Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Tuesday, 24 June 2014

Diari Penyusuan Ibu : Tips Penyimpanan Stock Susu Ibu

Assalamualaikum... pagi ni mamayu dah selamat pump stock untuk mirza.. pagi ni dapat 5 oz untuk mirza.. rezeki anakku yg bam2 tu..hihi.. alhamdulillah... Allah permudahkan semuanya..

Mirza dah pun genap 5 bulan.. tak pernah sentuh susu formula lagi.. nekad mamayu tak nak bg dia rasa event sikit pon susu formula...

Alhamdulillah..sekali lagi.. suami mamayu sangat menyokong penuh penyusuan susu ibu... 
Pagi nie..mamayu nak share tips penyimpanan stock susu ibu buat ibu2 di luar sana...

Susu yang telah diperah perlu disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Ibu-ibu yang menyusukan bayi perlu mengetahui cara terbaik menyimpan susu untuk si manja.

Susu ibu segar seharusnya disimpan pada suhu bilik. Bagi suhu bilik di antara 27°C ke 32°C, jangka waktu 3 – 4 jam adalah had munasabah untuk menyimpan susu ibu perahan.

Susu ibu selamat pada suhu 15°C untuk tempoh 24 jam berdasarkan kepada perkembangan minimum bakteria yang terkandung di dalam sampel kajiannya. Walau bagaimanapun, terdapat pek ais yang digunakan mampu menyimpan susu ibu pada suhu seperti di dalam peti ais iaitu 4°C. Oleh itu pastikan pek ais yang digunakan berkualiti.

Kajian pemerahan susu ibu dengan sedikit pencemaran ketika pengepaman menunjukkan perkembangan bakteria adalah pada paras rendah dalam tempoh 72 jam. Malah, ia masih selamat selepas 4 – 8 hari didinginkan.

Membeku sus ibu perahan (-4°C hingga -20°C) adalah selamat untuk sekurang-kurangnya tiga bulan. Vitamin A, E dan B, jumlah protein, lemak, enzim, laktosa, zink, immunoglobin, lysozyme dan laktoferin biasanya kekal apabila dibekukan. Susu ibu beku perlu disimpan di bahagian belakang peti sejuk beku untuk mengelakkan pemanasan semula akibat kekerapan membuka dan menutup peti sejuk. Jadi, semua bekas penyimpan susu ibu perlu ditutup rapat untuk mengelakkan pencemaran.

Selepas bekas penyimpanan diisi dengan susu ibu, sedikit ruang perlu ada di bahagian atas bekas penyimpan untuk membenarkan ia mengembang ketika dibekukan. Semua bekas penyimpan susu ibu perlu dilabel dengan tarikh susu dipam.


Nama anak perlu dilabel terutama jika anda membekalkan kepada pengasuh yang perlu memberi susu ibu perahan kepada ramai bayi lain. Biasanya bayi memerlukan 60 – 120ml setiap sesi penyusuan ketika berada di rumah pengasuh. Jadi, simpan susu ibu dalam stok 60 – 120ml setiap satu adalah cara mudah untuk mengelakkan pembaziran.

Elakkan menambah susu ibu yang masih suam ke dalam susu yang telah dibeku. Ini bagi mengelakkan pemanasan semula susu yang telah dibekukan. Adalah lebih baik jika anda menyejukkan terlebih dahulu susu ibu yang baharu dipam sebelum dicampur bersama stok sedia ada.

Susu ibu yang disimpan mungkin berubah bau dan rasa asalnya kerana aktiviti lipase (proses pemisahan lemak yang membantu proses penghadaman bayi terutamanya bayi pramatang). Ia tidak mendatangkan mudarat walaupun ada sesetengah bayi mungkin menolak susu berkenaan.

Semoga dengan tips2 diatas dapat memberi sedikit manfaat buat ibu2 diluar sana yer...
pleaseeee... kasihani anak kita.. amanah yg Allah bagi ni jangan sia2kan.. cukup lah kita tinggalkannya di pusat asuhan... sekurang2nya, dengan bekalan susu ibu dapat merapatkan jurang antara ibu dan anak... jangan jadikan alasan tak cukup masa..tak cukup susu sebagai alasan untuk kita membesarkan amanah Allah ini...

Jika perlukan konsultansi yang lebih mendalam..boleh wassap mamayu yer..
Insyaallah..mamayu akan bantu anda sebaik mungkin..

Stock EBM Mirza waktu pergi Melaka tempohari... Banyakkan :D
Rebut peluang untuk mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik dengan Shaklee! Untuk sebarang pertanyaan tentang keraguan anda, boleh terus hubungi saya atau pengedar Shaklee yg terdekat dengan anda.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 

ID Shaklee: 1078965
Call / Whatsapp: 012-792 5153 
Email:ayu_aisya06@yahoo.com 
Add friend dan pm FB : Siti Rahayu 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di BUKIT JALIL, PUNCAK JALIL, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR TUN RAZAK, BANDAR TASIK SELATAN, 


Mamayu turut membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Sabah , Sarawak dan Labuan
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...