Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Friday, 25 July 2014

JALAN-JALAN CARI BAJU RAYA


Assalamualaikum.... Selamat morning mommie2 semuaaaa.... ^_^

pagi ni mamayu nak citer2 tentang jalan-jalan cari baju raya... 2 hari lepas jalan2 shoping raya semata2 untuk dak bam2 nie.. baju raya dia mamayu lom beli lagi... 

tema kitorg tahun ni kaler merah.. bukan merah menyala tu.. merah maroon... tahun lepas mamayu beraya berdua.. mmu masa tu dalam perut mamayu lagi... tahun ni kami beraya bertiga lah... seronoknyaaaa..!! ^_^ tp, tahun ni mamayu tak sempat nak buat biskut raya.. sbb ada dak bam2 ni... malas nak berperang ngan si kecik nie... hahaha

jadinya, mamayu peruntukkan sehari aritu untuk beli baju mmu jer... Punya la ramai orang.. sesak sungguh.. bukan jer jem kereta kat jalan TAR tu... tapi, turut jem orang.. Nasib baik lah mmu tak meragam... dia relaks jer... sibuk tgok orang kiri dan kanan... kadang2 bila moto lalu sebelah.. dia terkejut... sbb, dia tak biasa dengar2 motor... 

Sebenarnya ni 2nd time mamayu bawak mmu kuar jenjalan di khalayak ramai semenjak dia lahir... sebelum ni pernah bawak dia pegi downtown kat jalan REKO, Kajang.. masa tu dia nangis2 sbb dia takot.. maklumlah tak pernah tgok orang ramai..tambah bising lak tu... 

so, untuk bawak dia jalan 2nd time agak cuak gak lah... Alhamdulillah.. aritu dia ok jer...

 

 ni kami berhenti sebentar untuk iftar... masa ni buka puasa kat depan kedai tudung hajra depan maybank di masjid india... tengok lah bam2 tu... muka blur tgok orang ramai lalu lalang... hihihi

 

ni la baju raya yang sempat mamayu belikan untuk muhammad mirza ukhail... Omeykan... suka tengokk.. alhamdulillah..untuk anakanda nie semua dah selesai...

pastu, giliran mommie yer ngan daddy yer plak shopping... hehehehe 

Friday, 18 July 2014

PESAWAT MAS MH17 DITEMBAK DAN TERHEMPAS DI UKRAINE

LAPORAN BERITA ASTRO AWANI ( 11.35PM)

-Pesawat MAS dilaporkan terhempas di ukraine berhampiran sempadan Rusia..

-Andaian mengatakan pesawat ini terhempas akibat ditembak oleh peluru berpandu...

-Ukraine mendakwa pesawat terhempas akibat ditembak di zon konflik antara rusia dan ukraine..

-Pesawat dikatakan membawa 295 penumpang termasuk anak kapal..

-Kemungkinan besar penumpang dan anak kapal tidak akan ditemui dengan selamat..

Allahuakhbar!!

Antara breaking news dari astro awani yg sempat mamayu baca...

Rakyat Malaysia di uji sekali lagi... pencarian MH370 masih lagi berada dijalan buntu..

Kini kita di uji lagi dengan berita kemalangan yang melibatkan pesawat MAS MH17 yang melibatkan 295 penumpang dan anak kapal...

Mamayu speechless... tak tau nak ckp apa... alfatihah buat anak kapal dan penumpang warga Malaysia dan takziah  kepada warganegara lain yang terkorban...

Thursday, 17 July 2014

TIPS IBU HAMIL BERPUASA

Bolehkah berpuasa semasa hamil? Memang boleh selagi ia tidak memudaratkan seperti anda sampai kehilangan air terlampau dari badan atau sampai kena tahan wad semata berpuasa. Ada caranya yang boleh diamalkan supaya ibu hamil kekal cergas bertenaga walaupun berpuasa.


Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?

Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat. Pilihan yang menjadi rebutan para ibu hamil sudah tentunya ESP (soy protein) :)
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.
Tidak mahu terhidrat dengan cepat? Pastinya Performance Drinks menjadi pilihan :)


Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?

Hubungi doktor anda jika:

  • Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
  • Anda loya atau mula muntah.
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
  • Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
  • Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.


Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?

Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:

  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
  • Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  • Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
  • Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka. Dapatkan tip-tip lanjut tentang makanan untuk berbuka dan sahur.
Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin. 

REZEKI ANAKKU MIRZA UKHAIL

Alhamdulillah...
Syukur diberi rezeki melimpah ruah...

Sesi kedua, ketiga dan keempat pada hari ini....

Walaupun bulan puasa antara waktu yg sukar bagi ibu yg menyusukan si manja membekalkan ebm.. alhamdulillah.. mamayu dikurniakan susu yg melimpah ruah untuk simanja ku... semoga muhammad mirza ukhail menjadi anak yang soleh... Ameennnn....

Terima kasih sangat2 pada shaklee kerana membantu mamayu membekalkan susu yang penuh zat vitamin pd si manjaku...

Semoga ikatan cinta kita berkekalan selamanya... 

sesi ke-2 pada pukul 10.30 am


sesi ke-3 pada pukul 2.30 pm
sesi ke-4 pada pukul 9 pm 

Insya Allah...Sesi yang seterusnya adalah pukul 12 malam nanti... sebelum tu mamayu akan blend ESP Shaklee + Mealshakes + 7 biji Kurma iaitu minuman milkbooster mamayu..


PRINSIP LAW OF ATTRACTION

Assalamualaikum... hari ni mamayu nak share sedikit tips berkaitan Prinsip minda di luar sedar.. tips ni mamayu terima dari email Kementerian Belia dan Sukan khas buat semua staff KBS..

5 Tips Psikologi untuk berjaya dalam kehidupan berpandukan kepada Prinsip " Law Of Attraction" iaitu apa yang anda selalu fikirkan diminda anda akan menarik perkara tersebut datang kepada diri anda.

Berikut diberikan 5 cara untuk menggunakan kaedah psikologi untuk berjaya...


1. GUNAKAN AFFIRMATIONS UNTUK MEMPROGRAM SEMULA MINDA SEPARA SEDAR ANDA, KERANA MINDA SEPARA SEDAR SELALU DIPENUHI DENGAN FIKIRAN-FIKIRAN YANG NEGATIF

Tak Percaya???? Lihat contoh ini...

Anda kata " aku mahu isteri yang cantik" tetapi tidak lama kemudian anda akan mendengar pernyataan negatif diminda anda " aku tak hensem, mana layak.."

Jika minda anda sentiasa negatif, anda akan menarik perkara-perkara negatif datang kepada diri anda. Jadi setiap kali perkara-perkara negatif muncul difikiran anda, gunakan affirmation untuk meneutralkannya.

