Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Thursday, 31 October 2013

Diari Hamil : Aktiviti baby dalam perut mummy

Assalamualaikum....

Jom kita tgok apa laaaa yg sedang baby kita lakukan semasa dlm perut mummynyer.... 


My Precious

Sweet n Comeikannnn ^___^

Diari Hamil : Usia kandunganku sudah pon 27 minggu

kedudukan n keadaan baby semasa berusia 27 minggu

Alhamdulillah....skrg usia kandungan ku telah pon menjangkau 27 minggu....

Mengikut kajian perkembangan bayi...berat baby 875gm..dan panjangnya pula 36.6cm dari kepala ke jari kaki...tp, aritu aku scan..berat baby sudah pon 1kg...huhuhu..panjangnya pula aku x perasan sngat...dan menurut kajian..pada usia begini baby dah mula bermimpi...tp, mimpi apa x tau plak....harap mimpi yang indah2 sajer la syg mummy yer...

Pada waktu ini juga bayi kita sudah boleh membuka matanya. Jadi, dia kini boleh melihat cahaya luar menerusi bahagian abdomen kita. Ketika ini juga bayi mula belajar menghisap dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari atau pun genggaman tangan. 

Bagi perkembangan diri kita pula kita semakin hari semakin besar dan tentunya berat semakin bertambah. Antara bahagian yang paling ketara pertambahan beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada bahagian payu dara. Ohh!! betul laaa...terasa sngat breast ni memberat... sebab tu lah pemakaian baju dalam yang sesuai sangat penting. Masa wat medical check up aritu...doctor pesan elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan membuatkan kita rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur darah kita akan ditekan oleh rahim kita yang semakin membesar.
Terasa sangat berdebar-debar....Ya Allah..semoga kau permudahkanlah segalanya...  Ameeennn....

Diari Hamil : Panduan Memohon Cuti Bersalin 90 Hari

           Ok, kat sini aku nak share skit kat korang-korang yang keje goment berkaitan permohonan cuti bersalin 90 hari. mgkin korang masih lg kabur2 ttg bagaimana memohon cuti bersalin 90 harikan....aku pon blur sebenarnya...sbb, aku nak cuti awal..tp, x tau apa patot aku buat...adakah cuti tanpa gaji...separuh gaji..atau apa yer....aku amik keputusan survey info berkaitan ngan cuti tanpa gaji dulu...cari punyer cari...tiba2 terbaca satu blog ni..nama apa ek blog nie..ok..nama blog tu cik matahariku.. ok, dalam blog ni bg tau ttg kelayakan dan panduan cuti bersalin.. korang baca la dulu panduan di bawah ni yer...


 KELAYAKAN MENDAPAT KEMUDAHAN CUTI BERSALIN 90 HARI
Selaras dengan hasrat Kerajaan yang mengambil berat terhadap kebajikan pegawai,kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti Bersalin ditetapkan seperti berikut: 

  • seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya; 
  • pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran; dan Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin.
  • pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin
PANDUAN JIKA CUTI BERSALIN BERGAJI PENUH KURANG DARIPADA 90 HARI

Bagi pegawai yang mempunyai cuti bersalin bergaji penuh kurang daripada 90 hari, maka anda dikehendaki mematuhi turutan kemudahan seperti berikut :

Bagi pegawai kecuali guru: 
  • menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan
  • mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan; dan
  • mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 7.1 (a) dan (b) di atas; atau
  • menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007.
Bagi guru: 
Semasa penggal sekolah, guru hendaklah:
  • menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; (7.2 (a)(i)
  • mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari;7.2 (a)(ii) dan
  • mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 7.2 (a)(i) dan (ii)di atas; atau 
  • menggunakan Cuti Menjaga Anak sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin. 

