Its HOT!!! let's KLIK and you know it!!!

Thursday, 31 January 2013

Menu Dapur : Siakap Stim Limau Kasturi


Arini tetiba rajin lak nak try masak  siakap stim limau...semua ni angkara tgok salah satu blog yang aku follow...nampak simple...n memang pon simple...x payah nak guna periuk kukus-kukus nie....

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah;



-Bawang besar yang dipotong kasar,..
-tomato dibelah 4..
-2 biji cili merah dihiris kasar..
-3 biji cili padi dihiris jugak..(klau nak pedas lg..boleh tambah lagi cili padi tu
-3 inci halia di potong halus (tapi x perlu halus sangat


- Sekor ikan siakap (klau nak guna ikan bawal pon boleh..


-Limau kasturi dalam 5-6 biji


-Limau kasturi yang telah diambil airnya....

Cara-cara masak siakap stim nie adalah:


Pertama : panaskan sedikit minyak masak  ( aku guna minyak jagung..sbb akak yg ajarkan cara masak siakap stim nie..dia guna minyak jagung...x berani nak melawan...baik aku tiru bulat2 cara akak tu....


Kedua; masukkan bawang dan halia..tumis sampai layu dan naik bau.....


Ketiga : Setelah bawang layu..masukkan air...sukatan air ikot suka masing2...tp, aku guna 2 cawan air...sbb, cikgu pon guna dua cawan air jugak...hehehehe


Keempat: Kemudian, masukkan cili merah n cili padi td...


Kelima : Masukkan pula ikan yang telah siap dibersihkan tadi....


Keenam : setelah itu...masukkan jus  limau kasturi...


Ketujuh : Api biar sederhana..siramkan kuah di atas ikan tu...jangan sesekali tinggalkan ikan nie yer...jaga leklok...nnti cikgu tau..dia marah....terbalik-terbalikkan ikan tu...tp, jgn smpai hancur...nnti, bakal mak mertua tengok..kompem kena reject...hehehe


Kelapan : Biar merenih....Opssss..lupa lak...korang jangan lupa masukkan garam..klau nak masukkan bahan perasa pon boleh..klau x nak pon x per.... Agak-agaknampak isi ikan tu dah masak...tutup api...dan boleh la dihidangkan....


Tadaaaaaaaaaaaaaa!!!!! ni yang dah siap sepenuhnyer...klau nak hias dengan daun ketumbar pon boleh........aku x la nak berhias sngat...sbb, aku sorang jer yang makan...lantok ler klau x lawa pon kan...masuk perut gak nnti.....Giler kentang...ikan besor mcm ni mkn sorang2....

okay...kos masak menu ni anggaran dalam RM11.50..sbb, ada antara bahan-bahannya x der dlm peti... ikan siakap harga dalam RM6.80...x tau murah ker mahal...kepada kengkawan yang nak cuba tu...try laaa...kredit utk menu nie...sbb, x perlu nak sediakan pengukus...dan ianya sangat sedapp... Maceh kpd blog cahaya cintaku... next resepi...akan saya kongsi lagi...."Selamat Menjamu Selera" ^____^

Sharing Is Caring

Wali! Oh Wali!

Assalamualaikum...dah lama tak tgok blog sendiri...sbb bz dengan kehidupan seharian...start dari cuti maulud nabi terus ker thaipusam...semua tu terisi dgn agendanya tersendiri....mggu ni masuk keje hanya sehari jek...itu pun sbb nak isi borang cuti...nak selesaikan hal2 berkaitan dokumen nikah yang tertunggak nie....
arini start dengan perjalanan dari kl - k.sgor, k.sgor - meru seterusnya meru - k.sgor balik...then, dr k.sgor balik ke kl...perjalanan yang panjang ini hanya semata-mata untuk mendapatkan salinan ic pakcik-pakcik yg aku lantik secara rasminya sebagai saksi-saksi aku nnti...gigihkan? huhuhu...

Balik dr k.sgor terus jumpa ngan abah...sbb dah janji nak jumpa dia smlm..berkaitan mencari wali bagi menikahkan aku nnti....apa perlunya wali...sedangkan aku ada abah...hahaha...abah tu sebenarnya bukanlah abah aku..dia x der kaitan dr segi pertalian darah maupon sebarang tali yg ada di mukabumi ini...abah ni hnya kwn baik aku jer...tetapi aku dah anggap mcm abah sendiri sbb sifat prihatinnya dan sikap mengambil beratnya buatkan aku rasa mcm dia abah aku jer...

