Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Tuesday, 29 October 2013

Projek Amal : PROGRAM DARI HATI KE HATI 2013

Assalamualaikum,

Aku nak share skit ngan korang apa yg aku sedang lakukan sepanjang bulan ini...Bulan oktober ni mgkin bulan yg agak tough bagi aku...sbb, aku diberi tugas utk menyelesaikan satu program amal...Kali ni, atas pandangan dan idea beberapa pihak...aku dan team bersetuju untuk melaksanakan projek amal ini di Kedah. dan projek ini merupakan usahasama antara team aku iaitu project Nukleus My Ole-ole bersama-sama Salam Utara dan Pusrawi International College Of Medical Science (PICOMS).

Ok...aku cerita serba sedikit berkaitan projek ni......


 "PROGRAM DARI HATI KE HATI" adalah salah satu Projek Nukleus 'My Ole-Ole' di bawah SALAM merupakan projek pengumpulan makanan kering tahan lama untuk diagihkan kepada penerima di kalangan ibu tunggal, warga emas tidak berwaris ataupun ketua keluarga yang lumpuh/ sakit dan hilang punca pendapatan, keluarga yang menerima kesan negatif akibat penglibatan ahli keluarga dalam penagihan dadah dan menghidap HIV positif, golongan miskin tegar serta masyarakat pedalaman seperti orang asli. 

      Program 'Hati ke Hati' ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan berbentuk makanan kering tahan lama kepada 200 orang penerima miskin di Kuala Nerang Kedah. Selain aktiviti-aktiviti bersama komuniti termasuk pemeriksaan kesihatan oleh mahasiswa Pusrawi International College of Medical Sciences (PICOMS).


Alhamdulillah...perancangan kami  insyaAllah akan dapat direalisasikan dalam masa 2 hari lagi... Segala persiapan..segala dana sumbangan berbentuk duit dan barang telah pun dapat dikumpul oleh team kami...Team kami amat berbesar hati di atas banyak sumbangan dari individu dan ahli korporat... hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian...

disini saya akan kongsikan promo-promo yang telah team kami lakukan sepanjang bulan ini...

 sumbangan tajaan 1 family = RM20

Bagi mendapatkan dana..kami telah mengambil keputusan dan membuka peluang kepada para penderma di luar sana bagi memberi sumbangan mereka dengan menaja sebuah keluarga dengan kos RM20 sahaja...Jika penderma menderma lebih dr 3 tajaan keluarga..resit tax exemption akan diberi sebagai bonus kepada penderma. Alhamdulillah..team kami (My Ole-ole) berjaya mengumpulkan dana penuh 200 keluarga selama dua minggu sahaja. Terima Kasihhhh tidak terhingga kepada para penyumbang yg budiman :)

setelah tajaan penuh diperolehi..
logo My Ole-Ole
logo PICOMS



Logo Yayasan Salam Malaysia

Gambar di atas adalah logo2 usahasama antara My Ole-ole Teams, PICOMS dan Yayasan Salam Malaysia

giant hypermarket Alor Setar

Niosh


Persatuan Isteri-isteri dan Anggota Wanita TM


Antara Sumbangan-sumbangan dari syarikat Korporat, agensi kerajaan dan NGO. Terdapat juga individu-individu yang budiman turut menaja keluarga dan hamper cabutan bertuah dan hadiah sukaneka... Terima Kasih tidak terhingga kepada mereka...tanpa sumbangan-sumbangan dr mereka... Team kami mungkin tidak dapat merealisasikan program ini bersama masyarakat kedah..

Ok..cukuplah setakat ini jer corat coret dari aku...sori, x berapa pandai sngat nak menyampaikan dalam bentuk penulisan...tp, aku rasa korang paham jer kot apa yg aku sedang lakukan sepanjang bulan ni....nnti aku apdet cerita selepas program berlangsung...

Doakan kami yer..mudah-mudahan Allah permudahkan perjalanan program kami... Ameennnnn...


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...