Semasa cuti penggal sekolah, guru hendaklah:

  • menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan
  • bagi tempoh yang selebihnya dianggap dalam Cuti Bergaji Penuh.
MAKLUMAT LANJUT PEKELILING

Kepada semua penjawat awam wanita yang inginkan maklumat lanjut berkaitan panduan memohon cuti bersalin bergaji penuh ini, saya sarankan anda layari http://www.jpa.gov.my .
Add caption
TAPI.....yang bestnya...kita boleh mintak cuti awal bersalin..walaupun masa tu kita x bersalin lagi....cth: due date aku bersalin adalah 27 Januari 2014...so, aku leh apply cuti awal bersalin pada 1 Januari 2014 walaupun masa tu aku x bersalin lagi...aku ingatkan  kena tggu bersalin baru leh cuti...tp, rupanya x...aku boleh jer apply awal sbelum bersalin...
so, sesapa yg belom apply atau x tau panduan nak apply cuti ni...sila pastikan korang baca pekeliling dulu yer.... syarat nak apply cuti ni senang jer...

1.isi borang cuti bersalin mcm borang di bawah ni...
2. then isi borang cuti mcm biasa
3.masukkan cuti dalam hrmis
4. then fotostat muka depan buku pink tu..
DONE!!! 

ok lah...nak g breakfast jap...bye

Diari Hamil : Mak Bidan Oh! Mak Bidan

Assalamualaikum,

Ahaksss..arini masuk opis awal giler...x der lg dlm sejarah aku punch card pkul 6.45am... walhal masuk keje pukul 8.30....Feuwwwwwwww...awalkan? huhuu

Ni semua gara-gara mak bidan....

ok, sebelum2 ni ada x aku ngadu selalu sakit kat bhgian bawah perut...nak jalan pon rasa sarat benor dah....padahal usia kandungan aku baru jer 27 mggu... ada sorang akak kat opis (kak kelly) ni kesian benor tgok aku...dan dia suggestkan aku utk jumpa mak bidan atau memana tukang urut....sbenarnya kak kelly ni pon pregnent gak...usia kandungan antara aku ngan dia lebih kurang jer....tp, aku tgok dia steady jer....jln pon x sesusah aku...jelesnyer... aku ckp kat dia...aku x tau mana2 tukang urut kat kl ni tambahan plak mak bidan.... mmg tgh dlm dilema...sbb keluar masuk klinik dah brapa kali hanya nak pastikan baby aku x apa2....x per lah klau aku trpaksa menanggung kesakitan semasa menghamilkannya....

then kali ni aku rasa kali ni aku mmg nak sangat mak bidan tolong betulkan kedudukan baby aku...atas faktor lg 2 hari lagi program kat kedah akn berlangsung...so, kak kelly la yg bwkkan aku ke rumah mak bidan yang dia kenal di area hulu langat....lepas col mak bidan, aku amik keputusan utk dtg pd arini jugak (means smlm laaa).. lepas waktu kerja, kami terus ke sana...


Mak bidan suruh aku baring..yer laa..klau x baring cmner nak check perut kan...hehehe.... betapa seksanyer la nak baring....berkerut2 muka....mak bidan pon memainkan peranannya...letak minyak khas yg beliau buat sendiri...then tngannya pon mula menyentuh perut aku...merasa kedudukan baby aku....hmmmm "mmg kedudukan anak ko ni x betul" kata mak bidan.... "budak ni agak kebawah skit nie"... alamak cuak aku...jangan laaa...risau...bila org ckp budak kebawah tak lama nak bersalin la tu......huhuu... dia pon mula membetulkan kedudukan baby..berkerut2 aku tahan sakit...dia sengkak perut aku agar naik sikit..betulkan kedudukan kepala baby.."ok, budak ni dah duduk ditempat yg sepatutnya".... lepas 10minit jamah perut...mak bidan mintak aku mengiring...nak urut sikit pinggang.... Ya Allahh..sakitnya nak menggerakkan badan..walhal nak mengiring jer....rasa nak nangis...tp, gagahkan jugak dgn bantuan kak kelly...ok done! mak bidan pon urut la pinggang n belakang badan..pon sakit...tp, sedap + lega... lepas tu aku di suruh duduk pulak...mak bidan urut lagi....adalah dalam 30minit... mak bidan urut...semua selesai....

next appoinment mggu dpan lak...sbb, nak tgok kedudukan baby balik pada asal atau tak...

