Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Monday, 30 June 2014

RESEPI BERBUKA PUASA : MEALSHAKES SUPER YUMMYYYYY

Assalamualaikum sayang-sayang mamayu..

arini dah masuk hari kedua kita menunaikan ibadah berpuasa..

Alhamdulillah, cuaca pon ok... dugaan pon tak banyak.. cabaran puasa pon masih boleh di atasikan..

Peringatan buat mommie2 diluar sana... Masak ikut keperluan... Jangan membazir yer... sebelum masak tu rancang dulu nak masak apa tau..


Petang ni tiba2 mamayu nak sharing resepi super yummy dari mealshakes shaklee...

Perghhhh... tergugat mamayu tengok resepi yg mamayu share nie...

So, menu pembuka selera untuk berbuka nanti untuk anakanda dan suami tercinta adalah "Milo Mealshakes Tabur"

Resepi ni hasil idea dari mamayu sendiri.... Mamayu yakin, ramai mommie2 diluar sana pernah buat resepi ni kat rumah untuk anak2kan.. cuma, kali ni ada perisa tambahan.. super duper sedapppp...

Jom kita flashback balik resepi dibawah..


MILO MEALSHAKES TABUR
Bahan-Bahan utama:
3 sudu besar MEALSHAKES Shaklee ( ini secret resepi..pastikan anak-anak tak tahu yer)
5 sudu besar Milo (2 orang )
2 sudu besar Susu Pekat
Air masak / air kosong secukupnya
Ais ( secukupnya)

Cara-cara:
1) Campurkan kesemua bahan-bahan di atas.. 
2) Shake..shake..shakee sampai sebati..
3) Tuangkan dalam gelas
4) Akhir sekali taburkan Milo di atasnya.. 
Siapppp diminum!!!!!

kompom anak-anak suka.^__^ minuman penuh khasiat dengan vitamin tambahan tanpa anak-anak cerewet ini mengetahuinya.. Boleh dijadikan hidangan berbuka puasa nanti..

di bawah ni pula mamayu nak share satu resepi super sedap.. Mealshakes di adun menjadi "Aiskrim Oreo MealShakes.. resepi ni di ambil dari kawan mamayu Ibu Nur untuk menarik selera anak-anaknya..

Jom kita cuba!!




 AISKRIM OREO MEALSHAKES
Bahan-Bahan:
3 sudu MEALSHAKES
1/2 tin susu pekat manis
1 tin susu cair / susu kotak dutch lady full cream
1 biji telur
1 sudu kecik esen vanila
1 sudu kecik ovellete

Cara-Cara :
1) Putarkan semua bahan 20-25 minit sampai kembang
2) Resepi pertama hancurkan biskut oreo masukkan kedalam bekas masa tengah putar. ( Resepi kedua, keluarkan cream biskut oreo & blender kering biskutnya sahaja dan letak tepi)
3) SIap putar letak dalam bekas & hiaskan dengan biskut oreo yang diblender tadi.
4) Akhir sekali masukkan kedalam peti ais bahagian sejuk beku selama semalaman.

Tips: 
# boleh buat dalam bekas besar atau bekas kecil-kecil untuk mudah dimakan. 
# jika nak buat banyak.. doublekan bahan2 tersebut.
# kelebihan pakai melashakes ais krim lambat cair!!!
dan ianya super duper sedapppppp...

Muhammad Mirza Ukhail kecil lagi.. So, ais krim ni mummy n Daddy la yg makan..hehehe..

Last Resepi yg mamayu nak share... Resepi kali ni dari kalangan adik beradik shaklee yang share.. anaknya memang seorang yang cerewet.. Sentiasa memilih apa yang nak dimakan.. kadang-kadang si ibu sangat pening melihat gelagat anaknya.. Untuk anak-anak yang cerewet begini.. si ibu perlu memainkan peranan penting bagaimana nak menarik perhatian si kecil.

Jom kita tgok apa resepinya.



ROTI GARDENIA BERSALUT COKLAT MEALSHAKES
Roti Gardenia @ sebarang jenama roti
Coklat Hersheys
MEALSHAKES Shaklee

Cara-cara:
1) satukan coklat hersheys dan Mealshakes.. adun sebati..
2) sapukan pada roti Gardenia..
Siap untuk dimakan!!!

