Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Sunday, 24 November 2013

SHAKLEE: FAKTOR KENAPA VITAMIN TIDAK BERKESAN

FAKTOR KENAPA VITAMIN TIDAK BERKESAN.

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. PENGAMBILAN AIR KOSONG DIPANDANG REMEH -

[✔] Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan pengambilan air kosong yang banyak ketika mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan baik.





2. ELAKKAN MAKAN VITAMIN SECARA BANYAK SEKALI GUS PADA SATU MASA 
[✔] Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan makan vitamin ketika hendak tidur sedangkan pada masa itu, kita kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu -satu masa. Ia juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu-satu masa tertentu sahaja.








3. ELAKKAN PENGAMBILAN VITAMIN BERSAMA UBAT -
[✔] Sekiranya anda makan ubat yang diberikan oleh doktor bagi tujuan pemantauan, elakkan mengambil ubat dan vitamin secara serentak kerana ini akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Sebaik-baiknya, sediakan jadual makan ubat yang diberikan doktor dan vitamin. Boleh jarakkan pemakanan vitamin tersebut 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.







4. KURANGKAN PENGAMBILAN KAFIEN -
[✔] Pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan





5. PANTANG LARANG MAKAN VITAMIN - 
[✔] Pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu kerana akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Pengambilan alfalfa juga tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh menyebabkan risiko keguguran di awal kehamilan.

Ingin mencuba produk Shaklee? PM saya
ID SHAKLEE : 1078965
Sms/Wassap:016-3441815
Email:ayu_aisya06@yahoo.com
COD(Cash On Delivery)/Self Pick up area Bukit Jalil / Puncak Jalil / Kinrara
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...