Thanks mak bidan...pagi ni rasa ringan skit perut...x ler mcm selalu...nak jln pon susah...huhu
Thanks jugak pd kak kelly...sbb, sudi bwk n temankan saya berurut...lepas mak bidan urut aku..dia request pd mak bidan utk urut dia gak...hehehe

gambar sekadar hiasan


Wednesday, 30 October 2013

Diari Hamil : Kisah Benar Pengalaman Seorang Suami

Kisah Benar. 

Luahan Pengalaman Seorang Suami Apabila menatap gambar-gambar ibu bersalin, menerawang fikiran aku teringatkan kembali detik-detik isteri aku ingin melahirkan zuriat pertamaku ke dunia.


 Ketika diberitahu isteriku dimasukkan ke dalam hospital pada jam 1 pagi aku masih dibuai mimpi di rumah sewa berhampiran universiti.


 Keletihan akibat kuliah penuh sepanjang hari sebelumnya. Sebelum tidur, aku sempat berbalas-balas SMS dengan isteriku bertanyakan keadaannya ketika itu.


 Katanya, dia tidak makan sejak petang lagi. Aku menyuruh dia mengambil air susu sebelum tidur. Isteriku dimasukkan ke wad kerana air ketuban telah pecah. Katanya bukaan hanya 2cm ketika itu. 


Dia memberitahuku supaya jangan risau kerana masih belum rasa sakit bersalin. Pada keesokan harinya barulah aku bertolak ke hospital untuk bertemu dengan isteri yang kucintai.


 Menatap wajahnya yang tidak bermaya, baru aku teringat yang isteriku masih tidak menyentuh makanan sejak dari petang semalam. 


Aku menyuruhnya makan sedikit, tetapi dia menolak kerana doktor telah menyuruh isteriku berpuasa bermula jam 6 pagi. Sayu melihat dirinya yang lemah, aku menghulurkan air minuman untuk membasahkan tekaknya. 


Tabahnyaa dirimu.. Apabila jam menunjukkan pukul 10.00 pagi dengan bukaan seluas 4cm, dia ditolak masuk ke dalam labour room. 


Entah kenapa dengan bukaan seluas itu, dia sudah ditolak masuk ke bilik bersalin. Aku pun confuse. Setahu aku, bukaan yang sesuai untuk melahirkan anak ialah 10cm. 


Dan aku dimaklumkan oleh guard wanita India yang bertugas, isteri aku ditempatkan di bilik D. Dia memaklumkan bahawa kebiasaannya bilik itu akan dihuni oleh mereka yang mengalami masalah untuk bersalin. 


Aku mula gelisah. Tak tentu arah. Mungkin itu adalah mitos yang direka oleh achi India itu berdasarkan pengalamannya sebagai senior guard di sana. 


Pujuk aku sendirian. Berbekalkan Quran burukku yang aku bawa bersama barang-barang isteri dan baby yang bakal dilahirkan, aku selak helaian 440. 


Ya.. Aku mencari surah Yaasin. Pesan nenekku, bacalah Yaasin. Semoga dengan berkat dan rahmat yang ada pada surah itu dapat membantu isteriku bersalin secara normal. 


Kumulakan dari al-fatihah dan disusuli surah karamah itu. Satu persatu perkataan dan ayatnya ku alunkan perlahan sambil di dalam hati tak henti-henti berdoa agar diselamatkan isteri dan anakku. 