Berbalik kpd cerita ttg wali tadi...tak banyak maklumat yg aku tahu ttg ayah kandung aku nie....maklumat yg aku dapat pon hasil dr prihatin kwn2 yg sama2 tlg mencari maklumat berdasarkan dari Jabatan Pendaftaran Negara...Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia....Mesti korang tertanya-tanya..kenapa ketiga2 agensi ini dipilih bagi menjejaki wali aku nie...pertama, JPN sbb mmg diorg ada maklumat terperinci berkaitan hal ehwal rakyat2 Malaysia...hanya sekali klik sahaja..semua maklumat yang aku nak pasti akan dapat....kedua, SPAD...kenapa SPAD? sbb, sepanjang pengetahuan aku...ayah kandung aku ni mmg kejenya pemandu...mgkin hingga sekarang dia masih lagi memandu..cuma, x pasti, jd pemandu bas or pemandu teksi....dan last sekali, SPR...sbb? sbb, skrg kan dah hampir musim pilihanraya...mesti, ada maklumat terakhir tmpat dia mengundi...Hasil dari pertolongan kwn2 yang prihatin...dpt la sikit sebanyak maklumat bg memudahkan pencarian aku nie...

Maklumat yang diperolehi dari JPN;
-mengikut tempat lahirnya..alamat yang tertera adalah di Kampung Tenami, Kuala Sg. Baru, Melaka..
-No. kad pengenalannya 380824-04-**** (maaf..ic tak boleh bagi lengkap)
-Mempunyai 5 orang isteri termasuk bukan warganegara
-Anak termasuk aku seramai 25 orang (Umak aiiii!!!! ramainya adik beradik aku) terkejut denn...sbb, klau seibu sebapa..aku anak tunggal mak...rupanya sebelah ayah..ramai tol adik beradik....
-anak yang paling sulung lahir tahun 1961 dan anak yang paling bongsu berumur 12 tahun...

inilah antara maklumat yang aku dapat dari JPN...terima kasih kawan...:)

Maklumat dari SPAD;
-pernah mendaftar sebagai pemandu teksi (no teksi : HWA7866)
-didaftarkan di alamat (no 22,lorong satu, kampung pandan, 55100 kuala lumpur)
-teksi didaftarkan atas nama zakiah (zakiah ni aku x pasti dia siapa n apa kaitan dia dengan ayah kandung aku)
- no telefon ayah kandung aku n owner teksi ni pon aku dapat gak...(pon x boleh dipaparkan)

Maklumat dari SPR;
-daftar pemilih yang telah disahkan menyatakan daerah mengundi adalah kampung laksamana. Lokaliti adalah di Kg. Sg. Kertas..DUN Batu Caves...Parlimen Gombak...
hmmm...alamat lengkap tidak pula di sertakan....

So, pencarian dimulakan dengan maklumat yang aku dapat dari SPAD...menjejaki alamat yang aku dapat bersama abah....setelah sampai di alamat yang tertera...kami jadi buntu...sbb alamat yg di beri tidak merujuk kepada alamat rumah...alamat yang kami cari memang tepat...cumanya, yang menjadi tanda tanya...apa yang berada di depan kami bukan la sebuah rumah biasa...tetapi sebuah bangunan yang menempatkan masyarakat hindu membuat senaman yoga....puas kami calculate rumah2 yang berdekatan...tetapi alamat no 22, lorong 1 adalah pusat yoga tersebut...bagi memastikan lagi..kami bertanyakan orang yang tinggal berdekatan kawasan itu....mereka turut menyatakan sejak mereka tinggal di kawasan itu...tidak pernah ada keluarga melayu yang tinggal berdekatan kawasan kejiranan mereka...kerana, disitu adalah kawasan perkampungan india...

Melihat jam pukul 10 malam...aku dan abah mengambil keputusan untuk balik...Maka pencarian kami terhenti disini buat seketika....Aku pon sebenarnya dah penat...sbb sejak dr pagi td lagi di memandu....badan sngat letih....Pencarian akan disambung di lain hari...mudah-mudahan segala urusan akan di permudahkan oleh Allah swt....Ameen!!..

Sharing Is Caring

Friday, 25 January 2013

Mohon Sumbangan Derma Untuk Adik Nurliyana Zulkifli

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya bagi pihak my ole-ole project...Memohon keprihatinan saudara dan
saudari semua untuk membantu adik Nurliyana Binti Zulkifli, dimana beliau
memerlukan anggaran sebanyak RM38,500 bagi menjalankan pembedahan Posterior
Spinal Fusion yang telah di tetapkan pada 29 Januari 2013 bertempat di
PPUM..

Sehubungan dengan ini, saya meminta jasa baik sahabat2 yang berkemampuan.
Dapat membantu adik nurliyana  dengan segera...Ini berikutan. Adik nurliyana
perlu di bedah dengan segera...Kami juga difahamkan sekiranya kos pembedahan
tidak dapat di selesaikan..Maka pembedahan tidak akan di lakukan  terhadap
beliau...

Untuk keterangan lanjut sila rujuk gambar di bawah:



Jutaan terima kasih kepada yang sudi membantu dari segi kewangan...Mohon
memanjangkan perkara kepada mereka yang diluar sana bagi membantu adik
Nurliyana...Insya Allah..moga2 diberkati...


