Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Thursday, 17 January 2013

Tentang Ilmu

Ilmu pengetahuan tak akan lapuk dek zaman dan tak akan lekang dek masa. Ingatlah bahawa setiap manusia akan pergi semuanya menghadap Tuhan Rabbulalamin, tiada yang kekal selain Dia. Apa pula yang kita tinggalkan? Hanya 3 sahaja, iaitu anak yang soleh/solehah, sedekah dan jariah dan ILMU YANG BERMANFAAT. Selama mana ilmu itu dipergunakan, selama itulah kita mendapat manfaat pahala di sisi Allah Taala. Apa yang penting kita jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan keilmuan kita tanpa mengharapkan balasan.

nabi Muhammad ade berpesan kat saidina ali..katanye yg lebih kurang maksudnye “wahai Ali…kalau engkau tolong orang sekali dengan ikhlas..nescaya Allah akn tlg engkau 10 kali…”..
lagi byk kite tlg org..lagi byk yg kite dpt..cam cakap la..ilmu kite takkan abis..lagi kite beri..lagi banyak idea2 yg kreatif datang pade kite…:D

Dengan berkongsi ilmu pengetahuan yg ada pada kita dengan org lain, tanpa disedari kita akan memperolehi lebih banyak ilmu daripada mereka, ini kerana masing2 ada kelebihan dan kekurangan, oleh sebab itu perlunya tolong menolong dan saling melengkapi antara satu sama lain, salah satu cara yang amat berkesan ialah berkongsi ilmu pengetahuan, tuhan pun galakkan kita bersedekah, bersedekah dlm aspek ini ialah berkerjasama, berkongsi pendapat, dengan kita bersedekah, kita akan mendapat imbuhan yang berlipat kali ganda…

Apabila kita berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja, perbuatan menyampaikan ilmu tersebut akan membuka minda kita kepada lebih banyak ilmu lagi. Ia akan menjadikan kita lebih berfikiran kreatif dalam memperbaiki ilmu yang sedia ada pada kita.

Kata-kata diatas semua adalah berkaitan dengan ilmu...di sini aku ingin kongsi sedikit ilmu semasa aku menghadiri kursus team building di sabah pada tahun yg sudah..penceramah kami Encik Iskandar menyoal...soalannya, dalam segelas air yang penuh dengan air....bagai mana kita mahu menambah air kedalam gelas yg telah dipenuhi air itu tanpa meumpahkan air yg sedia ada di dalam gelas itu....banyak jawapan yang diberi...tetapi, dlm bnyak2 jawapan..hanya satu jawapan sahaja yg menepati situasi pd soalan tersebut....iaitu dengan meminum air yang ada didalam gelas itu...dan gelas itu boleh di isi air yang lain...maknanya, air tidak tumpah...dan gelas itu akan sentiasa boleh di isi dengan air yang baru...

Encik Iskandar tersenyum...syabas katanya...dan beliau membuat kesimpulan utk soalan yg diberinya td...Gelas itu umpama diri kita...dan air itu umpama ilmu...bagai mana kita mau mengambil ilmu yang berada di luar sana tanpa mengurangkan ilmu yang telah sedia ada pada diri kita...didalam kehidupan kita..jangan merasa diri kita ini sentiasa ilmunya cukup...kerana ilmu didunia ini sentiasa bertambah..tambah la ilmu dlm diri kita...dlm masa yang sama..gunakan ilmu yang sedia ada itu pd perkara yang bermanfaat..jgn pendamkan sahaja ilmu itu.....gunakan...berikan atau ajarkan ilmu yang kita ketahui itu pd mereka yg betul2 memerlukan...di samping itu kita cari ilmu lain..supaya ilmu kita sentiasa bertambah....

aku tertarik pd komen seorang kawan..."aku ada sebiji epal..ko ada sebiji epal...aku bagi epal kat ko..dan ko pun bg epal kat aku..akhirnya aku ada sebiji epal..dan ko pon tetap ada sebiji epal jugak..sama situasinya, aku ada 1 ilmu..dan ko ada 1 ilmu..aku ajar ilmu yang aku ada pd ko..dan ko pon ajar ilmu yg ada pd ko utk aku....dan akhirnya, aku ada 2 ilmu dan ko pon sama ada 2 ilmu...maka ilmu kita bertambahkan...so, fikir2kan lah..selamat beramal...

maka kesimpulannya, semakin banyak ilmu yang dikeluarkan berpuluh kali ganda ilmu akan masuk...insyallah...manfaatkan la ilmu yang ada dan jangan sekali-kali mensia-siakannya...



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...