Alhamdulillah...itu sahaja yang mamayu dapat kongsikan bersama anda di luar sana.. 3 resepi yang boleh di adaptasikan dari minuman kesihatan MEALSHAKES.

Sebagai ibu yang berilmu.. jika menghadapi masalah anak2 yang cerewet.. masalah anak tak nak makan.. peranan kita sebagai ibu sangat penting supaya anak dapat membesar dengan sihat.

minuman ini juga sesuai untuk anak2 yang baru nak belajar berpuasa... boleh diamalkan setiap pagi waktu bersahur... Insyaallah, anak2 mommie pasti dapat menunaikan ibadah puasa ini sehingga berbuka nanti.. cubalah.. tak rugi..

So, ibu-ibu.. jangan hadkan kreativiti anda.. Jadilah ibu-ibu yang kreatif... ilmu dah ada..resepi pon mamayu dah share.. antara nak atau tak nak jer... 3 resepi ni mamayu dah pilih-pilih agar khasiat pada mealshakes tidak terganggu.. Mealshakes tidak boleh di bancuh dengan air panas atau di adunkan dalam resepi yang memerlukan ianya menggunakan suhu yang tinggi.. ini akan menyebabkan khasiat pada mealshakes akan hilang..

mommie2 boleh juga membuat pembelian terus dari shaklee... sila klik link my Mealshakes yummy yang mamayu bagi ini untuk pembelian secara terus.



Rebut peluang untuk mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik dengan Shaklee! Untuk sebarang pertanyaan tentang keraguan anda, boleh terus hubungi saya atau pengedar Shaklee yg terdekat dengan anda.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 

ID Shaklee: 1078965
Call / Whatsapp: 012-792 5153 
Email:ayu_aisya06@yahoo.com 
Add friend dan pm FB : Siti Rahayu 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di BUKIT JALIL, PUNCAK JALIL, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR TUN RAZAK, BANDAR TASIK SELATAN, 


Mamayu turut membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Sabah , Sarawak dan Labuan


Thursday, 26 June 2014

Diari Penyusuan Ibu : TIPS IBU MENYUSU BERPUASA

 Assalamualaikum... 

Selamat Pagi momie mommie di luar sana... Hope mommie2 dah bersiap sedia dari segi mental & fizikal dalam menjalani ibadah puasa yang bakal tiba lagi dua tiga hari nanti...

 

Alhamdulillah... mamayu memang dah prepare awal.. stock ebm Mirza dan stock bekalan mamayu juga dah ready bg menyambut bulan puasa nanti...

 

Bekalan mamayu macam biasalah... (ESP + MEALSHAKES + PERFORMANCE DRINK) .. Tiga item ni penting bagi mengekalkan tenaga dan mengelakkan mamayu mengalami dihydrate... yer laa..ibu yg full bf ni kan tak boleh kurang air dalam badan..so,ini merupakan  penyelesaian bg menghadapi bulan puasa ni nanti....huhuhu.

stock mamayu untuk bulan puasa nie...hehehehehe

Jom kita tengok tips yang boleh diamalkan buat mamayu & mommie2 diluar sana... jangan takut dan risau.... Insyaallah..pasti boleh!!!!

 

TIPS YANG BOLEH DIAMALKAN


1. Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu. Mulakan minum bermula waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang imsak .( yang ini mamayu akan shake 3 set mighty germs, insyaallah..dengan bantuan 3 items ni , badan mamayu akan kurang dihydrate. tak akan ada masalah utk buat stock ebm dibulan puasa nanti )

2. Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah dan mengandungi air. Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik keluar air daripada sel. (sangat penting..demi menjaga kualiti ebm dan tenaga mamayu.. ibu yang selalu ambil sup dalam diet harian.. stock ebmnya akan maintain seperti biasa... alhamdulillah..mamayu sentiasa mempelbagaikan menu untuk sup dibulan puasa)

3. Ibu yang menyusukan amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan air susu ibu.

4. Berehat secukupnya, Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.

5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.

6. Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buahan, oat dan sebagainya.

7. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.( mommie2..plz elakkan yer... jangan ikot hawa nafsu sangat... air berkafien dan bergas akan menyebabkan production mommie merudum.. so, BEWARE!)

8. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu secara serentak.

9. Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam, itik, daging merah dan legum. Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, daripada susu dan produk susu.

10. Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak buahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit.

11. Jika anda rasa menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.

12. Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payudara dikosongkan maka semakin banyak susu ibu yang akan dihasilkan.

13. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa tetapi kurang rangsangan sama ada menyusu terus bayi atau memerah susu. ( kekerapan pump sangat penting..lebih2 lagi untuk ibu yang bekerja macam mamayu)


Antara panduan atau tips-tips yang mamayu share untuk mommie2 yang menyusukan baby mereka di luar sana..

 Pesanan dari mamayu : Elakkan mommie2 dari stress akibat susu berkurang yer... sebabnya jika mommie stress.. production susu turut merudum.. So, sepanjang Ramadhan ini.. kita hepi hepi sebab dapat bertemu sekali lagi bulan Ramadhan yang mulia ini... Ibu yang gembira akan menghasilkan susu yang berlipat kali ganda.. InsyaAllah..

kepada mereka yang baca blog mamayu nie.. mamayu doakan kalian berjaya menyusukan baby anda dengan jayanya... sama-sama kita berjuang!!!! Aja...Ajaaa... FIGHTINGGGG!!!!!!

Dan jika mommie2 mahu mencuba set mighty 3gems seperti mamayu amalkan sekarang nie.. boleh klik  oder set mighty 3gems yang mamayu sediakan tu.. Penghantaran akan dibuat terus ke pintu rumah mommie2 yer by abg Gdex..semuanya dihujung jari anda.... HEPI SHOPPING YAAA!!!!


Rebut peluang untuk mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik dengan Shaklee! Untuk sebarang pertanyaan tentang keraguan anda, boleh terus hubungi saya atau pengedar Shaklee yg terdekat dengan anda.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 

ID Shaklee: 1078965
Call / Whatsapp: 012-792 5153 
Email:ayu_aisya06@yahoo.com 
Add friend dan pm FB : Siti Rahayu 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di BUKIT JALIL, PUNCAK JALIL, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR TUN RAZAK, BANDAR TASIK SELATAN, 


Mamayu turut membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Sabah , Sarawak dan Labuan

Wednesday, 25 June 2014

DIARI KEROHANIAN : SOLAT DHUHA

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... syukur nikmat allah... untuk sharing arini mamayu nak kongsi amalan Dhuha..

Antara amalan murah rezeki adalah amalan Solat sunat Dhuha... tapi berapa ramaikah yang menjadikannya amalan harian?

 
  





Dhuha bermaksud pagi..

Rasulullah saw menjelaskan: "solat dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya". Justeru itu waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat dhuha.

Disarankan sebanyak 2 rakaat shj... jika berkemampuan boleh dilebih2kan..

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat.
.
1.  Niatnya:

                       .
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas


DOA YANG DISARANKAN

" Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu adalah keindahanmu...kekuatan itu kekuatanmu..kekuasaan itu kekuasaanmu..dan perlindungan itu perlindunganmu.." 

"Ya Allah jika rezeki ku masih dilangit..turunkanlah...dan jika ada didalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan..keindahan..kekuatan..dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba2mu yang soleh"

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

Akhir kata dari mamayu:

 Amal yang sedikit dan istiqamah ( berterusan ) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang.. semoga kita semua didalam naungannya.. ameenn..

Diari kerohanian: Kelebihan solat tahajud

 Assalamualaikum

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
 اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka


.
 17:79
Firman Allah SWT.:
17:79
“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
(Surah Isra’; ayat 79)


Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
  Tujuan Solat Tahajjud

1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Cara Mendirikan Solat Tahajjud

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)


1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

              Doa Sebelum Tahajjud

Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.

2.  Niat Solat Tahajjud:

                                     
                                           (Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
                                   Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.


3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

a) 

Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)

Atau;

b)

Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas

Atau;

c)

10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)


4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:
doa sujud akhir tahajud
              doa sujud akhir tahajud

5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

               

6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~

              Doa Solat Sunat Tahajjud
                                                          Doa Solat Sunat Tahajjud

    "Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!

Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.

Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.!


KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
2. Doa dimakbulkan Allah.
3. Memperolehi ketenangan jiwa.
4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Memudahkan Bangun Solat Malam

1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
 Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه.


Semoga dengan sedikit penerangan berkaitan solat tahajud ini.. dapat memberi banyak manfaat buat diri kita semua..