SHARING IS CARING

Thursday, 24 January 2013

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H....


Sabda Rasulullah swt : Sesiapa yang bersalawat kepadaku sekali
Maka Allah akan selawat kepadanya 10 kali - Riwayat Muslim

Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku dihari khiamat
adalah orang yang paling banyak berselawat ke atasku - Al-Nasai & Ibnu Hibban

Sharing is Caring

Monday, 21 January 2013

Tips mengekalkan hubungan dengan Pasangan...



Mengekalkan sesuatu hubungan bukan mudah...nak pula jika ianya melibatkan hubungan pertunangan....tidak kiralah berapa lama sudah kita mengenali pasangan...tetapi pada waktu ini pasangan akan menghadapi pelbagai masalah yg tidak terjangka oleh mereka...Kadang-kadang masalah yang hadir amat menguji perasaan cinta dan kesetiaan...bagi mengekalkan hubungan ini hingga ke jinjang pelamin perlulah di usahakan oleh kedua-dua belah pihak...dan ianya tidak akan berjaya jika sekiranya hanya sebelah pihak sahaja yang memberi kerjasama...sedangkan sebelah pihak lagi seperti org yang tidak mempunyai perasaan....Kitakan akan berkongsi hidup bersama2 pasangan masing2...Kalau lah di alam pertunangan ini hanya sebelah pihak sahaja yg berusaha utk membahagiakan kehidupan mereka...apa guna pasangan itu mendirikan rumah tangga....sedangkan semasa di alam pertunangan masing2 tidak berusaha memperbaiki hubungan tersebut.....

Terdapat beberapa perkara atau lebih tepat lagi sikap yang harus di amalkan oleh setiap pasangan yang sedang bertunang perlu ada bagi mengekalkan hubungan mereka hingga ke gerbang perkahwinan...

Pertama: Saling Hormat menghormati...

Jika semasa bercinta anda tidak mampu menghormati pasangan...Bagaimana anda hendak bahagia setelah berkahwin nnti...Saling hormat dan menghormati itu penting bagi mengekalkan kebahagiaan...apabila kita menghormati pasangan...pasangan akan turut menghormati kita juga...Jika tiada perasaan hormat.....masing-masing hanya tahu menyalahkan antara satu sama lain dan hubungan tidak akan berjaya..

Kedua: Saling Percaya mempercayai....

Percaya lah pada pasangan anda..dan anda tidak sepatutnya mempunyai perasaan ragu-ragu pada pasangan anda...dan sekiranya sikap saling percaya ini ada dalam hubungan tersebut...janganlah sebelah pihak lg cuba merosakkan kepercayaan pasangan meraka...sekiranya perkara ini berlaku...pasangan kita kemungkinan besar akan kecewa dan kepercayaan yang diberi selama ini akan musnah begitu sahaja...

Ketiga:Bertolak ansur dan memahami...

Anda sepatutnya lebih arif tentang pasangan anda..perkara yang disukai olehnya dan perkara yang dibenci olehnya...dengan ini, anda akan lebih mudah memahami dan bertolak ansur  jika si dia melakukan kesilapan yang anda tidak gemari dan juga mungkin tidak sesuai dengan kehendak anda...Sikap mementingkan diri tidak patut ada dalam perhubungan...Bagi mengekalkan hubungan ini...Bertolak ansur lah...Insya Allah anda akan kekal bahagia....

Keempat: Mengambil Berat...

Anda dan pasangan hendak lah mengambil berat antara satu sama lain...Berkongsilah segala susah dan senang, suka dan duka kepada pasangan anda....Andai terdapat masalah, sama-samalah cuba menyelesaikan masalah tersebut...dengan ini pasangan akan lebih memahami masalah anda...Jangan dipendam segala masalah seorang diri....Ikhtiar dua orang lebih baik dari ikhtiar seorang diri....dengan berkongsi masalah juga pasangan kita tidak akan menaruh syak wasangka pada diri kita...

Kelima: Kemampuan Untuk Memaafkan..

Kemampuan memaafkan perlu dan sangat penting dalam sesuatu perhubungan...Kita harus sedar bahawa pasangan kita bukan seorang yang sempurna sehingga peluang untuknya tidak berbuat salah itu tiada...Kerana kita juga bukan insan yang sempurna...dengan adanya kemampuan memaafkan pasangan..Insya Allah kehidupan anda bersama pasangan akan kekal bahagia... 



 "Bersederhana dan usah hipokrit dalam perhubungan.. Terima kelemahan masing-masing seadanya,raikan kelebihan masing-masing dengan gembira.."

