Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Monday, 30 September 2013

VRC #Anugerah Sukarelawan Cemerlang..

Alhamdulillah.....VRC2012 sudah melabuhkan tirainya. Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan sukarelawan yang mendapat anugerah cemerlang,aktif, kepimpinan, sepenuh masa dan kumpulan sokongan. Terima kasih tidak terhingga kepada badan2 korporat yang banyak menyumbang kepada SALAM untuk kelangsungan projek dan aktiviti sukarelawan di SALAM serta kepada NGO dan badan kerajaan serta pihak media yang menyokong SALAM sepanjang 2012. Semoga terus kekal dengan semangat kesukarelaan yang tinggi, dan menerapkan semangat WE'RE FAMILY sepanjang bersukarela. Jumpa di VRC2013 pada tahun hadapan. In shaa Allah...

Aku antara Salah seorang daripada 25 org sukarelawan Cemerlang

Sukarelawan yg comei2 n kiut2


Keluarga besar kami


Laporan dari Berita Harian 2 September 2013

 KUALA LUMPUR, 1 Sept -- Ketua Pegawai Operasi Yayasan Salam Malaysia, Ghani Ibrahim (tengah) bersama para penerima anugerah sukarelawan pada Majlis Penyampaian Penghargaan Sukarelawan (VRC) Yayasan Salam Malaysia 2012 di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak di sini, hari ini.
Antara penghargaan yang disampaikan adalah Anugerah Sukarelawan Aktif, Anugerah Sukarelawan Sepenuh Masa, Anugerah Sukarelawan Cemerlang dan Kempipinan serta Anugerah Korporat, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Media dan Agensi Kerajaan.
--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA


Ok..Jom cuci mata sket....Tema bagi Anugerah Sukarelawan Cemerlang adalah Raya Merdeka..Kebetulan waktu ini masih lg dlm mood raya dan kita semua pon baru menyambut Hari Merdeka...So,x ramai yg pakai baju bertemakan merdeka...kami cari jln selamat pakai baju raya jer..hehehehe


 wit Miss Noi (baju ijau) Abah J sham, my hasben n Aznam
Bersama-sama adik-adik dr Perkampungan Orang Asli Serendah,Selangor


Wit Kejora Mawaddah (baju ijau) n sweet couple sue haza
 
wit sue n haza

 
 di apit para sukarelawan yg comei2 n kiut

 
me n my husben...yg sebolah tu haza


Majlis Resepsi Meizy (acu) & uncle Naz (Nazrul)

Majlis resepsi acu di adakan pada 23 september 2013 di Dewan Gemalaisari , Kompleks Risda, Ampang.




One Happy Family... :D


Keluarga Besar kami

photoshoot di luar selepas majlis di Dewan....

ok dahhh...ni jer gambar yg mampu aku share...sbb, aku x amik bnyak sngat gambar tru my camera hp...gambar2 ni pon curik dr fb adik2..hehehe

Jap2..nak share gambar kami yg comei2 ngah posing gedik...hihihi


Kakak2 & abg2 pengantin yg gedik di photobooth... ;p bila lg kannnn

me wit my forever husben..


Add caption
 Tamat sudah...next majlis sebelah pihak lelaki pada 13 oktober 2013 di Simpang Renggam...

Acu dah kawennnnnnn....



Sob..sobs... tetiba terasa sayu. Dah besar rupanya adik kecik  ni. *eh.. masih kecik ke*
Comel jer husben dia. Simple dan baik orangnye. Pemalu sikit2. pemalu ker....*ehhh..entah laa...
dulu muda2 #FH (Forever Husben) adik aku nie kecik kurus cekeding jer...skrg ni bagai di pam2...hahahaha... Dorang selamat diijab kabulkan pada 22 September 2013 di rumah abang sulung kami di Saujana Impian,Kajang.

dah sah..dah boleh pegang2


Ayg ucuk mashan abah kater dah kawen....
posing sket...


.
 
Pepun, tahniah ye dear..
Kak Ayu doakan kebahagiaan kalian. *pasangan ini sangat cute*
Semoga beroleh anak2 yg baik, bijak dan mendengar kata.
Memasuki alam perkahwinan akan memikul banyak cabaran dan amanah yg perlu dijaga.
anak menantu mak
 Suratan atau kebetulan? Pengantin lelaki dan barisan hadapan semua menantu mak bonda dr Johor Darul Takzim~ JDT Luaskan Kuasamu.. Tp Selangor tetap di hati . Sayangi selangor yakini JDT :p

"USAH GELISAH" Renungan Bersama.....


"USAH GELISAH"......Renungan bersama.........
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar....
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari terganggu membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus putus.
Maka kita lebih bahagia dari golongan gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang datang tidak dijangka jangka.
------------
Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakkal...!!!
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil. Amiinn!!!

credit: Prof Dr Muhaya
 
 
 

Sunday, 29 September 2013

Saya Kembali BerBlogging...

Dengan lafaz Bismillah saya kembali lagi....lama betol x update blog...last update masa PRU aritu...lepas tu langsung x update apa2...smpai la terlupa password blog...huhu...bukan shj lupa password..alamat email pon lupa...hahahaha..haru tol..

Tapi walau apa2 pon banyak perkara nak update ni..bnyak story yg nak dikongsi...tp, bukan mlm nie laa...rasanya idea untuk berkarya x der sngat...nnti2 lah...cuma ngah sorting gambar2 yg nak dimasukkan dlm blog SIC nie...tunggu yer....hehehe..mcm la aku ni ada peminat setiakan....kuangkuangkuang.....

Wokeyy...mummy nak masuk tido..dah pkul 11.27pm..sok nak keje....bye..Assalamualaikum..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...