Usai membaca Yaasin dan menunaikan solat Zohor, aku tunggu lagi. Achi India yang sedari tadi memerhatikan gerak langkahku menegurku ‘’Adik.. Mari ikut saya. Kita masuk ikut pintu belakang. Adik boleh jumpa isteri adik,’’pelawanya ramah. 


Mungkin dia sedar aku dah semakin gelisah dan asyik mengintai ke dalam labour room. Alhamdulillah. Kalau boleh jumpa tenang sikit hati aku sebab dari tadi hanya membalas sms je.


 Keadaan sebenar isteri aku tidak aku ketahui. Dari jam 10 sampailah jam 4 petang isteriku ditahan. Bukaannya sekarang hanyalah 6cm. Setelah diinduce kali ke dua, bukaan rahimnya masih belum membenarkan bayi untuk keluar.


 Akibat terlalu lama menunggu, akhirnya doktor memutuskan isteriku perlu dibedah.. Ini kerana bayi di dalam kandungan isteriku semakin lemah. Aku yang cuba mengawal diri agar tidak panik, akhirnya tewas kepada diri sendiri. 


Air mata yang cuba ku sekat agar tidak mengalir seolah-olah tidak dapat dibendung. Seolah-olah mataku tidak ada penakung. Setiap kali aku bertutur, menenangkan isteriku.. Setiap kali itulah air mataku kan bercucuran jatuh ke tangannya. 


Mana taknya.. dengan keadaan dirinya yang sudah tidak bermaya, ditambah pula dengan tangan dan kakinya sejuk bagaikan direndam ais, tubuhnya menggigil. Dengan segala macam wayar berselirat di perut dan tangannya.. Hatiku meruntun sayu.


 Para doktor meninggalkan aku dan isteri untuk meluangkan masa bersama. Mungkin ini adalah untuk kali terakhirnya aku boleh bercakap bersama isteriku. Ini kerana doktor telah membuat keputusan, isteri aku mesti dibedah bagi menyelamatkan bayi yang hampir lemas. 


Beralunkan surah Yaasin yang dipasang di bilik bersalin itu..Mata kami bertentangan. Isteriku perasan mataku kembali berkaca.


 Dia mula menuturkan kata-kata cinta bagi memulihkan semangatku. ‘’Abang.. Hensemnya Abang harini. Abang suka tak dengan baju yang sayang belikan untuk Abang tu?’’ Pada ketika itu juga, aku tidak dapat menjawab dengan perkataan tapi aku rangkul dirinya sambil menangis teresak-esak seperti tiada lagi esok untuk kami bersama. 


Aku tidak mampu bersuara walaupun mengeluarkan sepatah kata. Tapi, dia mempunyai kekuatan yang amat luar biasa. Walaupun dia ‘berpuasa’ , dia masih gagah. Masih kuat untuk memulihkan semangatku yang semakin luntur.. ‘’Abang.. Seandainya doktor memberi pilihan, siapakah yang Abang ingin selamatkan, sayang atau anak kita.. 


Abang tolong jawab ‘’ Selamatkan anak saya.. ‘’. Berilah anak kita peluang untuk merasai kebahagiaan hidup di dunia ini biarpun tanpa umminya di sisi..’’ Sekali lagi aku menangis semahunya. 


Aku tidak mahu keadaan itu berlaku. Aku mahukan isteri aku. Aku mahukan kedua-duanya berada di sisiku. Membesarkan anakku bersama insan pilihanku. 


Tamatnya waktu bersama. Isteriku ditolak untuk dibawa ke bilik pembedahan. Aku menghantar Isteriku dengan lirik mata berair sebelum berlalu ke musolla hospital. 


Aku berwudhuk. Solat 2 rakaat. Aku sujud lama-lama memohon keampunan untuk isteriku juga untuk diriku lebih-lebih lagi. 
Mungkin ini adalah kaffarah dosa aku selama ini. Aku menangis semahu-mahunya.. Sedari jam 4.30 petang aku menanti penuh sabar di luar bilik pembedahan. 