SHARING IS CARING

Thursday, 17 January 2013

Tentang Ilmu

Ilmu pengetahuan tak akan lapuk dek zaman dan tak akan lekang dek masa. Ingatlah bahawa setiap manusia akan pergi semuanya menghadap Tuhan Rabbulalamin, tiada yang kekal selain Dia. Apa pula yang kita tinggalkan? Hanya 3 sahaja, iaitu anak yang soleh/solehah, sedekah dan jariah dan ILMU YANG BERMANFAAT. Selama mana ilmu itu dipergunakan, selama itulah kita mendapat manfaat pahala di sisi Allah Taala. Apa yang penting kita jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan keilmuan kita tanpa mengharapkan balasan.

nabi Muhammad ade berpesan kat saidina ali..katanye yg lebih kurang maksudnye “wahai Ali…kalau engkau tolong orang sekali dengan ikhlas..nescaya Allah akn tlg engkau 10 kali…”..
lagi byk kite tlg org..lagi byk yg kite dpt..cam cakap la..ilmu kite takkan abis..lagi kite beri..lagi banyak idea2 yg kreatif datang pade kite…:D

Dengan berkongsi ilmu pengetahuan yg ada pada kita dengan org lain, tanpa disedari kita akan memperolehi lebih banyak ilmu daripada mereka, ini kerana masing2 ada kelebihan dan kekurangan, oleh sebab itu perlunya tolong menolong dan saling melengkapi antara satu sama lain, salah satu cara yang amat berkesan ialah berkongsi ilmu pengetahuan, tuhan pun galakkan kita bersedekah, bersedekah dlm aspek ini ialah berkerjasama, berkongsi pendapat, dengan kita bersedekah, kita akan mendapat imbuhan yang berlipat kali ganda…

Apabila kita berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja, perbuatan menyampaikan ilmu tersebut akan membuka minda kita kepada lebih banyak ilmu lagi. Ia akan menjadikan kita lebih berfikiran kreatif dalam memperbaiki ilmu yang sedia ada pada kita.

Kata-kata diatas semua adalah berkaitan dengan ilmu...di sini aku ingin kongsi sedikit ilmu semasa aku menghadiri kursus team building di sabah pada tahun yg sudah..penceramah kami Encik Iskandar menyoal...soalannya, dalam segelas air yang penuh dengan air....bagai mana kita mahu menambah air kedalam gelas yg telah dipenuhi air itu tanpa meumpahkan air yg sedia ada di dalam gelas itu....banyak jawapan yang diberi...tetapi, dlm bnyak2 jawapan..hanya satu jawapan sahaja yg menepati situasi pd soalan tersebut....iaitu dengan meminum air yang ada didalam gelas itu...dan gelas itu boleh di isi air yang lain...maknanya, air tidak tumpah...dan gelas itu akan sentiasa boleh di isi dengan air yang baru...

Encik Iskandar tersenyum...syabas katanya...dan beliau membuat kesimpulan utk soalan yg diberinya td...Gelas itu umpama diri kita...dan air itu umpama ilmu...bagai mana kita mau mengambil ilmu yang berada di luar sana tanpa mengurangkan ilmu yang telah sedia ada pada diri kita...didalam kehidupan kita..jangan merasa diri kita ini sentiasa ilmunya cukup...kerana ilmu didunia ini sentiasa bertambah..tambah la ilmu dlm diri kita...dlm masa yang sama..gunakan ilmu yang sedia ada itu pd perkara yang bermanfaat..jgn pendamkan sahaja ilmu itu.....gunakan...berikan atau ajarkan ilmu yang kita ketahui itu pd mereka yg betul2 memerlukan...di samping itu kita cari ilmu lain..supaya ilmu kita sentiasa bertambah....

aku tertarik pd komen seorang kawan..."aku ada sebiji epal..ko ada sebiji epal...aku bagi epal kat ko..dan ko pun bg epal kat aku..akhirnya aku ada sebiji epal..dan ko pon tetap ada sebiji epal jugak..sama situasinya, aku ada 1 ilmu..dan ko ada 1 ilmu..aku ajar ilmu yang aku ada pd ko..dan ko pon ajar ilmu yg ada pd ko utk aku....dan akhirnya, aku ada 2 ilmu dan ko pon sama ada 2 ilmu...maka ilmu kita bertambahkan...so, fikir2kan lah..selamat beramal...

maka kesimpulannya, semakin banyak ilmu yang dikeluarkan berpuluh kali ganda ilmu akan masuk...insyallah...manfaatkan la ilmu yang ada dan jangan sekali-kali mensia-siakannya...



