ibu

Alfalfa

Alfalfa dikenali sebagai raja tumbuhan dan dikenali ramai sebagai salah satu penggalak susu yang popular. Ianya mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga fungsi lain seperti agen pelawasan bagi ibu-ibu dan juga berupaya membuang angin dari badan.

milk booster

sumber: majalah pa&ma

mamayu kan..bukan la tak nak amalkan petua-petua di atas tau.. tapi, malas giler nak cari semua bahan-bahan tersebut...

macam longan tu...kot la terserempak kat bazar ramadhan...Insyaallah mamayu beli la... kalau ari2 makan pon takpe sebab LONGAN memang sedap..

Kurma tu memang hari2 mamayu makan.. masa sahur 7 biji... lepas berbuka 7 biji... Alhamdulillah...

Walau macam mana sekalipun mamayu ambil makanan berkhasiat untuk diri mamayu.. vitamin still mamayu perlukan... untuk tenaga mamayu..untuk kesihatan dalaman mamayu... kadang2 kita rasa macam dah sihatkan... Rasa jer dah sihat... tp, bila diberi tugasan lebih sikit.. mula la badan ni lembikk..huhuh...

pergi kerja dengan kadar stress yang tinggi..

pastu, balik keje terus tukar uniform dr penjawat awam kepada seorang ibu dan seorang isteri....

sapa isteri yang bekerja kalau balik umah tak pernah letih... sila angkat tangan????

tak ada kan... mana ada yg tak penat..melainkan suami tak ada pegi outstation dan anak pon tak ada... so, balik umah leh lepak depan tv 24 jam...huhuhu

so, vitamin apa yg mamayu amik untuk rutin harian???

yang mesti ada atas ceruk meja vitamin C, Ostematrix, Vitalea , Omega Guard, B-Complex, Alfafa Complex & ESP Soy... semua2 ni pasti sentiasa ada..kalau abis.. beli lagi... lagi pun tahan lama... disamping dapat menambahkan kesihatan mamayu... vitamin ni turut menyumbang besar dalam penyusuan muhammad mirza ukhail... semua vitamin pasti sampai pada dia... 

Alhamdulillah, sejak kelahirannya hingga kini.. mirza masih lagi breastfeed mommie yer..hihihi.. sekarang dah mok2... 

kalau ada sesapa nak tau mcm mana mamayu beli vitamin2 nie.. boleh la kot klik link set cadangan kesihatan mommie yang mamayu bg nie... boleh pilih mana yang anda mampu milik... apa2 pon semua bergantung pada niat anda... 

nak yang terbaik.. pilihlah yang terbaikkk... 

salam sayang dari mamayu :)



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...