Contohnya: "Aku selalu gagal dalam kehidupan" gunakan affirmations seperti berikut " aku semakin hampir mencapai target aku, kerana setiap kegagalan membawa aku semakin hampir kepada kejayaan"


2. UNTUK MENGUBAH CARA BERFIKIR ANDA, IA MEMERLUKAN MASA ANTARA 20 HINGGA 30 HARI.

Setiap hari sebelum tidur cakapkan kepada diri anda sendiri perkataan ini..

" Aku adalah orang yang gembira"
" Aku selalu memikirkan perkara yang elok dan seronok"
" Aku berjaya mencapai target aku pada bulan ini"
" Aku pasti berjaya naik Rank Supervisor"
" Semua orang suka pada aku"
" Aku adalah multimillionaire pada Jun 2017"

Ulanginya 100 kali setiap hari sebelum tidur.
Tak usah malu jika apa yang anda katakan ini jauh dari realiti anda sekarang kerana anda hanya m engucapkannya kepada diri anda sendiri. Lakukan perkara ini setiap hari, perlahan-lahan cara berfikir anda yang negatif akan ditukarkan kepada yang positif.



3. ANDA MEMPUNYAI BANYAK PILIHAN DIDALAM HIDUP ANDA, SEMUANYA BERGANTUNG KEPADA ANDA.

Jika mahu menjadi kaya, anda harus berfikir tentang kekayaan setiap masa..
Jika anda mahu menjadi sihat, anda harus sentiasa berfikir tentang betapa sihatnya diri anda..
Jangan sesekali berfikir mahu menjadi miskin, kerana fikirkan tentang miskin, kemiskinan akan hampir dalam hidup anda.



4. NIKMATI SETIAP MINIT DALAM HIDUP ANDA.

Orang yang negatif  melihat gelas itu separuh kosong.. Tapi bagi orang yang berjaya mereka melihat gelas itu separuh penuh. Apabila anda mempunyai masa, katakan perkara ini kepada diri anda. " Aku seorang yang sihat, aku seorang yang gembira, aku seorang yang kaya, aku seorang yang berjaya, aku sayangkan diri aku sendiri. Aku seorang dermawan, aku selalu membuat orang lain gembira, aku seorang yang baik hati.

5. SELALULAH MEMBACA BUKU-BUKU MOTIVASI DAN AUTOBIOGRAFI ORANG-ORANG YANG BERJAYA.

Kelilingi diri anda dengan orang yang berjaya. Jika anda mengikut langkah-langkah ini dalam masa 2 tahun berikutnya, anda akan menjadi orang yang berbeza, anda akan berfikir dengan dengan berbeza, anda akan mempunyai pengetahuan yang berbeza, anda akan lebih m enghormati orang lain, anda akan mendapat lebih banyak rezeki yang tak disangka2 dan lebih dari itu anda akan dapat kesihatan  yang lebih baik.



Praktikkan 5 tips ini dalam hidup anda mulai dari sekarang... dan waspada pada pemikiran yang negatif.. kerana apa yang KITA FIKIR..apa yang KITA RASA.. apa yang KITA KATA adalah DOA... 
Fikir yang baik-baik... bina perasaan yang baik-baik...cakap perkara yang baik-baik... agar apa yang berlaku dalam hidup kita pasti yang baik-baik sahaja... InsyaAllah.                                                         
 

Wednesday, 16 July 2014

MY EMPIRE FAMILY CARE


Assalamualaikum...

Alhamdulillah... setelah beberapa hari berfikir, mencari dan mencari.. Akhirnya mamayu dapat satu logo tetap bagi group naungan mamayu iaitu MY EMPIRE FAMILY CARE..

kenapa MEFC??

mamayu memilih nama ni atas dasar suka mempunyai keluarga yang besar.. dengan keluarga yang besar dapat memberi dan berbagi  lebih banyak lagi kasih sayang di antara kami... 

Misi utama MEFC adalah mengubah kehidupan keluarga kami dari biasa2 kepada LUAR BIASA...

Tujuan MEFC ditubuhkan adalah....
  • Membolehkan  mamayu berhubung secara terus dengan ejen2 MEFC, menyampaikan dan berkongsi pendapat untuk mencapai kejayaan didalam Shaklee.
  • Berkenalan dan merapatkan hubungan silaturrahim dalam keluarga shaklee yang mana rata2 kami tak pernah pun berjumpa secara empat mata, semua jalinan ukhwah hanya dialam maya..mudah2an jalinan silaturrahim ini berkekalan sampai bila2..
  • Group Ekslusif ini juga ditubuhkan supaya dapat memudahkan kami berusrah, berdiskusi, berkongsi idea dari segi marketing, biz strategy, motivasi, kerohanian, product sharing dan lain-lain.
  • Group ekslusif ini juga merupakan medium untuk menjana cas-cas positif.. jika ada pandangan, teguran sila terima dengan hati terbuka dan berfikiran positif.
 Apa yang best tentang MEFC?

MEFC ditubuhkan khas buat anak cucu Bisnes Mamayu.. Ianya merupakan group EKSLUSIF dan TERTUTUP khas buat anak bisnes yang register secara Sah dibawah mamayu.. Group ini juga dibuat khas untuk mereka memulakan bisnes SHAKLEE.. Banyak info yang akan anda dapat dalam group MEFC... Mereka yang berada dalam group ini bebas untuk mengambil..mengopy document-document yang mamayu sediakan bagi tujuan memulakan bisnes Shaklee..

Jika anda seorang yang sukakan cabaran, dan suka berdikari dan tahan ujian..anda boleh pergi lebih jauh lagi dengan pendapatan yang anda tak akan jangka dalam pemikiran.. Ramai yang dah berjaya... InsyaAllah group MEFC juga akan mencipta kejayaannya sendiri dengan ejen2 yang bersemangat waja..

Di bawah naungan MEFC kami juga dibimbing oleh secara ekslusif dari group JUTAWAN Muslimah yang mana diterajui oleh mamafaiz..feel free untuk meninjau blog moyang mamayu yer..untuk anda kenal siapakah beliau... hihihi.. dia sekarang menjadi sumber inspirasi mamayu atau lebih tepat lagi idola kami.. mudah2an dapat mengikuti jejak langkah beliau satu hari nanti.. ameennn....


Apa yang kami dapat jika kehidupan kami berubah 200%?

Pertama, dapat membantu keluarga menjana pendapatan sampingan.. 
Kedua, dapat mencapai impian masing2 yang selama ini tak terfikir pon dapat menggapainya..
Ketiga, kami kaum ibu tak rela hati meninggalkan amanah yang Allah beri semata2 tuntutan hidup yang serba mencabar ini.. dengan berniaga insyaallah.. hajat ibu2 yang ingin berpencen awal pasti tercapai..
Ke-empat, dengan pendapatan 4 hingga 5 angka pasti kami dapat membantu ramai lagi mereka yang memerlukan diluar sana... Rezeki yang diperolehi bukan milik peribadi.. ia perlu di kongsi..