Aku dail, aku telefon nombor keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan-rakan yanga aku kenal. Aku pohon dan merayu dari mereka agar doa dikirim buat isteriku yang sedang bertarung nyawa melahirkan seorang khalifah penambah ummat Nabi tercinta. 


Mulutku tidak henti-henti menbacakan Hizbul Bahri. Zikir berharga yang tiada nilainya yang aku terima ijazahnya dari Al-Allamah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki.


 1 jam berlalu. Mundar-mandirku tidak mengeluhku untuk aku duduk. Walaupun kakiku lenguh berdiri dari tadi, tapi perasaan ingin tahu akan keadaan isteriku melenyapkan semua keletihan itu. 


Akhirnya penantian aku berakhir.. Seorang nurse menolak troli tertutup.. incubator barangkali namanya.. dengan seorang bayi mata bulat muka mirip anak Cina.


 Oh! Rupa-rupanya, bukan isteri aku seorang kat dalam. Ibu cina pun ada. ‘’Suami kepada Zulaikha’’ ‘’Suami kepada Zulaikha’’ jerit nurse mencari ‘Yusuf’ Zulaikha. Orang ramai yang turut sama mengintai bayi cina itu berpandangan antara satu sama lain termasuklah aku.


 Tiba-tiba aku teringat. Akulah suami Zulaikha. Macam manalah boleh lupa pulak time-time macam tu. Aisehhh.. Biasalah beb. Cuak kot masa tu. Sampai nama bini pun lupa daaa.. 


‘’Ya.. Saya kak. Saya suami dia’’ ‘’Encik.. Ini anak encik. Encik bolehlah pegang dan azankan dia. Tapi sebelum tu, Encik kena kata apa?’’ Nak kata apa pulak nurse ni. Alhamdulillah ke? Ke terima kasih nurse? Mana aku tahu. Dah la rasa tak percaya pun ada yang anak cina yang aku sangka tadi tu rupanya anak aku..


 Boleh pulak dia suruh kata apa. Aduilaa.. Nurse pun. Mungkin nurse tu perasan aku tengah blur, dia pun selak kain bedung anak aku bagi menyatakan jantinanya. Oh.. Nurse nak suruh aku buat pengakuan yang anak aku ni perempuan.


 Baru aku faham. ‘’Perempuan nurse’’ kataku tersenyum malu. Aku dakap anak aku. Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan iqamatkan di kedua-dua belah telinganya. Allahurabbi. Comelnya anak aku. Mata hitam dia bulat besar. Taknak tutup pulak tu.


 Alhamdulillah. ‘’Nurse, macamana dengan isteri saya? Bagaimana keadaan dia?’’ tanyaku setelah sedar dari pukauan mata anak aku ini. ‘’Isteri encik selamat. Dia sedang dijahit. Kejap lagi dia keluar..’’ Tidak lama selepas itu, Isteri aku ditolak keluar. Alhamdulillah. Syukur kepada-Mu ya Allah. 


Biarpun Kau mentaqdirkan dia bersalin secara Caesar, namun aku bersyukur sangat-sangat kerana Engkau masih lagi memberikan kesempatan untuk aku berkasih-sayang dengannya.


 Hanya pada Mu segala puji-pujian layak kami berikan. Keluarnya isteri aku dari bilik pembedahan bukannya dengan tangisan. 


Malah, tiada setitis air pun yang aku perasan membasahi matanya. Walaupun kesakitan, seukir senyuman dia hadiahkan kepadaku. Terharu. Sungguh terharu. 


Aku kucup dahinya dan mengucapkan ‘’Terima kasih Sayang kerana sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriat Abang’’. 


P/S : Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya. Diamkanlah diri tenangkanlah hati. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya.

Diari Hamil : Emosinyer aku bila suami selalu Out Station...