Mamayu ambil semua info ini di laman http://shafiqolbu.wordpress.com

Insyaallah.. berkat dari sharing beliau.. memberi banyak manfaat buat mamayu.. 

Semoga sama-sama kita istiqomah mengamalkannya... insyaallah :)

Tuesday, 24 June 2014

TIPS KEMPISKAN PERUT BUNCIT

"Setiap kali melihat wanita yang kempis dan rata perutnya, pasti Dilla kecewa jika dibandingkan dengan keadaan dirinya.  Sukar mengawal cara pemakanan, ditambah dengan jarang melakukan senaman dan tiga kali melalui proses mengandung dan kelahiran menyebabkan masalah perut buncit yang dialami Dilla semakin sukar ditangani."

Mamayu yakin ramai yang mengalami situasi seperti Dilla.  Kesannya anda sendiri kurang selesa dengan keadaan bentuk badan sendiri, apatah lagi orang lain.  Terutama sekali pasangan hidup anda!

Gaya berpakaian juga menjadi terhad. Kebanyakan pakaian zaman anak dara banyak yang tak boleh dipakai lagi. Kemungkinan dah pon dibuang atau dijadikan kenang-kenangan sahaja.

Ayuh!!! Jangan tunggu masalah semakin rumit dan meruncing.  Bertindaklah segera dengan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.

Mamayu nak share sedikit tips buat anda semua bagi menyelesaikan masalah yang membelengu anda kini.


1. Kualiti lebih penting dari kuantiti. Anda tak perlu melakukan sit up beratus-ratus kali. Memadai dengan hanya satu atau dua sesi seminggu dengan latihan yang berkualiti dan konsisten. Senaman yang konsisten dan berterusan lebih memadai dari melakukan senaman secara ekstreem.

2. Lakukan pelbagai latihan untuk bahagian abdomen. Beri tumpuan pada otot abdomen semasa latihan. Latihan ini dapat menbantu membakar lemak yang terkumpul dibahagian tersebut.

3. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memiliki bahagian perut yang cantik.

4. Elakkan makanan berminyak dan mengandungi garam yang tinggi.

5. Minum banyak air dan kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori.  Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak akan timbul.

6. Untuk kesan lebih cepat, pakar menyatakan minum segelas air sebelum makan dapat membantu anda merasa cepat kenyang dan ini secara langsung dapat mengelakkan kita makan dengan banyak dalam satu-satu masa.

7. Jangan minum air sejurus makan.

8. Perlu mengambil kira kalori dalam setiap hidangan yang kita makan bagi membakar lemak yang berlebihan.

9. Pastikan makanan / tenaga yang masuk bersesuaian dengan tenaga yang akan keluar.  Jika makan banyak, aktiviti yang dilakukan juga perlu banyak.  Mengambil makanan tambahan untuk membantu meningkatkan metabolisma yang dapat membantu mempercepatkan pembakaran kalori.

10. Jangan makan makanan yang terlalu sejuk atau yang terlalu panas.

11. Mengubah pola makanan terutama mengurangkan makanan bergoreng, berlemak, manis dan berkolestrol. Contoh : daripada makan ais krim lebih baik tukarkannya kepada yogurt rendah lemak atau jus buah-buahan.  Selain bermanfaat untuk mengurangkan berat badan, ianya juga membantu menjaga kesihatan tubuh.

12. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.

13. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafien dan gas.

14. Elakkan makan makanan yang mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.

15. Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan.

16. Kurangkan pengambilan nasi.

17. Cuba berpuasa sekali seminggu untuk merehatkan badan, perut dan minda.

18. Mengawal stress dengan bijak dengan cara melakukan riadah dan pemakanan yang sihat.

19. Kuatkan perut anda semasa berjalan-jalan atau berdiri.

20. Kawal perasaan dengan menetapkan minda anda.  Jika yakin anda sudah kenyang, walaupun mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit, anda tetap akan berasa kenyang.

21. Buat catatan harian dengan merekodkan menu yang anda makan. Ia dapat memastikan anda mengikut panduan pemakanan yang dicadangkan.  Anda juga boleh merekodkan ukur lilit pinggang anda.

22. Makan banyak sayur-sayuran kerana ia mampu membantu mencernakan penghadaman dan seterusnya membolehkan ia 'bekerja' dengan baik.