Itu antara 4 perkara yang mamayu boleh senaraikan...dan ia, sebenarnya ada banyak lagi jika anda percaya rezeki yang Allah bagi itu Maha Luas..

Alhamdulillah, dengan adanya My Empire Family Care impian dan cita2 kami pasti menjadi realiti..

Mamayu percaya pada apa yg mentor mamayu katakan..
" Hidup Umpama SATU Perjuangan,
Hanya Yang Luar Biasa Akan Menang"


Macam mana nak join group ekslusif mamayu (MEFC)..???

Anda boleh emailkan nama, no ic, alamat surat menyurat, email, no telefon dan no akaun bank anda di citirahayu.ali@gmail.com beserta bayaran sebanyak RM75 di no akaun Maybank (164847049318- siti rahayu ali ) mamayu bagi tujuan pendaftaran pengedar sah Shaklee..

Selepas bayaran dibuat buat sila buat pengesahan pada mamayu di 012-7925153 (sms/wassap)

Anda akan terima sms pengesahan pendaftaran shaklee setengah jam kemudian.. 
dan selepas berjaya berdaftar dibawah naungan mamayu.. automatik anda berada di dalam group EKSLUSIF dan TERTUTUP My Empire Family Care.

"PERCAYA SEBELUM BERJAYA"

Tuesday, 15 July 2014

Boikot israel product

LISTS TO BOYCOTT ISRAEL
PRODUCTS
______________
Shops & Clothing:
______________
- Starbucks
- Tesco
- M&S
- Disney Shop
- McDonalds
- Hugo Boss
- Sunglass Hut
- GAP
- Giorgio Armani
- Calvin Klein
- Ralph Lauren - Playtex
- Banana Republic
- River Island
- Timberland
______________
Drinks:
______________
- Coca Cola
- Fruitopia
- Fanta
- Kia Ora
- Lilt
- Sprite
- Sunkist
- Evian
- Volvic
- Nescafé
- Nesquik - Perrier
- Vittel
______________
Foods & Chocolates:
______________
- Nestle
- Maggi (Noodles)
- Buitoni
- Crosse & Blackwell
- KitKat
- MilkyBar
- Quality Street
- Smarties - After Eight - Aero
- Lion
- Polo
- Felix (Cat Food)
______________
Makeup/Perfumes & Health:
______________
- L'Oreal
- Clinique - DKNY
- Prescriptives - Origins - La Mer
- Bobbi Brown
- Tommy (Perfume)
- Bumble & Bumble
- Kate (Cream)
- Johnson & Johnson (Baby Oil)
- Huggies
- Garnier
______________
Others:
______________
- Arsenal Football Club
- AOL
- Time Warner Time Life Magazine
- CNN
- Barbie
- Intel - Motorola
- Kotex
- The Sun
- The Times
- Australian Newspapers
- National Geographic
- Star Channels (Indian)
- Sky
- Fox
- Nokia
- Standard Newspapers
- New York Post
- The Telegraph
- Independent
______________
PLEASE SHARE
Salaam. Lets do atleast what we
can! We are starting a chain of
Ayaat e Karimah today, for
Palestine. Please recite once and
pass along. La illaha illa Anta
subhanaka, inni kuntu
minazzaalimin. May peace and
protection come back to Palestine.
Insha'Allah ameen.

#pray4gaza

Sunday, 13 July 2014

RAHSIA SUSU IBU MENCURAH-CURAH

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... dah masuk hari yang ker 15 Ramadhan kita berpuasa...  Tahun  ni mamayu tahun pertama mamayu merasa berpuasa sambil menyusukan baby.. Tahun lepas, mamayu berpuasa dalam keadaan mengandungkan muhammad mirza ukhail..

Sebelum ni kan.. mamayu risau sangat2 sebab takut tak dapat menyusukan mmu... Tapi cepat-cepat buang fikiran negatif tu... Mamayu pasti boleh!!!

Korang nak tau RAHSIA tak???

Tapi mamayu rasa korang pon tau kan... Rahsia mcm mana nak dapatkan susu mencurah2... sebelum tu mamayu macam tak yakin sangat... tapi, lepas cuba amalkan 2 hari berturut-turut.. memang benda nie menjadi!!.. hihihi

ok, sebenarnya mamayu nak share kat cni.. hasil dari eksperimen mamayu sendiri... cuba korang amalkan minum air kurma + ESP Shaklee + Mealshakes Shaklee.. mamayu hanya amalkan dua hari jer... tup2 lusa tu mengalami bengkak susu... penuh ngan susu... adehhh.. sakitttt.... lepas tu baru mamayu sedar... kurma ni sebenarnya memang bagus sangat2... di tambah pulak dengan ESP Soy yang memang bagus untuk membantu mempercepatkan pengeluaran susu, pekatkan susu ( anak cepat kenyang ), sumber protein dan tenaga. Jika badan bertenaga ia juga dapat membantu untuk melancarkan pengeluaran susu..
Manakala Mealshakes pula membekalkan 35% atau lebih nilai  harian, mengandungi 19 vitamin dan mineral penting. Ianya sumber makanan instant yang kaya kalsium, fiber dan protien.. Rasanya enak seperti Vanilla Ice Cream atau milk shakes..

Alhamdulillah... sekarang ni mamayu tak risau dah... Semoga mamayu dapat terus menyusukan muhammad mirza ukhail hingga umo 2 tahun... ameen...


Ni lah susu ESP Soy yang diblend bersama 7 biji Kurma + Mealshakes Shaklee
                                       
RESEPI SUSU MENCURAH-CURAH..

1 scoop ESP Soy Isolated Powder
1 Scoop Mealshakes SHaklee
7 Biji Kurma Yusuf taiyoob ( kurma jenama apa2 pon boleh)

Cara buat...

Blend kan kesemua bahan-bahan di atas hingga kurma betul2 hancur..
lepas siap mama terus minum..
nak sedap boleh add on ais semasa blend bahan-bahan tadi..
Rasanya sangat sedap dan milky... nyum..nyumm..nyummm..


1 sesi pump... susu overload..huhu

mamayu tak dapat nak transfer kepada botol storage yg sedia ada sbb terlalu banyak...
so, mamayu terus jer tutup dengan penutup yang disediakan..
                                        

Saturday, 12 July 2014

TIPS SUSU MERUDUM!!! APA MOMMIE PERLU BUAT???

Bulan puasa adalah bulan paling mencabar bagi ibu yang menyusukan bayi mereka secara sepenuhnya tanpa ada campuran susu formula... Bayangkan seawal 2 bulan mommie2  perlu membuat stock ebm sebanyak yang boleh.. Ini semua adalah bekalan untuk si manja sepanjang bulan ramadhan

Bayangkan tanpa stock yang mencukupi buat simanja pada bulan puasa.. Pasti si ibu akan merasa tertekan.. tertekan akibat tak dapat membekalkan susu yang cukup buat anakanda tersayang...