Friday, 11 January 2013

MY WEDDING STORY : Baju Nikah Bride & Groom

Okay...Perkara pertama yang paling2 awal aku kena buat :

1. Cari kain untuk buat baju nikah..takot klau lambat2..tailor dah x mau amik dah...so, sebelum cari kain...servey design baju nikah yg mcm mana yg aku nak buat....

antara contoh design baju nikah yg jadi idaman...





hmmm...itulah antara contoh2 design yang jd pilihan....tp, dlm banyak2 design aku kena pilih satu jer....Adoiii!! ini yang serba salah nie.....tp, dlm bnyak2 contoh...berkenan plak design princess cut....leh cuba kot....ok...utk baju ala2 princess cut nie...kain yg sesuai adalah jenis bridal satin...sbb dia tebal n agak keras...so, akan nmpak cutting princess tu....aku pon x tau..pakai bedal jer laa...tu pon lepas bnyak kali servey blog2 org.....Pencarian di mulakan di kedai 1st Impression....smpai di sana, aku terangkan jenis baju yg aku nak buat...n boleh plak masa tu aku lupa nama jenis kain yg aku nak nie....last2, keluar dgn perasaan hampa n hampehhh....klau boleh nak elak la ker Jakel...sbb, ingatkan leh ler budget2...sbb da tau sngat daaa...klau masuk jakel...budget mesti over limit...huhuhuuhu....

Selepas  keluar dr 1st Impression...kaki melangkah ker kamdar...ker kedai Harrison..ker kedai2 yg seterusnya...semua agak hampa...last2, gigihkan juga masuk ker Jakel....disitu, apa jua jenis kain yang kita nak semua ada...yang x der pon duit jer kot....hahaha..kannn...akhirnya, pencarian berakhir di Gedung Jakel...dpt la hendaknya kain Bridal Satin nie sebanyak 4 meter 1/2...harga lupa lak...kena bukak balik buku rekod ceklis yang aku simpan semua resit-resit yang berkaitan dengan persiapan wedding aku nie....

Kain baju melayu utk my groom...Beli kat kedai yang berhadapan dengan SOGO... kain baju melayu untuk En.tunang ni pon boleh tahan payah jugak nak cari....tp, bukan beli pd hari yg sama lah....2 minggu kemudian baru cari kain untuk dia....tp, apa2 pon..baju nikah kami berdua dah selamat berada di Butik Qaseh, Pertama Kompleks....

MY WEDDING STORY: DIY BUNGA TANGAN

Howyeyyyyyyyyyy!!!!! siap jugak bunga tangan yang aku buat nie.....Erkkk...tp, bukan aku punya laa...bunga ni utk liya...hehehehe..aku punya entah bila la nak sentuh...usahkan nak sentuh..bayang pon x nampak lagi...hehehehe...







ni la hasilnya....dari orang yang tak pernah buat sebelum nie...sweet jugakkan...hehehe...kiranya pandai gak la aku nie...walau hanya belajar dari blog orang...



MY WEDDING STORY: DIY BUNGA CREPE

Buat bunga telur adalah perkara paling gatal yang pernah aku buat dan aku menyesal...tapi, nak wat cmnerkan...sekali ko dah beli semua2 bahan2 utk bunga telur...x kan nak letak tepi dinding plak....membazir namanya tu....makanya..gigihkan jugak ler mengeraskan tangan2 ni mengalunkan kertas2 crepe tu menjadi bunga telur idaman....

Bagusnya bila buat sendiri..kita akan puas ati...lawa atau tak lawa..lain citer...janji kita dah cuba buat....

Di bawah ni antara contoh-contoh bunga crepe yang aku buat...Tema pilihan kaler pink n purple...so sweet bila dah bnyak-banyak...teror jugak aku...muaheheheeh....tp, hanya mampu buat sebanyak 100 batang jek..sbb x der kakitangan yang membantu...ciankan...x per lah....


 buat bunga yang kita nak dengan menggunakan kertas crepe....cara-caranya leh rujuk kat youtube...


 buatkan reben mengikut kehendak kita...untuk bunga telur nie menggunakan sngat bnyak riben...


 Cer tengok...banyakkan...tu pon baru dapat dlm anggaran 12batang bunga telur...belom lagi reben yang besar tu...


masa mencantum-cantumkan daun, reben, dan sarung telur....haishhhh..tak pandai betul aku mngajorkan...kalau tak paham leh rujuk website or youtube yang ada ajar cara-cara buat bunga crepe nie...


Taraaaaaaaa!!!! yang ni yang dah siap sepenuhnya....tema kami purple n pink...bunga telur kaler pink x sentuh lagi...baru buat kaler nie....



MY WEDDING STORY: PAPER BAG GOODIES

Arini wassap En.Tunang...ajak dia temankan saya pegi Central Market...bila dia jwp ok...so, kenalah tggu cinta hati saya tu dtg opis..kami sama2 nak naik lrt dr stesen lrt bukit jalil jek...dgn cuaca yg agak mendom dan pasti ujan..kami setuju naik tren utk ker CM..bukan apa, x la penat mengharung lautan kete nnti...