Tak dapat pejamkan mata...padahal jam dah pon menunjukkan jam 12.31.... Penat + mengantuk...tp, mata still x leh pejam.... dalam hati sekarang ada seribu satu perasaan...nak nangis pon ada...kdg2 tumpah jugak air mata nie....usia kandunganku skrg 26-27 minggu...perut semakin membesar...badan semakin x larat....jln pon kdg2 x mampu nak jln laju2 dah...setiap kali aku berjalan...rasa nak nangis...seriusss...aku x larat...x tau naper rasa mcm sarat sngat...padahal kandungan aku baru jer melangkau 6 bulan....bila memikirkan aku selalu keseorangan tanpa ditemani suami...lagi sayu rasa hati....rasa mcm terpinggir...terbuang pon ada....dlm keadaan mcm ni...kenapa mesti kami berdua berjauhan...aku tahu...dia trpaksa jlnkan tugas yg diberi...dan klau diberi pilihan...dia pon x nak tanggalkan aku jauh2....cuba utk memahami kehendak tugasnya...cuba utk memahami tanggungjawap yg dia trpaksa lakukan....kadang aku terpaksa pujuk hati ni sendiri...dia keje demi mencari rezeki utk aku dan bakal cahaya mata kami berdua.....tp, yer lahhh..kengkadang emosi mom to be ni lain skit....cepat terasa...cepat terusikk....




Waktu pagi merupakan waktu yg agak sebal bg aku....sbb, terpaksa pegi keje sendiri...dengan tenaga yg ada sikit2..gagahkan jugak bawak kereta ke tempat kerja...kereta aku manual plak tu...bayangkan betapa seksanya aku setiap pagi....trpaksa bertahan...kdg2 ada ketika kaki jd kremm...aku amik keputusan utk emergency leave jer...bukan apa...x mau amik risiko...suami x tau keadaan aku...bg x nak dia rasa risau...aku cerita apa yg berlaku pdnya...tp, selalunya aku cerita seolah2 perkara tu x perlu dibimbangkan sngat....dari nada suaranyer dpt rasa dia risau...tp, apakan daya....perkara kecik2 cmni..x mungkn dia akn rushing balik ker rumah....

Teringat kembali saat2 awal kehamilan...di awal trimester pertama, aku mengalami alahan yg teruk...tp, dia diarahkan utk memantau projek d sarawak...bayangkan sedihnya...tp, apa yg mampu aku lakukan... menangis dalam hati jer mampu...trpaksa biarkan dia pegi dan dia pon trpaksa tggalkan aku sendiri.... emosi bercampur baur....duduk di rumah keseorangan dlm keadaan kesihatan yg x mengizinkan...semiggu suamiku disana...aku admitted....mujur ada nani dr jauh  dtg menjenguk aku dirumah..klau la nani x dtg...mgkin aku masih lg trlantar di katil...nani bersama mona la yg mengkabarkan situasi aku pd suamiku...benda yg lepas..malas aku nak ungkitkan...

yang pasti, selepas berakhir trimester pertama...aku ditinggalkan lagi....kali ni suami terpaksa memantau projek di 3 daerah di johor...klau nak dihitung sudah dekat 3 minggu aku ditinggalkan...Alhamdulillah, aritu suami ada jugak balik sbb nak wat medical check up....mulanya dia suruh aku hati2 masa pergi klinik nnti...aku dah emo...tp, still tahankan perasaan...cuma, aku mcm biasa bila ada perkara yg aku minta dia x dpt lakukan...aku akn diam..x der mood nak reply wassap or pick up fon klau dia col....tp, mlm tu dia khabarkan yg dia akn balik kejap utk temankan aku pegi check up....tp, lepas check up...dia trpaksa pegi semula ke johor...ok..aku terima walau sebenarnya aku x nak dia pegi pon....