23. Ubah cara memasak kepada teknik merebus, memanggang dan mengukus.

Lakukan usaha ini dengan disiplin. Tanpanya usaha anda akan gagal!!!!!

Mamayu juga  mencadangkan anda yang ingin mendapatkan bentuk badan idaman boleh mengamalkan makanan tambahan semulajadi dari produk Shaklee.


Rebut peluang untuk mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik dengan Shaklee! Untuk sebarang pertanyaan tentang keraguan anda, boleh terus hubungi saya atau pengedar Shaklee yg terdekat dengan anda.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 

ID Shaklee: 1078965
Call / Whatsapp: 012-792 5153 
Email:ayu_aisya06@yahoo.com 
Add friend dan pm FB : Siti Rahayu 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di BUKIT JALIL, PUNCAK JALIL, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR TUN RAZAK, BANDAR TASIK SELATAN, 


Mamayu turut membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Sabah , Sarawak dan Labuan


Diari Penyusuan Ibu : Tips Penyimpanan Stock Susu Ibu

Assalamualaikum... pagi ni mamayu dah selamat pump stock untuk mirza.. pagi ni dapat 5 oz untuk mirza.. rezeki anakku yg bam2 tu..hihi.. alhamdulillah... Allah permudahkan semuanya..

Mirza dah pun genap 5 bulan.. tak pernah sentuh susu formula lagi.. nekad mamayu tak nak bg dia rasa event sikit pon susu formula...

Alhamdulillah..sekali lagi.. suami mamayu sangat menyokong penuh penyusuan susu ibu... 
Pagi nie..mamayu nak share tips penyimpanan stock susu ibu buat ibu2 di luar sana...

Susu yang telah diperah perlu disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Ibu-ibu yang menyusukan bayi perlu mengetahui cara terbaik menyimpan susu untuk si manja.

Susu ibu segar seharusnya disimpan pada suhu bilik. Bagi suhu bilik di antara 27°C ke 32°C, jangka waktu 3 – 4 jam adalah had munasabah untuk menyimpan susu ibu perahan.

Susu ibu selamat pada suhu 15°C untuk tempoh 24 jam berdasarkan kepada perkembangan minimum bakteria yang terkandung di dalam sampel kajiannya. Walau bagaimanapun, terdapat pek ais yang digunakan mampu menyimpan susu ibu pada suhu seperti di dalam peti ais iaitu 4°C. Oleh itu pastikan pek ais yang digunakan berkualiti.

Kajian pemerahan susu ibu dengan sedikit pencemaran ketika pengepaman menunjukkan perkembangan bakteria adalah pada paras rendah dalam tempoh 72 jam. Malah, ia masih selamat selepas 4 – 8 hari didinginkan.

Membeku sus ibu perahan (-4°C hingga -20°C) adalah selamat untuk sekurang-kurangnya tiga bulan. Vitamin A, E dan B, jumlah protein, lemak, enzim, laktosa, zink, immunoglobin, lysozyme dan laktoferin biasanya kekal apabila dibekukan. Susu ibu beku perlu disimpan di bahagian belakang peti sejuk beku untuk mengelakkan pemanasan semula akibat kekerapan membuka dan menutup peti sejuk. Jadi, semua bekas penyimpan susu ibu perlu ditutup rapat untuk mengelakkan pencemaran.

Selepas bekas penyimpanan diisi dengan susu ibu, sedikit ruang perlu ada di bahagian atas bekas penyimpan untuk membenarkan ia mengembang ketika dibekukan. Semua bekas penyimpan susu ibu perlu dilabel dengan tarikh susu dipam.


Nama anak perlu dilabel terutama jika anda membekalkan kepada pengasuh yang perlu memberi susu ibu perahan kepada ramai bayi lain. Biasanya bayi memerlukan 60 – 120ml setiap sesi penyusuan ketika berada di rumah pengasuh. Jadi, simpan susu ibu dalam stok 60 – 120ml setiap satu adalah cara mudah untuk mengelakkan pembaziran.

Elakkan menambah susu ibu yang masih suam ke dalam susu yang telah dibeku. Ini bagi mengelakkan pemanasan semula susu yang telah dibekukan. Adalah lebih baik jika anda menyejukkan terlebih dahulu susu ibu yang baharu dipam sebelum dicampur bersama stok sedia ada.