Okay, pegi CM, survey barang-barang yang boleh dijadikan door gift....lepas satu gerai ke satu gerai kami jelajah...kami berdua decide nak tempah fridge magnet untuk dihadiahkan kpd tetamu yang hadir masa resepsi kami nnti...lepas dah deal brapa jumlah yang hendak d tempah n brapa bayaran yang perlu d buat...Pastu, aku ajak g mydin usj semata-mata nak beli paper bag untuk diletak doorgift kami nnti...Kesian..dia penat sngat...tp, d sebabkan tak der sapa nak temankan aku...dia ikotkan jugak....

kos untuk paper bag cap gerai  saiz 5s (100pcs) 5 x rm3.20 = RM16
plastik bag untuk isi biskut  [saiz 4x6] (100pcs) 5 x RM3.40 =RM17
                                                                       jumlah      = RM33

Wahh!! jimatnyer...kan bagus klau semua pon murah cmnie...





contoh paper bag yang aku beli... :D

Tuesday, 8 January 2013

isma...isma...

Antara Dialog isma bersama mak-nya masa mula-mula masuk alam persekolahan....

isma : isma rasa x sukalah sekolah tu
mak : kenapa pulak?
isma: cikgu2 kat situ byk cakap.. bercaaakap je..cakap kuat2 pulak tu
mak: ???? cikgu kenalah bercakap...kalau tak macamana isma nak belajar..
isma : abis tu kenapa dia cakap kuat2 sangat
mak : dia nak bagi semua murid2 dengar lah, sayang
(baru nak masuk kelas semula...aaaisyh..risau gak kalau dia x nak masuk balik..jenuh nak pujuk kang)


Hahahahaha...sangat comel biler mendengar luahan hati sekecil nie...banyak benor keletahnya klau nak sharing...mcm2 hal d bangkitkannyer...membuat hati nie tercuit seketika....





                   
                                          Sebelum pegi sekolah.!!!....kita minum susuuuuu...!!!



                                         Keletihan selepas balik dari sekolah.....ciannn ^___^

Isma..ismaa....cik ayu doakan yg terbaik utk isma ek syg....semoga isma menjadi seorang anak yg soleh kpd mak dan ayah tau...Ameen...

Sakit (demam)

Tanpa kita sedari, Allah Menguji hambanya...sihat itu satu ujian meski kita tidak merasainya. Dan sakit itu satu ujian tanpa kita menyedarinya. 

Adakalanya kita terlupa bahawa sihat itu satu ujian.... ketika sihat Allah uji kita sama ada kita ingat atau lupa padaNya... Adakah kita menunaikan ibadah kepadaNya.... atau kita menunggu sakit baru lah kita ingat untuk berdoa dan beribadah padaNya...

Ketika sakit Allah uji kita, sama ada kita sabar menempuh ujianNya... patuhkah kita menjalankan ibadah kepadaNya... kukuh kah iman di hati kita setelah ditimpaNya musibah kepada kita....

Bersyukurlah kita andai Allah menguji kita dengan sakit... itu tandanya Allah masih menyayangi kita.... diberikan ujian kerana Allah rindukan rintihan dan doa dari hambaNya... dan kesakitan itu menghapuskan dosa-dosa kecil.... agar terlerai segala dosa dan bersih diri kita dari segala dosa kecil....

Allah menguji kita dengan bencana tubuh, Allah juga menyediakan penawarnya dan Dialah juga yang menentukan bagaimana dan bila penyakit itu disembuhkan.... mungkin kita bertemu doktor untuk mendapatkan ubat...itu cuma ikhtiarnya, tapi kesembuhan adalah hak milik Allah....

Allah berfirman dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar), dan (ingatlah), Allah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".


p/s: Alhamdulillah....syukur kpd ilahi kerana dia masih mengigati diriku ini dan menyayangi hambanya tanpa sebarang syarat...sesungguhnya, engkau la maha pengasih lagi maha penyembuh segala penyakit....Ameen...^__^

Ribut Tropika Sunomu

Selamat pagi semua...Amaran ribut sunomu dah terbaca semalam..dan harini banyak amaran-amaran dr facebook, radio dan internet di keluarkan...Semoga Allah melindungi rakyat negeri Terengganu...







Peringkat : Ribut Tropika (SUNOMU)
Masa Pencerapan : 11:00 pagi, 7 Januari 2013.
Kedudukan : Latitud 6.5 Utara; Longitud 108.3 Timur; kira-kira 513 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.
Pergerakan : Perlahan ke arah Barat Daya.
Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 574 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.
Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.

Sumber Dari : Jabatan Meteorologi Malaysia
Ribut Sunomu ini dijangka akan melanda pada 8 Jan 2012 (Selasa) dengan kelajuan kira-kira 65km sejam..Kawasan yang diramalkan akan dilanda ialah di Timur Laut Dungun dan akan bergerak perlahan ke barat-barat daya.
Semoga tiada berlaku kemusnahan besar kepada penduduk sekitar..Hanya Allah yang tahu apa yang akan terjadi..
Marila sama-sama kita berdoa dan buat sembahyang hajat minta perlindungan dari DIA yang Maha Berkuasa..