Dan paling tak dapat ibu-ibu terima apabila pengasuh sudah mula memberi pandangan kepada si ibu untuk membekalkan fm kepada si manja gara2 si manja sudah mula menunjukkan peningkatan dalam penyusuan..

Sebagai ibu yang komited menjayakan penyusuan ibu secara sepenuhnya... Mamayu sarankan agar kita sentiasa bersikap positif terhadap diri sendiri... tanpa sikap yang positif.. pasti ibu akan tertewas dalam membuat stock ebm buat simanja...

Hasil daripada pemantauan mamayu sendiri.. ibu yang mengalami kekurangan ebm perlu bangkit... Cari segala ilmu berkaitan bagaimana membuat ebm.... cari seseorang yang boleh kita share perasaan kita tu... cari penyelesaian... Jika anda rasa dengan BERPUASA mengakibatkan anda tak dapat supply ebm seperti selalu... Anda dibenarkan untuk tidak berpuasa... Jika dengan berpuasa anak kita mengalami kekurangan penyusuan dan menyebabkan dia sentiasa menangis kerana tak ckup susu... Si ibu perlu lakukan sesuatu.... Janganlah kerana cabaran yang kecik ini.. ibu2 semua mengalah... bayangkan betapa bagusnya bila anak membesar dengan susu kita sendiri tanpa dibantu oleh susu formula... dalam islam juga menggalakkan kita menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun..

Arini mamayu nak share, selain dari petua-petua tradisional bagaimana membanyakkan susu ibu... mamayu turut mengambil supplement dari shaklee.. kenapa shaklee.. sebab ianya SENTIASA BERKESAN, SENTIASA SELAMAT DAN SENTIASA MESRA ALAM....

KENAPA IBU PERLUKAN VITAMIN-VITAMIN INI?

1. Mengandungi vitamin-vitamin lengkap yang akan membantu meningkatkan lagi pengeluaran susu badan dengan lebih cepat. Apa ada dalam set ini?

B Complex: Dikenali sebagai vitamin antistress yang boleh membantu mengatasi rasa stress ibu-ibu. Tiada stress atau tekanan maka pengeluaran susu menjadi lebih lancar. Kita pun sedia maklum bahwa stress adalah yang perlu dielakkan untuk memastikan bekalan susu berjalan dengan baik.

Vitalea: Mengandungi 28 nutrien lengkap yang akan memberi tenaga dan kecergasan kepada ibu-ibu terutamanya sepanjang berpuasa. Keletihan dan kelesuan akan menyumbang kepada pengeluaran susu yang tidak memberangsangkan.

Vitamin C: Mencantikkan kulit ibu kerana vitamin c kaya dengan kolagen yang membuatkan kulit ibu tampak lebih sihat dan segar semulajadi. Tidaklah pucat semacam, suami tengok pun tak sampai hati kan. Satu biji vitamin C ini bersamaan 7 1/2 biji oren. Bayangkan betapa terserlahnya kesegaran dan kejelitaan anda nanti.

Alfalfa: seringkali dikenali dengan 1001 khasiat yang tak ternilai. Apa yang penting ianya adalah berfungsi sebagai galagtague iaitu penggalak susu. Khasiatnya berperanan sebagai penggalak susu diakui ramai bagi yang telah mencuba. Selain itu ia membantu pelawasan yang sempurna kerana ianya juga kaya dengan fiber.
Tidak syak lagi alfalfa adalah galagtague yang terbaik!

Osteomatrix: Ini adalah pil kalsium yang luarbiasa! Ianya lebih dari hanya KALSIUM. Kenapa? Kerana ianya juga mengandungi vitamin D dan magnesium yang bila digabungkan bersama akan menghasilkan penyerapan kalsium yang lebih baik. Ianya didatangkan dalam bentuk mudah ditelan. Juga boleh membantu masalah sembelit ibu-ibu.

Energizing Soy Protein: Protein soya yang tidak perlu disangkal lagi. Ianya menepati 7 kriteria soya yang selamat diambil dan sudah semestinya organik. Ditanam dengan kawalan ketat tanpa pencemaran yang boleh merosakkan kualitinya. Tiada yang terbaik dan halal melainkan ESP ini. Ianya sangat membantu menghasilkan susu yang lebih banyak!

Dan sebab kelebihan-kelebihan yang mamayu dapat daripada semua supplement yang mamayu ambil itu lah membuatkan mamayu bertambah sayangkan Shaklee... Paling tidak pun selain ianya memberi banyak manfaat pada mamayu.. ia turut memberi seribu manfaat buat si manja... Walaupun kita sentiasa diberi tahu bahawa susu ibu sudah terlalu banyak khasiatnya.. Tak salahkan kalau kita tambahkan lagi khasiat-khasiat pada susu ibu buat si manja pula...

Lihat lah si manja mamayu.. sentiasa ceria.. sentiasa gembira dan setiasa memberi kegembiraan buat mommie & daddy tercinta.. 


MAGIC BULLET BABY BULLET - BPA FREE

Alhamdulillah... Segala Puji bagi Allah... Niat mamayu nak memperkenalkan makanan sihat kepada mmu dipermudahkan Allah..

Hati kecil ibu bila mahu memberikan makanan yang terbaik buat permata hatinya sentiasa dipermudahkan..

Lepas sesi meluahkan perasaan pada kawan berkaitan memperkenalkan menu sihat kepada si manja.. terus mamayu google di internet mesin pengisar baby bagi memudahkan si ibu merancang menu makanan kepada simanja..

Sebab masa mamayu hamilkan mirza, mamayu ada ternampak mesin pengisar makanan baby nie.. Tapi, masa tu tak heran sangat, sebab lambat lagi kot nak pikir hal nie.. Tap tup tap tup.. rupanya dah masuk 6 bulan Muhammad Mirza Ukhail. Kejap jer kan...

Lepas google, mahal giler rupanya Magic Bullet nie.. Hampir RM300++ untuk 1 set... Tapi, rezeki mamayu la nak katakan...kebetulan sangat-sangat.. Lazada ada buat offer Magic Bullet Baby Bullet nie.. dapat diskaun hampir 80%... Wau!!!! Cer teka 1 set jatuh berapa RM??? 

Terus mamayu oder online... Apa yang best shopping kat Lazada online nie.. kita boleh bayar Cash On Delivery ( COD) dan yang best lagi.. post penghantaran tu FREE... Whoaaaaa!!! terkagum kali kedua mamayu..

