Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Monday, 7 January 2013

Kawan dan Sahabat...

Kawan ;Merupakan seseorang yang berada bersama-sama pada setiap hari...
Teman;Seseorang yang bersama-sama melakukan sesuatu.
Sahabat ;Teman dan kawan di kala susah dan senang..

Kawan, Teman, Sahabat adalah 3 perkara yang berbeza... Masing-masing mempunyai definisi dan perasana yang berbeza berasakan keakraban sesuatu hubungan yang terjalin diantara sesama manusia.  Kawan, Teman dan sahabat sangat berhubung kait dan sukar dibezakan dengan mata kasar melainkan dengan mata hati yang tulus dan ikhlas.

Hubungan dengan kawan boleh berlaku walaupun pertemuan did alam masa yang singkat. Dengan hanya sesaat, seminit, dan sejam setiap perkenalan  boleh berlaku dan turut mewujudkan hubungan secara tidak langsung ini...

Teman pula lebih istimewa berbanding kawan. Kerana dengan teman kita boleh berkongsi segala suka dan duka dan juga boleh memahami kita...Senang citer, teman merupakan seorang pendengar yang baik...

KAWAN tidak semestinya Teman...Teman pula tidak semestinya sahabat...Tetapi, Sahabat adalah kawan dan juga teman..Itulah kelebihan dan keistimewaan sahabat...Semua orang didunia ini mencari sahabat sejati...Sahabat yang boleh membimbing kita hingga ke akhir hayat....Tetapi, sahabat yang begini memang sukar dicari...Dimana entah silapnya...Adakah kita sendiri tidak ikhlas dalam menjalinkan persahabatan sehingga sahabat ini sukar di cari..Wallahualam...

Seperkara lagi...Hubungan seroang sahabat bukan lah senang-senang terjalin..bukan lah dengan melafazkan perkataan "kami adalah sahabat"...Proses persahabatan ini  berlaku dalam keadaan kita tisak sedar dimana..ketaqwaan, kepercayaan, keikhlasan dan amanah dalam merahsiakan perkara yang sangat-sangat diperlukan oleh sahabatnya akan timbul didalam hubungan tersebut...Sahabat sejati akan membuatkan kita tenang dan lapang...kita akan sentiasa tersenyum dan kita akan ikhlas dari segala benda dengan berniatkan kerana Allah s.w.t..Kerana sahabat akan membimbing kita ke jalan yyang diredoi Allah...

Firman Allah S.w.t

" PAda hari itu akhirat) sahabat9-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." surah Az-Zukhruf ayat 67.

dan Sabda Rasulullah saw:

"Tujuh golongan yang akan dinaugi Allah pada hari tiada naungan melainkan naungannya:....
Dua lelaki yang kasih mengasihi kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya." Hadith Riwayat Bukhari. sumber

Sahabat sejati akan membalas persahabatan yang ingin dijalinkan...Jika sahabatnya di timpa musibah, dia akan hadir bagi meringankan beban sahabatnya....Apabila bersahabat dengan hati yang yang ikhlas, sifat memahami di antara satu sama lain akan wujud dan sahabat akan merasa apa yang dibimbangkan dan akan menanyakannya tanpa sedikit pon rasa terbeban oleh masalah yang menimpa sahabatnya itu...Sahabat juga akan berusaha menutup ke-aiban kita jika terlihat olehnya...Sahabat akan mengusahakan sesuatu jika kita di dalam kesusahan walaupun dia tidak mampu dan sahabat akan sentiasa mempunyai sifat untuk melindungi...Sahabat juga akan mengalah jika berlaku perselisihan faham bagi menjaga hubungan persahabatan itu...

Indahnya didalam persahabatan...

Dikala aku puas dan cuba untuk mengistilahkan erti kawan,teman dan sahabat ini...aku terbayangkan wajah-wajah yang aku sayang yang mana aku tidak lagi  menganggapkannya sebagai sahabat, tetapi lebih dr saudara kandung sendiri....Dimana, dahulunya, kami berkongsi segala masalah....Allah-hu Akhbar, betapa Allah swt ingin menguji sejauh mana nilai persahabatan di antara kami....Setiap malam ku hanya dihiasi waktu-waktu manisnya persahabatan kami....Sesungguhnya, aku tidak ingin kerana perkara-perkara tertentu menyebabkan persahabatan kami hanya tinggal kenangan sahaja...Dimana janji-jani bahawa hubungan persahabatan kami akan kekal hingga ke akhir hayat....

P/s: Berkawanlah hingga menjadi teman, Bertemanlah hingga menjadi sahabat. Bersahabatlah untuk menjadi sahabat sejati..Wallahualam...

Tuhan aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. Dalam 2 hati diberi 3 rasa,
Sayang, Kasih dan kasihan. Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan,
Berkenalan, Berteman, Berkawan dan Bersama. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan,
"Teman baik selalu Di sisi" Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian,
Sayang, Kekal, Setia, Mengerti,Menghargai dan Mengingati. Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat.
"SAHABAT"
-sumber-





Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...