Monday, 7 January 2013

Kawan dan Sahabat...

Kawan ;Merupakan seseorang yang berada bersama-sama pada setiap hari...
Teman;Seseorang yang bersama-sama melakukan sesuatu.
Sahabat ;Teman dan kawan di kala susah dan senang..

Kawan, Teman, Sahabat adalah 3 perkara yang berbeza... Masing-masing mempunyai definisi dan perasana yang berbeza berasakan keakraban sesuatu hubungan yang terjalin diantara sesama manusia.  Kawan, Teman dan sahabat sangat berhubung kait dan sukar dibezakan dengan mata kasar melainkan dengan mata hati yang tulus dan ikhlas.

Hubungan dengan kawan boleh berlaku walaupun pertemuan did alam masa yang singkat. Dengan hanya sesaat, seminit, dan sejam setiap perkenalan  boleh berlaku dan turut mewujudkan hubungan secara tidak langsung ini...

Teman pula lebih istimewa berbanding kawan. Kerana dengan teman kita boleh berkongsi segala suka dan duka dan juga boleh memahami kita...Senang citer, teman merupakan seorang pendengar yang baik...

KAWAN tidak semestinya Teman...Teman pula tidak semestinya sahabat...Tetapi, Sahabat adalah kawan dan juga teman..Itulah kelebihan dan keistimewaan sahabat...Semua orang didunia ini mencari sahabat sejati...Sahabat yang boleh membimbing kita hingga ke akhir hayat....Tetapi, sahabat yang begini memang sukar dicari...Dimana entah silapnya...Adakah kita sendiri tidak ikhlas dalam menjalinkan persahabatan sehingga sahabat ini sukar di cari..Wallahualam...

Seperkara lagi...Hubungan seroang sahabat bukan lah senang-senang terjalin..bukan lah dengan melafazkan perkataan "kami adalah sahabat"...Proses persahabatan ini  berlaku dalam keadaan kita tisak sedar dimana..ketaqwaan, kepercayaan, keikhlasan dan amanah dalam merahsiakan perkara yang sangat-sangat diperlukan oleh sahabatnya akan timbul didalam hubungan tersebut...Sahabat sejati akan membuatkan kita tenang dan lapang...kita akan sentiasa tersenyum dan kita akan ikhlas dari segala benda dengan berniatkan kerana Allah s.w.t..Kerana sahabat akan membimbing kita ke jalan yyang diredoi Allah...

Firman Allah S.w.t

" PAda hari itu akhirat) sahabat9-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." surah Az-Zukhruf ayat 67.

dan Sabda Rasulullah saw:

"Tujuh golongan yang akan dinaugi Allah pada hari tiada naungan melainkan naungannya:....
Dua lelaki yang kasih mengasihi kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya." Hadith Riwayat Bukhari. sumber

Sahabat sejati akan membalas persahabatan yang ingin dijalinkan...Jika sahabatnya di timpa musibah, dia akan hadir bagi meringankan beban sahabatnya....Apabila bersahabat dengan hati yang yang ikhlas, sifat memahami di antara satu sama lain akan wujud dan sahabat akan merasa apa yang dibimbangkan dan akan menanyakannya tanpa sedikit pon rasa terbeban oleh masalah yang menimpa sahabatnya itu...Sahabat juga akan berusaha menutup ke-aiban kita jika terlihat olehnya...Sahabat akan mengusahakan sesuatu jika kita di dalam kesusahan walaupun dia tidak mampu dan sahabat akan sentiasa mempunyai sifat untuk melindungi...Sahabat juga akan mengalah jika berlaku perselisihan faham bagi menjaga hubungan persahabatan itu...

Indahnya didalam persahabatan...

Dikala aku puas dan cuba untuk mengistilahkan erti kawan,teman dan sahabat ini...aku terbayangkan wajah-wajah yang aku sayang yang mana aku tidak lagi  menganggapkannya sebagai sahabat, tetapi lebih dr saudara kandung sendiri....Dimana, dahulunya, kami berkongsi segala masalah....Allah-hu Akhbar, betapa Allah swt ingin menguji sejauh mana nilai persahabatan di antara kami....Setiap malam ku hanya dihiasi waktu-waktu manisnya persahabatan kami....Sesungguhnya, aku tidak ingin kerana perkara-perkara tertentu menyebabkan persahabatan kami hanya tinggal kenangan sahaja...Dimana janji-jani bahawa hubungan persahabatan kami akan kekal hingga ke akhir hayat....

P/s: Berkawanlah hingga menjadi teman, Bertemanlah hingga menjadi sahabat. Bersahabatlah untuk menjadi sahabat sejati..Wallahualam...