Selepas siap proses oder online.. terus mamayu dapat pengesahan pembelian melalui online dari lazada berkali2.. Pengesahan pertama, dia bg tau mamayu ada oder magic bullet ni dari lazada.. pastu, masuk email kedua bagi tau tempahan mamayu dah di proses.. pastu, setengah jam kemudian masuk lagi email bagi tau syarikat tertentu yang akan buat penghantaran Magic Bullet nie pada mamayu.. Then setengah jam lagi masuk lagi email dia bagi tahu barang yang mamayu oder dalam proses shipping... Perghhh.. cepat gilerkan.. pagi mamayu oder.. tghari dah bagi tau dalam proses penghantaran.. dan bayaran mamayu boleh buat semasa mamayu terima pakage tu..

Keesokkan harinya mamayu dapat call dari syarikat yang dilantik oleh Lazada untuk buat penghantaran kepada customer mereka..

Alhamdulillah, lepas terima panggilan..dalam setengah jam kemudian mereka call mamayu dah sampai.. segala urusan bayaran dilakukan semudah ABC..

Seronok bila dapat parcel dari Lazada.. Tak sangka betul.. ni 1st time mamayu buat belian secara online melalui Lazada.. dan mamayu puas hati sangat2 di atas kecekapan pengurusan mereka..

TERIMA KASIH LAZADA!!! 


Parcel Magic Bullet Baby Bullet yang telah selamat sampai 

Jom kita tengok apa yang ada pada 1 set Magic Bullet Baby Bullet 

Set Magic Bullet Baby Bullet

6 Date-Dial Storage Cup

Batch Tray

1 Batch Bowl, 1 Short cup, 1 Stay-Fresh Reseable Lid


1 baby bullet bag


1 User Manual & cookbook, 1 Pocket Nutritionist

Semoga lepas nie muhammad mirza membesar dengan makanan sihat sahaja...InsyaAllah.. walaupun sekarang nie mamayu masih bekalkan keperluan harian dia dengan nestum... tak per.. slow2 kita berubaha kearah menu yang sihat.. InsyaAllah..

APA YANG PERLU DIBERI PADA BAYI SEBAGAI MAKANAN PEJAL PERTAMA BAYI ANDA

Alhamdulillah... bertemu kita sekali lagi dalam ruangan Sharing Is Caring Mamayu Blogspot...

Apa Khabar mommie2 dan kawan2 yang mamayu kasihi... Petang sabtu yang indah ini, dengan angin sepoi2 bahasa memasuki celahan tingkap rumah mamayu... Tiba-tiba mamayu nak share perkara menarik kepada anda semua tentang  Apa yang perlu kita beri pada bayi kita sebagai makanan pejal pertama mereka..

Mamayu dapat info nie dari group mommie2 yang mementingkan kesihatan pemakanan bayi...

Jom, kita mulakan dari umur seawal 6 bulan...

UMUR 6 BULAN:

- Tujuan memperkenalkan makanan pada baby ketika ini ialah untuk membiasakan baby anda dengan perubahan pelbagai rasa & struktur makanan.

- Mulakan dengan 1 hidangan sehari dengan hanya memberikan kuantiti kecil makanan ( 1 sudu makan) pada breakfast ( 10 am @ 11 am) dan kita tengok penerimaan baby terhadap makanan tadi.

- Jika baby menolak/reject makanan tadi itu bermakna baby masih belum ready untuk makan solid food. Jangan sesekali campurkan nestum/cereal ke dalam botol susu baby, BAHAYA!

- Jika baby anda menerima makanan tadi, maka selepas beberapa minggu (anggaran dalam 2 week) jadikan 3 hidangan setiap hari dengan meningkatkan kuantiti makanan.

- Antara cara untuk melihat baby anda bersedia, cuba ambik makanan tadi dengan jari anda dan lihat jika baby anda mampu menelan makanan tersebut maka teruskan menyuapkan makanan baby dengan sudu. Jika tidak itu tanda baby masih belum bersedia.

- Antara makanan awal yang boleh diintrokan kepada baby anda ialah;
 Brown Rice,
Avocado & Banana,
Apple,
Pear,
Sweet Potato bukan potato biasa tu ye,
pumpkin..

UMUR 7 - 8 BULAN...

Brown Rice, Oat, Keledek Oren/Ungu, Barley, Avocado, Apple, Banana, Appricot, Manggo,Peaches, Pear, Plum, Pumpkin, Sweet Potato, Dates, Green Bean, Carrot, Peas, Zuchinni, Kacang Peas, Ayam, Tauhu @ tofu lembut

UMUR 8 - 10..

- Brown Rice, Oat, Barley, Keledek Oren/Ungu, Wheat, Pasta, Sesame, Flax Avocado, Appricot, Blueberry, Cherry, Cranberries, Apple, Grape, Kiwi, Stawberry, Manggo, Papaya, Perssimmon (pisang kaki), Pisang, Blueberries, Peaches, Pear, Plum, Prune, Dates, Pumpkin, Sweet Potato, Green Bean, Carrot, Kacang Peas, Timun Jepun, Labu Air, Asparagus, Broccoli, Bunga Kobis, Terung, Cendawan, Bawang, Cili Benggala, Ayam, Tauhu @ Tofu lembut, beef, Egg yolk & fish, Plain Yogurt But Full Fat, Butter & Cheese (seeloknya cream cheese)

- Selepas baby 8 bulan anda juga boleh menambahkan bawang putih, bawang merah, batang celery, halia atau daun parsley ke dalam bubur baby (atau herbs).

UMUR 10 - 12...

- Semua jenis grain, keledek oren/ungu, Avocado, Appricot, Blueberries, Cherry, Cranberries, Apple, Grape, Kiwi, Stawberry, Manggo, Papaya, Pisang kaki, Peaches, Pear, Plum, Prune, Dates, Pumpkin, Sweet Potato, Green Bean, Carrot, Kacang Peas, Timun Jepun, Labu Air, Asparagus, Broccoli, Bunga Kobis, Terung, Cendawan, Bawang, Cili Benggala, Ayam, Tauhu @ Tofu lembut, Beef, Bawang, Jagung, Timun, Bayam, Tomato, Whole egg & any fish

sumber : Panduan Pemakanan Bayi

Jadual menu Baby mengikut peringkat umur

Wednesday, 9 July 2014

TIPS SIHAT DENGAN KISMIS!

Assalamualaikum

Alhamdulillah, nak sihat, cergas dan otak cerdas? Senang sahaja.. Kawan-kawan hanya perlukan kismis dan air minuman. 

Ikuti langkah ini...

1. Tuangkan air minuman kedalam gelas sebelum tidur.
2. Rendam 21 biji kismis dan air minuman tersebut semalaman
3. Minum air rendaman dan makan kismis itu keesokan paginya sebelum makan sarapan.

Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh cergas, minda yang cerdas dan mata yang sihat!