minggu ni aku mmg x der mood nak borak ngan suamiku..nak reply msj dia...klau dia col pon aku nak x nak jwp pertanyaan dia...sbb aku mmg beremosi skit mggu ni...mgkin kerana faktor tugasan di opis...dan juga faktor terpaksa handle program amal di kedah...aku rasa seolah2 semua aku lakukan sendiri...ke sana kemari bwk kereta sendiri...betapa penatnya badan...aku selalu ckp ngan kwn2..klau la boleh letakkan perut ni kat umah..kan bagus....aku nak buat keje pon senang dan tenang....

aku tau..suamiku skrg tahu pada perubahanku mggu ni...setiap kali dia col..suaranya sngat2 lembut..takot nnti aku terasa....dia bertanyakan keadaan aku...keadaan kandunganku....memberi pesanan2 pd aku....dan yg penting sebelum mengakhiri perbualan..perkatan "i love u mummy n baby" "miss u mummy n baby" x pernah lupa utk disebut sebelum mengakhiri perbualan kami....

ok..tu jer lah utk mlm nie....

(apa-apa pun "we love u to daddy" " we miss u to daddy")










Tuesday, 29 October 2013

Projek Amal : PROGRAM DARI HATI KE HATI 2013

Assalamualaikum,

Aku nak share skit ngan korang apa yg aku sedang lakukan sepanjang bulan ini...Bulan oktober ni mgkin bulan yg agak tough bagi aku...sbb, aku diberi tugas utk menyelesaikan satu program amal...Kali ni, atas pandangan dan idea beberapa pihak...aku dan team bersetuju untuk melaksanakan projek amal ini di Kedah. dan projek ini merupakan usahasama antara team aku iaitu project Nukleus My Ole-ole bersama-sama Salam Utara dan Pusrawi International College Of Medical Science (PICOMS).

Ok...aku cerita serba sedikit berkaitan projek ni......


 "PROGRAM DARI HATI KE HATI" adalah salah satu Projek Nukleus 'My Ole-Ole' di bawah SALAM merupakan projek pengumpulan makanan kering tahan lama untuk diagihkan kepada penerima di kalangan ibu tunggal, warga emas tidak berwaris ataupun ketua keluarga yang lumpuh/ sakit dan hilang punca pendapatan, keluarga yang menerima kesan negatif akibat penglibatan ahli keluarga dalam penagihan dadah dan menghidap HIV positif, golongan miskin tegar serta masyarakat pedalaman seperti orang asli. 

      Program 'Hati ke Hati' ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan berbentuk makanan kering tahan lama kepada 200 orang penerima miskin di Kuala Nerang Kedah. Selain aktiviti-aktiviti bersama komuniti termasuk pemeriksaan kesihatan oleh mahasiswa Pusrawi International College of Medical Sciences (PICOMS).


Alhamdulillah...perancangan kami  insyaAllah akan dapat direalisasikan dalam masa 2 hari lagi... Segala persiapan..segala dana sumbangan berbentuk duit dan barang telah pun dapat dikumpul oleh team kami...Team kami amat berbesar hati di atas banyak sumbangan dari individu dan ahli korporat... hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian...

disini saya akan kongsikan promo-promo yang telah team kami lakukan sepanjang bulan ini...

 sumbangan tajaan 1 family = RM20

Bagi mendapatkan dana..kami telah mengambil keputusan dan membuka peluang kepada para penderma di luar sana bagi memberi sumbangan mereka dengan menaja sebuah keluarga dengan kos RM20 sahaja...Jika penderma menderma lebih dr 3 tajaan keluarga..resit tax exemption akan diberi sebagai bonus kepada penderma. Alhamdulillah..team kami (My Ole-ole) berjaya mengumpulkan dana penuh 200 keluarga selama dua minggu sahaja. Terima Kasihhhh tidak terhingga kepada para penyumbang yg budiman :)