Tuhan aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. Dalam 2 hati diberi 3 rasa,
Sayang, Kasih dan kasihan. Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan,
Berkenalan, Berteman, Berkawan dan Bersama. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan,
"Teman baik selalu Di sisi" Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian,
Sayang, Kekal, Setia, Mengerti,Menghargai dan Mengingati. Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat.
"SAHABAT"
-sumber-





Thursday, 3 January 2013

Wajah Yang ku Rindui Selalu....


Ketika ini Adeeb baru berumur 5bulan.....



















Matanyer yang berair menandakan dia masih demam...Cian ucuk cik ayu nie...







Keceriaannyer membuatkan kami sentiasa terhibur....









Dikala tidur bersama Hippo....



Bila Adeeb tak sihat.... :(

       
         Ciuman terakhir dari Arwah mama untuk Adeeb tersayang....Semoga Arwah kak Norli di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Ameen...


                          Sentiasa menyinari kehidupan orang-orang di sekelilingnyer...





















Opssssss....Awat ternganga tuuu..kang masuk lalat lak...hehehe..

Wednesday, 2 January 2013

PERANCANGAN ALLAH....


Perancangan Manusia itu Usaha, Perancangan Allah itu Takdir
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Untuk Diriku + Dirimu = Kita Semua

Sahabat2, semua daripada kita pernah merancang kan? dari sekecil-kecil perancangan sehinggalah sebesar-besar perancangan.Kita merancang apa kan kita lakukan selepas ini,
Kita merancang apa akan kita lakukan esok,
Kita merancang apa akan berlaku minggu depan,
Sehinggalah kita merancang apa akan berlaku 10 tahun akan datang,
Adakah kita benar-benar pasti segalanya akan berlaku seperti yang dirancang?

Ketahuilah,
Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.
Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya.
Yang pastinya, janganlah bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan. Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang. Kita cuma hambaNya yang kerdil. Janganlah sesekali kita berputus asa dengan ape yang berlaku. Teruslah teguh berdiri megharap rahmat daripadaNya.

"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." ( Yusuf, 12:87)

Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi!
Walaupun perkara pahit menimpa, walaupun perkara menyakitkan menjenguk, walaupun perkara sedih datang menyapa. Walau perkara buruk berlaku. Percayalah, akan ada manis di akhirnya.

Kadangkala, Allah beri kita hujan lebat yang disertai dengan petir dan kilat serta guruh. Tetapi, selepas itu, Allah beri kita pelangi yang sangat indah. Subhanallah, indahnya aturan Allah.

Redha dan terimalah setiap ketentuan Ilahi itu dengan hati yang terbuka dan yakinlah susunan Allah sentiasa yang terbaik buat kita semua.

Didalam setiap perancangan itu,sertakanlah dengan doa pada Allah. Redha lah apa yang berlaku andai ia tidak seperti yang dirancang. Terimalah setiap ketentuan Ilahi. Yakinlah, susunan Allah sentiasa yang terbaik buat hamba-hamabNya. Allah tidak akan mengatur sesuatu yang sia-sia, semuanya bersulam hikmah yang sangat halus dan sangat hebat!

" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)

Allahu'alam.

.:Perancangan itu perlu, ttp ia tidak semestinya berlaku. Allah lebih tahu:.

RESEPI MAMAYU : 1st time buat spegetti bolognese

Sesekali teringin gak nak wat spegetti...bayangkan dari tahun lepas nak try buat...ni baru terasa nak masak....so, petang tu aku gigih jugak cari bahan2 utk spegetti bolognese wit my fiance...dia la yg tlg ajarkan n carikan bahan2...mcm x cayer plak..pandai ker mamat nie masak...tp, ikotkan jer...x baikkan bg bad impression pd org...tgok dia mcm tahu mkn jek...tp, bila dia yakinkan..baru la nak cayer..itu pon sikit2 jek...hehehe..sori yer yang.. :p
 
RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE SUNGKAI_CREW 

(hidangan untuk 6 orang)


 
1. 1 paket spaghetti

2. 1 tin prego tradisional

3. 1 tin cendawan butang (potong ikot suka..aku potong dadu)

4. 1 biji bawang holland (potong dadu)
 
5. 2 biji bawang putih (potong dadu)

5. 1 biji lobak merah (potong dadu)

6.1 paket frankfurter

7. 1 paket daging burger

8. 5 sudu makan minyak masak

sedikit garam



CARA-CARA

Mula2 panaskan minyak masak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dipotong dadu.. masak hingga layu. masukkan daging hancur dan masak sehingga kering airnya dan keluar minyak.. kemudian masukkan sos prego dan gaul rata.. kemudian masukkan air (1 1/2 tin prego).. biar mendidih.. kemudian masukkan bahan-bahan yang dipotong dadu bersama cendawan.. masukkan sedikit garam.. kacau sehingga kuah menjadi sedikit kering dan terbit minyak.
 
 
Dah siap!!!! perghhhh...apa rasanya ek...hahaha...

DoA untuk sahabat..

Segala pujian itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.


Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Tuesday, 1 January 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...