Sumber: Majalah Asuh

BUKA PUASA BERSAMA CHINCH ENERGY TEA MIX + SYRUP LAICI

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, semalamkan mamayu buka puasa bersama suami tercinta dengan Chinch Energy Tea Shaklee + Syrup Laicy..

Untuk pengetahuan kawan-kawaan yang tak tahu, Chinch Energy Tea ni adalah campuran teh-teh terpilih iaitu..
- teh merah
- teh hijau
- dan teh putih

bahan-bahannya secara detail adalah...
* Taurina
* Maltodextrin - bahan dari jagung
* Rooibos Red Tea Extract - tumbuhan herba dari Afrika juga dikenali sebagai " The Miracle Tea" @ " Long Life Tea"
* Green Tea Extract
* White Tea Extract - Teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
* Matcha Green Tea Powder - Teh Hijau gred tertinggi dari Jepun

Teh-teh merah, hijau dan putih ini digunakan sejak zaman berzaman dalam perubatan cina.

Antara kegunaannya..
- Anti-mikrob
- Imunostimulan
- Anticarcinogenic
- Anti-inflammatory
- Perlindungan terhadap penyakit jantung
- Anti oksidan - Perlindungan dari kanser
- Mengubati leukimia ( laporan dari Mayo clinic)
- Mengawal kerosakan DNA
- Menurunkan paras kalori dan kolestrol
- Detoxifiers
- Stimulator tenaga & kehilangan lemak

Selalunya, kalau pegi kedai makan atau restoran, mamayu selalu dengar customer oder tea "o" ais laici.. mcm sedap jer bunyi nyer... tp, mamayu tak pernah pon oder... Entah tak tau kenapa, tiba-tiba datang idea nak buat Chinch Energy Tea add on sirap laici plak... ni la org kata "The Power of Puasa" hahahaha..
Bila puasa jer..semua idea tentang makanan dan minuman berbuka datang mencurah2..hihihi

Untuk pengetahuan kawan-kawan juga.. Laici pon ada kehebatan dan khasiatnya jugak.. Antaranya:

Khasiat buah laici:
1.      Mengandungi oligonol: berfungsi sebagai anti-oksida dan anti-selesema juga meningkatkan aliran darah di dalam organ-organ, mengurangkan berat badan, dan melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya.

2.      Mengandungi vitamin C: bertindak sebagai agen jangkitan, dan mengelakkan radikal pro-radang

3.      Mengandungi vitamin B-kompleks: bertindak sebagai co-factor untuk membantu badan memetabolismekan karbohidrat, protein, dan lemak.

4.      Mengandungi jumlah  mineral yang sangat baik seperti kalium. Potassium merupakan satu komponen penting dalam sel dan cecair badan membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah, dengan itu, ia menawarkan perlindungan terhadap penyakit jantung strok dan koronari. Iron diperlukan dalam pengeluaran sel-sel darah merah.


Sumber: Khasiat Buah Laici Untuk Kesihatan

Alhamdulillah... sangat sedap... minum sejuk2 kami rasa tenaga kami boost kembali..


Minuman pembuka puasa kami berdua

paket hijau bertulis Chinch tu lah tea yang mamayu campur dalam sirap laici

Jadi sesapa yang berminat nak cuba.. sebab mamayu dah cuba..memang sangat energy di tambah ianya minuman kesihatan boleh buat pembelian disini yer >>>>  online oder chich energy tea

Tuesday, 8 July 2014

MENU BUKA PUASA SOTONG MASAK SERAI

Assalamualaikum...

Arini mamayu nak share resepi dari Gran nanny Shaklee mamayu dari group Jutawan Muslimah kami..

Inilah untungnya bila berukhwah... Jalinan kasih sayang antara grand nanny shaklee (shazwani aika) bersama cicitnya..hihihi..

Menu arini SOTONG MASAK SERAI..

Jom tengok bahan2nya..

Bahan:
Sotong 300gm
Asam jawa
Daun limau purut
Garam

Blender:
Cili api 4 bji. Nak pedas tambah lg.
Serai 2 btg
Bawang kecik 3 ulas
Bwg putih 4 ulas
Halia stgh inch

Potong:
Cili besar merah
Bwg besar 1 bj
Tomato


Tumis bahan blender sampai naik bau.

Masukkan sotong, air asam jawa, bwg besar ptg bulat, tomato, daun limau purut yg dihiris nipis.

Perasakan garam secukupnya.

Masak sampai sotong masak.

Dah siap!

Jom cuba.. rugi tak cuba... mamayu dah meleleh air liur dah nie... hihihi

VIVIX TONIK AJAIB DARI SHAKLEE

Fenomena vivix kembali lagi... 
Kembali sewaktu rakyat Malaysia sedang mencari produk yang terbaik untuk kelihatan cantik dan menawan di hari raya yang bakal menjelang nanti..

Memandangkan Shaklee dah pun memudahkan pembeli membeli produk kesihatannya secara online.. Makin bertambah menghangatkan suasana.. mamayu yakin pasti vivix sold out sebelum raya... OMG!!

Sebab semua orang nak CANTIK SEGERA.. semua orang nak SIHAT SEGERA... 

Mamayu sangat kagum melihat tertimoni-testimoni pengamal TEGAR VIVIX... tak payah mamayu susah2 cari orang lain... Dalam keluarga mamayu sendiri pon ada yang consume vivix yang hott nie...

Ramuan yang terdapat dalam vivix...

1. Muscadine Grape - mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti-bacteria
2, Purple Carrot - Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung
3. Elderberry (Sambucus Niagra) - Mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung, mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman
4. Polygonum Cuspidatum- Melambatkan proses penuaan merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah , mengurangkan berat badan

Cara Pengambilan Vivix...

1 Sudu teh (5 ml) setiap malam 
Jumlah sajian Sebotol : 30x

Untuk dapatkan vivix yang super duper tu boleh klik di sini >>> http://bit.ly/1r40W3m

Keluaran Majalah Kesihatan 



Setiap pembelian 2 botol vivix dapat PERCUMA keahlian seumur hidup!
yang ni mamayu punyer.. hehehe

 baby shaklee a.k.a My Bam2 wit vivix :D

Tengok la tu... gaya membaca isi kandungan vivix... hahaha

Monday, 7 July 2014

MAMAYU MENGEJAR IMPIAN


Assalamualaikum, hari ni mamayu bersiaran dari rumah.. badan tak sihat.. ujian kecil dari Allah.. Alhamdulillah.. 

hari ni mamayu nak share berkaitan mengejar impian

Setiap orang pasti ada impian.. impian yang di tanam sejak kecil.. tp, tanpa kita sedari impian kita semakin mengecil apabila kita menginjak dewasa..

Dahulu bila kita memasang impian.. kita tak nampak cabaran yang akan kita tempuhi.. yang kita nampak..kita PASTI dapat mencapai impian itu.. Rupanya, usaha kita nak dapatkan impian itu rupanya bukan mudah... Segala macam bentuk pengorbanan termasuklah wang ringgit, masa, tenaga diperlukan bagi mencapai impian kita..