Susu ibu yang disimpan mungkin berubah bau dan rasa asalnya kerana aktiviti lipase (proses pemisahan lemak yang membantu proses penghadaman bayi terutamanya bayi pramatang). Ia tidak mendatangkan mudarat walaupun ada sesetengah bayi mungkin menolak susu berkenaan.

Semoga dengan tips2 diatas dapat memberi sedikit manfaat buat ibu2 diluar sana yer...
pleaseeee... kasihani anak kita.. amanah yg Allah bagi ni jangan sia2kan.. cukup lah kita tinggalkannya di pusat asuhan... sekurang2nya, dengan bekalan susu ibu dapat merapatkan jurang antara ibu dan anak... jangan jadikan alasan tak cukup masa..tak cukup susu sebagai alasan untuk kita membesarkan amanah Allah ini...

Jika perlukan konsultansi yang lebih mendalam..boleh wassap mamayu yer..
Insyaallah..mamayu akan bantu anda sebaik mungkin..

Stock EBM Mirza waktu pergi Melaka tempohari... Banyakkan :D
Rebut peluang untuk mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik dengan Shaklee! Untuk sebarang pertanyaan tentang keraguan anda, boleh terus hubungi saya atau pengedar Shaklee yg terdekat dengan anda.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 

ID Shaklee: 1078965
Call / Whatsapp: 012-792 5153 
Email:ayu_aisya06@yahoo.com 
Add friend dan pm FB : Siti Rahayu 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di BUKIT JALIL, PUNCAK JALIL, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR TUN RAZAK, BANDAR TASIK SELATAN, 


Mamayu turut membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Sabah , Sarawak dan Labuan

Monday, 23 June 2014

Muhammad Mirza Ukhail

Dengan lafaz Bismillah mamayu memulakan mukadimah arinie dengan cerita berkaitan muhammad mirza ukhail.. singkatannya mmu..hihi
Lama kan korang tunggu baby mamayu.. mana yg tunggu laa..hihi
Entah2 tak der sapa pon tunggu...wakaka
Muhammad Mirza Ukhail Bin Noor Shazwan nama diberi.. nama ni suami mamayu yg pilihkan..sebab mamayu malas nak peningkan kepala nak letak nama apa... so, serahkan pada en.suami untuk fikir..nama apa yg terbaik untuk permata hati kami...
Alhamdulillah.. selepas kelahirannya, seminggu jugaklah pencarian en.suami.. sebelum tu my ayg nak letak nama mikhail.. tp, atas sebab2 tertentu.. nama tu tak boleh jd pilihan kami... so, selepas mencari dan bersetuju.. nama muhammad mirza ukhail dipilih..
Jom tengok biodata baby Shaklee nie secara ringkas..
Nama : Muhammad Mirza Ukhail
Maksud Nama : Muhammad (kami letak sempena kelahiran nabi muhammad masa tu) Mirza (anak yg baik) Ukhail ( anak yang cerdik dn pandai)
DOB : 21 Januari 2014
Weight : 4.17 kg
Nama panggilan : Mirza 
Alhamdulillah.. kelahiran yg kami tunggu2 selama 9 bulan...
Terima kasih Ya Allah atas kurniaanmu ini.. InsyaAllah akan kami jaga amanah yg diberi ini.. semoga mirza menjadi anak yang soleh dan menghormati orang yg lebih tua darinya nanti... amiinn...

2 jam selepas kelahiran mirza
Rebut peluang untuk mendapatkan kualiti kesihatan yg lebih baik dengan Shaklee! Untuk sebarang pertanyaan tentang keraguan anda, boleh terus hubungi saya atau pengedar Shaklee yg terdekat dengan anda.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda! 