setelah tajaan penuh diperolehi..
logo My Ole-Ole
logo PICOMS



Logo Yayasan Salam Malaysia

Gambar di atas adalah logo2 usahasama antara My Ole-ole Teams, PICOMS dan Yayasan Salam Malaysia

giant hypermarket Alor Setar

Niosh


Persatuan Isteri-isteri dan Anggota Wanita TM


Antara Sumbangan-sumbangan dari syarikat Korporat, agensi kerajaan dan NGO. Terdapat juga individu-individu yang budiman turut menaja keluarga dan hamper cabutan bertuah dan hadiah sukaneka... Terima Kasih tidak terhingga kepada mereka...tanpa sumbangan-sumbangan dr mereka... Team kami mungkin tidak dapat merealisasikan program ini bersama masyarakat kedah..

Ok..cukuplah setakat ini jer corat coret dari aku...sori, x berapa pandai sngat nak menyampaikan dalam bentuk penulisan...tp, aku rasa korang paham jer kot apa yg aku sedang lakukan sepanjang bulan ni....nnti aku apdet cerita selepas program berlangsung...

Doakan kami yer..mudah-mudahan Allah permudahkan perjalanan program kami... Ameennnnn...


Tuesday, 22 October 2013

Diari Hamil : Jom buat persiapan....Checklist oh checklistttt.....

Persiapan Menyambut Bayi Baru
Menyediakan barangan kelengkapan bayi adalah pengalaman yang sangat mengujakan bagi ramai ibu bapa baru. Namun, tanpa perancangan rapi, mereka mungkin terbeli barangan yang tidak sepatutnya dan tertinggal yang mesti dibeli. Inilah pentingnya senarai semak barangan kelengkapan bayi.
Walau bagaimanapun, sebelum membuat senarai semak tersebut anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat serta pandangan individu yang lebih berpengalaman. Pada masa yang sama, pastikan barangan yang bakal dibeli itu mengikut kemampuan kewangan anda.
Pakaian Bayi
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi
Lampin
  • Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  • Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
  • Tisu basah
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin
  • Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)
Set mandian
  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu
Set penjagaan bayi
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital
  • Bakul untuk letak set penjagaan bayi
Tidur
  • Tilam
  • Bantal kepala
  • Bantal peluk
  • Cadar
  • Selimut
Penyusuan
  • Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
  • Bekas penyimpanan susu ibu
  • Beg pendingin
  • Nursing cover
Penyusuan susu formula:
  • Botol susu bebas BPA
  • Puting botol susu
  • Berus botol
  • Bekas untuk menyimpan susu formula
  • Bekas menyimpan air panas
  • Bekas menyimpan air kosong
  • Alat steril botol susu 

Thursday, 3 October 2013

Diari Hamil: My Baby

my baby ( 8 weeks 2 day )
Alhamdulillah....sebenarnya, kes dah lama sngat2 x update my blog adalah berpunca dr my future baby ni ler..hehehe...seriously, aku mengalami simptom2 alahan yg sangat2 teruk....badan aku mengalami dehydrate menyebabkan aku admitted selama 6 hari di Hospital Serdang...Sebanyak 22 botol air telah dimasukkan dlm urat sarafku ini....dan secara kebetulan my hubby tiada..outstation ker sarawak...kesian mommie... :'( x per lah..perkara dah lepas...jgn dikenang2...

Sekarang usia kandungan ku dah pon memasuki trimester ke-2..alahan dah kurang..dah start nak mkn  itu dan ini...sebulan berat badanku naik 3kg..mak aiiiii...mmg kena marah ngan cik misi la jwpnyer....siap tunjukkan aku carta perkembangan bayi yg sepatutnya...huhuhu...iyorlah cik misi...masa berat aku susut smpai berkilo2 x ler pulak kena marah...bila berat naik..kena marah pulok...hmmmm...

ni antara botol yg ke-10 ari ke-3 admitted


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...