Tapi, jangan lah kita putus asa yer.. mamayu pon dalam proses mengejar impian mamayu yang dah terlalu lama mamayu lupakan.. sampaikan mamayu sendiri dah lupa..apa impian mamayu tu..

Alhamdulillah, selepas menghadiri PROGRAM INTENSIF MAGNET KEKAYAAN & KEJAYAAN  anjuran Richworks Sdn Bhd. Dr, Azizan telah membantu mamayu mencari kembali impian-impian mamayu.. Terima kasih DAO.. 

Dalam pada kita berusaha mencari dan mengejar impian.. semakin banyak pula cabaran dan ujian yang datang. Cabaran dan ujian ini datang adakalanya menyebabkan kita lemah, dan kadangkala lelah dan kadang kala terus hilang arah... Apabila kita sedar kita lemah..cepat2 bangkit yer kawan2.. Usah mengaku kalah dalam usaha mengejar impian kita.. Jangan sesekali berputus asa..

Dugaan dan cabaran itu adalah perkara biasa.. Bukan mudah untuk kita dapatkan kejayaan..untuk kita dapatkan keindahan..untuk kita dapatkan kebahagiaan.. Semuanya perlu melalui jalan yang berliku-liku.. jalan yang penuh onak dan duri.. jalan yang penuh gelombang ombak yang besar..

Kerana dengan semua cabaran itulah kita mengenal erti kepayahan.. Hadapi semua cabaran itu tanpa pernah kenal erti putus asa.. Kita sangat beruntung kerana berada dilandasan yang betul.. kita perlu bersyukur kerana kita berada di laluan yang betul.... 

Kita harus percaya, setiap kegelapan pasti akan ada cahaya dihadapannya.. setiap kali hujan yang lebat pasti ada pelangi yang akan muncul begitu jugalah dengan kehidupan kita.. 

Ada orang bernasib baik dalam mencapai impian mereka...nampak mudah jer mereka mendapat apa yang diorg mahukan.. nampak senang jer mereka mencapai impian... Tapi jangan sesekali kita membezakan jalan hidup kita dengan mereka...Kisah kita tak akan sama dengan kisah hidup orang lain.. Tapi, percayalah jika kita hidup tidak mengenal erti putus asa.. InsyaAllah, hidup kita pasti akan lebih baik daripada sebelum2 ini..

Kadangkala memang kita tak dapat apa yang kita nak, tapi sebenarnya apa yang kita dapat itu adalah yang terbaik buat diri kita.. Percayalah, pasti ada hikmah disebaliknya. Apa yang penting kita teruskan berusaha..teruskan berdoa..teruskan bersangka baik kepada percaturan yang Allah berikan pada diri kita..

Sekiranya ia bukan milik kita, pasti kita tidak akan memilikinya atau belum waktunya untuk kita milikinya lagi.. Pasti ada sesuatu yang lebih baik buat diri kita.. Sentiasa berfikiran positif serta syukur dengan segala nikmat yang kita perolehi setiap hari..

Pesanan buat kawan2 dan mamayu sendiri.. Impian itu nikmat bila kita berusaha keras untuk merialisasikannya dan niat yang baik dalam mengecapi impian pasti  akan dipermudahkan segalanya.. Insyaallah..



Note Book pemberian Master Nadiah Suhaidi yang penuh kata2 positif..
Terima kasih master nad.. insyaallah,saya isikannya dengan 101 impian mamayu

Bowlings-4-fun 2014

Alhamdulillah, event riadah pertama kali yang mamayu ikut yang dianjurkan oleh Family Shaklee 2 U (s2u) dibawah bimbingan Master Iffah Anuar & Suami tercinta Master Firdaus .

Seramai 150+ orang hadir bersama pasangan dan anak-anak yang sentiasa memeriahkan suasana.. Sebanyak 3 game dimainkan bersama pasangan.. Lepas lahirkan Muhammad Mirza Ukhail..ini la 1st time main Bowling.. skill dah out... hahahaha.. Nasib baik ada en. suami.. dapatlah top up markah kumpulan kami..kihkihkih...


hampir separuh lane di MIBC  family shaklee 2u conquer.


Mamayu bersama  adik beradik group s2u Fighters - Ibu Nur dan Ju 
Family mamayu bersama Master Nadiah Suhaidi & Master Amir
 Rezeki mamayu dapat digandingkan bersama family Master Nad dalam satu lane.

Jebat Family vs Family MSE Legacy

Ciannnn.... Baby Shaklee mamayu kepenatan tunggu mummy n daddy abis game..hihi

Suasana di Melaka Bowling Center MITC - Family2 Shaklee s2u memenuhi ruang 

FAMILY-FAMILY  SHAKLEE S2U BERGAMBAR BERSAMA-SAMA SELEPAS HABIS BOWL-4-FUN 2014
kami tak menang... tapi kami tetap dapat cenderamata... Alhamdulillah..
seronok berada di dalam naungan umi Iffah Anuar..
Terima kasih ummi

Selepas habis sesi bermain bowling.. kami semua dijamu Nasi Beriani Kambing Dlma.. Sangat sedappp... tapi, tak boleh lawan Nasi Arab dari Ansal Ternak.. hihihi...

Habis menjamu selera, kami beramai2 ker masjid berhampiran untuk menunaikan solat zohor..

Alhamdulillah..semua berjalan lancar... walaupun ini adalah program pertama mamayu bersama keluarga shaklee 2u.. Kami tak rasa pon mcm kami orang baru... mamayu dan suami sentiasa di layan seperti keluarga sendiri... berbual seolah2 telah kenal lama.. tak ada pun nak citer brapa sale kau dapat.. apa progress sekarang... yang penting hari itu adalah hari untuk kami beramah mesra..bersantai-santai..dan menjalin ukhwah sesama family shaklee s2u... yang mana sebelum ini kami tak pernah pon jumpa..hanya jumpa di alam  maya sahaja... Unikkan family kami... 

Alhamdulillah, mamayu syukur sangat Allah meletakkan mamayu bersama keluarga besar ini... Jalinan silaturrahnim ini pasti akan kekal sampai bila2... Setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya... Mudah2an ia menjadi asbab kepada penghijrahan mamayu ke arah yang lebih baik... Allahumma Ameen..

Jika anda ingin bersama-sama keluarga besar kami, boleh la emailkan pada mamayu at ayu_aisya06@yahoo.com atau wassap mamayu di 012-7925153.

Jangan malu tau.. mamayu sentiasa mengalu-alukan anda untuk mengubah kehidupan dari biasa2 kepada luar biasa.. :)


KITA HANYA ADA 2 PILIHAN


Renungan di hari ke-9 Ramadhan...