ID Shaklee: 1078965
Call / Whatsapp: 012-792 5153 
Email:ayu_aisya06@yahoo.com 
Add friend dan pm FB : Siti Rahayu 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
COD /self pick up istimewa untuk anda yg berada di BUKIT JALIL, PUNCAK JALIL, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR TUN RAZAK, BANDAR TASIK SELATAN, 


Mamayu turut membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Sabah , Sarawak dan Labuan

Friday, 20 June 2014

SURAT PERMOHONAN BERNIAGA ONLINE

 Assalamualaikum, morrrrrrningggg.... per kabo kalian yg selalu datang blog mamayu nie...hope sihat2 jer ea... hihi

lama giler tinggalkan blog ni bersarang dan bersawang... dah boleh jadi rumah berhantu... wuuuuuu....

arini tiba2 jer nak  share mcm mana nak buat surat permohonan meminta kebenaran berniaga secara online kepada majikan.

masuk2 jer terus nak ajar buat surat kan.. surat bukan sebarang surat... surat MOHON KEBENARAN BERNIAGA nie...

oleh kerana kini, penjawat awam yang telah atau ingin berniaga secara online bagi menambah pendapatan sampingan perlu meminta kebenaran kepada majikan.

dulu mamayu ada share tentang mcm mana nak buat cuti tanpa gaji, cuti bersalin dan cuti jaga anak kan..

Mamayu yakin ramai di antara kita yang sedang berusaha memohon kebenaran secara bersurat kepada ketua jabatan tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakan ayat.

Jangan risau yer kawan2.. arini mamayu nak share surat yang mamayu dah buat.. Ayat tak perlu panjang lebar menyatakan kenapa kita berniaga secara online.. sbb, majikan mmg tahu kenapa kita berniaga..create ayat yg simple tetapi jelas.. kemudian hantar kepada bahagian pengurusan untuk sokongan sebelum di hantar kepada pegawai atasan. 

In Sya Allah, jika kita ikhlas dan jujur kepada majikan.. kelulusan akan diperolehi dengan segera.. kalau pegawai panggil kita.. siap sedialah reason2 dan perjanjian2 kita dengan bos..  Manalah tahu tiba2 bos tanya tentang bisnes kita.. n mintak kita suggest supplement apa yg sesuai buat dia..kan masyukkk tu... haaa..masa tu pon kena siap sedia template jawapan yg betul.. kasi consult bos tu sampai closed deal... hehehe..

ok lah, bawah ni contoh ayat2 yang mamayu buat.. simple jer tp, maksud sampai.. tambah la sikit kita tak akan abaikan tanggungjawab kita sebagai penjawat awam,, klau sesiapa ada sijil ssm atau sijil2 berkaitan bisnes..boleh kepilkan sekali.. so, bos akan tahu kita memang serius berniaga.

akhir sekali, lepas tandatangan terus hantar kebahagian pengurusan. n boleh la kita doa bnyak2 semoga permohonan kita diluluskan. 

Kebanyakan majikan kita akan luluskan pun..so, jangan risau.. kita berniaga nak kan keberkatan.. supaya nanti tak ada isu berbangkit..



NAMA
ALAMAT


TARIKH
______________________________________________________________________________

Kepada :

NAMA & 
ALAMAT MAJIKAN


Tuan,

MEMOHONAN KEBENARAN MENJALANKAN PERNIAGAAN DALAM TALIAN

Adalah dimaklumkan saya NAMA SENDIRI, No. K/P : 123456789 ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan bagi menjalankan perniagaan dalam talian. Permohonan ini adalah  selaras dengan surat khas daripada JPA kepada ketua Jabatan bertarikh 6 Mac 2014 berkaitan Pemantauan Ke atas Pegawai Awam yang menjalankan perniagaan dalam talian dimana ianya tertakluk dalam Peraturan 5, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 .

2.            Bersama-sama ini disertakan Lampiran Salinan Sijil Perakuan Pengedar Sah Shaklee(JIKA ADA) yang menyatakan bahawa saya kini menjalankan perniagaan produk kecantikan dan kesihatan daripada Syarikat Shaklee Malaysia bagi rujukan pihak tuan.

3.            Sebagai seorang penjawat awam yang bekerja dibawah kerajaan, saya berjanji tidak akan mengabaikan tugas hakiki dan akan menjalankan tugas saya dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.

Sekian, terima kasih.
               
Yang Benar,


(NAMA)
JAWATAN



Semoga contoh surat di atas dapat membantu rakan2 bisnes online sekalian.. tak kira kita bisnes baju ker..tudung ker..bisnes kuih muih ker.. bisnes supplement mcm mamayu ker.. yang penting kita dah declare pada majikan.. keberkatan itu penting supaya rezeki yang diperolehi dari sumber yang halal..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...