Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Wednesday, 25 June 2014

DIARI KEROHANIAN : SOLAT DHUHA

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... syukur nikmat allah... untuk sharing arini mamayu nak kongsi amalan Dhuha..

Antara amalan murah rezeki adalah amalan Solat sunat Dhuha... tapi berapa ramaikah yang menjadikannya amalan harian?

 
  





Dhuha bermaksud pagi..

Rasulullah saw menjelaskan: "solat dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya". Justeru itu waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat dhuha.

Disarankan sebanyak 2 rakaat shj... jika berkemampuan boleh dilebih2kan..

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat.
.
1.  Niatnya:

                       .
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas


DOA YANG DISARANKAN

" Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu adalah keindahanmu...kekuatan itu kekuatanmu..kekuasaan itu kekuasaanmu..dan perlindungan itu perlindunganmu.." 

"Ya Allah jika rezeki ku masih dilangit..turunkanlah...dan jika ada didalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan..keindahan..kekuatan..dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba2mu yang soleh"

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

Akhir kata dari mamayu:

 Amal yang sedikit dan istiqamah ( berterusan ) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang.. semoga kita semua didalam naungannya.. ameenn..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...