Dalam hidup kita memang mempunyai pilihan. Pilihan itu kita sendiri yang tentukan. Orang selalu beranggapan bahawa manusia mempunyai banyak pilihan tapi sebenarnya kita cuma ada 2 pilihan dalam hidup dan pilihan itu ialah pilihan yang positif atau negatif.

There are always 2 choices,

1. Memilih untuk menjadi orang yang BAIK atau JAHAT.

2. Memilih untuk menjadi orang yang SENANG atau SUSAH

3. Memilih untuk menjadi orang yang BERJAYA atau GAGAL.

4. Memilih untuk menjadi orang yang GEMBIRA atau SEDIH.

5. Memilih untuk MAJU KEHADAPAN atau MAJU KEBELAKANG.

6. Memilih untuk menjadi orang yang RAJIN atau MALAS.

Kita memang banyak pilihan dalam hidup tapi pokok pangkalnya cuma 2 sahaja pilihan dalam hidup kita.

Dan pilihan yang kita buat sebenarnya cenderung ke arah mana? Positif atau negatif? So pilih la mana yang terbaik untuk diri kita semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat. dan pastikan pilihan yg kita buat itu tidak memberi impak negatif pada orang sekitar...

p/s: pilihan kita, kita yang tentukan....

Saturday, 5 July 2014

Diari shakleeku : Daddy pengguna tegar ostermatrix & performance drink

Alhamdulillah... arini rupanya dah masuk ari ke 7 kita puasakan..

Maknanya, dah 7 ari jugak kita betul2 bonding bersama maha pencipta.... terasa jiwa yg kosong selama ni terisi...

Semalam mamayu ngan daddy kai & mirza buka puasa dgn mak kat umah akak d langat... 1st time berbuka tanpa PERFORMANCE DRINK... rasa lesu jer.. lepas jer abis buka pose dan acara potong kek isma yg baru masuk 6 tahun.. kami 3 beranak balik umah.. giler letih.. betul2 rasa letih yang amat... mamayu tak amik masa yg lama utk ZzZzzzz.. hahaha...

Cerita daddy kai plak.. bila kami dah sampai umah...mamayu dah siap2 tukar baju tido mirza..daddy plak terus ke dapur bancuh secawan performance drink... macam biasa buat bekalan  sepanjang daddy keje..katanya nak sambung wat keje...

Mamayu perasan sangat... sekarangkan..klau mamayu tak buat performance drink (pd) utk daddy... mesti daddy buat sendiri... mcm tu jugak dgn OSTERMATRIX.. dulu, ari2 mamayu kena bg kat tangan tu 4 biji oste setiap malam... sekarang ni dah tak payah dahhh... nak consume oste daddy amik sendiri.. nak minum pd..daddy bancuh sendiri...

APA YANG BUAT DADDY BERUBAH 360°???

Meh jom check apa yang best tentang PERFORMANCE DRINK:

- Terbukti secara klinikal dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air
- Mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman lain.
- Campuran elektrolit OPTI-LTYE Proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum
-Terbukti secara klinikal: ujian makmal terhadap atlit dengan pencapaian cemerlang menunjukkan performance drink dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
- Tidak mengandungi bahan perasa tiruan, pemanis atau sebarang pengawet tambahan

so, kalau mommie atau kawan-kawan mengalami kulit bibir kering atau pening-pening dan mual.. mommie2 sebenarnya mengalami hidarsi... dan performance adalah minuman yang terbaik untuk membantu mengawal kesan hidrasi

KLIK LINK DIBAWAH UNTUK TEMPAHAN
    ODER NOW : PERFORMANCE DRINK
Apa yg best tentang OSTERMATRIX plak:

KLIK LINK DIBAWAH UNTUK TEMPAHAN
ODER NOW : OSTERMATRIX SHAKLEE

Ooooo.... patut laa daddy suka... tapi, mamayu tak puas hati.. aritu kuatkan semangat gak tanya daddy.. " Ayg, best ker mkn oste tu?" Padahal memang mamayu tau ostematrix ni memang bagus.. cuma, nak tau jawapan dari sudut kaca mata org lelaki...

Yer laaa..orang lelaki ni kan liat sikit nak makan benda2 cmnie...

Ingatkan daddy tak nak jawap... tp, aritu dia jwap soalan mamayu..jeng..jeng..jeng...

" Sejak syg bagi daddy tiap2 malam oste tu.. daddy berak lawasss jek..pinggang daddy pon dah lama tak sakit... dulukan selalu sakit" tu diaa jawapan ringkas daddy...

Patot la skrg ni rajin nau mkn oste...hihi bila stock abis.. daddy pi beli sendiri kat branch... klau tak pi branch.. daddy suh mamayu oder online.. tu citer ostematrix...

Camner plak ngan pd??? Yg ni daddy jawap " jimat duit daddy beli air 100+" sambil tersongehh... hahahaha... hampehh tol... lepas tu dia sambung lagi.. " ok..sejak daddy minom badan tak cepat letih..ingat tak syg pernah buatkan sebotol air performance masa kita balik johor anta mak aritu..kan masa tu pkul 11 mlm"...." aaaa..ingat2" mamayu jawap..

" Mlm tu.. ayg tak letih langsung masa drive.. ngantuk pon tak... sampai ayg tgok balik air apa yg sayang bg nie... sbb, selalunya klau balik kampung time camtu ditambah dgn waktu siangnya bz dgn mcm2 keje kena buat...klau dulu memang surrender nak suh drive mlm2 dari kl-segamat.. tp, malam tu alhamdulillah..daddy ok jer..."

Jawapan mamayu " Oooooo...melopong tanda tak cayer... tp, dalam hati senyum senyum..hihihi..

Alhamdulillah... bertemu dengan produk yang betul untuk keluarga tercinta...

Betul lah kata2 Shaklee.. " CHANGING BRAND CAN CHANGE YOUR LIFE" 

Ini kerana, kajian menunjukkan mereka yang mengambil supplement SHAKLEE memiliki tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang tidak mengambil supplemen langsung atau menggunakan jenama kesihatan jenama lain..

Sekarang ni, family mamayu memang jatuh cinta sangat2 pada supplement Shaklee... kami pon dah mula mementingkan kesihatan dalaman...

Semoga cinta kami pada jenama ini dapat disebarkan pada seluruh rakyat MALAYSIA..

Dah standby satu jug Performance Drink untuk berbuka 

4 biji ostermatrix setiap malam sebelum tido

P/S: Pada mommie2 yang berminat nak hadiahkan SUAMI ANDA Performance Drink + Ostermatrik dan boleh menjimatkan wang pos anda boleh isikan tempahan anda pada link yang mamayu bagi di atas.. ATAU buat tempahan disini ODER NOW : PERFORMANCE DRINK + OSTERMATRIX... hepi shopping yaaaa!!! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...